Assalammualaikum.
Entry kedua untuk hari ini.
Mak temah nak ajar bagaimana nak lekatkan batu swarovski pada baju bagi menaikkan lagi seri baju yang nak di perhiaskan.
Eh tak semestinya kena batu swarovski. Apa apa jenis batu pun boleh seperti batu crystal, batu YHB asalkan jangan batu tepi jalan sudah. hu.hu.
Yang kite gunakan ini batu copy swarovski je sebab kalau nak yang original mahal sedikit tapi kan kilauan dia 99% seperti original swarosvki. Kata owner tu lah. Kalau owner tu tipu maka tipah tertipulah ye bang.
Kak long yang recommend pada awalnya batu ni dan bila dah dapat in hand k.long menilik batu tersebut dan kata memang berkilau dan mahal.
Kalau nak di banding batu swarovski dengan batu tampal yang di jual di kedai WS Sungai Petani, memang nampak perbezaannya. Tapi STILL boleh digunakan juga batu yang di jual di WS sebagai hiasan baju, bukan tak boleh.
Disebabkan mahal, so kite guna dengan penuh berhati hati dan berhemah. Kebiasaan bila nak menampal batu ni ada orang guna teknik iron. Betul tak? Letak batu pada position yang kita nak dan kemudia terbalikkan baju, iron pada tempat berkenaan.
Kite pula tak guna cara iron tapi cara layur pada api lilin.
Kite rasa kaedah ini lebih mudah sebabnya kite boleh nampak dengan jelas position yang kite mahu lekatkan batu tersebut selain dapat mengelakkan baju kite menjadi terlalu panas kesan iron beberapa kali.
Kite tak curi penyepit makmal ye, tapi kite beli masa season crafting ketika study di UKM dulu. Kepitkan batu dengan penyepi dan layurkan pada bahagian bawah api. Jangan layurkan pada jelaga nanti akan hangit di bawah permukaan batu.
Sudah layurkan kemudian check pada permukaan gam sama ada gam tersebut betul betul sudah cair atau tidak. Once cair terus tampal pada kain. Tapi make sure ye if nak tampal pada lengan baju, letakkan kain alas pada permukaan lengan tersebut takut dia akan melekat pada kain lengan satu lagi.*faham x*
Ok, itu saja entry DIY untuk hari ini. Itu sahaja hasil yang mampu kite lakukan. Macam kite sembang ngan yati lah, mana mampu nak upah Radzuan Radziwill so mana buatan sendiri itu cita rasa dan kepuasan peribadi. Nak memuaskan hati orang tak mampu tapi pendapat orang mampu untuk di ambil atau diterima.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment