ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.
Showing posts with label tazkirah dan usrah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah dan usrah. Show all posts

Friday, 8 February 2013

Sihir Cinta di Semanis Kurma

























Semalam tidak sempat menonton rancangan Semanis Kurma bertajukkan Sihir Cinta
Tersangat mengantuk sampai ikut mama abah gi masjid pun tidak.
Tinggal sorang sorang di rumah dan lepas Isyak terus tidur. =.=''

Pagi ni berkesempatan menonton ulangan rancangan ini di tonton.com sambil
tangan buat kerja. =.=''

Kesian bila dengar ramai manusia yang masih lagi menggunakan sihir sihir ni bagi mencapai matlamat mereka.  

Ada dua jenis sihir yang diterangkan oleh Ustaz Fauzi. Satu Sihir Pengasih dan satu lagi Sihir Tunduk. Sihir Pengasih lebih kepada membuatkan pasangan lebih menyanyangi/cinta/kasih,
ataupun untuk mendapatkan jodoh. Manakala Sihir Tunduk pula boleh berlaku kapada pasangan suami isteri ataupun terhadap majikan kerja. Supaya mereka mereka ini akan tunduk dan patuh 
pada arahan mereka.

Aigo ~ bukan setakat nak jejak kaki masuk syurga tak boleh, nak cium bau syurga pun jauh sekali. Sepanjang u mengamalkan sihir tersebut, even tunggang tonggek solat 5 waktu pun ia hanyalah
sia sia sahaja TAHU? Sehinggalah u dah insaf dan mengucap 2 kalimah syahadah semula.

Ada juga orang yang mengatakan tiada salahnya menyihir pasangan bukan untuk tujuan
keburukan tetapi supaya pasangan saaaayaangkan kita demi kebaikan bersama. Tapi 
masalahnya matlamat tidak menghalalkan cara.

Let say, Isteri berniat untuk sihirkan suami agar kasih sayang suami 100% terhadap dirinya. Kemudian guna kaedah nasi kangkang. Ouch! Ini yang u kata u sayangkan suami u ? dan tergamak menyediakan nasi dengan cara tersebut? Kebiasaannya secara melayu tradisonal, nasi kangkang 
ini di prepare dengan cara duduk di atas periuk nasi yang masih lagi panas. Sekiranya datang 
darah haid, lagi berkesan sihir tersebut. Halal ke bermain dengan najis?

Err, sanggup eh buat macam tu? U bayangkan kalau u sendiri yang makan nasi tu.

Ishh, tak perlu tak perlu tak perlu nak buat itu semua. sihir sihir bagai. U guna aje sihir halal. 
Confirm suami u sayang. Eh ada eh sihir hahal? Mestilah ada. U sihir dia dengan menyediakan makanan yang sedap sedap, sediakan tempat tidur yang kemas, jaga hati dia (wah! pandainyeeer sayep, kahwin pun belum) for sure tiada dua mahupun tiga. (status watsapp adik, ha.ha.ha pali i lap u)

Buat apala u nak bahagia sementara aje dekat dunia ni sedangkan sepanjang di akhirat nanti u tak bahagia langsung.

Bagi yang bebas dari terkena buatan sihir dan mahu mengelakkan dari di sihir, ini doa yang diberikan.




 Surah An- Nisa (ayat 84)   وَٱللَّهُ أَشَدُّ بَأۡسً۬ا وَأَشَدُّ تَنكِيلاً۬

 Surah Yusuf (ayat 64)  فَٱللَّهُ خَيۡرٌ حَـٰفِظً۬ا‌ۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِين

 Ini pula doa untuk pembatal sihir bagi yang sudah terkena.
 

" Jangan sampai hajat kita hendak terpacai,
Tapi akidah tergadai,
Akhirat nanti terkapai kapai." Ustazah Bahiyah.



-x0xo-

Friday, 1 February 2013

Salam Jumaat Penuh Barakah





MasyaAllah, terharu tengok budak budak ni
Meriahnya mereka menyanyikan lagu Ya Hanana (Betapa Beruntungnya)
Penuh semangat dengan muka yang sangat ceria.
Semoga kalian menjadi anak yang soleh,ya



Ini satu lagi, sangat syahdu.
Sedih kite dengar.
Ya Badrotim (Wahai Purnama)
Rasanya lagu ini mengisahkan tentang dedikasikan kepada Nabi Muhammad.



************************

Dear future son (s), are u gonna be fine if Ibu get u to sekolah agama instead of sekolah kebangsaan? Now, i know how difficult to raise a child. I just want u all selamat dan bahagia dunia akhirat because I truly love u all now and hereafter. Be a good soleh and solehah children for me,okay? I just cant wait to see u!


Tetiba sedih. fullstop.


-x0xo-

Tuesday, 23 October 2012

Berpuasa pada 9 Zulhijrah




Dua hari lepas ikut mama abah pergi masjid. selalunya ana mama lebih gemar pergi
selepas solat maghrib dan abah awal lagi bersolat maghrib di sana. ana seronok pergi
masjid sebabnya selain daripada berada di taman taman syurga ana boleh tengok
abah di barisan hadapan.

seronok tengok gelagat abah bila belajar. kalau abah pusing blakang
tengok ana, mesti dia buat muka. muka comel. ha.ha.ha.

ape yang kitaorang belajar adalah mengenai makna bagi ayat Al-Quran. tak berani
ana nak huraikan dalam ini takut takut tersilap faham nanti.

tapi ape yang ana nak sampaikan adalah 25 October ni iaitu bersamaan dengan 9 Zulhijjah
sehari sebelum kita raya Haji kita di galakkan untuk berpuasa. 9 Zulhijjah ini adalah tarikh
di mana para Jemaah Haji menunaikan rukun haji iaitu wukuf di Padang Arafah.

Antara kelebihan berpuasa pada hari tersebut adalah :

"Daripada Abi Qatadah al- Ansari bahawa Rasullullah saw telah ditanya mengenai puasa 
hari Arafah? Maka jawab Rasullullah saw yang artinya : Dikaffarah (ampun dosa) setahun
lalu dan setahun akan datang.

besarkan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. kiranya dua tahun dosa kita 

akan diampunkan. Ustaz juga ada berpesan andai kita mempunyai sebarang hajat, 
lepas berbuka puasa, boleh tunaikan solat hajat. Mintalah apa yang kita hajatkan.
nak berkahwin, nak dapatkan kerja tetap, nak dapat anak InsyaAllah Allah perkenankan.    

 oleh itu jangan lupa ya Hari Khamis akan datang ni, sama samalah kita berpuasa.

 

-x0xo-

Wednesday, 10 October 2012

KABA'IR 2



selepas post entry mengenai KABA'IR tempoh hari, ada seorang sahabat ana (saya-bhs arab)
membetulkan sedikit mengenai ayat Allahumma ajirni minannar.

dari entry tersebut ana ada menyatakan bacaan ayat ini dapat menghapuskan dosa dosa
kecil di antara dua solat yang kita lakukan. betul tak?

tetapi sahabat ana cakap . . .astaghfirullahhalazim adalah lebih tepat sebagai bacaan
untuk penghapus dosa dosa kecil kita.

so ana rasa (wah!dah termelekat perkataan ana) lebih baik sekiranya kita mengetahui
terlebih dahulu makna  Allahumma ajirni minannar baru kita boleh faham dan
related kan nya. kan,kan?

wallahualam.


-x0xo-

Monday, 8 October 2012

KABA'IR



Petang tadi berkesempatan menonton Tasbih Cinta iaitu rancangan berbentuk agama
yang mana kite kira ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kite sebagai bekalan
untuk bertemu dengan Allah nanti.

Bakal bakal jenazah sekalian izinkan kite untuk berkongsi ilmu yang sempat kite perolehi tadi.
masih teringat akan kata kata seorang sahabat, orang yang mempunyai ilmu
walaupun sedikit tetapi ilmu tersebut tidak disebar sebarkan kepada yang lain, maka
tunggulah dia balasan di akhirat nanti. Nauzubillah. . .

Mungkin ada yang sudah tahu ape itu Kaba'ir dan mungkin ada yang seperti kite- pertama
kali mendengar perkataan Kaba'ir.
Kaba'ir atau dalam bahasa Malaysia adalah dosa besar yang kita semua perlu hindari.

terdapat 7 perkara yang disenaraikan sebagai Dosa Besar
- Menyekutukan Allah
- Terlibat dengan pembunuhan - membunuh orang lain
- Melakukan sihir kepada orang lain
- Memakan harta anak yatim
- Memakan riba / rasuah
- Lari dari medan perang dalam menegakkan agama Islam
- Membuat tuduhan terhadap orang lain - cth ; mengatakan seorg perempuan melakukan
 zina walhal perkara tersebut tidak berlaku.

terdapat hadis lain yang mana mengatakan hanya

3 perkara dikatakan sebagai Dosa Besar
- Menyekutukan Allah
- Derhaka kepada kedua ibu bapa
- Menjadi saksi pembohongan ; menjadi saksi kpd sesuatu kes tetapi memanipulasikannya
dengan cara pembohongan.

Dosa dosa besar ini hanya dapat diampunkan oleh Allah dengan cara taubat Nasuha. 
Kita tidak tahu bila ajal kita sampai,kan? Jangan ingat taubat sempat dibuat bila umur dah
masuk 60 ke atas,ye. . .

Kita digalakkan membaca doa Allahhumma ajirni minannar sebanyak 7 kali selepas solat
kerana ia dapat menghapuskan dosa dosa kecil antara dua solat yang kita lakukan.
Maksudnya sekiranya kita membaca doa tersebut ketika zohor, maka Allah swt
akan menghapuskan dosa kecil di antara solat subuh sehingga ke waktu zohor.

Wallahualam, yang baik datangnya dari Allah yang kurang dari kite sendiri.


-x0xo-
 

Tuesday, 2 October 2012

Hiburan pada pandangan orang soleh





Tanyalah orang orang soleh mengapa mereka tidak berhibur dan jawapannya:

"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami,
kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH"



-x0xo-

Thursday, 6 September 2012

Tips mendidik anak menjadi seorg ilmuan agama




"Saya berkesempatan utk bertemu dengan ibu kepada seorg ilmuan agama(ustaz)
yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kebolehan anaknya dalam menyampaikan
dakwah, saya bertanya kpd ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau mengambil keputusan
berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau menyusukan
anaknya selama genap 2 thn. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka
suami isteri dikejutkan oleh si anak utk menyusu, suami beliau akan turut bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk diminum sambil beliau
menyusukan anaknya itu. Suaminya tidak membenarkan beliau menyusu
sambil berbaring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya
utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu rupa oleh suami tercinta" - Prof Dr. Muhaya


-x0xo-

Thursday, 9 August 2012

malam malam terakhir

 




kadang kadang rasa sangat tidak percaya dengan kepantasan waktu yang berlalu
hari ni kita semua para muslimin muslimat sudah berada di malam malam terakhir Ramadhan
10 malam terkakhir
MasyaAllah. . . .

semua sedia maklum yang 10 mlm terahir terdapatnya satu malam yang penuh
dengan keberkatan dan kelebihan tertentu.

Firman Allah swt "Sesungguhnya kami menurunkan Al Quran pd malam Lailatul Qadar
yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar lebih
baik daripada 1000 bulan. Pada mlm itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan keizinan
daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"

Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa mengerjakan solat pada malam al-Qadar
dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah sawbersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan,
cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari
kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)


-x0xo-

Wednesday, 1 August 2012

# tazkirah 2 : 5 keistimewaan di Bulan Ramadhan

 


rasanya dah 3 days skip from update any new entry
bukan lupa ada diary sndiri skrg ni - cumanya kekangan masa yang menjadi penyebab
meletakkan ketepi sekejap diary ni.
terlalu bnyk sangat perkara yang ingin dipahat di dalam diary ni supaya as time goes by,
there are some moments that can still be remembered or recall.

2 hari lps, after perform tarawikh we had tazkirah
its all about Fasting month- Ramadhan. Bulan ramadhan merupakan bulan yg mempunyai
banyak kelebihan.

         Rasullullah s.a.w pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan :  Sungguh telah dtg 
kpdmu bulan penuh berkat, diwajibkan atas kamu utk berpuasa, dlm bulan ini pintu
Neraka ditutup, setan-setan dibelenggu. Dalam bulan ini juga, terdapat suatu malam 
yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya 
(tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di
bulan lain spt di bulan ini).

di sini dibawakn 5 kelebihan di Bulan Ramadhan yang diberikan oleh Allah kepada
hambanya yang menunaikan rukun islam yang ketiga- berpuasa di bulan Ramadhan
  • Para malaikat akan memohon ampun kepada Allah setiap hari dan malam bg org yg berpuasa
  • Bau mulut org berpuasa lebih harum dari bauan kasturi
  • Org yang mengecapi kegembiraan dalam menyambut bulan Ramadhan, Allah swt akan memandang dirinya dan beliau tidak akan diazab kelak.
  •  Pintu syurga dibuka sepnjg Ramadhan, manakala pntu neraka ditutup rapat. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambanya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  •  Sesiapa yang mendirikan puasa penuh dengan keimanan dan keikhlasan, di akhir malam Ramadhan, diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu melainkan dosa antara manusia.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini dapat menggilap kembali hati kita
yg pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita serta
mendidik kmbali nafsu kita yg dikongkong oleh syaitan selama ini.

Berpuasa bukan sekadar berlapar semata-mata malah mendidik nafsu dan peribadi manusia
dalam kearah kebaikan. Ini adalah salah satu jihad yang besar perlu dihadapi oleh setiap
umat Islam.


-x0xo-

Sunday, 29 July 2012

# tazkirah 1: Perasaan terhadap Bulan Ramadhan

 


"Barang siapa yang merasa gembira dan teruja dalam menyambut
kedatangan bulan Ramadhan, haram bagi jasadnya di humban ke dalam 
api neraka" - tazkirah pd mlm ke-8 Ramadhan.

wallahualam . . .


-x0xo-

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...