ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.
Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

Friday, 8 April 2016

Pregnancy Update 39w : Seminggu sebelum Bersalin, Induce

Assalammualaikum

Salam Jumaat.

Kalau ikutkan mata ni dah berat sebenarnya, nak tido aje kalau boleh.
Tapi sebelum tido, sebelum mood mengarang ni hilang di bawa angin molek benarlah kite cepat cepat siapkan entry ni.
 Hari ni dah masuk 8/4/2016, dan kalau ikutkan edd dari kk adapada 14/4/2016 manakala edd dari hospital umra pula 16/4/2016. So, tinggal lagi seminggu aje lagi tempoh di berikan untuk baby keluar melihat dunia.

Semalam kite ada checkup di Hospital Umra, berat baby at 39w adalah 2.89kg. Doctor cakap baby awak dalam 2.6kg - 2.8kg, memang kecik sikit tapi tak pe sebab melepasi border. Jangan risau katanya. Doctor cakap di sebabkan perut kite kecik, baby pun padat dalam perut. Air ketuban pun just ngam ngam aje iaitu di paras 10. Doctor bagitahu, next appoinment will be on 14/6/2016. Dan sekiranya masih tiada tanda tanda baby nak keluar, doctor akan induce on 16/4/2016.

Bila dengar induce tu yang jadi gerun. Seminggu yang ada ni nak kena workout habis habisan bagi baby nak keluar dengan sendirinya tanpa ada paksaan dan bagi cepat laluan bukaan terbuka. Selain daripada berdoa, usaha sahaja yang kite ada.

Semoga sebelum sampai 16 aribulan, baby akan keluar tanpa di induce. Amin.

-x0xo- 

Monday, 28 March 2016

Pregnancy Update 37w4d: Checkup Umra, Broken Heart, Baby Too Small, Baby Lemas

Assalammualaikum

Allahuakhbar, Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa

Tak ada perkataan nak describe macam mana perasaan kite masa tu.Hanya Allah yang tahu.

Sepatutnya kite ada checkup di Umra pada 23 March 2016 kes katanya anak kite kecil. Berat 2.2kg at 35w3d. Ini Entry. Tapi kite tak pergi sebab ambil ringan memandangkan tak lari banyak pun dengan ideal berat yang sepatutnya.

Semalam pergi, daftar kat reception, receptionist tegur sepatutnya datang on 23rd dan berjumpa dengan Dr Niraj, tapi kenapa tak datang dan hari ni Dr Niraj tak ada. Dia tanya boleh ke nak jumpa dengan doctor mana mana dulu dan perlu datang semla untuk berjumpa juga dengan Dr. Niraj. Kite pelik la asal yang perlu sangat jumpa dengan Dr. Niraj. Kite pun cakap ok. Masa dalam bilik check berat badan dan BP pun, nurse tu bagitahu yang kite sepatutnya datang jumpa dengan Dr. Niraj kan. Kite cakap ya, dan masih terpinga pinga asal kena sangat jumpa dengan Dr. Niraj ni.

Settle ambil urine test, nurse bawa kite ke satu bilik dan katanya untuk tengok jantung. Dia pun pasangla tali tali seperti safety belt atas perut kite. Sudah,nampak macam menakutkan. Ni, nurse nak buat apa? Sakit ke tak tanya kite. Dia pun senyum senyum. Dia kata nak buat CTG utk lihat degupan jantung baby. Dia tanya tak pernah buat ke sebelum ni. Tak pernah ler, sebab tu felik. Nurse pun explain pada screen monitor supaya kite faham apa yang sedang berlaku. Bacaan heart beat baby masa awal tu adalah 138, nurse cakap baby kite sedang tidur dan dia minta kite kejutkan baby supaya bacaan naik menjadi 150. Masa yang di berikan adalah selama 20 minit- 30 minit. Dan setiap naik turun naik bacaan heart beat baby di record.

Punyalah kite dan husband kejut baby bagi skala tu naik dengan menekan perut kiri kanan, tukar posisi baring. 10 minit pertama tu graph tak berapa cantik sebab baby tak nak bagi kerjasama. Baby lebih sedap di buai mimpi dari terjaga. Dah lama lama kacau tu, akhirnya bangun juga dan cecah skala paling tinggi 158. Hihi, sorry sayang, nurse yang suruh kejutkan awak.

Habis sesi heart beat baby di ambil, nurse minta kite jumpa dengan doctor. Doctor ni, doctor locum. Nampak macam tegas sangat dan dia tegur sepatutnya datang 23 aribulan lepas tapi kite tak datang. Awak ada kes baby kecik dan sepatutnya kena refer dengan Dr. Niraj, so saya tak boleh nak decide pape untuk awak hari ni. Time tu dah mula cuak sangat. Tapi tak pe, dia minta kite baring untuk scan baby. Tapi sebelum tu, kite check laluan dulu samada dah ada bukaan atau tak. Perghhh~ tiba tiba nak check bukaan laluan. Memang rasa nak lari je dari hospital sebab takut. Kena tanggal seluar dan berbaring.Getar. Getar. Getar.

Doctor minta angkat dan bengkokkan kaki, sambil dia pakai glove dan picitkan gel atas jari dia. Doctor masukkan jari ke dalam lubang faraj, untuk check samada dah buka ke belum. Doctor suruh kite relaks dan buka kaki betul betul sebab kite kepit kepit kaki kite. Iyelah takut kot dan first time kena check sedalam tu. Nasib baik tak sakit sangat dan dah biasa husband buat urutan perinium kat rumah. Bagi ibu ibu yang mengandung, bolehla practise buat urutan perinium di rumah menggunakan vco. Selain dari melembutkan bahagian bawah tu, kite dah biasa bila doctor masukkan jari dia.

Habis sesi check laluan, doctor nak scan pula. Habis scan tu, dia kata anak awak memang kecik. 2.0kg sahaja. 2.0kg? 2.0kg? Kite rasa macam tak muhasabah. Sebab last week kandungan 36w, kite check di kk, doctor bagitahu berat baby 2.6kg. Doctor tu cakap, doctor kk is not a doctor pakar.

Doctor explain apa risiko sekiranya baby kecik dalam perut. Kemungkinan baby akan lemas dan pertumbuhan akan terbantut sekiranya di biarkan lebih lama. Kemungkinan baby awak akan di keluarkan dengan lebih awal. Tapi macam saya bagitahu awal tadi, saya tak ada kuasa nak decide, awak kena jumpa dengan Dr Ummul sebab dia bos Hospital Umra aka doctor pakar juga. Dr. Ummul pukul 7 malam baru ada, awak kena tunggu sejam lagi untuk berjumpa dengan dia.

Keluar dari bilik tu, lemah sangat kite rasa. Badan terus lembik. Mata dah berair. Husband tanya nak pergi kedai baby tak sementara tunggu lagi sejam. YaAllah, kite tak ada perasaan langsung dah nak pergi mana mana. Tawar sangat hati. Barang yang pegang di tangan semua jatuh. Husband cuba juga kawal emosi kite minta kite bersabar, advise kite biarlah 2.0kg pun asalkan sihat. "By...2.0kg is too small, entah entah sebesar 2 tapak tangan kita aje. Kesian baby kalau kena masuk incubator".

 At this time, i really need my mama and abah. Only diorang know how to advise me, calm down me. First call mama, lepas sebut Assalammualaikum terus tak boleh bercakap. Sedu sedu menangis, mama dah gelabah tanya kenapa dan apa yang terjadi. Lepas kite ceritakan semua, mama minta kita bersabar. Kalau Allah dah decide macam tu, kita kena terima. Tak pe, berat kecik nanti dah keluar kita bela bagi susu bagi dia membesar. Mama pun kena induce dulu, sakit bersalin induce atau tak induce sama sahaja cumanya dari tak berasa sakit nak bersalin jadi sakit. Itu sahaja. Dah habis cakap dengan mama, rasa release sedikit. Lepas tu masuk pula message dari abah.



 Lepas last whatsapp terima dari abah, terus dapat panggilan dari dia. Abah kalau cakap dengan dia, hati lagi rasa sayu. Lagi membuatkan nangis teresak esak sebab dia punya ayat lagi power dari mama, susunan ayat dia memang buatkan kite rasa tersentuh. Kite tahu, di hujung talian abah pun sebak dengar kite menangis. Anak perempuan seorang dia, mana boleh dia tak ada pape perasaan.

Alhamdulillah, dengar nasihat dari abah, kite pasrah dengan ketentuan Ilahi walaupun berat nak tanggung. Sementara nak menunggu Dr Ummul sampai, better kite pergi mana mana dari duduk dalam kereta habiskan minyak. Husband bawa kite ke karnival makanan apa ntah yang berlangsung di sekitar area hospital tu. Hati memang tak ada langsung kat tempat tu dan dalam berpuluh puluh stall makanan, tak rasa pun nak beli pape. Kite hanya ingat pada Allah, astaghfar banyak banyak dan berdoa semoga ada sinar di hujung nanti.


 Habis ronda dalam pukul 7.15 malam, kitaorang ingat nak solat dulu kat masjid berhampiran sebelum kembali ke hospital. Tup tup dapat panggilan dari hospital kata Doctor Ummul dah sampai dan nak jumpa kitaorang. Teruslah bergegas ke sana. Sementara menunggu ada patient dalam bilik Doctor Ummul, tak habis habis kite berdoa. Sampai giliran kite, nurse panggil masuk dan dia mention katanya Doctor sebelum ni bagitahu anak awak kecik sangat which is 2.0kg. Tak pe, before awak baring untuk scan, saya nak tanya sedikit background history. Selesai, kite pun diminta baring. Scan punya scan, ukur punya ukur, Doctor bagitahu "Hurmmm~ i got 2.67kg, ok je berat baby". Hati kite release sangat. "Tak pe, i call my husband to double confirm".  Suami dia nama Rafi. Dia pula nama Ummul. Um+Ra, hence the hospital named. UMRA. Mata kite dah berair dan menangis. Kite pun ceritalah Doctor yang attend kite tadi kata  baby kecik sangat lah, apalah. Doctor Ummul cepat cepat suruh nurse bagi tisu sebab nampak kite menangis

Suami dia, Doctor Rafi pun datang. Scan punya scan, ukur punya ukur then he said i got 2.7kg. So, please abaikan 2.0kg. Doctor Ummul melawak dengan suami dia kata kite risau sangat tadi sampai menangis sebab anak terlalu kecil, and now when she knows her baby is ok, she can smile already. Doctor cakap maybe mesin bilik tadi ada ralat kot sebab tu beza banyak.

Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada dayaku melainkan kuasaMu sahaja ini akan berlaku, Ya Allah. Hanya miracle akan berlaku dengan kuasa Allah.

Doctor advice husband supaya bawa kite pergi jalan jalan Jusco yang baru buka kat Shah Alam supaya baby cepat keluar. Hi.hi.



-Terima kasih YaAllah.-


Thursday, 17 March 2016

Pregnancy Update 36w : 9 month Pregnancy, Hb naik

Assalammuailaikum

Aduh aduh sayang,
Cukup hari ni masuk 9 bulan kehamilan. Wink.Wink

Hari ni check up di kk untuk 36w dan last scan dari doctor kk.
Appointment hari ni awal, pukul 8 pagi. Tiba - tiba suami kata dia nak temankan kite ke kk.Hurmm~ dah lama sebenarnya husband tak teman ke kk melainkan ke Umra je sebelum ni sebab kite sendiri yang tak berapa suggest. Lama nak menunggu, kang lambat pula masuk kerja. Mungkin husband rasa due makin dekat, dan dah lama sangat dia tak temankan kite ke kk so hari ni dia ambil peluang tuk temankan kite. Terima kasihla ye, jasamu di kenang, namamu di sanjung. Erk!

Sampai kk, dalam pukul 8.30 pagi. Mak tuan, ramainya orang menunggu. Habislah, kesian suamiku nak menunggu seramai ini. Memang mengundang serba salah yang teramat dalam hati kite.

Procedure macam biasa kena buat. Ambil darah, urine test, timbang berat, nurse check perut dan jumpa doctor.

Alhamdulillah, lepas dapat result urine test tu, cepat cepat tengok bacaan HB. HB ada naik sikit dari previous 10.5 naik ke 11. Paras normal. Lega. Kalau turun lagi, tak tahulah ubat apa lagi nak di tambah untuk makan. Yang satu obimin tu pun bercinta dan bergaduh ngan husband kalau tak makan. Hu.Hu.

Kenaikan HB tu tak tahu nak kaitkan dengan ubat Ferus yang doctor bagi atau tips yang kite amalkan dari kawan kite. Ni tips yang kawan kite bagi. LINK Memang sepanjang dua minggu kite amalkan tips tu selain dari pengambilan ubat kk. Tapi itulah, tiap kita metabolisme badan tak sama. Ada orang makan bayam, HB naik mencacak, ada orang boleh makan kerang, ada orang makan buah jambu HB cantik. Tapi kite makan bayam pun, HB makin makin menurun. Kenalah cari alternatif yang lain.

Jumpa doctor untuk scan, dia a bit puji la sebab HB naik balik, tapi dia pesan jangan sebab pujian ni awak ada reason untuk skip continue ambil ubat pula. InsyaAllah, doctor doa doakanlah saya tak skip skip lagi ye. Hi.Hi

Doctor minta kite tuk baring, nak scan perut. Dia pun scan habis semua dan tunjukkan kite anggota anggota badan baby.




Alhamdulillah semuanya ok. Syukur. Berat baby dalam 2.6kg dan doctor pun cakap baby sedikit kecil sebagaimana doctor di Umra pun kata baby kite kecik. Kite tanya berat sepatutnya untuk baby 36w berapa. Dia kata dalam 2.6kg atas atas sikit. Berat baby kite macam cukup cukup 2.6kg. Tak pelah doctor, saya aim berat baby saya 2.7-2.9kg je keluar nanti. Ada lagi 4w untuk cukup 40w. Itupun kalau baby keluar lewatlah. Kalau baby keluar awal, memang kecik sikit lah anak saya tu nanti. Takpe, janji sihat semuanya.

Habis semua procedure di kk adalah pada pukul 11.45 tengah hari. Dari pukul 8.30 pagi. Lama tak?? Apa perasaan kau? Rasa bersyukurlah sebab husband teman. Kalau dia tak de memang naik darah kite tunggu. Penuh dengan ujian sepanjang checkup tu. Grrrrr~


-x0xo-



Monday, 14 March 2016

Pregnancy Update 35w3d : Berat baby kecik, Urutan Prenium VCO

Assalammualaikum

Wah, dah 35w dah. Lagi berapa hari lagi nak masuk 36w which is 9month of pregnancy and any time boleh deliver. Seronoknya, tak sabar nak jumpa anak. InsyaAllah. moga moga Allah permudahkan dan panjangkan umur untuk lihat anak dan menjaganya. Doa ku juga semoga kawan kawan seperjuangan yang lain turut di permudahkan. Amin.

Cumanya pagi ni terkejut sedikit dengar cerita bini kepada kawan husband kite meninggal selepas lebih dari sebulan koma. Dalam seminggu tak salah lepas dia bersalinkan anak yang pertama, dia jatuh dalam tandas dan terus tak sedarkan diri. Kesian sangat. Anak baru berapa hari lihat ibu dia, dah di uji sebegitu hebat. Allahu.Pernah sekali nampak arwah time sama sama checkup di KK. Muda lagi orangnya. Lingkungan 20-an macam kite juga. Tapi nak buat macam mana, qada dan qadar, dah termaktup usianya sehingga itu sahaja. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan syurga di hadiahkan untuk beliau. InsyaAllah.

Semalam checkup di Umra. Doctor scan baby. Tapi yang tak bestnya doctor kata baby kite kecik ckit. Berat baby 2.2kg and it should be 2.5kg which is ideal for 36w. Memandangkan kite belum masuk lagi 36w, so dia minta lagi seminggu datang hospital untuk check baby sekali lagi.Dalam seminggu tu cepat ke nak naik mendadak sebanyak 0.3kg/300g? Kadang kadang malas nak risau lebih lebih sebab scan ni bukan accurate sangat pun. Baby yang expected gender laki masa scan pun boleh bertukar jadi baby girl bila dah delivered. Apantah lagi berat berat ni semua. As long as baby bergerak, sihat dah cukup Alhamdulillah. Lari 200-300g ni jangan nak risau sangatlah. hi.hi.


Ni baju k.cik masa dia preggy. Dia kasi kite pinjam. nak masuk 9 bulan baru boleh pakai sebab sebelum ni asyik longgar aje. Ni pun bukannya fit sangat. Longgar juga sedikit dan kena pakai pin untuk ketatkan di bahagian pinggang.

Cerita mengenai urutan prenium pula, dah seminggu kite amalkan urutan ni.Tapi idakla setiap malam. Bila sempat dan teringat aje buat urutan ni. Urutan ni pun bukan kite yang buat, husband yang tolongkan. Alhamdulillah, dia bab bab jadi doctor ni dia suka sangat. Masa masukkan ubat gatal melalui bawah selama 3 hari berturut turut pun dia yang lakukan."Cepat, g ambil ubat, nak masukkan". Masa pinjam stethoscope dari kawan dia pun tiap kali balik keja, petang tu mesti buka box dan ambil alat tu. Terus pakai dan dengar. "Meh nak dengar, bunyi jantung baby". Ha.ha beriya semangat padahal bukan clear pun dengar. 

Sama juga dengan urutan prenium ni. Kite guna VCO selain untuk urutan, minum juga kite amalkan. Tapi biasalah nama punya minyak kelapa dara. "Minyak" . Nak minum tu memang meloyakan lah. Kadang kadang tu kalau layan sangat keloyaan dia boleh terbatuk nak muntah. Tapi cepat2 kawal diri, rugi kalau muntah sebab kena minum semula. Selalunya kalau nak elak dari termuntah ni kite standby tepi air manis. Samada air jus kotak atau kite sendiri buat air oren sunquick. Once minum minyak tu, cepat cepat sedut air oren. Bagi masam masam lidah tu. Hi.Hi.

Itu antara usaha kite sebagai preparation untuk bersalin. Bukanlah 100% bergantung pada petua petua mahupun tips ni. Kalau dah di takdirkan lambat bukaan dan ada komplikasi nak buat macam mana kan. Itu semua kehendak dariNya. Kita hanya mampu usaha, doa dan tawakal. 

Itu sahaja yang nak kite update tentang pregnancy life kite. Nak gerak dulu, teringat sayur tak beli lagi untuk masak lunch karang. Kalau dah tak makan, dah tu macam mana baby nak membesar dengan jayanya?



-x0xo-


Thursday, 3 March 2016

Pregnancy Update Week 33 : Low HB

Assalammualaikum

Sekejap je masa berlalu, dah masuk week ke 33. Dulu masa di awal pregnancy, terasa lama sangat dari satu week ke satu week. Week ke 8, week ke 9, week ke 12. Bila nak masuk week ke 30 an ni? Sekarang dah masuk week ke 30 baru terasa nak menggelupur sebab rasa tak ready lagi.

Semalam pergi checkup di KK. Dah masuk week ke 30 an ni, checkup yang dulunya sebulan sekali dah jadi dua minggu sekali. Ikutkan memang malas nak pergi KK, husband pun suruh stop je gi kk tapi kite rasa sayang sebab tinggal lagi berapa minggu je lagi nak bersalin. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tak gitu peribahasanya? Ha.Ha.

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Pertama kali pergi patient tak ramai pun. Ada dalam 4 atau 5 orang. Letak je buku dalam bakul, terus nama di panggil. Mana pergi semua patient yang ramai selama ini? U all dah bersalin tinggal kite 3 4 kerat ni aje ke? Rasanya dalam sejam kite dah siap semua procedure dari ambil darah, urine test, timbang berat, consultation dengan nurse dan lastly pergi pharmacy ambil ubat.

Daripada checkup semalam, semuanya ok Alhamdulillah cumanya HB aje dari buka buku merah sampai ke semalam HB makin menurun. Tapi kali ni HB dah mencecah skala 10.5. Sebelum ni di antara 11 aje.Nurse siap guna pen merah lagi untuk HB 10.5 tu. Nurse tambahkan satu lagi ubat Ferrus bertujuan untuk menambahkan darah merah. Kira lepas ni setiap hari kena makan ubat Obimin dan ubat Ferrus bagi menjamin kesihatan yang optimum. Miahahaha. Semoga lebih tabah untuk menghadam 2 biji ubat.

Balik dari KK tu, kite teringat ada kawan kite penah post di IG yang dia hari hari makan buah oren dan katanya HB dia maintan 12 ke atas. Apa lagi terus heading ke econsave cari buah sunkis dengan harapan HB kite pun 12 ke atas. Bukan tak penah cuba makan bayam seperti yang di war warkan oleh orang sebelum ni, tapi kite rasa bayam didnt work well on my body. So, perlukan satu alternatif lain yang perlu di ambil bagi mengelakkan paras HB terus terusan menjunam ke bawah. Chewah~

 Nyummy nyummy. Sebenarnya kite jarang sangat sangat makan buah oren kecuali masa attend kenduri kawen. Bila makan sebiji ni rasa sedap pula. Baby pun memusing musing badan gamaknya sebab masam dan manis kot.


-x0xo



Sunday, 14 February 2016

Pregnancy Update 31w3d: Keputihan dan Kegatalan Ketika Hamil

Assalammualaikum

Selamat berhujung minggu. Hari ni terasa tidak mahu kemana mana. Rancang dengan suami, hari ini kita kena decide cari nama untuk anak sebab kebarangkalian untuk prem deliver is anytime. Kesian kat anak, nanti dah keluar bonda ngan papanda dia masih tidak punya nama untuk di berikan.

Ok, update kali ni bukan nak cerita pasal nama. Tapi pasal keputihan dan kegatalan di bahagian private part. Fuh, kegatalan bukan boleh di bawa berbincang lagi. Sekejap sekejap gatal, bila dah gatal tu terpaksa la ke tandas untuk cuci. Memang penat tambah bila malam menjelma. Tak tahu kenapa asal malam sahaja, kegatalan makin menjadi jadi sampai tidur malam pun terbantut. Memang rasa scary bila fkir hari nak menjelang malam, sebab kang nak tidur pun payah. Asyik ke tandas sahaja untuk basuh. After basuh pun bukan 100% lega, masih tinggal berapa percent kegatalannnya itu. (T.T)

Perkara ni bukan baru seminggu dua kite alami, tapi dah sebulan sebenarnya. Drag dari sehari ke sehari nak jumpa doctor tapi tak jumpa jumpa juga sehingga minggu lepas kite ada checkup di kk baru berkesempatan nak beritahu nurse. Nurse bagi petua guna air suam + garam then cuci di bahagian tu. Nak refer doctor on that day pun tak dapat sebab patient terlalu ramai. Nurse minta kite datang next time then baru boleh arrange dengan doctor.

Petua yang nurse bagi tu, kite amalkan juga. Tapi tak berkesan sangat. Kite ada baca tentang kegatalan + keputihan ni dari internet serta bertanya dengan kawan kawan yang berpengalaman. Bahaya juga sebenarnya kalau kita biarkan perkara ini berlanjutan.

Ada sorang kawan kite ni, keputihan yang melampau teruk sehinggakan mengalami keguguran di awal kehamilan. Kite pun ada juga baca, if penyakit ini terlalu teruk boleh effect pada kandungan dan menyebabkan samada kelahiran pramatang, keguguran dan kecacatan pada anak.Wallahualam.

Bagi mengatasi masalah kebimbangan ini, kite ajak husband jumpa doctor. Sampai di Hospital Umra, kite request Dr. Wan Elly untuk merawat kite dan pada mulanya ada sedikit masalah, sehingga kite perlu di tukarkan pada doctor lelaki. Kite pun rasa nak cancel je rawatan tuk hari tu, dan datang semula keesokan harinya. Berapa minit kemudian, nurse panggil dan beritahu Dr. Wan Elly available dan boleh rawat kite. Alhamdulillah. Number kite pun di panggil, kite dan suami pun masuk ke dalam bilik rawatan. Kite diminta oleh Dr untuk baring dan sample akan di ambil di bahagian bawah. Di sebabkan hari tu kite puasa ganti, dan jam pun telah menunjukkan pukul 7.10 malam, kite bagitahu Dr boleh tak after maghrib kite proceed. Dr cakap proses pengambilan sample tak membatalkan puasa sebab bukan ambil sampai ke dalam, cuma bahagian luaran sahaja.

Sebelum berbaring, Dr minta kite tanggalkan panty dan seluar. Kaki di minta angkat dan buka bagi memudahkan pengambila sample. Ha.Ha part ni memang sangat malu plus seram. Dr tunjukkan stickk panjang yang digunakan untuk ambil sample tu. Ingatkan sakit, rupanya tak sesakit mana pun bagi kite. Entah, tiap orang lain lain tahap kesakitan sesorang tu kan. Sebab kawan kite ada kata sakit dan ada yang kata tak sakit. Alhamdulillah nasib kite tak sakit cuma rasa ketidakselesaan di situ masa proses berlaku. Tak lama mana pun, Dr kuis guna stick then simpan dalam plastic sample.

Dr cakap result nanti akan di berikan 2 minggu lagi sekali dengan monthly checkup kite. 3 jenis ubat di berikan pada kite. Ubat pencuci di bahagian private part, ubat makan dan ubat insert.

          Ini ubat jenis makan. Makan sekiranya tak tahan gatal sahaja. 2 kali rasanya kite makan ubat ni.

Pinetarsol Gel
Pencuci ni best. 3 kali sehari guna. Cuci pada bahagian private part. Baunya seperti bau sireh.

 Clotrimazole vaginal
Ubat ini sedikit seram. Wajib pakai secara 3 kali berturut turut. Macam mana cara penggunaanya? Melalui insert ke tempat vagina. Seram kan bila dengar. Ada satu stick panjang untuk kite kepitkan pil ubat tu dan tolak masuk ke dalam vagina. Ha.Ha.Ha. Masa di hospital lagi kite dah berfikir fikir macam manalah kite nak buat nanti.

Yang memainkan peranan dalam memasukkan ubat ke dalam vagina adalah husband kitelah. 3 hari perlu pakai 3 hari itu jugalah setiap kali husbnad nak masukkan kite bagi banyak alasan. Takut punya pasal. Sebenarnya bukanlah sakit sangat sangat pun, cuma rasa benda masuk ajelah dalam kite punya. Dah tu husband tanya, macam mana nanti nak bersalin. Baby lagi besar dari pil ubat ni. (T.T)

Alhamdulillah, dengan izin Allah lepas 3 4 hari hilanglah kegatalan yang tak tertahan tu. Segala jenis ubat yang di beri pun kite stop gunakan. Cuma keputihan sahaja ada tinggal sikit sikit.



-x0xo-


Wednesday, 27 January 2016

Pregnancy Update Week 28: Detail Scan Di Umra, Miss Jezzlyn

Assalammualaikum

Sebenarnya sudah lama buat research tentang detail scan melalui pembacaan baik dari blogger mahupun dari page kehamilan di Facebook. Detail scan ni sebaik baiknya di lakukan dari week 22 - week 24 dan ada certain klinik yang bermula dari week 24 - week 29/week 30. Mengapa ada percanggahan minggu? Kite pun tak berapa pasti reason di sebalik tu, tapi dari segi pembacaan week 22- week 24 sesuai untuk detail scan sebabnya baby masih kecil. Setiap struktur badan luaran dan dalaman dapat di lihat dengan jelas berbanding kandungan bayi week 24 keatas. Makin besar baby, makin sukar untuk di ukur.

Apa itu detailed scan?

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Detail scan ini jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperi kecacatan muka seperti mengesan sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki & sebagainya. Namun, scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
 Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?
Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
  • Anencephaly ( tiada otak )
  • Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
  • Spina bifida- masalah saraf tunjang
  • Diaphragmatic hernia
  • Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
  • Masalah buah pinggang
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.
 Segala maklumat di ambil DI SINI

Masa kite pergi untuk detail scan, kandungan kite sudah 28w2d. Mula tu, 2 3 buah klinik juga kite survey.

Antaranya Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Search Klinik Ajwa dalam FB memang nampak menarik, dari segi suasana dalam klinik, feedback daripada patient serta klinik ini juga menawarkan latest kecanggihan iaitu scan 5D dengan harga yang berpatutan. Sangat WOW. Tapi sayangnya, sebelum kite pergi, kite ada call dulu Klinik Ajwa bertanyakan tentang detail scan. Nurse
cakap detail scan boleh buat sampai akhir week 27 sahaja. Lebih dari week tersebut tidak di terima. *Nangis laju laju*

    Nampak selesa bukan? Sementara bonda scan, papanda boleh berehat rehat senang lenang sambil menonton tv melihat gambar anak kita. Tak gitu? Ha.Ha

Klinik kedua kite survey adalah klinik Dr. Najwa di Bangi. Klinik Dr Najwa ni recommended by kawan kite. Kawan kite bagitahu Doct dari klinik ni sangat friendly, puas dengar penjelasannya dan detail scan bermula dari kandungan 24w-29w. Tapi itulah, jauh pula sampai ke Bangi dan tak sampai hati nak ajak husband menjelajah sehingga ke seberang sana.

Pilihan ketiga adalah Hospital yang selalu kite buat monthly checkup iaitu Hospital Umra. Hospital Umra Ok tu memang Ok tapi macam macam bermain di kepala. Kite kalau nak buat detail scan dah aim dah sorang Doct ni iaitu Dr. Wan Elly. Kite memang senang dengan dia. Dua hari sebelum tu, kite ada call Umra untuk buat appoinment detail scan dengan Dr. Wan Elly (kite siap mention nama Doct tu). Sehari sebelum appoinment husband minta kite call Umra untuk double check sama ada appoinment kite valid atau tidak. Call punya call, nurse cakap nama kite tak ada dan kalau nak buat detail scan tak payah buat appoinment, just walk in sahaja. Macam tu pula. Sebab dah dua kali kite confirmkan dengan Umra, if nak buat detail scan kena buat appoinment dulu takut ramai orang. Kalau macam tu chances nak berjumpa dengan Dr. Wan Elly pun tipis lah rasanya. Jadi tawar hati di situ.

Bila dah tawar hati, teringat kite penah baca entry tentang seorang famous sonographer menjadi sebutan di dalam blog. Miss Jezzlyn namanya. Dia bukan doctor ya, tapi sonographer dan tiada klinik kepunyaan dia. Miss Jezzlyn ni hanya menumpang mana mana klinik atau hospital bagi menggunakan peralatan peralatan scan sahaja.

Orang kata, Miss Jezzlyn ni, comel dan kecil orangnya, sangat peramah, pandai pujuk baby kalau baby sembunyi, even tak nampak juga Miss Jezzlyn minta patient untuk berehat sekejap di luar minum air atau makan supaya baby bangun dari tidur. Kira macam Miss Jezzlyn ni berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang kita bayar. Itulah yang kite nak! Ha.Ha

Kite pun cepat cepat message untuk bertanyakan lebih detail dengan Miss Jezzlyn ni. Darimana kite dapat number tu? Nah, korang boleh search FB 3D 4D Scan Malaysia. Banyak giler soalan kite tanya dan dia pun tak putus putus menjawab semua persoalan kite tu. Tak tahulah kite yang menjawab tu Miss Jezzlyn sendiri atau PA dia. Kite tanya dia, kenapa ada percanggahan dari segi kandungan week untuk detail scan ni. Dia bagitahu selalunya yang lebih daripada usia kandungan 22w - 24w, sukar untuk kira jari kaki dan jari tangan serta anggota angota yang lain. Accurancy result pun hanyalah 60%. Tapi kalau nak buat juga, terpulang pada individu cumanya ketepatan pembacaan adalah 60%.

Kite masih juga berkeras hati nak buat detail scan dan pasrah sahajalah walau ada certain part yang tak dapat di lihat. Nak buat appoinment dengan Miss Jezzlyn ni haruslah melalui online. Senang sangat jangan risau. Nanti kite kasi link untuk buat appoinment secara online di bahagian bawah entry. Dalam laman web tu, kita boleh pilih tempat terdekat kita nak menjalani detail scan, hari apa dan jam berapa. Tapi sebelum tu, kena tahu dulu schedule miss jezzlyn di di mana dan hari apa dia bertugas bagi memudahkan kita pick venue, dan tarikh.

Lepas kite dapat tahu schedule Miss Jezzlyn, kite terus pick untuk buat detail scan di Hospital Umra, hari Ahad pukul 3.40 petang.


Sampai di Umra, terus menuju reception dan bagitahu nurse yang kita ada detail scan appoinment dengan Miss Jezzlyn. Harus mention Miss Jezzlyn, sebab nanti nurse assume detail scan dengan doct dari Umra sendiri.

Tunggu sehingga number di panggil, baru dapat jumpa dengan Miss Jezzlyn. Memang kecik dan comel orangnya. Miss Jezzlyn ni bukan orang melayu macam kita, tapi chinese. Rupanya dia ingat lagi kite yang duk selalu message dia. Dia tanya still nak buat detail scan ke? Hi.Hi. TETAP!

Dia pun godek godek perut kite. Kira setiap ukuran anggota badan baby. Kire ukuran kepala, ukuran tangan, ukuran hidung. Lihat jantung ada berlubang atau tidak, lihat peparu di masuki oleh air atau tidak, kira jari tangan dan jari kaki cukup atau tidak, mulut sumbing atau tidak dan macam macam lagi. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik dan masih boleh nampak walapun baby dah berisi. Cuma kepanjangan baby tak dapat di ukur, sebab baby dah besar.

ukuran kepala di ambil






Berat baby kite bagi kandungan 28w adalah 1.055kg dan kata Miss Jezzlyn selalunya berat baby adalah sekitar  1.2kg macam tu. Tapi jangan risau, lepas 30w, kebiasaanya selera makan makin bertambah.

Ouh ya, masa detail scan tu juga, kite ada bertanyakan tentang kedudukan baby sama ada sudah pusing ke bawah atau masih lagi breech memandangkan sebelum ni 2 kali kite scan, 2 kali doctor bagitahu kedudukan baby kite breech. Tapi hari tu, syukur baby pusing ke bawah. Tapi tak boleh juga seronok sebabnya masih terlalu awal lagi dan posibility baby dan pusing menjadi breech semula adalah tinggi. Kena banyakkan berdoa.

Haaa~ ni gambar jelas setelah Miss Jezzlyn pujuk baby. Awalnya baby tutup muka dengan tangan, pujuk pun still malu. Miss Jezzlyn tepuk tepuk sikit perut kite baru baby lepaskan tangan dari muka. Hidung papanda ni nampaknya.

Mari kite share dengan korang harga pakej yang 3D 4D Scan Malaysia tawarkan. 

3D/4D Scan : RM 120 (termasuk CD & 1 4R Colour Printout)
* Scan ini akan memeriksa perkembangan bayi iaitu "baby growth scan" di mana berat bayi, pembesaran bayidan kadar degupan jantung di kira.
* Tetapi scan ini tidak termasuk mengesan kecacatan bayi di mana struktur kecacatan jantung, kedudukan uri, tahap air ketuban dan kedudukan bayi tidak dapat di kesan.
* Jantina bayi boleh diketahui melalui scan ini.

Detail Scan Dalam 2D : RM 150 (termasuk CD & Gambar print out)
* Scan ini memeriksa kecacatan bayi seperti fizikal muka termasuk mengesan sumbing, perkembangan otak, struktur kecacatan jantung, organ organ bayi termasuk buah pinggang, tulang belakang, kira jari dan sebagainya.
* Scan ini boleh mengesan 70-80 % struktur kecacatan fizikal bayi dan bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down
* Di cadang melakukan detail scan antara minggu 18 - minggu 24

Pakej 3D+4D Scan + Detail Scan dalam 2D : RM 220 (termasuk Cd & 4R Colour Printout)
* Pakej scan ini memeriksa perkembangan bayi  dan memeriksa kecacatan bayi dalam 2D.
*  Scan ini boleh mengesan 70-80 % struktur kecacatan fizikal bayi 
* Di cadang melakukan detail scan antara minggu 18 - minggu 24
 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Detail scan sudah. Apa lagi yang belum? Teringin juga nak buat 5D lepas ni. Hu.Hu. Lepas tu nak pergi antenatal class pula.




Bagi yang nak buat appoinment dengan Miss Jezzlyn, buka link di bawah ini ya.


facebook : https://www.facebook.com/3d.4d.scan.malaysia/
Laman Web : https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131


-x0xo-
 


Saturday, 23 January 2016

Pregnancy Checkup Week 27: Kurang Pergerakan Baby Dalam Kandungan

Assalammualaikum

2 hari selepas kenduri adik, malam tu family kite ajak dinner di Restaurant Nurul dan macam biasa menu masakan adalah berkonsepkan ikan 3 rasa, tomyam and so on on. Ada pula yang order kerang bakar, so fikir kerang ni dapat naikkan HB pulunla kite pun makan. Walaupun setiap kali makan kerang, terasa was was dan takut sebab penah terjadi bila makan kerang tekak jadi gatal ataupun kerang tu busuk. Takut effect pada baby dalam kandungan nanti.

Lepas habis makan, kite dan husband pun balik ke rumah mak mertua memandangkan malam tu turn tido di rumah mak mertua. Masa dalam bilik around pukul 10 malam rasa pelik sebab baby kurang bergerak. Husband pula tak ada time tu sebab keluar jumpa orang di luar. Kite cuba ubah posisi dari mengiring ke menelentang, masih tiada pergerakan. Kite pun berfikiran positiflah mungkin anak tengah tidur. Pukul 12 tengah malam anak still tak menunjukkan tanda tanda bergerak. Kite terus ke dapur capai botol air sejuk dalam fridge, terus bawa ke bilik dan minum. Habis tu, kite baring sambil usap perut. alhamdulillah 10 minit kemudian baby pun bergerak. Bila husband balik around kul 1 pagi, baby masih menendang nendang sampailah kite terlelap.

Keesokkan paginya, sekali lagi baby berdiam diri. Puas kite pujuk. SELALUnya time dia aktif adalah pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Tapi serius, baby sangat sangat kurang bergerak. Sangat tak normal cara pergerakan baby. Kita sebagai ibu haruslah sangat tahu macam mana pergerakan anak kita sendiri kan. Pukul berapa dia aktif, kuat mana tendangan dan tumbukan dia, posisi kita yang macam mana yang boleh buat dia aktif, makanan apa yang buatkan dia aktif. Setiap ibu pasti tahu walau tak banyak, sedikit pun jadilah pasal anak dalam perut dia. Ni bila baby kite tak bergerak, kite jadi pelik dan risau.

Suami tanya, nak pergi jumpa doctor tak? Kite cakap, bagi masa dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 tengah hari dulu. Incase tak bergerak juga, baru kita ke sana. MAsa berlalu pergi sehingga pukul 2 tapi baby hanya bergerak sedikit sangat dan sangat lemah sehingga kite sendiri confuse eh tu baby bergerak atau apa?

Masuk pukul 4 petang, keadaan masih sama dan kite tak sanggup tunggu lebih lama. Takut sekiranya terjadi pape pada anak nanti. Macam macam perkara negative yang kite fikir, bukan kite berharap atau mendoakan terjadi tapi kita semua tahu ada kes di mana anak meninggal di dalam kandungan walaupun kandungan telah melepasi 2nd trimester atau 3rd trimester.

Dalam perjalanan tu, fikir klinik mana yang kite nak pergi sebab tak pernah lagi check baby di klinik area Sungai Petani. Dalam fikiran ada dua aje klinik yang kite nak tuju. Satu Klinik Husna yang terletak di Taman Ria dan satu lagi Klinik SP Family yang terletak di Market bertentangan dengan KTM Sungai Petani. Lastly, Klinik Sp Family menjadi pilihan kite. Alhamdulillah patient tak ramai dalam 2 orang sahaja.

Selesai 2 orang patient tadi, nama kite dipanggil. Doctor minta kite baring di katil untuk buta scan. Sebelum tu, dia ada tanya kite pasal kerisauan baby kurang bergerak. Kite pun explain la dari malam semalam sehingga ke petang tu pergerakan baby yang kurang memuaskan. Seperti biasa, doctor letakkan gel di perut dan mula melakukan scan.

Doctor senyum dan kata baby sedang tidur. Heart beat dia Alhamdulillah normal berdenyut. Doctor gerak gerak baby kata ibu risau baby tak bergerak. Bangun lekaih, gerak tuk ibu ni. Hi.Hi. Doctor cakap posisi baby dalam keadaan bersujud. Kite pun ketawa. aik bersujud lagi. Hari tu saya scan anak di tempat saya, doctor pun cakap dia sedang bersujud. Doctor kata anak ni rajin macam ibu dia. Rajin bersujud. Errr . . .

Nama Doctor ni Jasmima, patient friendly. Banyak yang dia terangkan tentang baby. Kite suka doctor yang banyak penerangan, kadang kadang benda yang tak terlintas di fikiran, dia dah cerita. Certain doctor ada yang susah nak buka mulut. Harap kita dah tahu semua benda. Kita tanya baru nak jawap. Susah la macam ni tambah first experience mom macam kite.

Ni report dari hasil scan. Baby dalam position sonsang, berat dalam 917g dan air ketuban 11. Alhamdulillah. Itu aje yang bonda awak nak tahu yang awak selamat. 

Charge yang di kenakan untuk scan 2D berharga RM 80. Berpatutan la juga. 


-x0xo-

Friday, 15 January 2016

Pregnancy Update Week 27 : Third Trimester, Sukar tidur, Kerap Kencing, Ngilu Di Bahagian Ari ari, Kepanasan Ketika Mengandung

Assalammualaikum

Hari ni dah masuk minggu 27w1d kehamilan kite. Sekejap aje masa berlalu kemudian dah 30 week. Ouh ya, kiranya 27w ni kite dah memasuki fasa 3rd trimester lah kan. Alhamdulillah. Semoga kandungan ini dapat bertahan sehingga minggu ke 38 atau minggu ke 39 then baby will gonna pop out. Emak awak kalau boleh tak nak overdue, takut kena induce. Padahal sakit induce dan sakit deliver secara normal sama aje kesakitan dan contractionnya. Cumanya induce ni kita diberikan ubat paksa untuk bersalin. Dari tak trasa nak beranak jadi nak beranak.

sudah masuk 4 hari sebenarnya kite di Kedah, untuk meraikan hari berbahagia adik tunggal kite. Kenduri di sebelah perempuan berlangsung pada hari Sabtu manakala kenduri belah kitaorg iaitu lelaki berlangsung pada hari Ahad. Ahad Kedah cuti bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Kite sahaja yang balik awal beberapa hari, husband terpaksa tunggu hingga hari jumaat baru dapat balik sini. Itupun after tengah hari baru bertolak balik sebabnya pagi husband kena masuk office. Bapak awak tu memang tak boleh kata apa dah, busy dengan kerja. Kadang weekend pun terpaksa masuk office.

Kandungan makin membesar ni macam macam dugaan mendatang, bukan mengeluh cuma terasa perubahan ketara sebelum berbadan dua dan semasa berbadan dua. Dulu tidur tak ingat dunia, bahagian katil suami pun kita monopoli sampai suami bangun minta kite injak ke sana sikit. Kalau kite tak bergerak juga, pandai pandai la suami tolak kite. Hahaha. Sekarang tidur dah tak seindah dulu. Tidur pun tak selesa asyik bertukar posisi tidur. Eh, posisi tidur semasa hamil pun ada caranya juga tau. Bukan main taram je tidur. Silap posisi tidur boleh membahayakan pada si ibu mahupun si anak. Sebaik baiknya posisi tidur adalah mengiring ke kiri. Tidak di galakkan tidur secara menelentang walaupun bagi kite sendiri menelentang adalah posisi yang paling selesa sebab dapat meluruskan urat urat serta tulang belakang.

Yang kite perasan, bila kite tidur secara menelentang, baby busy kicking kite tapi bila mengiring kurang terasa pergerakannya. So tak tahu hipotesis apa yang boleh dikaitkan antara posisi tidur dan pergerakan bayi. Adakah baby suka kalau kite baring secara menelentang atau bayi tak selesa kalau kite baring secara menelentang. Cara kite nak bagi sedikit keselesaan semasa tidur adalah dengan meletakkan bantal di celahan kaki semasa mengiring tu dan ada satu lagi bantal yang support belakang kite. Kadang kadang, kalau suami perasan kite tend to sleep secara menelentang, dia akan slowly tolak badan kite supaya mengiring.

Ouh ya, nak bangun dari katil pun ada caranya juga sekarang. Tak boleh terus melompat je dari katil. Kena kesot ke tepi katil dan turun sepenuhnya kaki, ambil sedikit masa baru bangun naik sambil pegang perut. Kalau tak akan terasa beban di perut if naik dengan tiba tiba.

Itu bab tidur, bab kencing pula rasa tak lawas. Sekejap sekejap nak ke tandas. Ada tu dah g tandas, baru je keluar rasa nak masuk semula. Padahal kencingnya secoit saja tapi rasa nak kencing tu macam banyak sangat dan tak tertahan. Kesudahannya, kite pakai kain mudah nak berulang alik ke tandas.

Lately ni, terasa ngilu di bahagian ari ari. Tak tahu kenapa. Last week ada pergi scan, doctor cakap sikit je uri uri yang ada di bahagian bawah dan tak perlu risau sebab masih ada banyak masa lagi untuk uri tu naik ke atas semula. So tak tahulah sama ada sakit di ari tu ada kaitan dengan uri atau tidak. Wallahualam.

Haaaa.... Bab panas pula. Mungkin ibu ibu hamil di luar sana dah terasa kepanasan sejak berbadan dua ni dari second trimester lagi,kan. Sampaikan terpaksa minta suami pasangkan aircond di rumah. Alah, cuaca sekarang memang, even tak berbadan dua pun panas masih terasa inikan yang bawa anak dalam perut. Mungkin juga ada yang langsung tak terasa panas. Macam kite sendiri, dah mula terasa seminggu dua ni. Dulu paling tinggi volume kipas pun hanya 3, tu pun setelah bergaduh dengan husband. Dia nak pasang 4, tapi kite rasa sejuk sangat sampai boleh terbang sebab laju. Haha. Sekarang ni, 5 tahap kelajuan kite guna dan kalau tak tahan sangat pandai pandaila pakai baju yang tak cukup kain. Hahaha. Duduk rumah sendiri kan, who care?

Nak pasang aircond tu, belum lagi keperluan rasanya. Satu sebabnya, nak berjimat elektrik. Kalau boleh tiap tiap bulan nak free aje sama juga macam bil air. Well, selangorkan...kedua, badan kite tak kuat sangat tahan dengan kesejukan yang lama lama. Nanti mudah di serang demam dan sakit sakit urat. Dengan anak pun kalu boleh kite tak nak biasakan. Kalau boleh, tak tahu lagi apa akan berlaku ke hadapan.

Itu sahajalah perubahan perubahan yang berlaku dalam 3rd trimester ni. Harap sangat kehamilan kite serta rakan rakan yang lain turut dipermudahkan. Amin.


                                                                            -x0xo-




Thursday, 7 January 2016

Pregnancy Update : Checkup 26Week, Suntikan kancing gigi/ ATT

Assalammualaikum

Semalam 06.01.2015, kite ada monthly checkup di KK. Kali ni, tak pergi berseorangan ataupun pergi dengan husband. Kali ni pergi dengan Dila, wife kawan husband. Dia sekarang preggy 37w dah just tunggu masa je baby nak keluar. Seronok sangat.

Pukul 8 pagi kitaorang set keluar dari quaters menuju ke KK dan seperti biasa harapan supaya tak ramai patient di KK nanti. Setiba di sana, harapan tinggal harapan ajelah sebab tak semua orang tak sebijak engkau, Seha. Seawal pukul 7 lebih lagi diorang dah tercatoq depan pintu KK. Apalah sangat berbanding kite yang datang pukul 8 pagi ni. Ha.Ha.

Yang kite hangin sangat, datang dengan Dila sama sama dan letak buku dalam bakul atas bawah dengan dila pun sama sama macam mana Dila boleh dapat number 103 kite pula 305? Kejauhan kenomboran apakah itu?? Padahal kitaorang sama sama buat basic checkup, tapi dila jauh melangkah kehadapan. Segan kite dibuatnya sebab terpaksa membuatkan Dila tunggu sehingga kite habis checkup.

Tetiba hari tu, kite rasa segan pula datang KK. Orang lain datang kebanyakkan bawa perut boyot, kite je yang steady perut tak nampak nampak. Pasti orang ingat kite datang sebab nak temankan Dila. Ahaha. Pastu boleh pula cun cun duduk di kerusi sebelah kite kakak ni edd dia bulan 5, sebelah dia pula edd bulan 6. Kite pun cepat cepat tengok perut kite, aik... kite yang edd bulan 4 tak nampak pun perut. Akak yang edd bulan 5 dan 6 ni dah nampak dengan jelas lagi lagi akak yang edd bulan 6 tu. Memboyot perut dia.

Seperti biasa, result ambil darah dan Urine test adalah normal, Alhamdulillah. HB ada turun sedikit iaitu 11.1 dan nurse pun risau takut makin turun. Dia nasihatkan kite supaya makan hati ayam, buat jus jambu batu, pelbagaikan masak sayur sayuran hijau lagi lagi bayam, serta makan kerang. Berat badan pula naik dari 44.3kg last month kepada 45.4kg yakni memberikan jumlah berat terkumpul sepanjang preggy adalah  sebanyak 4.7kg. Lega sangat berat badan tak melebihi had yang sepatutnya kalau tidak tunggulah nak kena buat ujian gula.Tekanan darah normal iaitu 110/64, ketinggian rahim pula 25cm serta jantung janin memberikan bacaan 145bpm.

So, semua ok tak ada yang pelik pelik result untuk hari tu. Cuma kite ada mention pada nurse yang kite ada buasir. Kecik sahaja buasir tu dan tak bleeding pun. Actually dari sebelum preggy lagi kite dah ada buasir, cuma makin meningkat usia kandungan, size buasir tu sedikit besar berbanding dari size sebelum preggy. Dari hasil bacaan kite, adalah kebiasaan ibu ibu mengandung yang mengalami buasir ni sebabnya anak dalam rahim mula menekan bahagian bawah dan menyebabkan buasir terkeluar. Lepas kite mention pasal buasir pada nurse, nurse minta kite refer pada doctor dan doctor pun berikan ubat pil untuk di masukkan ke dalam tempat keluar buasir sekiranya berlaku pendarahan ataupun sakit yang tak tertahan. Rasanya buat masa ni, tak pakai lagi kot sebab belum berdarah dan sakit lagi buasir kite.

Sebelum tu, kite ada tanya Dila kenapa kite belum terima suntikan kancing gigi? Dila pun terkejut kenapa kite lewat sangat masih belum terima suntikan. Lagi pula, nurse pun tak ada sebut pape pasal suntikan tu. Bila dapat berjumpa dengan nurse, kite persoalkan tentang suntikan tu. Jawapan nurse memandangkan kite dah boleh rasa pergerakan baby, eloklah hari ini kite terikan suntikan tu. Ceh, pergerakan baby ni dah 2 bulan yang lepas kite dah rasa. =.=''

Bagi kite suntikan kancing gigi tu agak sedikit sakit berbanding kite ambil darah semasa monthly checkup. Masa nurse suntik, memang kite pandang ke arah lain bagi mengelakkan kite ketakutkan dan kite terasa lengan kite sedikit tersentap gara gara terasa sakit tu. Kira tindak balas luar kawalan lah tu. hu.hu. Once jarum tu keluar, memang automatik terasa kekebasan di bahu. Semalaman kite tak dapat tidur dengan nyenyak sebab bisanya masih terasa. Tidur pun kena pastikan jangan himpit pada bahagian yang kena suntikan tu.

My 26w preggy. Tak nampak kan perut tu.

 Tapi nak buat macam mana kan dah perut tak nampak. Allah bagi tak nampak perut, kita nak bagi nampak. Allah tak bagi morning sickness kite risau nape tak ada morning sickness. Semua serba tak kena. Kan dah kemudahan tu Allah bagi lagi mahu minta menyusahkan diri. Tak adalah membazir beli baju preggy banyak banyak. Hanya beli seluar sahaja sebab dah tak muat.

Sekarang ni doa supaya masa bersalin nanti pun Allah permudahkan jalan kita.

-x0xo-

Pregnancy Update : Checkup 26Week, Suntikan kancing gigi/ ATT

Assalammualaikum

Semalam 06.01.2015, kite ada monthly checkup di KK. Kali ni, tak pergi berseorangan ataupun pergi dengan husband. Kali ni pergi dengan Dila, wife kawan husband. Dia sekarang preggy 37w dah just tunggu masa je baby nak keluar. Seronok sangat.

Pukul 8 pagi kitaorang set keluar dari quaters menuju ke KK dan seperti biasa harapan supaya tak ramai patient di KK nanti. Setiba di sana, harapan tinggal harapan ajelah sebab tak semua orang tak sebijak engkau, Seha. Seawal pukul 7 lebih lagi diorang dah tercatoq depan pintu KK. Apalah sangat berbanding kite yang datang pukul 8 pagi ni. Ha.Ha.

Yang kite hangin sangat, datang dengan Dila sama sama dan letak buku dalam bakul atas bawah dengan dila pun sama sama macam mana Dila boleh dapat number 103 kite pula 305? Kejauhan kenomboran apakah itu?? Padahal kitaorang sama sama buat basic checkup, tapi dila jauh melangkah kehadapan. Segan kite dibuatnya sebab terpaksa membuatkan Dila tunggu sehingga kite habis checkup.

Tetiba hari tu, kite rasa segan pula datang KK. Orang lain datang kebanyakkan bawa perut boyot, kite je yang steady perut tak nampak nampak. Pasti orang ingat kite datang sebab nak temankan Dila. Ahaha. Pastu boleh pula cun cun duduk di kerusi sebelah kite kakak ni edd dia bulan 5, sebelah dia pula edd bulan 6. Kite pun cepat cepat tengok perut kite, aik... kite yang edd bulan 4 tak nampak pun perut. Akak yang edd bulan 5 dan 6 ni dah nampak dengan jelas lagi lagi akak yang edd bulan 6 tu. Memboyot perut dia.

Seperti biasa, result ambil darah dan Urine test adalah normal, Alhamdulillah. HB ada turun sedikit iaitu 11.1 dan nurse pun risau takut makin turun. Dia nasihatkan kite supaya makan hati ayam, buat jus jambu batu, pelbagaikan masak sayur sayuran hijau lagi lagi bayam, serta makan kerang. Berat badan pula naik dari 44.3kg last month kepada 45.4kg yakni memberikan jumlah berat terkumpul sepanjang preggy adalah  sebanyak 4.7kg. Lega sangat berat badan tak melebihi had yang sepatutnya kalau tidak tunggulah nak kena buat ujian gula.Tekanan darah normal iaitu 110/64, ketinggian rahim pula 25cm serta jantung janin memberikan bacaan 145bpm.

So, semua ok tak ada yang pelik pelik result untuk hari tu. Cuma kite ada mention pada nurse yang kite ada buasir. Kecik sahaja buasir tu dan tak bleeding pun. Actually dari sebelum preggy lagi kite dah ada buasir, cuma makin meningkat usia kandungan, size buasir tu sedikit besar berbanding dari size sebelum preggy. Dari hasil bacaan kite, adalah kebiasaan ibu ibu mengandung yang mengalami buasir ni sebabnya anak dalam rahim mula menekan bahagian bawah dan menyebabkan buasir terkeluar. Lepas kite mention pasal buasir pada nurse, nurse minta kite refer pada doctor dan doctor pun berikan ubat pil untuk di masukkan ke dalam tempat keluar buasir sekiranya berlaku pendarahan ataupun sakit yang tak tertahan. Rasanya buat masa ni, tak pakai lagi kot sebab belum berdarah dan sakit lagi buasir kite.

Sebelum tu, kite ada tanya Dila kenapa kite belum terima suntikan kancing gigi? Dila pun terkejut kenapa kite lewat sangat masih belum terima suntikan. Lagi pula, nurse pun tak ada sebut pape pasal suntikan tu. Bila dapat berjumpa dengan nurse, kite persoalkan tentang suntikan tu. Jawapan nurse memandangkan kite dah boleh rasa pergerakan baby, eloklah hari ini kite terikan suntikan tu. Ceh, pergerakan baby ni dah 2 bulan yang lepas kite dah rasa. =.=''

Bagi kite suntikan kancing gigi tu agak sedikit sakit berbanding kite ambil darah semasa monthly checkup. Masa nurse suntik, memang kite pandang ke arah lain bagi mengelakkan kite ketakutkan dan kite terasa lengan kite sedikit tersentap gara gara terasa sakit tu. Kira tindak balas luar kawalan lah tu. hu.hu. Once jarum tu keluar, memang automatik terasa kekebasan di bahu. Semalaman kite tak dapat tidur dengan nyenyak sebab bisanya masih terasa. Tidur pun kena pastikan jangan himpit pada bahagian yang kena suntikan tu.

My 26w preggy. Tak nampak kan perut tu.

 Tapi nak buat macam mana kan dah perut tak nampak. Allah bagi tak nampak perut, kita nak bagi nampak. Allah tak bagi morning sickness kite risau nape tak ada morning sickness. Semua serba tak kena. Kan dah kemudahan tu Allah bagi lagi mahu minta menyusahkan diri. Tak adalah membazir beli baju preggy banyak banyak. Hanya beli seluar sahaja sebab dah tak muat.

Sekarang ni doa supaya masa bersalin nanti pun Allah permudahkan jalan kita.

-x0xo-

Saturday, 19 December 2015

Perut Mengeras Sehingga Mahu Pitam

Assalammualaikum

Dua hari ni  kite telah di minta menjadi pemantau kedai untuk kedai abang kite. Nama aje pemantau tapi mana mungkin nak tengok je pekerja abang  kite buat kerja. Customer pun bukannya tahu kite ni hanya di tugaskan sebagai pemantau. Sah sah bila setapak je dia masuk kedai terus minta kite buatkan itu dan ini. Kite pun mana yang mampu kite bantu, kite bantu. Rasa tak  larat, kite terus lari masuk bilik belakang untuk berehat. Tak sampai 10 minit berehat dapat whatsapp dari pekerja abang. "Kak, keluar kejap ni ada customer nak minta tolong buat itu buat ini". Arghhhh . . .

Masa kite sedang buat kerja tu, ada juga rasa baby bergerak gerak dengan aktif mungkin di sebabkan dia terkejut tengok emaknya lain macam hari ini. Selalunya at this time dalam pulu 9pagi hingga pukul 12 tengah hari emaknya bergolek golek dengan riangnya sambil menonton televisyen tak pun dah di ulit mimpi tengah hari. Tapi hari ni lain macam je situasi emaknya. Bising dengan mesin mesin fotostat dan suara suara customer yang datang.

Inilah keja emak sebulan sebelum awak wujud dalam perut emak. Hari hari emak travel dari Klang ke Kota Damansara dengan semangat untuk bekerja. Memang emak enjoy setiap hari datang ke tempat kerja lagi lagi berkobar tarik pintu kedai. Berderu customer masuk yang mana dari pukul 9.30 pagi lagi dah di depan kedai. Tapi sekarang sejak ada awak dalam perut emak, harapkan ayah awak la nak bawak mak ke kedai. Kalau tak bawa memang emak tak kan sampai di sini. Emak memang takde mood langsung nak ke sini walaupun ayah awak suggest datang ke kedai bila emak awak bosan sorang sorang di rumah. Memang tidak ler emak nak datang.

Bila dah banyak sangat kite aktif bekerja, perut terasa mengeras dan cekang. Mula mulanya terasa keras seperti hari biasa tapi ada satu masa dia mengeras sehingga kite terasa sakit hendak berjalan. Kite pun cepat cepat duduk sekejap sambil usap usap perut supaya kite dapat relaks dan baby pun dalam calm diri nya. Tapi lama mana sangatlah kite dapat berehat, sekejap customer masuk. Terpaksa kite melayan customer datang dari melayan perut yang mengeras.

Ia berlaku on and off. Dalam pukul 5 petang, kite pergi beli cucur depan kedai ni. Masa pergi ok, tak de berlaku pape. Dah habis beli dan pak cik jual kuih tu sempat bersembang dengan kite, tetiba mata kite jadi berpinar. Penglihatan kite menjadi bintik bintik hitam yang terlalu banyak dan terasa hendak pitam. Sudah! Perut mula mengeras dari bahagian bawah naik ke atas.

Allahuakhbar! Apa dah jadi ni.

 Kite ignore pak cik tadi dan gagahi juga untuk balik ke kedai. Sepanjang perjalanan tu memang kite rasa nak jatuh. Neighbour neighbour sebelah ada yang sapa kite, tapi kite senyum senyum macam tu aje. Tak mampu nak bersembang lama. Terus heading ke bilik belakang dan jatuhkan badan atas tilam. Berdoa panjang semoga tak menjadi pape pada kandungan kite. Itu aje yang kite fikir. Peluh bercerau cerau basah di leher dan dahi.

Kite pejam mata, berselawat dan calm kan diri. Lama lama badan kite dan sejuk dan beransur pulih. alhamdulillah. Start dari petang tu sehingga malam kite tepuk tepuk perut bagi baby bergerak. Risau kalau dia senyap dalam perut tanpa bergerak. At least kite tahu dia sihat dan ok di dalamnya.

Kite text mama bagitahu keadaan kite. Mama kata mungkin sebab kekurangan minum air, betul juga mama kata. Sepanjang hari kite hanya minum segelas kecil air masak sahaja. Air peluh yang keluar masa bekerja lebih banyak daripada air yang masuk dalam badan. Badan dehydrated. Mungkin itu salah satu penyebab.

Semoga ia menjadi pengajaran untuk kite di masa hadapan supaya sentiasa memastikan badan kite cukup kandungan air.


-x0xo-




Tuesday, 15 December 2015

Pregnancy Update : Check up 22week, Perut Mengeras

Assalammualaikum

3 hari husband cuti di tambah dengan 1 hari extra cuti bersempena dengan kemenangan Selangor memenangi bola sepak terasa seperti tak tahu nak buat apa di rumah. Tahniah Sealangor atas kemenangan 2-0 terhadap Kedah. Walau kite sendiri anak jati Kedah, tapi lumrah bertanding pasti ada menang dan kalahnya. Sekurang kurangnya walaupun kalah terubat sedikit sakit di hati apabila Selangor diberikan cuti.

Sebenarnya sudah lama plan dengan hubby mahu scan anak dlm kandungan ni. Memandangkan last scan sebulan lebih yang lepas plus lately ni perut sering terasa keras. Tambah tambah time kite sedang berbaring. cekang rasanya sampai hubby pun perasan bila duk usap usap perut. "eh, nape perut keras ni"? Mula la risau tak ketahuan dan try google google mungkin ada mommies di luar sana yang mengalami perkara yang sama.

Macam macam jawapan yang kite baca ada jawapan yang lagi menambahkan kerisauan kite dan ada jawapan yang menenangkan hati. Tak tahu nak ambil jawapan yang mana satu kecuali hanya berdoa pada Allah dan slowly talk to baby. Usap perut bagitahu baby jangan cekang cekang sangat sebab kite takut. Tapi tak sakit pun bila perut cekang, tak de la sampai menangis nangis.

Semalam kitaorang pun pergi ke Umra untuk buat monthly checkup di sana. Memang kite buat 2 tempat untuk monthly checkup. Satu di Klinik Kesihatan dan satu lagi di Umra. Buat dekat Umra sebabnya rancang nak deliver baby di situ dan buat checkup di KK sebab incase takut ada apa apa komplikasi yang menyebabkan Umra tak dapat handle kena refer ke GH. At least dah ada buku pink tu. Dengar juga orang orang cakap nanti nurse Hospital Kerajaan bising kalau tak ada buku Pink tu. Ada juga orang kata tak ada buku Pink pun tak ada masalah. So, untuk berada di dalam keadaan selamat better buat dua - dua. Tak ada rugi pun.

Tak lama pun tunggu giliran selepas dua orang patient number kite di panggil. Macam di KK juga, basic checkup timbang berat badan, ambil blood pressure urine test dan jumpa doctor. Cumanya di KK kita kena ambil darah bukan? Tak payah risau, pergi hospital private tak perlu takut dengan jarum sebab sepanjang kite check up di sana belum pernah lagi kite derma darah kite ni pada diorang. Ha.Ha

Habis timbang, BP dan urine test, sesi bertemu dengan doctor. Part ni best sebab boleh scan tengok baby dalam perut. Doctor tanya ada sebarang masalah tak sepanjang preggy like bleeding, sakit kepala or whatever. Alhamdulillah saya sihat. =)

Ok, jom kita scan.

Doctor tunjukkan kepala baby, abdomen, paha, kaki. Scan dalam bentuk 2D so tak nampak pun dengan jelas muka baby irasa omak atau apaknya. Doctor cakap baby is okay, berat 497g. Normal weight for baby in 22weeks is around 400-500g. Kepala pun normal size untuk 22 week, badan pun sama normalnya. Alhamdulillah. Then we go for the gender. Part ni susah sedikit nak mencari sebab kedudukan baby yang menghalang pandangan untuk melihat private part dia.

Sebab tu orang kata jangan too excited for the first nak tahu gender dia. Sebab 1st attempt memang belum pasti boleh nampak unless baby betul betul terbuka kakinya. Macam kite semalam, baby sedang tidur dalam keadaan bersujud. Memang kaki dia bengkok tutup private part tu. Doctor godek godek perut bagi baby beralih alah, tapi tetap juga tak nampak. Best dengan doctor ni, dia berusaha juga nak bagi baby tu bergerak supaya kita sama sama nampak gender baby. Penerangan yang diberikan oleh doctor ni pun best tak seperti doctor doctor yang kite penah berurusan sebelum ini. doctor ni namanya doctor Wan Elly. Lepas ni kalau boleh kite nak buat appoinment dengan dia aje.

Kite melawak la pada doctor, bagi la nampak baby boy. Then doctor gelak, dan tetap berusaha cari private part baby. Seolah olah macam nampak bentuk tu, tapi doctor kata it is not 100 percent clear.



  Kedudukan baby yang seakan akan bersujud kata doctor.

Kite tanya doctor mengenai detail scan, week ke berapa dah boleh start buat. Doctor kata week 22- week 30. Kite decide next checkup la kite buat detail scan untuk lebih tahu kepanjangan, berat, kesempurnaan fizikal baby ni. Kite harap baby sentiasa sihat dan sempurna sifat fizikal dan mentalnya. Amin.

Till we meet again baby!


-x0xo-


Thursday, 10 December 2015

Check Up 21week

Assalammualaikum

Semalam 9.12.2015 was my monthly checkup at KK. Kite pun pergi lah dalam pukul 9.30 pagi berseorangan sebab nak minta hubby tolong temankan tak sampai hati. Lately ni dia dah ambil EL dan minta permission dari bos untuk balik awal semua gara gara kereta breakdown di Kota Damansara. 2 hari kereta breakdown dan 2 hari juga kitaorang ulang alik klang-KD. Nasib baik, abang kepada hubby bermurah hati meminjamkan kereta beliau kepada kami dan dapatlah kami bergerak balik.

Untuk makluman ibu ibu yang baru hamil perkara asas yang di lakukan ketika checkup bulanan adalah ambil darah, urine test, timbang berat badan, pemeriksaan perut dan lastly sekiranya ada permasalahan dengan kandungan kita akan di refer pada Doctor. So semalam, sampai di KK ikutkan basic routine kite kena ambil darah tapi hari tu darah tidak di ambil. tidak tahulah kenapa. Kite lagi suka sebab dua minggu lepas dua kali darah di ambil (Glucose Test) jadi serik sedikit bila tengok jarum tu.

kite terus skip kepada Urine test. Alhamdulillah result daripada Urine Test adalah Normal. Berat timbangan pula naik sebanyak 0.8kg menjadikan berat jumlah terkumpul sehingga kini adalah 44.3 kg. Ketinggian rahim pula adalah 21 cm manakala tekanan darah 100/70. Alhamdulillah semuanya Normal. Cuma satu aje yang membuatkan kite risau iaitu perut kite kecil saje. Tak besar besar macam orang 5 bulan yang lain. Tak tahulah kenapa. Ke sebab selera kite tak membuak buak macam orang yang lain. Tapi takde lah pula kite muntah muntah. Kawan kawan lain naik berat badan ada yang mencecah sampai 5kg sebulan.

Haissshh... tak tahulah kite nak cakap apa lagi bila orang orang pakat bertanya kenapa tak nampak perut. Badan masing masing so mungkin tak sama. This week hubby ajak g Klinik untuk scan nak tahu jantina. Bolehla tengok keadaan baby nanti bila scan. Harap awak sihat sihat saja dalam perut ye, nak.


-x0xo-


Najis Menjadi Gelap Sewaktu Hamil

Assalammualaikum

Semenjak preggy ni kite perasan kenapa najis kite lebih gelap dari sebelum kite preggy. Sejak bulan ke berapa preggy kite tak ingat, tapi situasi ini menyebabkan kite berasa risau, takut ada yang tidak kena dengan kehamilan kite.

Kite tanya husband, husband pun dengan segera google menggunakan kata kunci yang pelik pelik. "Kenapa t**k menjadi hitam? "Kenapa t**k bertukar hitam. Dan jawapan yang diterima hasil dari pembacaan semua yang mengarut.

Disebabkan ketidakpuasan hati dengan jawapan yang diberikan, kite pun terus whatsapp member group kite yang mana salah seorang daripada mereka adalah nurse dan majority ahli member group kite tu pun sudah menjadi ibu. Mungkin mereka ada experience dengan situasi yang kite alami ini.

After text diorang, dapatlah jawapan daripada nurse sorang ni. Katanya mungkin di sebabkan pengambilan ferrous femorate yang di bekalkan oleh kk mahupun hospital. Mana kit adapat Ferous Femorate ni? Ferous femorate adalah sejenis besi yang terkandung di dalam vitamin Obimin. Obimin ini berfungsi untuk menambahkan hemoglobin sel darah merah di dalam badan ibu yang mengandung.



Ini adalah penjelasan hasil daripada usaha ke-google-an kite. Kite dapat daripada LoveIsSharing Blog.
 
Bagaimana obimin bertukar menjadi hitam?
Ia berlaku apabila ibu mengambil obimin lebihan serapan tidak serap dalam tubuh ini akan mengeluarkan sisa najis bertukar warna hitam. Memberikan makna bahawa tubuh anda bertindak dengan berkesan dengan ubat obimin.
Adakah najis hitam semasa hamil membahayakan kesihatan ibu mengandung?
Tidak ia adalah normal. Jika pengambilan anda seperti sarankan doktor makan sehari sebiji maka najis anda akan tetap berwarna hitam. Sekiranya anda kurang mengambilnya maka najis anda akan beransur-anur kurang hitam tetapi akan bertukar warna cokelat semula.
 
Apa yang di berikan oleh doktor anda mahupun jururawat klinik kesihatan anda maka makanlah janganlah cuba abaikan ia untuk kebaikan janin, fetus..bayi dalam kandungan anda juga. Bersyukurlah sekiranya anda antara insan yang terpilih untuk hamil jagalah ia sebaiknya seperti anda sayangkan nyawa anda sendiri kerana dia berhak mendapat apa yang anda dapat sama seperti semasa ibu anda mengandung dan melahirkan anda.
 
Bagi yang mengalami masalah yang serupa rasa lega bukan setelah mendapat jawapan permasalahan kita? Hi.hi so no more worries after this, okay.

-x0xo-

Monday, 30 November 2015

Ujian Air gula

Assalammualaikum

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) adalah ujian air gula yang perlu di jalani oleh ibu hamil bagi memeastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil.

Tujuan MGTT atau MOGTT dilakukan adalah untuk mengenalpasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh samada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan di pindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini akan mengakibatkan saize baby yang besar. Ini mungkin menyukarkan proses kelahiran kelak.

Minggu lepas, kite pun tak terlepas dari kena melakukan ujian Air Gula di KK. Ini berpunca daripada penambahan berat badan secara mendadak. Dari berat 41.9 kepada 43.5 penambahan sebanyak 1.6kg. Untuk makluman, 5 bulan pertama penambahan berat badan yang di bolehkan adalah 500g sebulan. Tapi kite dah jadi 1.6kg sebulan. Walaupun nampak banyak, tapi 43kg je nurse berat saya ni. Bukanla berat benau, so tak payahla nak buat ujian ni. Boleh? Ha.Ha.Ha. Memang tiada kompromi lah!

Nurse dah pesan, hari Jumaat pukul 8 pagi kita buat Ujian gula, so hari Khamis malamnya start pukul 10 sehingga datang ke klinik perlu berpuasa semalaman. Pagi tu, kite datang nurse ambil darah kite dan minta kite ambil segelas air berwarna oren yang pekat dengan kandungan gulanya. Perghhhh manis gila gila.

2 hari sebelum kite kena buat ujian Air Gula, kite dah minta hubby untuk temankan kite. Takut nanti keadaaan tak terkawal seperti muntah, pening, sakit perut sekurang kurangnya ada peneman di sisi yang dapat bantu kite. Tapi suami bagitahu hari Jumaat dia tak dapat ambil half day pagi, petang sahaja boleh half day. Kalau nak teman pun sehingga pukul 9 pagi sahaja. Bolehla hubby, asalkan ada orang yang dapat beri semangat pada kite.

Orang orang sebelah yang hanya melakukan check up biasa dah senyum senyum pada kite sebab kena minum air Gula. Ada yang bagi kata kata semangat. Adik tutup je hidung dan sekali teguk terus minum. Kite pun try buat, tapi kecundang di tengah jalan.Tegukan pertama tu buat kite rasa nak muntahkan semua balik. Phewww~ Hubby sentias amemberi sokongan supaya kite berjaya habiskan segelas air gula. Alhamdulillah, 3 kali tegukan air gula berwarna oren segelas itu berjaya kite habiskan. Hu.hu.hu

Kite pulangkan gelas tu kembali pada nurse dan nurse minta kite tunggu lagi 2 jam tanpa makan/minum untuk ambil darah kali kedua. Kite tanya nurse boleh ke kite balik? Nurse tak benarkan. Badan kite dah mula memberi tindak balas kesan dari air gula tadi. Mata mula nak terlelap, mulut mula nak termuntah, perut mula meragam, kepala mula memusing. Semua ada. Hubby pula sudah nak masuk tempat kerjanya. suami pujuk kite supaya balik je rumah berehat sebab memikirkan lama untuk menunggu 2 jam. Tapi kite menolak sebab takut in between 2 jam tu, nurse panggil.

Lepas hubby masuk kerja, kite terus pergi ke tempat kereta di parking dan masuk ke dalam kereta serta tidur di dalamnya. 10 minut sebelum nurse panggil kite, perut meragam teramat dan meminta kite untuk ke tandas dan buang segala galanya. Memang serik rasanya menjalani Ujian Air Gula ni. Lepas 1 jam setengah menunggu nurse pun panggil untuk mengambil darah untuk kali kedua.

Ini keputusan ujian Air Gula kite

- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
Keputusan : 3.8 mmol/L
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
Keputusan : 6.7 mmol/L
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L
 
Alhamdulillah, kite bebas dari MGT.
 
 
 
-x0xo-

  

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum

Ikutkan hati, setiap hari mahu saja update cerita cerita sepanjang tempoh kehamilan. Tapi biasalah, mood orang mengandung ni kadang kadang tidak menentu. Ada hari terasa mahu tidur seharian, ada hari terasa rajin tersangat sangat.

Entry kali ini, nak bercerita tentang pergerakan baby dalam rahim. Sebenarnya pergerakan baby ni kite dah mula rasa semenjak 2-3 minggu yang lalu which is Week 17-Week 18, tapi kite tak begitu pasti sebabnya at that week kite rasa masih terlalu awal untuk baby buat pergerakan. Apa yang kite rasa ketika itu seperti ada gelembung angin di perut. Angin yang di bidas terlalu cepat dua kali dalam satu masa. Kemudian hilang berlalu. Sebab tu, kite tak pasti adakah itu pergerakan baby.


Bila teringat akan kata kata nurse minggu lepas semasa pergi checkup di KK, nurse bagitahu kulit kite nipis mungkin sebab terlalu kurus dan tiada lemak, so heart beat baby dah boleh di dengar menggunakan alatan apa ntah yang dia pasang di perut kite. Bunyinya seperti bunyi radio yang tiada siaran. Ha.ha.ha

So berpegang kepada kulit kite nipis, kite dah boleh merasai pergerakan baby seawal minggu ke 17/18.
Sekarang ni minggu ke 20 dah kerap bergerak berbanding minggu awal kite dapat rasa pergerakan tu. Kadang kadang tu, sampai terkejut dari tidur bila rasa biadasan baby tu. Bagi kite, agak sedikit sakit bila dia sedikit agresif.

Sebelum ni masa awal awal dapat rasa pergerakan baby, hanya berlaku bila kite baring secara melentang. Itu paling obvious terasa dia bergerak. Tak pasti samada baby yang tak selesa bila kite tidur dalam keadaaan posisi sebegitu tapi, bila kite tidur mengiring kurang pula rasa pergerakannya.

Sekarang ni , posisi melentang ke, mengiring ke kite tidur/baring awal awal pagi dia dah aktif bergerak. Pagi pagi dah gerak kite untuk bangun solat subuh ye sayang.

 

Masa di awal awal kehamila, selalu terfikir fikir macam manalah rasa baby bergerak dalam perut kita nanti. Alhamdulillah, Allah bagi merasai moment yang terindah itu pada waktu ini.

Kalau kita rajin, boleh lah perbanyakkan lagi membaca pergerakan pergerakan baby di dalam perut. Sebagai knowledge kita sendiri. Sambil tengah google, kite jumpa artikle yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan kite. Banyak ilmu diperolehi di baby center .

Antara topik yang di bincangkan adalah :-
1. Bila kali pertama dapat merasa pergerakan baby
2. Apa yang sedang di buat oleh si kecil di dalam perut
3. Bagaimana pergerakan baby dari minggu ke minggu
4. dan lain lain lagi

Bagi ibu ibu yang ingin tahu lebih lanjut tentang keadaan si kecil anda di dalam perut, bolehla click pada link yang kite sertakan tu.


-x0xo-

Friday, 23 October 2015

Second Trimester - Week of 15


Assalammualaikum

Semalam pergi hospital Umra dekat Shah Alam, buat baby checkup gara gara kesalahan diri sendiri yang mencari masalah. Orang kata preggy women ni tak boleh buat kerja berat berat, tak boleh buat banyak kerja, tak boleh stress stress. Lumrah, yang di larang tu yang nak di turutkan. So sengaja la pergi mop rumah. Kite ni anak yang ikut perangai bapak sikit. Mop tu kena 3 kali cucian. cucian pertama menggunakan sabun lantai, cucian kedua bilasan air bersih dan cucian ketiga bilasan air bersih lagi. Bayangkan penat dia macam mana.

Dah habis mop dan siap siap untuk kemas perkakas semua, terasa hendak buang air kecil. Terus cangkung dan tetiba seperti cramp dari Miss V sehingga ke bahagian bawah perut sebelah kiri. Dari cangkung tadi terus berdiri. Sakit tersangat dan paling isau sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini. Usap perut sambil bagitahu baby "Please be strong inside there". "Allah lindungilah kandungan ini". Itu je yang mampu kite doakan. husband sudahla hari tu kursus dekat PutraJaya, memang jauhla.

Tapi Alhamdulillah sakit sangat tu hanya berlaku sekali sahaja, tapi dia berulang sesekali di bahagian bawah kiri dan tak sesakit yang tak tertahan tu. Just a mild contraction. Masih risau. Husband malamnya ajak pergi check di klinik, tapi kite refuse sebab tak sampai hati nak pergi check. Klinik jauh juga jaraknya dan memandangkan sakit pun makin kurang. Masuk hari kedua, bangun pagi terasa lagi sakitnya. Bila tengok perut di cermin, rasa kenapa perut seolah olah leper? Sudaaahhhhh . . . mulala datang negative thought. Fikir entah pape, dan terus WA husband nekad malam ni kita kena pergi check up.

So, semalamlah pergi checkupnya. Alhamdulillah everything sound's good. Scan tengok baby, tengok elok je kaki dia bersilang sampai merekuk merekuk badan. Tidur gamaknya. Doctor cakap, cramp tu adalah normal sebab ligamen kita hendak berkembang untuk support baby lagi lagi apabila kita melakukan kerja berat dengan tiba tiba. Lega rasanya.

Ok, hari ni masuk 15w1d of preggy. HA.HA.HA 2nd trimester ni a bit challenging dari 1st trimester. Masuk 2nd trimester, muka kite ni penuh dengan jerawat pasir. Berbintik bintik dan nasib baik kecil. Waktu jerawat naik bak cendawan tumbuh selepas hujan, kite tak berapa melatah sangat. Sebab pernah terbaca dari FB ada sorang kakak ni, dia pernah post status pasal jerawat pasir time pregnant. Ramai juga kawan kawan dia yang mengalami perkara yang sama. So kite assume hormone lah kot.

Jerawat tu satu hal, takpe boleh tutup dengan krim muka. Tempek tempek sikit bedak baby Johnson-settle.
Satu lagi masalah besar. TAK LALU MAKAN MASAKAN SENDIRI. Acaner? Masak hebat mana pun (ceh, paling hebat gulai ngan masak lemak cili padi je pun) tetap tidak lalu makan. Masakan orang lain juga yang sedap. Habis tu tak kan nak suruh jiran sebelah masakkan untuk engkauuuu~ MAsakan kedai tak termasuk sesedapnya tu, sebab masakan kedai dah cemuih.

Dulu waktu 1st trimester, tiap kali makan, mesti bertambah Sehari 3 4 kali makan. Kali ni ceduk nasi sekali, makan, tak habis, balance simpan untuk 2 jam berikutnya. Haa~ fesyen macam tu. 2,3 jam sekali mesti lapar. Macam mana berat badan nak naik. 40kg je sekarang. Macam mana nurse kat KK tak bising badan keping saje.

Nasi banyak tu. Tak habis simpan untuk 2 jam kemudian. Seolah olah nasi tu di bahagi dua bahagian.





 

 -x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...