ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.
Showing posts with label daily life. Show all posts
Showing posts with label daily life. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Washi tape



Assalammualaikum
Salam petang

Hari ini nak bercerita tentang washi tape.

Apa itu washi tape?
Kite pun baru tahu semalam tentang perkataan washi tape ni.

Yang kite tahu masking tape sahaja.
Nak di mulakan cerita, almaklumlah quaters rumah kite pun dah berkurun lama so banyak barang yang dah season pun termasuk setiap suiz di seluruh rumah. Selain daripada kesan tangan orang orang yang duduk sebelum ini, suiz itu juga telah kuning kekuningan.

Almaklumlah tangan kite ni kan alergic benda benda geli macam ni, nak tekan pun hujung2 kuku aje (GEDIK). Banyak juga benda yang kite geli nak pegang dan suami pun tolong untuk tukar yang baru. Contoh seperti paip air sinki, tombol pintu dan lain lain. So yang suiz ini pula memang hashben berhajat nak tukar tapi itu lah nak nak nak sampai tak sempat nak buat. Fikir banyak kali sayang pula duit nak tukar kesemua suiz sebab satu aje dah RM5, kalau 10 tak ke RM50?

Kalau rumah sendiri tak hapeeee la jugek~

Dalam keadaan macam ni terbitlah idea yang bernas untuk menggunakan masking tape. Sekarang kan masking tape yang cantik cantik terdapat di pasaran. So kite beli dua masking tape dan lekat pada setiap suiz.

Tapi sebelum tu, kite lap dulu suiz kite menggunakan kain dan clorok bagi hilang warna kuning tu. Kalau tak bersihkan nanti nampak tak cantik. Warna tape tu jadi kuning bila dah lekat pada suiz.



Kali pertama tampal, kurang memuaskan hati, nampak kurang kemas dan cantik. Peel off semula dan buat sekali lagi. Kali ketiga percubaan baru puas hati.

Nak buat benda ni kena menggunakan pisau belit sebab kita nak potong celah celah suiz tu. Kalau guna gunting kurang menjadi.


Setelah satu suiz terhasil, jadi 'gila' nak tape suiz lain pula. Semua suiz nak buat. Jadi cantik dan unik.
Kite ada post kat page deco di FB, ramai yang bagi postive feedback dan ada yang nak copy cat. Hi.Hi sila sila.

Rupanya masking tape famous di kalangan mat salleh dalam you tube. Diorang guna istilah washi tape. Macam macam yang diorang buat menggunakan washi tape ni. Ada yang buat cover untuk handphone, ada yang buat frame di gantung pada dinding, ada yang buat greeting card dan macam macam lagi. Seronok!


So ini pattern washi tape kite. Lepas ni nak cari warna pink pula sebab nak lekat pada suiz di dapur. Sebenarnya ada hajat nak jadikan dapur kite serba PINK! ha.ha. Angan angan aje.



-x0xo-


Tuesday, 2 December 2014

Sejenak di UKM



Assalammualaikum


Sementara tak ada customers dan tak ada kerja yang backlog bolehla karang cerita yang berlaku 4 hari lepas.

Hari Isnin yang lalu (24/11/2014) husna dan wani ajak kite melawat UKM ala ala konon nak mengimbas kenanga belajar di sana lah. Cun ! Sebab memang kite kepingan (tak boleh sebut mengidam, sat lagi orang ingat kite mengandung)  nak makan kebab di PUSAN. Memang kebab tu famous pun di UKM.

Lepas dapat approved dari bos, kite text semula husna tanya diorang akan guna route mana dari Ampang ke Bangi. Sebab kalau diorang menggunakan jalan yang sama kite guna, kite prefer kitaorang jumpa half way then carpool saje. Wani cakap dia guna jalan Sungai Besi tapi sememamangnya kite tak ada satu idea pun Sg Besi tu dekat mana. Jalan yang kite nak lalu pun kite sendiri tak tahu. Bab bab jalan are aSelangor ni sememangnya jahil.

Setelah berbincang berkali kali baik dengan husna & wani mahupun dengan hashben kite merasakan bahawa better kite pergi UKM dengan sendirinya berpandukan waze. Bukan apa, takut nanti rancang ngan wani nak jumpa di satu tempat, tapi kite waze nama seakan akan sama tapi tengok2 tempat lain. Lagi bertambah susah, Baik terus menuju ke destinasi akhir.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa getar dalam hati. Sepanjang perjalanan hati dan mulut mengulang ayat Rabbi Yasir serta doa kenderaan supaya perjalananku di lindungi dan selamat pergi serta pulang. Bukan apa, pernah jadi kes bulan lepas kite tersesat dari pulang tempat kerja di Shah Alam masuk ke Pelabuhan Klang menuju Pulau Indah. Ceritanya di kemudian hari. Hi.Hi.

Alhamdulillah, dalam pukul 12.30 tengah hari kite selamat sampai di depan kolej kite duduki masa belajar dahulu, sumpah rasa rindu dan masih rasa kite student UKM. Langsung tidak rasa janggal menapak dari satu block ke satu block.

Lepas jumpa bertiga kitaorang terus heading ke PUSAN nak cari kebab. Tapi bukan menaikii kereta tapi kitaorang prfer JALAN KAKI! Ha.ha kite tanya sorang sorang serius ke ni nak berjalan kaki, bukan 10 langkah dah sampai tapi banyak langkah. Takut nanti penat dan berpeluh peluh, almaklumlah dah lama kan tak berjalan jauh jauh macam ni. Takut kang ada yang cram.

Berbekalkan dua kaki payung, kitaorang pun melangkah seperti biasa ala ala nak ke kelas. Melawak konon konon kitaorang dah terlewat ke kelas, konon konon Prof nak jumpa petang karang. Ha. HA.








Disebabkan sambil berjalan sambil berjenaka, tak terasa pun kejauhan antara kolej dan PUSAN malah peluh pun tidak. Sampai di PUSAN dan kedai bakery, cepat cepat menjengah melihat kebab. TAPI alangkah frust bila melihat kebab sudah tiada. Mahu memberontak ya amat. Baru pukul 1 lebih kot tak kan secepat itu habis?

Nak nangis pun tak de guna, so makan lah roti apa yang ada. Sudah habis makan, Husna ajak ke Library nak bergambar di perkarangan library.

Sekitar di kawasan library bersama wani


Habis bergambar di Librar, ada pula orang teringin nak masuk dalam bilik kuliah dan kelas. Haiiishhh, itu la waktu dulu orang ajak ke kelas mengelak, nak tido la nak tengok movie la. Ha.Ha. Melawak aje.

So, layankan aje orang yang ngidam ngidam ni, bukan senang nak dapat datang UKM bertiga bersama macam ni.










Habis semua perkara yang teringin yang terasa yang mengidam dah sempurna buat, barulah kitaorang merasa mahu pulang. Jam pun sudah menunjukkan pukul 5 petang. Husna dan Wani tak pe kalau lewat pun sebab mereka berdua tambah pula Wani memang orang Selangor. So jalan dah expert. Kite ni, yang baru 3 bulan tinggal di Selangor, jalan pun tak ketahuan rasa risau nak balik. Time time macam ni haruslah jam sebab orang pakat nak balik dari office. Getar dalam hati risau kalau kalau tersesat tambah pula dengan banyak kereta.



-x0xo-

Wednesday, 26 November 2014

Menghilang

Assalammualaikum.

.MENGHILANG.

Dah sebulan menyepi dari blog velvetseha.

Bukan tak ada cerita yang nak di ceritakan tapi kekangan masa.

Sejak mula bekerja di kedai abang sendiri, tak menang tangan melayan customers.

Bukan setakat blog sahaja yang dah lama tak update, FB mahupun IG juga turut tak tercapai untuk update.

Banyak cerita yang terkubur begitu sahaja tak sempat nak di coretkan ke dalam blog.

Haishhh . . . . .


-x0xo-

Wednesday, 20 August 2014

My Exciting Day


Assalammualaikum dan selamat pagi

Hari ini hari terakhir menghadap komputer sebelum cuti panjang bermula. Baju semalam dah masuk fasa pertama packing, dan akan di kemas kini lagi baju baju yang betul betul perlu di bawa dan baju yang perlu di keluarkan semula dari bag. Jadi perempuan ni, memang macam ni eh? Ke kite sorang je yang mempunyai perangai yang semua benda kat rumah ni nak di bawa. Iyelah nama pun holiday, lepas tu pula 5 hari perjalanan dan di tempat tempat yang berbeza. Kalau duduk menetap di satu tempat kuranglah risau nya if bawa baju sikit sebab boleh masuk washing machine. Tapi kalau dah pergi KL sedikit, kemudian pergi Sarawak sedikit then pergi Brunei sedikit so agak susah nak mencuci ni. Takut tak sempat nak kering. So better bawa banyak banyak helai, senang. If that the case, memang kena bawa 2 luggage lah jawabnya. Hu.Hu

Kemarin sempat renew pasport di Jabatan Imigresen Sungai Petani. Kite tak tahu pula rupanya kalau kita nak melancong ke luar negara, pastikan yang kita telah renew pasport kita 6 bulan sebelum tarikh pasport tamat. Contohnyakan, tarikh tamat pasport kite Jan 2015, so start from August 2014 ke Jan 2015 tu ada dalam 6 bulan kan? So kena RENEW.

Disebabkan prasaan nak bercuti tu menggunung tinggi, maka semangat untuk bekerja hari ini pudar sedikit. Layankan cerita Rindu Awak 200%. Episode semalam (ep 21) romantik betul, tersenyum sipul aku sendirian fefeling konon konon aku la heroin nya tu manakala hashben pula hero nya. Muha.ha.

Bila tengok karakter lelaki ni, ada juga banyak persamaan dengan hashben. Dari segi kesabaran melayan isteri, dari segi mengawal kemarahan, dari segi membuat keputusan, dari segi tak sampai hati nak marah lama lama. Ouh everytime tengok cara Faez tu berlakon, teringat hashben nun jauh di sana. Tambah pula sekarang hashben bersungguh sungguh mencuci rumah yang bakal kitaorang duduk.Kite dah bagitahu, tak payah la nak cuci sangat sangat, tunggu la kite pergi sana boleh cuci sama sama. Tapi dah dia kata dia still ok, tak kan kite nak halang. Malam pula gi kedai tikar, cari tikar sebab rumah kitaorang tu just tandas dan kitchen je yang ada tile. Tangkap gambar tikar, then whatsapp tanya pendapat ok ke tak dengan tikar tu. Dia tahu yang isteri dia ni memang fussy. Tikar tak nak yang warna warna, tak nak yang berbunga or printed, just nak warna silver or whitish dan plain. Yang look a like a tile. Sebab nak bagi effect rumah nampak bersih dan luas. Tapi semalam dia kata dia aa jumpa tikar plain warna pudar purple nak ke kelabu. *will consider* Terima kasih hashben atas kesungguhan mu itu. I really appreciate it and thanks to Allah for granted me a man just like u.

Esok kita jumpa erk, baby. InsyaAllah. Hi.Hi







-x0xo-

Saturday, 16 August 2014

My Resignation Letter


Assalammualaikum dan pepagi sekalian alam,

Minggu ni hashben tak balik, maka hormon hormon keceriaan serta keriangan kurang di rembeskan berbanding hari bila hashben balik.

Mulala nak bersendirian, mengarang puisi puisi duka dan sedih lagi pehit. Pehit kehidupan ini.
Kulari ke hutan kemudian teriakku,
Ke lari ke pantai, kemudian menyanyiku
Sepi . . . , sepi , sendiri, aku benci *sila baca puisi mengikut ton Dian Sastrowardoyo dalam filem AADP* Cukup, cukup sudah.

OK! Terima hakikat yang suami tak balik minggu ni, macam mana pun life must go on.

Tak lama mana dah pun seha nak kena tinggal berjauhan as weekend husband wife macam ni lagi. Surat resign dah hantar kan hujang bulan lepas, so tunggu je lah habis bulan ni.



Berapa hari sahaja lagi. Kalau nak counting pun dah boleh counting dah dari sekarang. Sekarang pun dah 16 haribulan so another 15 days left. Next week kan honeymoon dengan hashben, then the other week dah habis bulan dah boleh jumpa dan ikut hashben pergi klang. So this is the last week la nak spend masa di Kedah. Alah kau ni Seha, sekarang memang tergedik gedik nak follow hashbend, kang dah di sana, kau mengira ngira hari pula nak balik rumah kedah. Rindu mama abah la, rindu anak sedara lah, rindu keluargalah, home sick lah, apalah. Macam ku tak tahu kau macam mana seha. Serba tak kena kau ni. Duk sini rindu yang sana, duduk di sana rindu di sini pula. *kasi elbow baru tahu* Ha.Ha

Sebenarnya next week bukan lah honeymoon mana pun, it is family trip. Tapi as long as I am with my hashben, i called it honeymoon. Yelah kitaorang kan jarang jarang dapat bersama, so bila dapat bersama it is really a honeymoon to me. Minggu depan tu just fly fly dalam Malaysia aje, tak jauh pun merentasi luar Malaysia. Ikutkan memang teringin nak gi oversea ngan hashben as per early hashben's plan kalau di izinkan tuhan dia nak bawa kite melancong jauh ckit.

Tapi lately ni semenjak tragedi 5 buah kapal terbang terhempas+hilang rasa seram pula nak naik kapal terbang. Even yang nak pergi next week ni pun rasa takut takut. Iyeee~ kite tahu berulang ulang kali hashben bilang kalau dah ajal lari lubang mana pun mati itu tetap pasti. Tapi . . . kalau boleh janganlah mati dalam keadaan menghayat hati seperti terhempas dalam kapal terbang. Cuba kita bayangkan kita adalah salah satu mangsa kejadian, bayangkan detik detik menghadapi saat badan kita ni akan tercampak ke atas tanah. Nauzubillahuminzalik.

Itulah, bila terbayang perkara perkara macam tu, rasa tak pelah baby kita pusing pusing dalam Malaysia dulu lah. Lagipun banyak lagi tempat yang belum kita terokai. Cameron highland, Grand Lexis PD (Hu.Hu), dan lain lain lagi.

Moga moga percutian kita beramai next week ni pun sentiasa di bawah lundungan Nya. Amin Ya Rob.

Ouh ya, lepas berhenti  kerja duduk dengan hashben nanti plannak buat apa kat rumah? Hurmm sebenarnya, hati kite memang melonjak lonjak sementara waktu ni, biarlah kite sepuasnya duduk di rumah. Menjadi sebenar benarnya jawatan housewife. Sebab selama ini kite mana pernah masak apa apa untuk suami *eh ada, bubur sup ayam, waktu hashben demam* Maksudnya, kite belum ada kesempatan nak secara fully memberi khidmat sebagai isteri lagi.

Sebab tu rasa, nak gunakan peluang ini untuk menjadi fully housewife. Cerita bab kerja pula, tak ada niat pun terlintas tak mahu kerja dah. Nak juga cari kerja lain sebagai income tetap dan at the same time still nak run my own bisness. Ouh ya, dalam fikiran ni ada macam macam product nak di keluarkan. Tapi itulah masalah dari segi photographer dan model la pula. Menyesal pula biarkan adik jual camera nikon besar gedabak u.

Semoga penghijrahan kite mengikut suami adalah perkara yang terbaik di susun oleh Allah dan moga kite juga di permudahkan dalam mencari rezeki kite sendiri. Amin . . Amin.


-x0xo-
 

Thursday, 14 August 2014

Menu Esp Shaklee


Assalammualaikum

Sebenarnya dah lama teringin nak beli ESP shaklee dan Vitamin C dari shaklee ni. Tapi di sebabkan mahal, maka terkubur sekejap niat untuk membeli. Sebenarnya bukan tiada peruntukan duit untuk Shaklee ni, tapi macam biasalah perangai kedekut atau sayangkan duit tu lebih kuat dari untuk lihat badan sihat dan cergas dengan kuasa Allah.

Tapi 2 minggu lepas, paksa juga diri untuk keluarkan sedikit duit belanja membeli supliment dari shaklee. Terasa usia semakin tua ni, badan seperti perlukan suppliment bagi membantu kekuatan diri. Sekarang mudah betul jatuh sakit berbanding zaman belajar dulu. Ingat lagi dalam setahun belum tentu sakit demam nak datang. Tapi sekarang boleh kata maksimum 5 kali dalam setahun. Tu baru demam belum lagi sakit sakit badan. Keserian muka pun makin pudar. Dah tak ceria umpama shine bright like a diamond. Ha.Ha.

Setelah melakukan sedikit study ke atas product product shaklee, maka kite decide untuk ambil ESP dan vit C. Esp untuk memberi tenaga kepada badan serta mempertingkatkan imune manakala vit C pula untuk kulit.



Haaa . . . sekali sampai kat rumah baru terkejut punyalah besar bekas ESP shaklee dan Vit C shaklee pula ada 180 biji. Boleh tahan 6 bulan tu. So berapalah sangat harga vit C shaklee ni kalau di bandingkan dengan berapa bulan ia bertahan. Memang untung dan berbaloi beli Vit C shaklee.
 





















































Vit C shaklee memang tidak menjadi masalah unuk telan, sebab ia dalam bentuk kapsul. Yang sedikit bermasalah untuk telan adalah esp Shaklee. Sebab it is soy based. Sekali dua kali minum bolehla tahan loya tu, tapi kalau dah tiap tiap hari kena minum mahunya berhenti terus selepas seminggu. Hi.Hi. So alternatifnya, campurkan apa apa flavour yang kita suka bagi mengurangkan loya soya tersebut. Kite penah try awal awal peminuman dengan mencampurkan dua sudu oren sunquick dengan satu sudu besar ESP shaklee ke dalam shaker. Kemudian shake. Sedap !

Tapi baru baru ni kite pernah bancuh esp shaklee + dutch lady strawberry. Memang terbaik setakat ini. Kurang banyak lah rasa loya esp shaklee tu. Sebenarnya banyak lagi flavour yang kita boleh mix dengan esp shaklee ni even nak buat smoothie pun boleh.



Harap dengan izin Allah, akan memberi sedikit kebaikan dan perubahan positif dalam metabolism badan kite hendaknya.

Ouh ya, sebelum kite tutup post kite ni jangan ada pula yang email awatu whatsapp kite bertanyakan yang lebih detail tentang product shaklee ni. Sebab kite bukan distributor dan tiada kaitan dengan penjualan product shaklee. Kite hanya insan biasa yang menggunakan product shaklee ni. Kalau setakat whatsapp tanya perubahan yang kite alami setelah meminum/mengambil vit c dan esp, bolehla kite share share mana yang patut.



-x0xo-


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalammualaikum.

Masih belum terlambat kan kite nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga dalam kita bergembira menyambut raya, hendaklah kita sentiasa bersederhana. Bukan  apa, mengenangkan nasib orang yang susah. Setiap orang nasib lain lain kan. Tambah lagi terkenang kan saudara saudara kita di Palestin terutamanya. Kita di Malaysia malam raya je di banjiri dengan dentuman mercun tapi di sana di banjiri dengan butir butir peluru. Kalau setakat mercun kecik kecik tak apalah kalau nak main tapi ini sampai berdentum gegar bumbung bumbung rumah.

Tahun ni, ada kelainan sedikit dalam menyambut Aidilfitri berbanding 25 tahun yang lepas. Al maklumlah tahun pertama beraya bersama hashben dan family in law. Serius kite cakap kite cuak. Sebulan sebelum raya tiba lagi kite dah fikir macam mana ye kite nak handle keadaan beraya nanti. Sebabnya, family in law ni ramai sangat sedara berbanding dengan kite. Kite ni mak ayah masing masing ada 3 orang adik beradik aje. Pak Long, Pak Ngah dan Paksu. Itu aje panggilan yang ada. Tapi sebelah in law mak abah ada 6 orang adik beradik, so panggilan pun pelbagai. Kadang kadang confius, dan muka pun lebih kurang.

Raya ni, rasa terlebih la sayu tu, sebab sebelum ni kalau sayu bersalaman pun setakat sayu dengan mama abah dan adik beradik. Kali ni extra sayu dengan suami. Iyolah den kan banyak sangat merajuk dengan suami.

Mungkin tidak menjadi masalah bagi suami isteri yang mempunyai kampung halaman yang berdekatan. Yang tak sampai setengah jam dah sampai kampung halaman masing masing. So tak adalah isu balik rumah sapa dahulu. Macam tahun ni, rumah mama abah raya pertama abang dan bencik balik rumah mertua. Dan wajib yang ada adik sebab dia belum kawen. Ngah, dia punya perancangan masih lagi samar samar samada balik rumah mama abah atau balik in law dia sebab dia suka buat surprise. Rancang dengan hashben raya pertama di kampung hashben, tetapi di sebabkan kakitangan di rumah mama abah tak ramai untuk prepare juadah raya, maka kite decide malam raya tu kite balik sekejap tolong mama. Habis lengkap semua, balik semula ke bakar kapor. Tapi hashben cakap, tak pelah kita beraya ajelah rumah mama abah dulu. Petang sikit kita balik rumah bakar kapor.


Disebabkan tahun ini, tak ramai family members yang berkumpul bersama, makanya tak banyak sangat gambar yang dapat di tangkap. Tangkap gambar sendiri sendiri sahaja.


Ini pula gambar ketika dalam perjalanan balik ke Bakar Kapor. Nak juga tangkap gambar berdua sebab tahu nanti di kampung hashben, hashben malu ckit nak bergambar berdua duaan. Malu orang tengok. Hu.Hu

Bersyukur saya dapat awak sebagai suami.



































Gambar pertama kali bergambar bersama seluruh ahli keluarga belah suami.


























Keluarga di sebelah hashben saling tak tumpah sama dengan keluarga kite. Dari segi bilangan adik beradik sama, jantina 4 lelaki 1 perempuan pun sama, bilangan anak sedara pun sama malah umur antara adik beradik hashben dengan adik beradik kite pun ada yang sama. Senang kata serasi bersamalah dengan hashben ni.

Selepas sesi bergambar, ini amalan yang first time kite buat selepas berkahwin. Amalan menziarahi dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sebab tak biasa kan ziarah ziarah ni so terasa sedikit malu tak tahu nak bawa diri macam mana.

Ini baru kat kawasan jiran, belum masuk lagi menziarahi sanak saudara diorang. Ha.Ha gua memang kecut perut der. Tapi ape ape pun kite dah bagi sebaik mungkin cara kite melayan saudara. Kalau ada yang terkurang maaflah sebab kite ni bukan jenis keluarga besar, memang tak reti nak bergaul dengan orang ramai.

Itu sahajalah mengenai cerita raya pertama kite. Kesimpulannya, kite bersyukur Allah masih lagi panjangkan usia kite untuk memberi peluang kite merasai suasana beraya bersama suami dana keluarganya. Merasai kali pertama menyediakan baju raya suami, butang songkok serta iron baju suami dan paling syahdu dapat bersalam salaman memohon maaf dengan suami. Alhamdulillah.

Harap tahun dengan ada pengalaman yang lebih manis pula, mungkin beraya bertiga. Hi.Hi. Kalau ada rezeki.



-x0xo-

Thursday, 24 July 2014

Muka Kusam dan Suram


Assalammualaikum.

Raya dah nak menjelang tiba, persiapan semua boleh di katakan 80% dah settle.
Kuih dah buat, baju raya ada yang dah tempah dan ada yang beli ready made, bilik tidur pula dah kemas dan mop last week cuma tudung je belum cari lagi. Tudung untuk warna biru dan warna purple. *Shame on me* Baju raya boleh di katakan every year warna purple.

Tapi . . .

Ada satu masalah yang membelenggu diri sehingga ke hari ini.
Masalahnya satu iaitu muka kite menjadi gelap, kusam dan tak bermaya.

Rasa dah sebulan lebih dah perkara ini berlaku semenjak kite menukar krim fair and lovely. Mungkin kulit ni yang dah berusia tidak lagi sesuai untuk memakai Fair& Lovely. Tak seperti zaman remaja dulu memang krim ini membantu sedikit sebanyak dalam proses pencerahan kulit.

Sebelum pakai Fair&Lovely, kite guna Olay Total effects (anti ageing+fairness cream). Muka okay tak ada masalah, tapi tak tahulah kenapa yang tak puas hati sangat bertukar menggunakan Fair&lovely. Ouh hati tak pernah puas dengan satu satu benda.

So sekarang nak buat apa? Bila jadi sebegini, mulalah nak buat postmortem. Selain dari faktor penggunaan krim muka, ada dua tiga juga faktor lain yang menyumbang ke arah kekusaman kulit muka ni. Ini based on apa yang kite observe dari segi cara kite berkadar langsung dengan kulit muka kite.

Pertama, kurangnya berjogging yakni mengeluarkan peluh dan berjemur di bawah matahari ketika pagi. Sinaran matahari di sebelah pagi kan mengandungi vitamin D yang baik untuk badan kita. Kite perhati kalau kite buat gardening di pagi hari ataupun membasuh kereta di pagi hari sehingga mengeluarkan peluh, muka nanti akan jadi ceria dan kulit pun jadi sihat.

Selain daripada berjogging/melakukan xtvt di sebelah  pagi, pengambilan air kosong juga sangat penting. Ini serius. Kite pernah lakukan sebab masa itu kite consume shaklee. Any shaklee vitamin memang menyarankan kita untuk sentiasa mengambil air kosong dalam 1 L - 2 L. Kesan pengambilan air ini akan membuatkan kulit kite berasa lembab. So, di sini ada dua faktor iaitu di sebabkan oleh pengambilan air dan juga pengambilan vitamin keperluan badan.

Faktor yang terakhir adalah kurang meminum jus buah buahan yang di buat sendiri. Kite kalau buat jus buah, setelah di tapis air jus tersebut, kulit buah yang tidak hancur tu kite jadikan scrub muka duntuk menanggalkan sel kulit muka yang mati. Kemudian biarkan ia kering lalu di bilas.

Disebabkan puasa, perkara perkara yang kite nyatakan di atas tak dapat dilakukan. Cara lain yang boleh kite lakukan adalah melalui amalan petua menggunakan bahanbahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur.

Tadi search google bagaimana mengatasi kulit wajah yang kusam dan suram.

So, ini petuanya.

-2 sudu oat
-2 sudu madu
-2 sudu yogurt asli

Campur biar sebati dan lumurkan pada wajah sehingga kering. Kemudian bilas. Memang tidak dinafikan madu memang bagus untuk kulit muka. Kite dapat melihatnya sekiranya penggunaan di lakukan kerap kali.


Harap harap lagi berapa hari baki yang ada ini sebelum tibanya Syawal tanda ingatan ku titip rindu buatmu kasih (ha.ha Lagu Arwahyarham Syarifah Aini), kulit wajah kite akan kembali elok seperti sebelum ini.


-x0xo-


Wednesday, 23 July 2014

Persiapan memasuki rumah


Ehem,

Orang lain cerita tentang 10 malam terakhir, tak pun cerita persiapan raya . . . Kite ni pula sibuk cerita tentang nak masuk rumah.

Ohoiii . . . mana cek tak seksaited. Impian setiap pasangan yang berkahwin nak ada rumah sendiri, nak ada privacy sendiri. Tapi duduk dengan mama abah still dan selamanya menggembirakan hati. Banyak benda yang masih dalam tanggungan mereka dan tak perlu pening kepala memikirkan tanggungjawab. Lagi lagi hidup pjj lepas kahwin, macam kite cakap lah tak terasa tanggungjawab sebagai isteri. Rasa seperti jumpa kekasih pada hari minggu.

Rumah yang kitaorang bakal masuk ni bukan rumah sendiri, tapi quarters di bawah TNB. Alhamdulillah, suami entitle untuk  mendapat quaters, dan sewa pun tak sampai RM200. Ok la kan? Mana nak dapat rumah semurah tu di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kite harap rumah tu nanti selesa untuk kite dan hashben kite nanti.

Kite sendiri pun belum sampai lagi ke quaters tu, takde gambaran dalam kepala ni macam mana keadaan quaters tu. Cantik ke idok ke, baru ke lama ke.

Memandangkan plan lepas raya baru nak pindah masuk - it means around the corner! and im kinda excited uollss. Sekarang ni kalau pergi supermarket, tak sah kalau tak lalu Home Furnishing department. Baru lah tahu  kenapa mama ambil masa berjam kalau lalu bahagian furnishing ni. Memang sangat melekakan. Walaupun tak beli tapi suka untuk tengok hiasan hiasan dalaman rumah.

Disebabkan terpengaruh dengan kecantikan yang di hias dalam department itu, ini satu satunya benda paling pertama kite beli untuk di bawa masuk ke dalam rumah kitaorang.


tak dapat menahan diri apabila melihat kecomelan gelas tersebut


Balik tu, whatsapp hashben beritahu beli gelas ni. Hashben cakap kenapa perlu beli lagi sedangkan hadiah kawen banyak sangat pinggan mangkuk serta gelas. Kite cakap yang ni cite rasa kite, saje lah beli.

So, itu barang pertama ye yang kite beli. Sekarang tengah aim 2 tier Dish rack pula yang jenis besi. Tengok harga murah sangat! Sebab compare dengan mama punya RM 100 lebih. Mungkin kualiti mama punya lagi umph. Lagi kukuh.


Kalau nak beli antara dua ni kite prefer size besar, boleh simpan banyak pinggan berbanding size kecik. Tapi itulah, ada dua jenis warna sahaja. Kurang berminat dengan both warna, tapi if keadaan memaksa haruslah beli satu. Kalau yang jenis dish rack ini, kite buat untuk simpan pinggan pinggan yang telah kering selepas di basuh.

Kalau untuk dish rack selepas pinggan di basuh kite prefer yang ini. Tapi once again warnanya totally out. Kalau kite beli dish rach kering warna hijau, habis takkan dish rack basah warna purple. Warna warni pula haaa rumah kite. Dah macam colour of ranggoli pula. Nehi nehi.


Both dish rack kering dan basah ni dalam satu shopping complex, keesokkannya kite gi shopping complex lain pula. Kali ini ada banyak pilihan reka bentuk serta harga yang boleh di pilih. Tapi warna da dua, hitam dan putih. Warna selamat. Sebab boleh match dengan semua benda lagi lagi kalau putih akan membutakan rumah nampak bersih dan luas. Memang aim warna putih ataupun warna besi.




Seperti yang kite perkatakan tadi, harga banyak range. Dari semurah murah RM 19.90 sehingga semahal mahal RM 90.00. Dalaman kite belum tengok lagi macam mana. Hanya sekadar tengok dari luaran kotak. Tak berani nak buka sendiri, nak minta sale girl tolong bukakan segan if tak jadi beli. Tunggu hashben atau pergi dengan mama, baru yakin sedikit beli benda alah ni.

Setakat ini, baru terfikir nak beli dua benda ni. Barang electric seperti fridge, washing machine dan furniture tunggu isyarat dari hashben dulu. Pergi beli sama sama. Ehem . . ehem . . kite dah tak sabor nak meneroka alam membeli barang barang perhiasan rumah ni. Tunggu on your mark get set go aje. Ha.Ha.

By the way, Salam 25 Ramadhan. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan akan diterima dan di berkati hendakNya.


-x0xo-

Wednesday, 2 July 2014

Sakit Sendi

Assalammualaikum.
dah 4 hari kurang sihat.
semenjak hari ahad ( 28.06.14) lagi dan berlarutan sehingga hari ni.

ahad tu rasa sakit sakit di bahagian tangan. Tapi tangan kanan ajelah. MIL tolong urutkan bahagian yang lenguh tu..
Then hashben pun sebelum tidur, dia sapu sikit sikit ubat pada lengan sampai tertido.

Esok pagi bangun bersiap nak pergi kerja rasa kedua dua belah tangan dah jadi sakit. Lenguh sangat sangat. Gagah juga pergi pejabat. Sampai setiap benda nak buat kena guna kedua dua belah tangan sebab tangan jadi lemah sangat. Lunch tu balik rumah mama, sebab rasa rindu pula dekat mama abah macam dah lama tak balik. Hu.Hu.

Balik tu, rasa mula cekang peha dan betis. Rasa tak sedap badan. Lepas balik ke office pun macam tu, bertambah teruk sakit sakit sendiri. Message hashben bagitahu tak larat sangat dan nak singgah klinik terus after office hour. Hashben replied kata balik dulu dekat dia, then dia bawa kan gi klinik. Kite pun ikut kehendak dia.

Dalam kul 6 pergi klinik Azhar dekat Taman Ria, pembantu klinik bagitahu doctor tak de sekarang. Ni pun diorang dah nak tutup, minta kite and hashben datang balik dalam pukul 8.

8.30 malam hashben bawa ke klinik Azhar juga tapi dekat dengan Billion. Nasib baik buka sebab klinik sepanjang perjalanan ke Klinik azhar tu pun rata ratanya tutup. Mungkin disebabkan puasa, so klinik buka lambat kot belah malam.

Masuk jumpa doctor, terangkan apa yang sakit beserta dengan bintik bintik yang terdapat di lengan. Kena beritahu juga pada doctor takut nanti apa apa terjadi kehadapan menyesal. Risau juga kalau kalau denggi. Doctor cakap, kite demam dan mungkin bulan puasa pula kurang minum, so sendi sendi pun mula la sakit. bintik bintik tu bukan ke arah denggi lagi, sebab bintik denggi akan berdarah.

Tapi itulah, even dah makan ubat, demam dah kurang cuma sendi sendi ni sakit lagi. Tak tahulah mengapa.

-x0xo-

Wednesday, 25 June 2014

My weekend getaway


Assalammualaikum
Rasa dah lama tak tengok Sungai Petani ni. Banyak benar yang dah berubahnya. Central Square pun nampaknya sedikit bersinar dari yang biasa. Ha.Ha ayat cliche bila away from Sungai Petani for a while.

Plan nak ke Kuala Lumpur dah lama, tapi hanya sekadar cakap cakap kosong. Tiada keseriusan di situ. Tapi hati berat nak ke ke sana sebelum bulan Ramadhan sebab nanti dah puasa letih nak berjalan jalan di KL.  Last minit 2 hari before nak ke sana baru submit leave form, nasib baik bos approve cuti. Kalau tak, memang meraung la jawabnya.

Kite apply cuti 2 hari. Jumaat half day, sabtu half day dan hari isnin. Kali kedua kite naik bus selepas kali pertama ketika waktu belajar di universiti dulu. Macam tak percaya kan? Tapi itulah realitinya.

Kite pergi sana dengan adik shauqi (adik kepada hashben), so rasa kuat lah sedikit semangat tu dari pergi berseorangan. Dari sini kitaorang menaiki bus persada pukul 3.30 petang. So estimated time to arrived dalam sekitar 8 lebih macam tu. Not too late lah. Sebab dah lama tak naik bus kan, mula mula nak sesuaikan diri tu susah sedikit. Dengan rasa kerusi tak selesa, bus pula berombak melompatnya. Serius ia mengundang kepeningan lalu membuatkan kite berasa seperti hendak muntah. All the way to Sungai Buloh, pening tak hilang hilang juga. Hu.hu.

Sampai sana, k.sha (kakak ipar) yang datang menjemput kitaorang. Hashben tidak dapat menjemput sebab dia banyak kerja yang perlu di siapkan di tempat kerjanya, dan itupun after kite sampai sg buloh baru dia bertolak dari klang. 

Malam itu, tiada aktiviti sangat memandangkan kitaorang pun masih letih so hanya aktiviti berehat rehat di rumah sambil menonton movie. Ouh, tak sangka kite mendapat sambutan hangat di  kalangan anak anak sedara hashben. Ha.ha mereka tersangat excited menunggu mak teh mereka untuk datang ke rumah. Masa kite di kedah lagi, dah dengar ketidaksabaran mereka menanti kedatangan mak teh ni.

Hari kedua berada di sana, kite and hashben plan mahu ke mid valley. On the way ke sana kite cancel sebab rasa kenapa harus pergi jauh sedangnya yang dekat ada. So kitaorang pun pusing heading ke OU.

Semua gambar stock zoom muka. Stress terlupa bawa monopod


Dari pukul 11 di situ, pukul 4 baru berjaya  keluar dari shopping complex. Ha.Ha. OU besar gila thats why memang awal awal tadi hashben refuse untuk ke OU sebab complex dia terlalu besar dan kitaorang banyak kali sesat. Asyik asyik jumpa kedai yang sama. Sehinggakan dah tak larat nak menapak. Barang yang beli bukan banyak mana pun. Sekadar baju Padini. Suami ambil 2 helai, kite ambil sehelai SAHAJA. Kite kan kedekut.

On the way balik, ngah call ajak pergi ke rumah cu sebab ada jamuan katanya along kawen. Pukul 4.30 kena berada di kedai. Hashben cakap memang tak sempat nak balik tukar baju, pakai apa yang ada. Then, ngah call balik dia bagi until 5.30 petang jumpa depan kedai sebab dia suruh pergi ziarah k.ngah dan anak anak sedara dulu.

Sampai rumah k.ngah, diorang memang big surprise nampak kite. Tak expect mak uda diorang nak datang. Ha.ha menjerit jerit bebudak tengok mokde.

Sebelum pulang dari rumah k.ngah kitaorang mandi, solat dan tukar baju yang baru beli tadi. Sebab kejap lagi nak pergi rumah cu kan . . .
Baju hasil kitaorang beli di Padini






































Sampai kedai ngah, kitaorang drop kereta di situ dan naik kereta bersama ngah dan k.ila. 6.30 ptg sampai di rumah cu terkejut sebab di depan rumah siap dengan kemah. Ngah kata sekadar makan makan anak beranak sahaja, dah tu bakper nak berkemah bagai. Adoiiiii . . . Lagi terkejut tengok uncle dengan berbaju melayu kain pelekat. Ah sudah kacau. Gua pakai jeans beb. Acaner . . .

Masuk rumah cu, bersalam salaman tanya iya ke Along nak bertunang? Along kata tak ah, ni kenduri arwah dan bacaan yassin serta solat berjemaah. Checked! Ngah memang suka kenakan akak! Nasib baik kemana mana kite memang bawa kain telekung. Tak de lah segan nak pinjam telekung orang. Cuma masalah di seluar lah, terkepit kepit bila berjalan.

Hari ketiga kite and hashben pergi sogo. Jalan jalan sekitarnya. Raaamainya manusia. Tak ada apa pun yang istimewa pun hari tersebut tapi memang jalan di situ tak pernah lekang dek orang. Ada sahaja manusia di merata tempat.

Sila jangan ketawa, melihat baju yanag sama di pakai di hari ketiga. Sebab rasa baju tu baru pakai sekejap je semalam.


































Disebabkan terlalu lapar, kite memilih untuk memakan nasi. Memusing mencari restorant yang menyediakan nasi di sekitar level tersebut. Seperti biasa, yang ada adalah KFC, McD, Chicken Rice shop. Rasa bosan makan benda yang sama. So Hashben kata let's try The Manhattan Fish Market.

Sedap! Both of us enjoy having our meal. Cuma makanan hashben banyak cheese, so agak muak bila makan. InsyaAllah tak akan serik, dan akan mencari restorant ini lagi selepas ini.

Hari keempat which is hari Isnin, is my last day in sungai Buloh. Sedih. Hashben pukul 7 dah keluar dari rumah untuk ke office. Sejam perjalanan menaiki motor. Salam dengan hushben, peluk then kasi good bye kiss, hushben pun pergi.

Tinggallah kite dan yang lain di dalam rumah. Tak tahu nak buat ape, k,sha suruh kite pergi tidur. Orang dah suruh tidur, lagi nak tolak? Ha.Ha. Tidur sampai pukul 9, K.Sha cakap dia nak keluar gi bank. Ada urgent urusan perlu settle. Pukul 11 katanya si Awliya balik dari sekolah, k.sha minta kite siap siapkan dia sebelum kita semua ke The store.

Pukul 6.30 Bus dari Duta ke Sungai Petani. Naik bus, dan kali ini bus sangat selesa. Bus Etika. Tempat duduk yang luas dan sedap serta perjalanan yang sangat lancar dan tidak rushing. Sampai di Sungai Petani dalam pukul 12 lebih, minta adik yang pick up dan hantar adik shauqi ke rumah mak mertua.

Jalan jalan ke Kuala Lumpur is checked! Next trip? Ha.Ha. InsyaAllah dalam bulan 8 pula


-x0xo-

Saturday, 14 June 2014

Happy Birthday Seha


Tanggal 4 haribulan June, adalah tarikh di mana mama melahirkan kite. Kite ingat lagi masa mama lahirkan kite, waktu tu waktu tengah hari. Cuaca lit lit hangat habaq ang. ba.ha.ha

Terima kasih mama kerana melahirkan akak di muka bumi ini. susah susah aje mama ni tau. Sesungguhnya, akak terhutang nyawa dari mama.

pagi tu, i received lots of birthday wishes and doa from my family and friends too. Thanks guys, semoga kita sama sama memperolehi apa yg diperdoakan kalian. Amin.

wishes from family member




then on the next day, i got a bouquet of flower from hashben. thank you by.

6 flowers for 6 letter words. I LOVE U
xde formal celebration pun, potong potong kek pun tak hado. ha.ha. tak kesah sangat birthday ni sebenarnya.

tapi semalam, ada sedikit sambutan di bakar kapur, rumah MIL. Memandangkan kemarin 13.06.2014 birthday kak farhana, dan coming on 19.06.2014 birthday MIL, so kitaorang decide untuk beli kek dan meraikan wanita wanita yang berbulankan June ni.

kak farhana, emak dan saye!





















































Datang pula sesi suap menyuap. Abang men panggil mak nak disuapkan kek pada emak. 


Habis kemudian, dia panggil isteri dia giliran kak farhana pula untuk di suapkan.


Tak tahu kenapa sensitif sangat rasanya sampai dah bertakung air mata kite. Teringatkan hashben, yang sepatutnya kalau dia ada ketika ini, dia pun mungkin akan suapkan kite. Sambil memerhati gelagat abang men dan k.farhana sambil tu control takungan air mata supaya tak ada sape perasan. Yelah, nanti orang akan pelik aku yang disuap engkau pula yang terasa sedihnya dah kenapaaaaa~ Padahal orang tak tahu yang sebenarnya kite rindukan hashben kite.

Kemudian emak cakap ni adik ipar ni sape nak suapkan? Mak pun ambil kek datang dekat kite cakap ni wakil abang teh (nama manja hashben sebab putih dari kecil). Time tu memang tak tertahan air mata lagi terus peluk pinggang emak sambil duduk di kerusi. Mak ingat kite malu nak di suapkan. Bila dileraikan pelukan, semua orang notice yang kite sedang menangis. Teringatkan hashben. Mungkin instict hashben kot, sedang menangis hashben call. Hashben pun pelik dah kenapa nak menangis nagis ni sebab tak tahu pucuk pangkal cerita.



Tak tahu kenapa, hati tu sensitif sangat. Mudah betul nak menangis. Tapi kata hati keras. Tapi macam mana boleh hati lembut? Nak menangis aje memanjang. Confuselah! 

 -x0xo-

Saturday, 31 May 2014

Makan Gaji atau Berbisnes?


Assalammualaikum.

ok semalam dapat satu perkhabaran berita tak best dan satu lagi berita menggembirakan hati.
Haissh . . . Acaner boleh silap pun tak tahu hantar barang pada customer. Hangin betul. Kan dah dua kali kerja nak gi pos. Kesian pada customer tersebut tunggu lama untuk parcel dia sampai. Memang betul betul minta maaf pada di atas kesilapan yang berlaku. First time ever.  hu.hu. Kite pun dah selamat hantar semula parcel do pejabat pos dan harap hari ini parcel selamat tiba dengan jayanya.

Dalam duk risau tentang situasi tu, dapat mesej dari seorang lagi happily customer yang teruja bila dapat quare shawl by TheAttire. Alhamdulillah, itu yang kite harapkan kepuasan dari customers. Rata ratanya memberikan positive feedback akan corak square tudung yang kite jual. Kata mereka corak square scarve tersebut sangat cantik. 

Seronok berbisnes ni, sebab boleh bagi service pada mereka selain dapat mix dengan public. Macam macam ragam dan kadang kadang ending watsapp tu dah jadi macam kawan. hi.hi

Rancang after raya nak ikut hashben ke Klang stay sana. Bos memang ada satu lagi branch company di sana dan dia pun dah beberapa kali offer kite untuk datang kerja di sana. Tapi kite refuse atas sebab sebab tertentu. Setakat ini belum lagi dapat mana mana offer dari company lain. Belum rezeki.

Ingat nak sambung berbisnes even berada di sana nanti. Hati tu terdetik juga tak mahu makan gaji dan teruskan dengan bisnes sendiri. Tapi mampukah tanggung risiko tersebut? Sekarang nak makan apa, nak buat apa tak perlu risau sebab ada duit sendiri. Tapi nanti bila ada bisnes sendiri bukan sentiasa berada di atas. bisness ni up and down. Kalau dulu masa bekerja dengan orang, even sakit demam still bergaji. Tapi bila berbisness, sakit demam terlantar selama mana, selama itu tidak bergaji. =.='

Boleh ke?

Even hashben cakap dia mampu tanggung, tapi rasa macam tak sampai hati nak membenarkan dia bayar semua perbelanjaan.

Tak pelah, jangan risau. Rezeki itu sebesar besar seluas luas alam. Setiap orang ada bahagian tersendiri. 

Yakin kepada Allah.


-x0xo-

Friday, 23 May 2014

Pre-order Artificial Silk Rose Petals 22 May - 28 May 2014


Assalamualaikum. Selamat petang.
Dah lunch? dah solat? Kalau belum, ada baiknya pergi solat dulu.

Entry kali ni, nak share pasal satu benda yang mana setiap B2B pasti suka dan inginkan benda alah ini ketika majlis perkahwinan. Tidak terkecuali kite masa nak kahwin tempoh hari. Hi.Hi.

Nama pun perempuan.

Selain digunakan pada hari perkahwinan, benda alah ini juga boleh di gunakan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan.

So, apa benda alah yang di sebut sebutkan tu?

Benda alah yang di maksudkan adalah artificial rose petal. Kan selalu B2B kalau nak kawen, kita akan tabur petals ni atas katil, kan? Kalau tak taburkan pun, kita akan deco bagi jadi bentuk Love. Betul tak?

Konon konon bagi effect romantik la malam sat lagi nak tidur dengan cinta hati masing masing. Hi.Hi.


Kalau ambil gambar pun orang ingat petals betul.

Bezanya yang ni artifical, tak layu dan boleh di guna berulang kali. Guna dari zaman kahwin sehingga menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama kedua dan kesepuloh! Tak layu layu dek zaman petals bunga tu haaa~ Untunglaaa~ dulu kite tak tahu menahu ada benda alah ni, sekarang bagi sape yang dah tahu tu, hape lagi cepat cepat lah place an order.

Eh, bukan kite yang jual benda ni, dik non oiii. Hamboiii, mentang mentang hakak jual tudung, jual baju, ini pun hakak nak jual ke? tak terkejar dik non oiiiii~

Ni tadi alang alang blog walking, terjumpalah satu blog ni dia dia advertise tentang artificial petals.





1 pack ada 200pcs setakat nak buat lukisan love atas katil insyaAllah cukup..hihi..

*great for wedding decorations, anniversary, honeymoon dll.
* takkan mengotorkan cadar, alas pelamin atau rumah anda..
* boleh pakai ulang kali sampai bila-bila (kecuali terbakar..huhu)
* boleh pilih dari 27 code color seperti di gambar..
* 1 pack = RM4.00 = 200pcs utk setiap color..
* dijangka sampai : 30 Jun - 10 Julai 2014 (estimation sahaja mungkin lebih awal@lewat)
* tarikh tutup pre-order : 28 May 2014


Cara order?
Tengok color code yang ada dalam album Pre-order Silk Rose Petals di Facebook TheshopAblog. (Like terus la senang nanti ada product best2 kan..hihi)
Boleh WA 0132126952/PM Facebook Theshopablog/Email admin@theshopablog.com
Paling penting! Sertakan butiran berikut:
1) nama anda
2) code color rose petals
 
3) berapa pack .


So, apa tunggu lagi. Cepat pergi order sebelum order di tutup. =)

-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...