ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 14 August 2014

Menu Esp Shaklee


Assalammualaikum

Sebenarnya dah lama teringin nak beli ESP shaklee dan Vitamin C dari shaklee ni. Tapi di sebabkan mahal, maka terkubur sekejap niat untuk membeli. Sebenarnya bukan tiada peruntukan duit untuk Shaklee ni, tapi macam biasalah perangai kedekut atau sayangkan duit tu lebih kuat dari untuk lihat badan sihat dan cergas dengan kuasa Allah.

Tapi 2 minggu lepas, paksa juga diri untuk keluarkan sedikit duit belanja membeli supliment dari shaklee. Terasa usia semakin tua ni, badan seperti perlukan suppliment bagi membantu kekuatan diri. Sekarang mudah betul jatuh sakit berbanding zaman belajar dulu. Ingat lagi dalam setahun belum tentu sakit demam nak datang. Tapi sekarang boleh kata maksimum 5 kali dalam setahun. Tu baru demam belum lagi sakit sakit badan. Keserian muka pun makin pudar. Dah tak ceria umpama shine bright like a diamond. Ha.Ha.

Setelah melakukan sedikit study ke atas product product shaklee, maka kite decide untuk ambil ESP dan vit C. Esp untuk memberi tenaga kepada badan serta mempertingkatkan imune manakala vit C pula untuk kulit.



Haaa . . . sekali sampai kat rumah baru terkejut punyalah besar bekas ESP shaklee dan Vit C shaklee pula ada 180 biji. Boleh tahan 6 bulan tu. So berapalah sangat harga vit C shaklee ni kalau di bandingkan dengan berapa bulan ia bertahan. Memang untung dan berbaloi beli Vit C shaklee.
 





















































Vit C shaklee memang tidak menjadi masalah unuk telan, sebab ia dalam bentuk kapsul. Yang sedikit bermasalah untuk telan adalah esp Shaklee. Sebab it is soy based. Sekali dua kali minum bolehla tahan loya tu, tapi kalau dah tiap tiap hari kena minum mahunya berhenti terus selepas seminggu. Hi.Hi. So alternatifnya, campurkan apa apa flavour yang kita suka bagi mengurangkan loya soya tersebut. Kite penah try awal awal peminuman dengan mencampurkan dua sudu oren sunquick dengan satu sudu besar ESP shaklee ke dalam shaker. Kemudian shake. Sedap !

Tapi baru baru ni kite pernah bancuh esp shaklee + dutch lady strawberry. Memang terbaik setakat ini. Kurang banyak lah rasa loya esp shaklee tu. Sebenarnya banyak lagi flavour yang kita boleh mix dengan esp shaklee ni even nak buat smoothie pun boleh.



Harap dengan izin Allah, akan memberi sedikit kebaikan dan perubahan positif dalam metabolism badan kite hendaknya.

Ouh ya, sebelum kite tutup post kite ni jangan ada pula yang email awatu whatsapp kite bertanyakan yang lebih detail tentang product shaklee ni. Sebab kite bukan distributor dan tiada kaitan dengan penjualan product shaklee. Kite hanya insan biasa yang menggunakan product shaklee ni. Kalau setakat whatsapp tanya perubahan yang kite alami setelah meminum/mengambil vit c dan esp, bolehla kite share share mana yang patut.



-x0xo-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...