ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 31 October 2013

DIY : Tagging and Frame Wording


Assalammualaikum dan salam satu malaysia.
Deh!
Tinggal lagi 2 hari sebelum majlis pertunangan tiba. Perasaan? Tak usah cakap la gua gementar der, seram sejuk di buatnya. Bukan berdebar apa, cuma segan bila orang orang datang menjengah bilik melihat sang puteri tersipu malu sambil membuat aksi menggoda. Ha.ha.ha

Ouh ya, entry DIY lagi kali ni. Rasa seronok semacam pula bila dapat buat entry DIY banyak banyak.

Alhamdulillah kite dah selesai dengan design bagi tagging souvenir dan save the date wording. Pada mulanya memang seronok sangat mencari design design yang menarik dan sesuai untuk majlis sehinggakan walaubagaimana pun tidak semua boleh di ambil. Sampai rambang mata tidak tahu yang mana satu mahu pilih. Sebulan juga la kite mengoogle benda alah ini tambah tambah bila kita search using "english style". Bersepah sepah template yang cute mute sedia untuk di pilih. Kreatif betul mat mat dan minah saleh ni.

Itu belum lagi kalau buat candy booth memang lagi menggila la kite dibuatnya sebab lagi banyak design yang boleh kite pilih dan tulis contoh nya macam ini "your candy crush", "please take one" selain itu boleh juga letak flag word. Meriah bukan?

Berikut adalah design design yang menarik perhatian kite. Design ini adalah untuk wording dalam frame.


 ini asalnya nak letak dalam frame besar menggantikan frame graduation hari kite mendapat scroll. Tapi tidak dibenarkan oleh mama sebab terlalu besar dan segan bila di nampak oleh orang.


 yang ini cantik dengan daun daun yang menjalar kembang harum mewangi di selitkan lagi dengan kehadiran sepasang burung merpati, tetapi apakan daya tulisan kurang menarik dan lagi pula position nak menulis ayat kurang sesuai.


  yang ni cute tapi gambar binatang tak comel malah tak dapat mengenal pasti binatang apakah itu. Adakah itu deer atau kancil atau musang? Perasan tak perkataan S and S ? word S tu kalau sekali pandang macam kerawang kerawang aje kan. Disebabkan tak dipilih kite jadikan sebagai wall paper phone saja.

At last setelah membuat segala jenis pertimbangan, ini pilihan hati baldu (velvet heart) kite.




Save the word tu tersilap sedikit measurement sebab kite pergi ikut measurement lain. Bila masuk dalam frame terlindung sedikit bahagian bunga di atas tapi Barakallah tu masih boleh kelihatan.

Yang tagging souvenir tu pula kite rancang lepas kotak hantaran di ikat dengan ribbon kite nak letak tagging pada kotak tersebut. Tak sabar nak gunting tagging tu nanti sebab ia nampak comel di mata dan kasih sayang di hati. Ha.ha.ha. Awak, bila dapat tagging ni nanti jangan dibuang ye, simpan buat kenangan.

Sampai sini sahaja entry kite dah tak tahu nak karang apa lagi. Tengah berfikir nak buat DIY apa lagi sebab bukan selalu kite nak berkarya macam ini. Nanti dah rindu moment moment like this. Adik perempuan pun tak de if nak deco kan majlis dia. Harapkan majlis sendiri hajo lah yo.


-x0xo-

Wednesday, 30 October 2013

DIY : Penampalan Batu Swarosvki Pada Baju



Assalammualaikum.
Entry kedua untuk hari ini.

Mak temah nak ajar bagaimana nak lekatkan batu swarovski pada baju bagi menaikkan lagi seri baju yang nak di perhiaskan.

Eh tak semestinya kena batu swarovski. Apa apa jenis batu pun boleh seperti batu crystal, batu YHB asalkan jangan batu tepi jalan sudah. hu.hu.
Yang kite gunakan ini batu copy swarovski je sebab kalau nak yang original mahal sedikit tapi kan kilauan dia 99% seperti original swarosvki. Kata owner tu lah. Kalau owner tu tipu maka tipah tertipulah ye bang.
Kak long yang recommend pada awalnya batu ni dan bila dah dapat in hand k.long menilik batu tersebut dan kata memang berkilau dan mahal.
Kalau nak di banding batu swarovski dengan batu tampal yang di jual di kedai WS Sungai Petani, memang nampak perbezaannya. Tapi STILL boleh digunakan juga batu yang di jual di WS sebagai hiasan baju, bukan tak boleh.

Disebabkan mahal, so kite guna dengan penuh berhati hati dan berhemah. Kebiasaan bila nak menampal batu ni ada orang guna teknik iron. Betul tak? Letak batu pada position yang kita nak dan kemudia terbalikkan baju, iron pada tempat berkenaan.

Kite pula tak guna cara iron tapi cara layur pada api lilin.
Kite rasa kaedah ini lebih mudah sebabnya kite boleh nampak dengan jelas position yang kite mahu lekatkan batu tersebut selain dapat mengelakkan baju kite menjadi terlalu panas kesan iron beberapa kali.


Kite tak curi penyepit makmal ye, tapi kite beli masa season crafting ketika study di UKM dulu. Kepitkan batu dengan penyepi dan layurkan pada bahagian bawah api. Jangan layurkan pada jelaga nanti akan hangit di bawah permukaan batu.

Sudah layurkan kemudian check pada permukaan gam sama ada gam tersebut betul betul sudah cair atau tidak. Once cair terus tampal pada kain. Tapi make sure ye if nak tampal pada lengan baju, letakkan kain alas pada permukaan lengan tersebut takut dia akan melekat pada kain lengan satu lagi.*faham x*  




Ok, itu saja entry DIY untuk hari ini. Itu sahaja hasil yang mampu kite lakukan. Macam kite sembang ngan yati lah, mana mampu nak upah Radzuan Radziwill so mana buatan sendiri itu cita rasa dan kepuasan peribadi. Nak memuaskan hati orang tak mampu tapi pendapat orang mampu untuk di ambil atau diterima.


-x0xo-

Kereta Berjaya Naik Divider


ini padah nya kalau mengata orang.
tuhan bayar secara cash tak de ansur ansuran lagi.
hu.hu.

cerita sebigini.
rancang ngan k.yus nak keluar ke bank pagi ni settle kan gaji pekerja menggunakan kereta kite
masuk kereta start enjin tanpa membaca BISMILLAH terus beredar meninggalkan pejabat.

Sampai di simpang tiga, selalunya kite akan pandu kereta ke tengah jalan sedikit bagi memudahkan turn ke kanan, tapi dah nak di jadikan cerita kite pandu kereta rapat ke kanan.
Confirm kiri kanan tiada kereta kite pun terus pusing streng ke kanan.
PONNGG terus terberhenti secara tiba tiba.

Sakit juga hentakan yang kite kena pada siku dan pintu. Masa tu memang sangat sangat takut.

Rupa rupanya kereta dah naik atas batu divider jalan dan menyebabkan senget sebelah kereta kite.
"kak yussss . . . macam mana ni?"
Dalam ati dah terbayang kemek la kereta aku dan pasti abah sangat marahkan aku atas ke-careless-an sendiri.
Berapa ratus pula duit nak keluar ni, dengan duit perbelanjaan tunang ni pun dah habis ribu.
Janganla teruk teruk sangat.

Dah berjaya menaikkan kereta atas batu divider tu jadi famous la ckit sebab tak ramai yang mampu melakukannya.
So, ramai la yang datang mahu menolong.
Alhamdulillah masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sanggup membantu orang yang dalam kesusahan ini.
Kesian k.yus terpaksa keluar dari kereta untuk guide kite supaya dapat melepasi batu tersebut.
Dengan bantuan orang ramai dan kuasa Allah swt dapatlah kite turun dari bukit yang tinggi tersebut.

Syukur just minor accident. ada calar calar sedikit dan plastik hitam dekat tayar patah sedikit.

Moral of the story, jangan berkata belakang orang, mulakan kerja dengan BISMILLAH dan more focus while driving.


-x0xo-


Tuesday, 29 October 2013

Monday, 28 October 2013

Kemahuan dan Kehendak


Assalammualaikum,

Pagi ni terbaca entry sorang B2B blogger berkisahkan tentang hantaran Diana Amir.
kite pun tak pasti sama ada betul atau tidak pelakon Diana Amir preference to NOT have hantaran from grom's side cukup senaskah al quran and sebentuk cincin. Refer HERE
Kalau betul that means okay lah dan dia mampu untuk menolak adat dan tradisi yang selama ini kita selalu ikuti.
Bagi kite, ini bukan pertama kali mendengar sesiapa yang enggan untuk mempunyai hantaran baik ketika pertunangan mahupun majlis perkahwinan sebabnya one of myteam sendiri ada juga melakukan perkara tersebut.

Bukan mudah untuk menolak persepsi masyarakat kita bila ia melibatkan adat dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.
Cekal hati si pengantin untuk tetap dengan pendirian mereka untuk tidak mempunyai hantaran sebabnya perlbagai bunyi akan kedengaran dari orang sekeliling.

Antaranya : "Kenapa menolak adat sedangkan adat membawa kebaikan", "Kedekut betul pengantin ini sehinggakan hantaran pun tak dibuat", "pemalas" dan lain lain lagi.

Kite sendiri pernah terdetik untuk tidak membuat hantaran selepas mendapat tahu one of myteam juga melakukannya.
Kerana kite fikir, hantaran salah satu kepada penyumbang kepada pembaziran sedangkan Islam itu sifatnya bersederhana.
Tapi seperti mana yang kite mention early, pasti ada bunyi bunyi yang menolak cadangan kite atas alasan memalukan pihak sendiri dan risau pihak lelaki beranggapan anak dara pemalas.

So, terpaksalah kite buat dan ingat kalau nak bagi pun dalam 3 bekas aje dan letak dalam paper bag (lagi sekali nak menolak adat), sekali pihak SA nak buat 5. Aiyooo 7 lah mama kata.

Bila memutuskan untuk berhantaran, dua benda harus difikirkan iaitu barang untuk diberikan dan kedua hiasan bagi dulang/bekas hantaran.
Sekarang barang bukan boleh dapat RM 10, lebih dari itu nak oii. Itu belum kira handbag, kasut, perfume dan lain lain. Kalau dah tujuh bekas dah berapa jadinya. Hiasan bekas hantaran kite pun nak cecah RM 150. Hiasan sahaja. So, total up untuk hantaran sahaja dah berapa? Sedekah pun tak sebanyak itu. =.='

InsyaAllah untuk nikah nanti kite cuba bawa berbincang dengan SA supaya hanya dua bekas hantaran sahaja sudah memadai iaitu sebentuk cincin dan senaskah Al-quran. Barang barang lain seperti handbag, kasut, perfume after kawin pun boleh beli lagi. Lepas kahwin lebih luas langkah kite dan lagi banyak choice in case kalau that time kite gi jalan jalan di Indonesia ke, Langkawi ke. Boleh dapat barang murah di sana. Contoh kite beli perfume di langkawi untuk SA, acknowledge itu sebagai hantaran.

Buat apa nak spend money yang banyak kita kumpul selama ini hanya untuk satu hari bagi memuaskan hati orang sekeliling? Kita masih banyak lagi masa dengan suami kita untuk memilih barang barang yang memuaskan hati kita. Bila ada duit, kita beli. Tak ada next month gaji pula. Ini, kita terkejar kejar beli hanya untuk 'hantaran' then kemudian tak puas hati dan dah menyesal. Kan rugi namanya.

Apa yang kite nak jelaskan sekarang, bukan tak boleh nak buat hantaran,
boleh ur welcome,
Lagi lagi orang orang berada, ur pleasant to have or not to have the hantaran
Cuma apa yang kite ingin ketengahkan adalah persepsi masyarakat tu. Tak perlu lah menghukum/mengata pada mereka yang berhasrat untuk tidak mempunyai hantaran sebabnya kite tak tahu duit orang dan kita tidak tahu perancangan mereka. Kalau mereka rasa tidak mampu mereka berhak dan anda please shyyyy keep quiet.
Kalau anda mengata sambil sponsor/bagi duit tak apa juga. Iye tak?


-x0xo-

Saturday, 26 October 2013

DIY : Hiasan Jar


Assalammualaikum.
Selamat pagi.

Pagi ni mak temah nak buat satu entry DIY untuk jar yang selalu sangat kebelakangan ini orang gunakan semasa kenduri kendara.
Ada sesetengah orang terasa nak deco jar mereka bagi lebih cantik dan ada yang tidak mahu deco, terpulang pada individu masing masing sebab pilihan di tangan setiap orang, kan? Ikut kemampuan sama, kalau rasa tak mampu nak hias hias bagai ignore saja masalah untuk hiasan itu.

Bagi kite sendiri, dah ada lebihan barang barang deco semasa zaman study dulu kenapa tidak menggunakannya daripada terperap di dalam almari. Setidak tidaknya kurang la sikit penyimpanan stor mak temah.

So ini hasil tangan mak temah sendiri yang tak seberapa.

 bawah lampu nampak ler cantik berkilau sikit

Ok, ini material pilihan kite menggunakan kain felt. Incase kalau tiada kain felt, boleh juga gunakan kertas doily. *google if tak tahu kertas doily tu apa*

If guna kain felt, pilihan warna haruslah bijak supaya gabungan kedua dua warna tersebut akan menaikkan seri jar kita sebab ada setengah kain felt warnanya nampak lusuh sedikit.

Here what we need for the deco : felt paper, glue (UHU), scissors and a pearl. 

Lukiskan kelopak bunga pada kain felt kemudian gunting kelopak tersebut dalam kuantiti yang diperlukan.



 a bundle of hasil guntingan


Setelah mendapatkan kelopak bunga ikut langkah seperti di bawah.


1- sediakan satu kelopak bunga
2- lipat dua kelopak bunga tersebut
3- lipat sekali lagi menjadi empat bahagian
4- buka kembali dan gam kan pada bahagian tengah, kemudian lipat semula menjadi empat bahagian.
5- ambil secebis kain felt untuk jadikan sebagai basis dan gluekan di bahagian tengah. Ambil keempat empat kelopak lalu gam kan ia di atas secebis kain felt tadi.
6- Gamkan pearl pada bahagian tengah untuk kelihatan lebih menarik *tidak letak pun tidak mengapa*

DONE!



 Hasil rupa jar kite setelah di hiaskan. Ada setengah orang bagi pendapat kata gabungan warna yang cantik dan ada setengah lagi kata kureng ok tentang gabungan warna. 
So terasa kerisauan di situ dalam membuat pilihan warna. Mungkin nanti akan dirombak semula warna warna untuk diguna pakai.


-x0xo-

Thursday, 24 October 2013

Kemana Hilangnya Entry Terdahulu


Assalammualaikum
ok, ini cerita sedih dan tidak tahu nak salahkan diri sendiri atau blog ini.
entry kite yang lepas lepas ada sebahagian yang telah missing.
tidak tahu ke mana dan sejak bila ia missing.
baru sebentar tadi kite perasan bila setelah kite adjust label untuk setiap entry.
Sayangnya YaAllah.

Bukan senang nak mencatat setiap perjalanan hidup kita sebagai kenangan di kemudian hari.
Frust sangat.
Lebih frust apabila entry itu adalah kisah mengenai perjalanan ke alam pertunangan.

Kite ingat nak buka balik cerita ini pada SA once we get married.
ceritakan tentang perasaan kite, keadaan ketika itu, siapa yang terlibat.

Mana kite boleh dapatkan balik backup untuk entry entry yang hilang ini ya . . .
Ini salah satu entry yang kite dapat spot telah hilang entah ke mana.


Entry special guest ini berkisahkan tentang kali pertama family awak datang jumpa kite, jumpa mama abah kite ketika waktu raya pertama.
Kali pertama diorang kenal dan lihat siapa yang bernama FASIHAH yang menjadi sebutan anak teruna diorang setelah hampir 6 7 tahun berkenalan.
Perasaan kite pertama kali berjumpa dengan mak ayah awak, adik beradik awak.

Selain itu, ada satu lagi entry di mana kali kedua mak ayah awak datang ke rumah bagi membincangkan tentang hari pertunangan, letak belanja, dan macam macam lagi diorang discuss.
Kadang kadang kite rasakan awak, semua mak ayah kita yang rancangkan dan kita just follow the flow.

Hurmmm sayangnya. . .
Harap sangat esok pagi bila log in semula kite dapat balik entry entry yang berharga ini.

-tak payah nak x0xo sangat-

Wednesday, 23 October 2013

Preparation Bekas Hantaran


Assalammualaikum.
Kurang dari dua minggu lagi is MY ENGAGEMENT DAY.
Grrr . . . . .
Den cuak der,
Sebelum ni boleh lagi relaks, lenggang mak minah, fikir tak ada apa sangat pun nak buat.
Abang and k.cik keep asking eh nak tolong pape x ni? and i dengan toyanya replied that's nothing, thank you.

Then when k.cik list out one by one things supposed to be prepared, later baru rasa Ooemjay.
Baju belum dapat lagi, baju belum jahit lace and do some details, tudung belum properly jahit only
attach by semat using needle, hantaran belum gubah lagi, bilik belum dicat and di drill lagi.
How come that so many things u said there's NOTHING?

Hati dah berdegup kencang, semalam seperti orang tidak ketahuan.
Tetapkan hati hari ni buat semaksimum yang boleh prepare for the things,
Solat asar sesiap di office, after office hours terus bergegas ke rumah Lathifah.
Pinjam bekas hantaran.
Gosh, maaf lah tipah. dah dua keturunan pinjam bekas ang. Mula dulu abang lepas tu aku dan kedepan kedepan nanti mungkin menyusul adik pula. hu.hu.hu

Sudah habis ambil bekas, rancang nak ke rumah tailor cik dah.
tahu baju belum siap, tapi saja juga nak pergi sebagai tanda peringatan bukan apa takut takut dia
lupa yang baju penting kite tu harus dilaksanakan secepat yang mungkin.
Sampai sana dengan mama, dia cakap cik dah belum siapkan lagi baju kakak.
wuuuu. . . wuu. .
cik dah cakap SABTU ni datang ambil. Cik dah janji tau!


Balik rumah, terus berkira kira ari SABTU sehingga ke ari pertunangan. 8 hari lagi.
Mama, this is sooo crazy. Soo crazy mama. sempat ke nak jahit lace ni.

Ok, stress.
Stress ya Rabbi.
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99


Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
  

Ajak mama untuk ke WS kita pergi carik bunga untuk deko bekas hantaran, then mama said yes Alhamdullillah.
Mama also slightly terasa bahang banyak benda yang belum siap.
Sampai WS pintu semua dah tutup. Allahuakhbar.
Baca notice rupaya every tuesday the shop open until 6.45pm.

Its ok, we still can have a look kedai opposite to WS.
Kedai ni memang favourite mama dari masa mama kerja lagi. Owner dia pun cukup kenal mama.
Cumanya lebih teruja ke WS disebabkan kedai WS ni kedai besar yang penuh dengan segala benda membuatkan semua orang luar tertarik untuk masuk.
Padahal kedai kecil ni MUNGKIN jauh lebih bagus dari kedai gah besar tersebut.

 i lovee that red roses. it looks exclusive


Dear superb.beautiful. ohsem mama

Thanks for being my real back born all this while. There are such no word no word could I describe how much u had sacrifice for me and other abg2 who is sooo annoying.
Me love u beyond words and no one can replace u.

Dear superb.beautiful.ohsem mama

Thanks for being my real back born all this while. There are such no word could describe how much u had sacrifice for me and other abg2 who is sooo annoying.
Me love u beyond words.
Read more at http://web.stagram.com/p/572424511334151550_51569892#0u7R3uT7U6EwOqSJ.99

 bawa bersama bakul tipah, supaya bunga yang nak dicari tu warna lebih kurang sama. tapi atlast warna lain yang dapat. ngeee~

 compare mama ngan tok senah, tok senah still champion bab kraft ni.
But its okay, u still be my wedding planner, mommah.


Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.9
Seriusly untung datang kedai ni. Alhamdullillah tuhan lead me to this kedai.
Owner kedai ni dari A-Z buatkan deco bekas hantaran kite.
Dia yang carikkan bunga, dia yang carikkan reben, dia yang carik kan bakul and tray.
U just duduk tunggu and kalau rasa matching of the colours tu kurang sesuai di mata u, let her know.
She will find other way round, no worries.
Sejam lebih je tunggu dia dah dapat siapkan 10 jambak bunga, a deco basket and tray.
Wallaa~
Dalam masa tu sempat lagi dia ajarkan kite how to tie the ribbon because she gonna do only one so the rest she ask me go back home then do by yourself. BELAJAR!

Harga yang dia kenakan pun sangat berpatutan. Dia cuma charge harga barang aje, upah dia deco tidak perlu dibayar. See untungkan?
Kalau di WS harga barang kena bayar, upah dia pun kena juga.
Why we have double pay when we can cut the cost. Isn't it?

So now i am a happy bride to be.
Muaha.ha.ha.


-x0xo-

Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
  15h
Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#HDpaxUqZmCu
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
  15h
Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#HDpaxUqZmCutLUP8.99

Monday, 21 October 2013

Semakin Kurang Intelektual


Assalammualaikum
Selamat petang.
Lately ni hujan mencurah curah di bumi Kedah.
Ada kawasan yang tanahnya rendah melimpah ruah air yang ditakung.
Walaubagaimanapun Syukur, semua makluk mendapat air dengan rata dan saksama.
Segala puji kembali kepadaNya

Sabtu. Ahad dua hari lepas SA balik Kedah.
Wink.wink.
Kiranya bila SA balik ni ada la aktiviti sikit dua hari tu selain mengular je dalam rumah.
Der, orang kalau mengular bukan mengular kosong okay. Mengular orang penuh dengan intipati.
Segala jenis mak nenek orang cuci, orang basuh, orang kilatkan.
Baha.ha.

Ikutkan, hari Sabtu keluar jumpa SA dan mak SA dan mak SA sendiri minta dia datang rumah kite untuk bersembang dengan abah tapi dah kite merajuk tunda la ke hari Ahad. =.=''
Mama ketawa besar pagi tu sebab SA pepagi dah call tanya jadi tak nak keluar hari ini (Ahad).
Ma kata pepagi Shayful (Ma, u always pronounce Saiful like that, u think shuffle ke) dah call, takut
ke kamu ni kakak. Kurang kurang la merajuk tu . . .

Dah jumpa di CS, about less than hour seperti yang di suruhkan oleh mak SA dia pun balik sekali
dengan kite ke rumah using our own vehicle.
Untuk kali pertama dia datang masuk ke rumah secara berseorangan and unfortunately abah tak ada dirumah sebab pepagi dah ke kebun.
So, SA have a talk with mama ajelah.
Kite di belakang, kitchen ni perah kudrat memerah otak berfikir apa la nak dihidangkan sama kamu SA. Ok, teringat resepi turun temurun iaitu LAKSA.
Sinting baju lengan terus capai bahan bahan tuk buat laksa.
Baha.ha. nipu nau!

Habis berbincang, kite pun berikanlah satu kotak yang berisi bekas hantaran dan juga kotak yang berisi cincin tunang.
Kite la offer SA sebelum ini untuk berikan bekas hantaran sebab hari tu jeera ada cakap dia nak berikan bekas hantaran yang siap digubah secara free dan tak perlu pulangkan balik.
Bagus jeera ni, bekas bekas hantaran yang telah di gunakan oleh abang dia masa kawin bulan lepas
diberikan free pada kite. Tapi masalahnya cantik lagi bekas tu nampak macam belum digunakan lagi. Serba salah kite dibuatnya nak ambil.

Sebenarnya entry ni nak cerita apa ye?
Tajuk lain tapi isi kandungan lain.
Arghhh dah malas pula nak menaip kisah yang sepatutnya di ceritakan.
Nanti nantilah buat entry yang sepatutnya selaras dengan tajuk di atas.


-x0xo-

Thursday, 17 October 2013

Sakit itu Kifarah Dosa


Assalammualaikum
crawling . . . crawling . . . like a ju on
Still feeling unwell even no vomit or diarrhea,
It uncomfortable me.

Bila sakit semua benda tidak selera.
Selera makan, selera bekerja, selera berhias diri, selera bersosial.
Hanya suram dan duka.

Kalau boleh nak duduk di satu sudut hanya berdiam, dan menyembunyikan diri
for my speedy recovery.

Last day, fahida buat kenduri akikah anak dia, Muhd. Haziq
Ikutkan tak larat nak pergi tapi perasaan bersalah menghantui kalau tidak pergi kenduri dia
Yelah dia jemput berapa bulan sebelum lagi, nak bagi reason apa kalau tak pergi.
Paksa juga diri untuk attent, after office hour and fetch aju di amanjaya mall




Gambar disekitar majlis.
Tengok muka den. So sorry, and kindly excuse the so tired+sick face of me.

Memang dah malas sangat nak berhias.
Langsung tak rasa nak bercantik cantik, nak berhias hias.





Ini namanya menghancurkan gambar,
sebab orang lain cantik di depan lens dan engkau telah mencacatkan kecantikan gambar tersebut.





Cepatla, datanglah wahai SIHAT,
Nikmatmu tidak terungkap.

Bila sakit macam ni, teringat satu ketika dulu masa study di UKM,
kite pernah ada record gastrik, for me it quite serious
Sebab sampai dapatkan ubat di hospital Pantai Sungai Petani.
*kalau mild gastrik, takat klinik pun dah ok bagi kite*
Berbulan juga tanggung kesakitan tanpa jagaan rapi mama abah, tanpa keriusauan mereka.
Sakit hanya tuhan saja yang tahu especially bila datangnya malam.
Muntah, cirit birit ulang alik naik turun tangga ke tandas. Berlari-lari.
Sudahla di asrama, tumpangan pula, ditambah lagi cuti semester memang cuak la kalau nak pergi gagah ke tandas sorang sorang.
Memang tidak lah nak ajak peneman, gila nak suruh dia duduk kematuk tunggu engkau yak??
Sampai kul 12 pagi sensorang hadap pintu tandas toilet. Buka tutup pintu bilik.
Kasihan kamu wani, mengganggu masa tidurmu.

Lagi bersalah, bila dah elok set date untuk berjumpa dengan one of the myteam, yati
dekat Jusco.
Sorang sorang ke sana menaiki train.
Dengan harapan, gastrik tidak datang, kalau datang menjengah pun hanya bisa bisa kecil yang
mampu kite menahannya.
Sampai saja di sana, belum apa apa lagi, belum jumpa dengan yati, 'dia' dah datang.
PERGH.
Ini bukan bisa kecil lagi. sakit memulasnya rasa nak meniarap atas lantai.
Bergegas ke tandas supaya dapat duduk mencangkung menahan sakit.

Yati keep calling me, asking where am I.
Beb, kite tak sanggup ler nak jumpa ang dengan keadaan muka yang sakit sebegini. Malu.
Lama dia tunggu di suatu sudut.
At last kite keluar jumpa dengannya, dan bagitahu
Beb, aku nak balik. Sorry aku tak tahan.
Dia faham, tapi hatinya kite tak tahu. Harap hatinya juga bersabar dan memahami.
MAAF.
*Beb, balik tu memang aku terbayang cara ang melangkah pulang bila aku dah tak mampu,
sumpah aku serba salah menyusahkan ang.*

Terus balik, dan pada masa yang sama message mama mengadu dari jauh yang kite betul
betul sakit, tak tahan nak balik.
Mama risau, contact ngah. Minta dijemput.
Tapi kite refuse, kasihan dari jauh datang ambil kemudian hantar pula ke UKM.

Itu kisah sakit paling ngeri, lama kite menahan, sebulan dua.
Dugaan namanya, tapi Alhamdulillah masih mampu menanggungnya.
Tuhan tidak akan memberikan dugaan jauh dari kemampuan kita, bukan?
So jangan risau.

Setiap penyakit ada penawarnya, setiap yang masam ada manisnya.
Cuma sekuat mana ikhtiar yang menentukan cepat lambat sesuatu itu untuk pergi.
Berdoalah wahai sayang. . .




-x0xo-


Wednesday, 16 October 2013

Kasih sayang seorang MAMA dan ABAH


Assalammualaikum.
Selamat Menyambut Hari Raya Korban.
I missed my korban momment this morning. hu.hu.
Supposedly today i'm on leave according to state holiday, arghhh tidak berpuas hati.
Tahun ni, kali pertama join korban dengan mengeluarkan duit sendiri.
Selalunya join korban atas nama saja, mama abah yang bayarkan.
Sekarang abah kata semua dah besar panjang, dah ada pendapatan sendiri, so keluarkan sendiri duit.
Itu namanya pengorbanan yang sebenar, sebagaimana kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Tak terbanding besarnya pengorbanan beliaun berbanding berapa RM lah sangat yang kita keluarkan.
Kiranya satu tompok lembu tu di share secara berlima kami.

Kisah raya tak ada yang menarik mana pun berbanding raya Aidilfitri lepas.
Acey.cey. mentang mentang raya tahun lepas ada tetamu istimewa, kali ni tak.

Sehari sebelum raya, badan kurang sihat. Tak tahu nak kata berpunca dari apa.
Bangun pagi dah rasa memusing peningnya, rasa something nak keluar dari mulut- loya.
Tengah hari tu sehingga ke petang muntah dan cirit birit.
Bila flash back semula apa yang boleh direlatedkan dan kite rasa mungkin disebabkan malam sebelumnya dalam kul 11 malam tu kite siap cat pintu bilik. Then mandi bersihkan diri dan terus makan nasi lemak udang yang adik belikan.
Samada cat kayu tu sendiri iaitu bau yang kuat atau pun sisa sisa cat di tangan semasa makan atau nasi lemak tu yang dah basi. Tapi abah makan dua bungkus ok aje.

Seharian memusing kepala kite, sangat tidak seronok.
Nak bantu mama apa yang patut pun tak bermaya.
Asyik nak berbaring sahaja.

Bila dah sakit ni, baru kita tahu nikmat sihat. Masa sakit tu, semua benda jadi tak kena.
Nak makan tak lalu, nak keluar tak larat, nak berhias tak mampu, nak gembira tak tergembira.
Atlast kita akan jadi monyok dan muka pun tak ceria. Nampak sakitttt aje.
Sebab tu Prof Muhaiya pesan, jangan asyik minta kekayaan sahaja. Jangan asyik berkata "Kalau aku KAYA, aku nak beli rumah, nak bersedekah". Jangan dan Jangan.
Tetapi mintalah kesihatan dalam melakukan amal ibadat. Minta KESIHATAN supaya kita bisa untuk
berusaha menjadi kaya.
Tapi, jangan risau kalau sakit, sebab sakit itu sendiri penghapus dosa dosa kecil.

Bila dah jatuh sakit ni baru terasa kasih sayang seorang ibu. Bukan sebelum ni tak pernah rasa,
setiap hari rasa.
Tapi nak dekat ada kehidupan sendiri ni, terasa bahangnya segala effort mama abah.

Mama tak henti henti datang ke bilik pegang dahi, pegang leher. Takut anak perempuan dia sorang ni
dah tak ada gamaknya. Hi.Hi.
Macam mana perasaan mama agaknya ye kalau kite dah tak ada di dunia ni? Kesian mama,kan.
ok-sayu.
Sebak rasanya bila tengok mama ulang alik datang periksa kite. Bawakan air garam, bawakan air kosong, basahkan rambut guna lidah buaya, bawakan milo kosong.
Kesian tengok setiap langkah perjalanan mama. Mama luaran nampak muda, tapi sebenarnya dah 59 usia mama. Dah tak larat.
Kadang kadang rasa tak percaya mama dah tak sekuat dulu. Nak bangun pun tak kuat, nak memasak pun penat.
SEDIH.

Malam pula dia datang bilik untuk tidur sekali dengan kite. Bawa blanket dengan iphone dia.
*Mama sekarag dah ada group whatsapp Uitm dia, jangan memain . . . *
Dah tiga hari berturut turut tidur dengan kite.
Aiyooo lagi sebak tahu. Sepanjang malam tu, sekejap kejap tangan dia di leher. Check ok ke tidak.
Mungkin kes keracunan makanan meragut nyawa semasa kenduri kahwin yang masuk dalam berita, membuatkan dia terlebih risau.
Dah tiga malam dia tidur dengan kite dan setiap saat tu juga dia risau tak keruan.

Agaknya dah kawin nanti boleh ke suami kite se-care macam mama ye?
Setiap saat fikirkan kite?
Melayan orang yang sakit. Sehari bolehla tahan, masuk seminggu, sebulan macam mana nanti erk?

Itulah kasih sayang seorang IBU, tak ternilai harganya berbanding dengan kasih sayang manusia lain.
Dengan kesabaran mereka melayan kita.
Tak terbayang kalau mama abah dah tiada di bumi ni. Bagaimana perasaan masa tu, apa akan terjadi
ketika itu, dan apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Start from now kenala kurangkan merajuk dengan mama abah ye. Diorang tu jarang merajuk dengan
perangai kita yang macam nauzubillah ni. Kena jaga hati mereka sebagaimana mereka menjaga hati kita sentiasa.
Dengar tu?

So, cepat cepatla sembuh supaya muka anda kelihatan ceria dan segar bugar untuk bulan depan. OK?


-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...