ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday 4 December 2014

Washi tape



Assalammualaikum
Salam petang

Hari ini nak bercerita tentang washi tape.

Apa itu washi tape?
Kite pun baru tahu semalam tentang perkataan washi tape ni.

Yang kite tahu masking tape sahaja.
Nak di mulakan cerita, almaklumlah quaters rumah kite pun dah berkurun lama so banyak barang yang dah season pun termasuk setiap suiz di seluruh rumah. Selain daripada kesan tangan orang orang yang duduk sebelum ini, suiz itu juga telah kuning kekuningan.

Almaklumlah tangan kite ni kan alergic benda benda geli macam ni, nak tekan pun hujung2 kuku aje (GEDIK). Banyak juga benda yang kite geli nak pegang dan suami pun tolong untuk tukar yang baru. Contoh seperti paip air sinki, tombol pintu dan lain lain. So yang suiz ini pula memang hashben berhajat nak tukar tapi itu lah nak nak nak sampai tak sempat nak buat. Fikir banyak kali sayang pula duit nak tukar kesemua suiz sebab satu aje dah RM5, kalau 10 tak ke RM50?

Kalau rumah sendiri tak hapeeee la jugek~

Dalam keadaan macam ni terbitlah idea yang bernas untuk menggunakan masking tape. Sekarang kan masking tape yang cantik cantik terdapat di pasaran. So kite beli dua masking tape dan lekat pada setiap suiz.

Tapi sebelum tu, kite lap dulu suiz kite menggunakan kain dan clorok bagi hilang warna kuning tu. Kalau tak bersihkan nanti nampak tak cantik. Warna tape tu jadi kuning bila dah lekat pada suiz.



Kali pertama tampal, kurang memuaskan hati, nampak kurang kemas dan cantik. Peel off semula dan buat sekali lagi. Kali ketiga percubaan baru puas hati.

Nak buat benda ni kena menggunakan pisau belit sebab kita nak potong celah celah suiz tu. Kalau guna gunting kurang menjadi.


Setelah satu suiz terhasil, jadi 'gila' nak tape suiz lain pula. Semua suiz nak buat. Jadi cantik dan unik.
Kite ada post kat page deco di FB, ramai yang bagi postive feedback dan ada yang nak copy cat. Hi.Hi sila sila.

Rupanya masking tape famous di kalangan mat salleh dalam you tube. Diorang guna istilah washi tape. Macam macam yang diorang buat menggunakan washi tape ni. Ada yang buat cover untuk handphone, ada yang buat frame di gantung pada dinding, ada yang buat greeting card dan macam macam lagi. Seronok!


So ini pattern washi tape kite. Lepas ni nak cari warna pink pula sebab nak lekat pada suiz di dapur. Sebenarnya ada hajat nak jadikan dapur kite serba PINK! ha.ha. Angan angan aje.



-x0xo-


Tuesday 2 December 2014

Sejenak di UKM



Assalammualaikum


Sementara tak ada customers dan tak ada kerja yang backlog bolehla karang cerita yang berlaku 4 hari lepas.

Hari Isnin yang lalu (24/11/2014) husna dan wani ajak kite melawat UKM ala ala konon nak mengimbas kenanga belajar di sana lah. Cun ! Sebab memang kite kepingan (tak boleh sebut mengidam, sat lagi orang ingat kite mengandung)  nak makan kebab di PUSAN. Memang kebab tu famous pun di UKM.

Lepas dapat approved dari bos, kite text semula husna tanya diorang akan guna route mana dari Ampang ke Bangi. Sebab kalau diorang menggunakan jalan yang sama kite guna, kite prefer kitaorang jumpa half way then carpool saje. Wani cakap dia guna jalan Sungai Besi tapi sememamangnya kite tak ada satu idea pun Sg Besi tu dekat mana. Jalan yang kite nak lalu pun kite sendiri tak tahu. Bab bab jalan are aSelangor ni sememangnya jahil.

Setelah berbincang berkali kali baik dengan husna & wani mahupun dengan hashben kite merasakan bahawa better kite pergi UKM dengan sendirinya berpandukan waze. Bukan apa, takut nanti rancang ngan wani nak jumpa di satu tempat, tapi kite waze nama seakan akan sama tapi tengok2 tempat lain. Lagi bertambah susah, Baik terus menuju ke destinasi akhir.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa getar dalam hati. Sepanjang perjalanan hati dan mulut mengulang ayat Rabbi Yasir serta doa kenderaan supaya perjalananku di lindungi dan selamat pergi serta pulang. Bukan apa, pernah jadi kes bulan lepas kite tersesat dari pulang tempat kerja di Shah Alam masuk ke Pelabuhan Klang menuju Pulau Indah. Ceritanya di kemudian hari. Hi.Hi.

Alhamdulillah, dalam pukul 12.30 tengah hari kite selamat sampai di depan kolej kite duduki masa belajar dahulu, sumpah rasa rindu dan masih rasa kite student UKM. Langsung tidak rasa janggal menapak dari satu block ke satu block.

Lepas jumpa bertiga kitaorang terus heading ke PUSAN nak cari kebab. Tapi bukan menaikii kereta tapi kitaorang prfer JALAN KAKI! Ha.ha kite tanya sorang sorang serius ke ni nak berjalan kaki, bukan 10 langkah dah sampai tapi banyak langkah. Takut nanti penat dan berpeluh peluh, almaklumlah dah lama kan tak berjalan jauh jauh macam ni. Takut kang ada yang cram.

Berbekalkan dua kaki payung, kitaorang pun melangkah seperti biasa ala ala nak ke kelas. Melawak konon konon kitaorang dah terlewat ke kelas, konon konon Prof nak jumpa petang karang. Ha. HA.








Disebabkan sambil berjalan sambil berjenaka, tak terasa pun kejauhan antara kolej dan PUSAN malah peluh pun tidak. Sampai di PUSAN dan kedai bakery, cepat cepat menjengah melihat kebab. TAPI alangkah frust bila melihat kebab sudah tiada. Mahu memberontak ya amat. Baru pukul 1 lebih kot tak kan secepat itu habis?

Nak nangis pun tak de guna, so makan lah roti apa yang ada. Sudah habis makan, Husna ajak ke Library nak bergambar di perkarangan library.

Sekitar di kawasan library bersama wani


Habis bergambar di Librar, ada pula orang teringin nak masuk dalam bilik kuliah dan kelas. Haiiishhh, itu la waktu dulu orang ajak ke kelas mengelak, nak tido la nak tengok movie la. Ha.Ha. Melawak aje.

So, layankan aje orang yang ngidam ngidam ni, bukan senang nak dapat datang UKM bertiga bersama macam ni.










Habis semua perkara yang teringin yang terasa yang mengidam dah sempurna buat, barulah kitaorang merasa mahu pulang. Jam pun sudah menunjukkan pukul 5 petang. Husna dan Wani tak pe kalau lewat pun sebab mereka berdua tambah pula Wani memang orang Selangor. So jalan dah expert. Kite ni, yang baru 3 bulan tinggal di Selangor, jalan pun tak ketahuan rasa risau nak balik. Time time macam ni haruslah jam sebab orang pakat nak balik dari office. Getar dalam hati risau kalau kalau tersesat tambah pula dengan banyak kereta.



-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...