ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday 31 December 2015

Dilwale


Assalammualaikum

Siapa dah tengok cerita Dilwale? Nora bagi berapa bintanggg...? Hi.hi. Dekat dekat nak melabuhkan tirai 2015, datang pula cerita dilwale lakonan gandingan hero dan heroin yang selalu meruntunkan hati para penonton selepas habis melihat jalan ceritanya. Tak lain dan tak bukan Shah rukh Khan dan Kajol.

Memang kite tak dapat sangkalkan lagi, Kajol superb beautiful. Betul la orang kata Kajol makin berusia makin cantik. Selalu bila kita tengok movie, habis je cerita pasti terngiang ngiang muka hero kan? Tapi kali ni, dari pawagam balik sampai ke rumah bawa ke esok hari muka heroin Kajol yang terngiang ngiang di minda.




Minggu lepas cuti 4 hari yang ada sambutan Maulidur Rasul dan Cristmas, kite ajak hubby pergi menonton cerita Dilwali di panggung wayang. Hubby ketawa dan tidak melayankan sangat permintaan kite sebab katanya tak pernah pernah tengok Hindustan di pawagam. Berbaloikah nanti? Kite pun fikir punya fikir, memang kite sendiri pun tak pernah tengok cerita Hindustan di pawagam, dah kenapa kali ni kite buang tebiat? Satu sebab utama adalah, kemunculan kembali pasangan romantik ini iaitu Kajol dan Shah Rukh Khan setelah bertahun tahun tidak beraksi bersama. Berlandaskan sebab utama tersebut, mahu atau tidah hubby kena juga melayan kehendak kite.

Memang boleh bawa ke medan peperangan la pada mulanya bila hubby 50-50 tidak menunjukkan keseriusan beliau ketika hendak membeli tiket wayang. Asalnya hendak tengok hari Khamis, tapi ada hal so kitaorang postpone hari Jumaat. Hari Jumaat tu memang kite bertekad nak pergi Setia City Alam Mall lebih awal selepas menghadiri kenduri Doa Selamat Dila & Azam. Sebab kite dah baca status kawan kawan di FB ada yang menyatakan tickets are fast selling dan ada yang terpaksa duduk di row paling depan. Memang benci lah kalau dapat row paling depan, sakit kepala mendongak dengan screen yang dabak besar tu.

 Tengok hubby lok leh lok leh sembang dengan kawan dia tak habis habis, kite dah cuak kalau tiket nanti sold out. Sampai rumah, hubby cakap kita pergi beli selepas solat maghrib sebab pukul 6 kang dia nak keluar ngan kawan beli hadiah kawen untuk member dia. Sudaaaahhh . . . Kite bagitahu yang kite risau kalau tiket nanti dah sold out. Dia kata tak kan habis punya sebab tak de sapa nak tengok cite hindustan melainkan sayang sorang je. Cis! Masa hubby keluar ngan member dia, bagitahu dia ada check GSC online guna username kawan dia. Ticket dah SOLD OUT. Apaaaaa? Gua memang tak kasi can kali ni, darah naik dik dik sampai ke kepala. Panas. Ticket hari ni sold out, esok pula tinggal 3 row depan aje. So sayang nak tak duduk seat depan tu? Agak agak tengah panas macam tu jawapan muhasabah apa harus kite berikan?

Perbualan di hentikan dengan segera. Semalaman juga merajuk dengan hubby geram punya pasal. Sebab seingat ingat kite, jarang kite minta benda yang betul betul kite nak. Selalu kite bagi kelonggaran pada hubby ikut kepada kemampuan dia. contoh time kite preggy, mana pernah kite mengidam sesuatu benda selagi tak dapat kena juga cari. Even pergi checkup pun macam tu juga. Tahulah kan kalau checkup di private agak pricey, so bergantung kalau hubby ajak check up di Umra baru kite ikut. Tapi kali ni, kite betul betul mahu menonton cerita Dilwale di pawagam, bila tak dapat kite rasa frust tersangat.

Malam sebelum tido tu, hubby cuba untuk memujuk. By dah beli dah tiket untuk esok malam tapi bukan kat Setia Alam, dekat Klang Parade. Esok kita pergi tengok erk sayang.  Sebelah telinga pasang dengar, sebelah telinga lagi buat buat tak dengar. HA.HA.

  Muka ada sedikit seronok bila akhirnya dapat juga menonton cerita dilwale

My 24w of pregnancy.


Ramai yang tanya cerita Dilwale ni kisah kesinambungan cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge tu ke? Ouh tidak tidak. Kisah Dilwale yang baru ni tidak sama sekali bersangkut paut dengan Dilwale lama tu. Out of the story.

Bagi pendapat peribadi kite sendiri, cerita ni tak perlu nak ada bekal tisu banyak banyak. Memang tak akan menangis punya. Sebab cerita ini more into action. Shah Rukh Khan dan Kajol masing masing anak kepada ahli kongsi gelap. Dalam kejahatan diorang, masing masing tersimpan perasaan cinta tetapi di sebabkan salah sedikit salah faham, dari sayang menjadi musuh.

Tak boleh la nak cerita banyak banyak kan, so yang belum tengok haruslah pergi menonton ataupun kalau boleh bersabar, tunggu je nanti masuk tv. Ha.Ha.Ha.

Dari 5 bintang, kite kasi 4 bintang untuk cerita ini sebab kagum dengan kecantikan Kajol dan kecantikan pemandangan sepanjang cerita tu di lakukan.


-x0xo-

Saturday 19 December 2015

Perut Mengeras Sehingga Mahu Pitam

Assalammualaikum

Dua hari ni  kite telah di minta menjadi pemantau kedai untuk kedai abang kite. Nama aje pemantau tapi mana mungkin nak tengok je pekerja abang  kite buat kerja. Customer pun bukannya tahu kite ni hanya di tugaskan sebagai pemantau. Sah sah bila setapak je dia masuk kedai terus minta kite buatkan itu dan ini. Kite pun mana yang mampu kite bantu, kite bantu. Rasa tak  larat, kite terus lari masuk bilik belakang untuk berehat. Tak sampai 10 minit berehat dapat whatsapp dari pekerja abang. "Kak, keluar kejap ni ada customer nak minta tolong buat itu buat ini". Arghhhh . . .

Masa kite sedang buat kerja tu, ada juga rasa baby bergerak gerak dengan aktif mungkin di sebabkan dia terkejut tengok emaknya lain macam hari ini. Selalunya at this time dalam pulu 9pagi hingga pukul 12 tengah hari emaknya bergolek golek dengan riangnya sambil menonton televisyen tak pun dah di ulit mimpi tengah hari. Tapi hari ni lain macam je situasi emaknya. Bising dengan mesin mesin fotostat dan suara suara customer yang datang.

Inilah keja emak sebulan sebelum awak wujud dalam perut emak. Hari hari emak travel dari Klang ke Kota Damansara dengan semangat untuk bekerja. Memang emak enjoy setiap hari datang ke tempat kerja lagi lagi berkobar tarik pintu kedai. Berderu customer masuk yang mana dari pukul 9.30 pagi lagi dah di depan kedai. Tapi sekarang sejak ada awak dalam perut emak, harapkan ayah awak la nak bawak mak ke kedai. Kalau tak bawa memang emak tak kan sampai di sini. Emak memang takde mood langsung nak ke sini walaupun ayah awak suggest datang ke kedai bila emak awak bosan sorang sorang di rumah. Memang tidak ler emak nak datang.

Bila dah banyak sangat kite aktif bekerja, perut terasa mengeras dan cekang. Mula mulanya terasa keras seperti hari biasa tapi ada satu masa dia mengeras sehingga kite terasa sakit hendak berjalan. Kite pun cepat cepat duduk sekejap sambil usap usap perut supaya kite dapat relaks dan baby pun dalam calm diri nya. Tapi lama mana sangatlah kite dapat berehat, sekejap customer masuk. Terpaksa kite melayan customer datang dari melayan perut yang mengeras.

Ia berlaku on and off. Dalam pukul 5 petang, kite pergi beli cucur depan kedai ni. Masa pergi ok, tak de berlaku pape. Dah habis beli dan pak cik jual kuih tu sempat bersembang dengan kite, tetiba mata kite jadi berpinar. Penglihatan kite menjadi bintik bintik hitam yang terlalu banyak dan terasa hendak pitam. Sudah! Perut mula mengeras dari bahagian bawah naik ke atas.

Allahuakhbar! Apa dah jadi ni.

 Kite ignore pak cik tadi dan gagahi juga untuk balik ke kedai. Sepanjang perjalanan tu memang kite rasa nak jatuh. Neighbour neighbour sebelah ada yang sapa kite, tapi kite senyum senyum macam tu aje. Tak mampu nak bersembang lama. Terus heading ke bilik belakang dan jatuhkan badan atas tilam. Berdoa panjang semoga tak menjadi pape pada kandungan kite. Itu aje yang kite fikir. Peluh bercerau cerau basah di leher dan dahi.

Kite pejam mata, berselawat dan calm kan diri. Lama lama badan kite dan sejuk dan beransur pulih. alhamdulillah. Start dari petang tu sehingga malam kite tepuk tepuk perut bagi baby bergerak. Risau kalau dia senyap dalam perut tanpa bergerak. At least kite tahu dia sihat dan ok di dalamnya.

Kite text mama bagitahu keadaan kite. Mama kata mungkin sebab kekurangan minum air, betul juga mama kata. Sepanjang hari kite hanya minum segelas kecil air masak sahaja. Air peluh yang keluar masa bekerja lebih banyak daripada air yang masuk dalam badan. Badan dehydrated. Mungkin itu salah satu penyebab.

Semoga ia menjadi pengajaran untuk kite di masa hadapan supaya sentiasa memastikan badan kite cukup kandungan air.


-x0xo-




Tuesday 15 December 2015

Pregnancy Update : Check up 22week, Perut Mengeras

Assalammualaikum

3 hari husband cuti di tambah dengan 1 hari extra cuti bersempena dengan kemenangan Selangor memenangi bola sepak terasa seperti tak tahu nak buat apa di rumah. Tahniah Sealangor atas kemenangan 2-0 terhadap Kedah. Walau kite sendiri anak jati Kedah, tapi lumrah bertanding pasti ada menang dan kalahnya. Sekurang kurangnya walaupun kalah terubat sedikit sakit di hati apabila Selangor diberikan cuti.

Sebenarnya sudah lama plan dengan hubby mahu scan anak dlm kandungan ni. Memandangkan last scan sebulan lebih yang lepas plus lately ni perut sering terasa keras. Tambah tambah time kite sedang berbaring. cekang rasanya sampai hubby pun perasan bila duk usap usap perut. "eh, nape perut keras ni"? Mula la risau tak ketahuan dan try google google mungkin ada mommies di luar sana yang mengalami perkara yang sama.

Macam macam jawapan yang kite baca ada jawapan yang lagi menambahkan kerisauan kite dan ada jawapan yang menenangkan hati. Tak tahu nak ambil jawapan yang mana satu kecuali hanya berdoa pada Allah dan slowly talk to baby. Usap perut bagitahu baby jangan cekang cekang sangat sebab kite takut. Tapi tak sakit pun bila perut cekang, tak de la sampai menangis nangis.

Semalam kitaorang pun pergi ke Umra untuk buat monthly checkup di sana. Memang kite buat 2 tempat untuk monthly checkup. Satu di Klinik Kesihatan dan satu lagi di Umra. Buat dekat Umra sebabnya rancang nak deliver baby di situ dan buat checkup di KK sebab incase takut ada apa apa komplikasi yang menyebabkan Umra tak dapat handle kena refer ke GH. At least dah ada buku pink tu. Dengar juga orang orang cakap nanti nurse Hospital Kerajaan bising kalau tak ada buku Pink tu. Ada juga orang kata tak ada buku Pink pun tak ada masalah. So, untuk berada di dalam keadaan selamat better buat dua - dua. Tak ada rugi pun.

Tak lama pun tunggu giliran selepas dua orang patient number kite di panggil. Macam di KK juga, basic checkup timbang berat badan, ambil blood pressure urine test dan jumpa doctor. Cumanya di KK kita kena ambil darah bukan? Tak payah risau, pergi hospital private tak perlu takut dengan jarum sebab sepanjang kite check up di sana belum pernah lagi kite derma darah kite ni pada diorang. Ha.Ha

Habis timbang, BP dan urine test, sesi bertemu dengan doctor. Part ni best sebab boleh scan tengok baby dalam perut. Doctor tanya ada sebarang masalah tak sepanjang preggy like bleeding, sakit kepala or whatever. Alhamdulillah saya sihat. =)

Ok, jom kita scan.

Doctor tunjukkan kepala baby, abdomen, paha, kaki. Scan dalam bentuk 2D so tak nampak pun dengan jelas muka baby irasa omak atau apaknya. Doctor cakap baby is okay, berat 497g. Normal weight for baby in 22weeks is around 400-500g. Kepala pun normal size untuk 22 week, badan pun sama normalnya. Alhamdulillah. Then we go for the gender. Part ni susah sedikit nak mencari sebab kedudukan baby yang menghalang pandangan untuk melihat private part dia.

Sebab tu orang kata jangan too excited for the first nak tahu gender dia. Sebab 1st attempt memang belum pasti boleh nampak unless baby betul betul terbuka kakinya. Macam kite semalam, baby sedang tidur dalam keadaan bersujud. Memang kaki dia bengkok tutup private part tu. Doctor godek godek perut bagi baby beralih alah, tapi tetap juga tak nampak. Best dengan doctor ni, dia berusaha juga nak bagi baby tu bergerak supaya kita sama sama nampak gender baby. Penerangan yang diberikan oleh doctor ni pun best tak seperti doctor doctor yang kite penah berurusan sebelum ini. doctor ni namanya doctor Wan Elly. Lepas ni kalau boleh kite nak buat appoinment dengan dia aje.

Kite melawak la pada doctor, bagi la nampak baby boy. Then doctor gelak, dan tetap berusaha cari private part baby. Seolah olah macam nampak bentuk tu, tapi doctor kata it is not 100 percent clear.



  Kedudukan baby yang seakan akan bersujud kata doctor.

Kite tanya doctor mengenai detail scan, week ke berapa dah boleh start buat. Doctor kata week 22- week 30. Kite decide next checkup la kite buat detail scan untuk lebih tahu kepanjangan, berat, kesempurnaan fizikal baby ni. Kite harap baby sentiasa sihat dan sempurna sifat fizikal dan mentalnya. Amin.

Till we meet again baby!


-x0xo-


Thursday 10 December 2015

Check Up 21week

Assalammualaikum

Semalam 9.12.2015 was my monthly checkup at KK. Kite pun pergi lah dalam pukul 9.30 pagi berseorangan sebab nak minta hubby tolong temankan tak sampai hati. Lately ni dia dah ambil EL dan minta permission dari bos untuk balik awal semua gara gara kereta breakdown di Kota Damansara. 2 hari kereta breakdown dan 2 hari juga kitaorang ulang alik klang-KD. Nasib baik, abang kepada hubby bermurah hati meminjamkan kereta beliau kepada kami dan dapatlah kami bergerak balik.

Untuk makluman ibu ibu yang baru hamil perkara asas yang di lakukan ketika checkup bulanan adalah ambil darah, urine test, timbang berat badan, pemeriksaan perut dan lastly sekiranya ada permasalahan dengan kandungan kita akan di refer pada Doctor. So semalam, sampai di KK ikutkan basic routine kite kena ambil darah tapi hari tu darah tidak di ambil. tidak tahulah kenapa. Kite lagi suka sebab dua minggu lepas dua kali darah di ambil (Glucose Test) jadi serik sedikit bila tengok jarum tu.

kite terus skip kepada Urine test. Alhamdulillah result daripada Urine Test adalah Normal. Berat timbangan pula naik sebanyak 0.8kg menjadikan berat jumlah terkumpul sehingga kini adalah 44.3 kg. Ketinggian rahim pula adalah 21 cm manakala tekanan darah 100/70. Alhamdulillah semuanya Normal. Cuma satu aje yang membuatkan kite risau iaitu perut kite kecil saje. Tak besar besar macam orang 5 bulan yang lain. Tak tahulah kenapa. Ke sebab selera kite tak membuak buak macam orang yang lain. Tapi takde lah pula kite muntah muntah. Kawan kawan lain naik berat badan ada yang mencecah sampai 5kg sebulan.

Haissshh... tak tahulah kite nak cakap apa lagi bila orang orang pakat bertanya kenapa tak nampak perut. Badan masing masing so mungkin tak sama. This week hubby ajak g Klinik untuk scan nak tahu jantina. Bolehla tengok keadaan baby nanti bila scan. Harap awak sihat sihat saja dalam perut ye, nak.


-x0xo-


Najis Menjadi Gelap Sewaktu Hamil

Assalammualaikum

Semenjak preggy ni kite perasan kenapa najis kite lebih gelap dari sebelum kite preggy. Sejak bulan ke berapa preggy kite tak ingat, tapi situasi ini menyebabkan kite berasa risau, takut ada yang tidak kena dengan kehamilan kite.

Kite tanya husband, husband pun dengan segera google menggunakan kata kunci yang pelik pelik. "Kenapa t**k menjadi hitam? "Kenapa t**k bertukar hitam. Dan jawapan yang diterima hasil dari pembacaan semua yang mengarut.

Disebabkan ketidakpuasan hati dengan jawapan yang diberikan, kite pun terus whatsapp member group kite yang mana salah seorang daripada mereka adalah nurse dan majority ahli member group kite tu pun sudah menjadi ibu. Mungkin mereka ada experience dengan situasi yang kite alami ini.

After text diorang, dapatlah jawapan daripada nurse sorang ni. Katanya mungkin di sebabkan pengambilan ferrous femorate yang di bekalkan oleh kk mahupun hospital. Mana kit adapat Ferous Femorate ni? Ferous femorate adalah sejenis besi yang terkandung di dalam vitamin Obimin. Obimin ini berfungsi untuk menambahkan hemoglobin sel darah merah di dalam badan ibu yang mengandung.



Ini adalah penjelasan hasil daripada usaha ke-google-an kite. Kite dapat daripada LoveIsSharing Blog.
 
Bagaimana obimin bertukar menjadi hitam?
Ia berlaku apabila ibu mengambil obimin lebihan serapan tidak serap dalam tubuh ini akan mengeluarkan sisa najis bertukar warna hitam. Memberikan makna bahawa tubuh anda bertindak dengan berkesan dengan ubat obimin.
Adakah najis hitam semasa hamil membahayakan kesihatan ibu mengandung?
Tidak ia adalah normal. Jika pengambilan anda seperti sarankan doktor makan sehari sebiji maka najis anda akan tetap berwarna hitam. Sekiranya anda kurang mengambilnya maka najis anda akan beransur-anur kurang hitam tetapi akan bertukar warna cokelat semula.
 
Apa yang di berikan oleh doktor anda mahupun jururawat klinik kesihatan anda maka makanlah janganlah cuba abaikan ia untuk kebaikan janin, fetus..bayi dalam kandungan anda juga. Bersyukurlah sekiranya anda antara insan yang terpilih untuk hamil jagalah ia sebaiknya seperti anda sayangkan nyawa anda sendiri kerana dia berhak mendapat apa yang anda dapat sama seperti semasa ibu anda mengandung dan melahirkan anda.
 
Bagi yang mengalami masalah yang serupa rasa lega bukan setelah mendapat jawapan permasalahan kita? Hi.hi so no more worries after this, okay.

-x0xo-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...