ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.
Showing posts with label thoughts and suggestion. Show all posts
Showing posts with label thoughts and suggestion. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Kemahuan dan Kehendak


Assalammualaikum,

Pagi ni terbaca entry sorang B2B blogger berkisahkan tentang hantaran Diana Amir.
kite pun tak pasti sama ada betul atau tidak pelakon Diana Amir preference to NOT have hantaran from grom's side cukup senaskah al quran and sebentuk cincin. Refer HERE
Kalau betul that means okay lah dan dia mampu untuk menolak adat dan tradisi yang selama ini kita selalu ikuti.
Bagi kite, ini bukan pertama kali mendengar sesiapa yang enggan untuk mempunyai hantaran baik ketika pertunangan mahupun majlis perkahwinan sebabnya one of myteam sendiri ada juga melakukan perkara tersebut.

Bukan mudah untuk menolak persepsi masyarakat kita bila ia melibatkan adat dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.
Cekal hati si pengantin untuk tetap dengan pendirian mereka untuk tidak mempunyai hantaran sebabnya perlbagai bunyi akan kedengaran dari orang sekeliling.

Antaranya : "Kenapa menolak adat sedangkan adat membawa kebaikan", "Kedekut betul pengantin ini sehinggakan hantaran pun tak dibuat", "pemalas" dan lain lain lagi.

Kite sendiri pernah terdetik untuk tidak membuat hantaran selepas mendapat tahu one of myteam juga melakukannya.
Kerana kite fikir, hantaran salah satu kepada penyumbang kepada pembaziran sedangkan Islam itu sifatnya bersederhana.
Tapi seperti mana yang kite mention early, pasti ada bunyi bunyi yang menolak cadangan kite atas alasan memalukan pihak sendiri dan risau pihak lelaki beranggapan anak dara pemalas.

So, terpaksalah kite buat dan ingat kalau nak bagi pun dalam 3 bekas aje dan letak dalam paper bag (lagi sekali nak menolak adat), sekali pihak SA nak buat 5. Aiyooo 7 lah mama kata.

Bila memutuskan untuk berhantaran, dua benda harus difikirkan iaitu barang untuk diberikan dan kedua hiasan bagi dulang/bekas hantaran.
Sekarang barang bukan boleh dapat RM 10, lebih dari itu nak oii. Itu belum kira handbag, kasut, perfume dan lain lain. Kalau dah tujuh bekas dah berapa jadinya. Hiasan bekas hantaran kite pun nak cecah RM 150. Hiasan sahaja. So, total up untuk hantaran sahaja dah berapa? Sedekah pun tak sebanyak itu. =.='

InsyaAllah untuk nikah nanti kite cuba bawa berbincang dengan SA supaya hanya dua bekas hantaran sahaja sudah memadai iaitu sebentuk cincin dan senaskah Al-quran. Barang barang lain seperti handbag, kasut, perfume after kawin pun boleh beli lagi. Lepas kahwin lebih luas langkah kite dan lagi banyak choice in case kalau that time kite gi jalan jalan di Indonesia ke, Langkawi ke. Boleh dapat barang murah di sana. Contoh kite beli perfume di langkawi untuk SA, acknowledge itu sebagai hantaran.

Buat apa nak spend money yang banyak kita kumpul selama ini hanya untuk satu hari bagi memuaskan hati orang sekeliling? Kita masih banyak lagi masa dengan suami kita untuk memilih barang barang yang memuaskan hati kita. Bila ada duit, kita beli. Tak ada next month gaji pula. Ini, kita terkejar kejar beli hanya untuk 'hantaran' then kemudian tak puas hati dan dah menyesal. Kan rugi namanya.

Apa yang kite nak jelaskan sekarang, bukan tak boleh nak buat hantaran,
boleh ur welcome,
Lagi lagi orang orang berada, ur pleasant to have or not to have the hantaran
Cuma apa yang kite ingin ketengahkan adalah persepsi masyarakat tu. Tak perlu lah menghukum/mengata pada mereka yang berhasrat untuk tidak mempunyai hantaran sebabnya kite tak tahu duit orang dan kita tidak tahu perancangan mereka. Kalau mereka rasa tidak mampu mereka berhak dan anda please shyyyy keep quiet.
Kalau anda mengata sambil sponsor/bagi duit tak apa juga. Iye tak?


-x0xo-

Thursday, 30 May 2013

Perkahwinan Dan Solat tidak boleh Dipisahkan


Jom main tawen tawen nak?































tapi sebelum tawen, kita tunang dulu. mana boleh main lompat lompat terus tawen.
































fuiyoo~ awak, awak. nape awak dapat banyak sangat cincin? untung la awak dapat dua cincin sekaligus. cincin merisik dan cincin tunang. nanti kitew tunang titew nak lima cincin terus. cukup jari sebelah tangan. =.=''

tiga hari berturut turut selesai sudah majlis untuk dua orang ahli myteam.
sorang bertunang dan sorang lagi menikah dan walimah.
bagi yang dah lepas tu jangan pula dilupakan untuk yang belum lepas apa apa lagi ni.
Doa doakan lah untuk kami dua orang yang masih single mingle pringle. tak gitu? =.='

sebenarnya malas nak bercerita panjang lebar mengenail majlis ni. Bukan apa. Dah terlalu
common sangat cerita kawen ni. Yelah macam biasa proses perkahwinan dimulakan dengan merisik, kemudian bertunang, akad nikah dan akhir sekali majlis kenduri. Itu dah biasa dah. So nak cite apa lagi ye dop? Cerita benda yang sama sometime agak membosankan. Tak kan sepuluh orang myteam sepuluh orang kite nak bercerita? Hwaaa~ memey suhaiza la. eh, memey penat la!

Masa dalam perjalanan menghantar ana balik ke rumah, subjek yang best untuk dihighlight di sini adalah WAKTU SOLAT.

Ana cakap macam mana ye nanti bila kenduri kawen kita nak bersolat? Yelah makeup selalunya sebelum waktu azan zohor lagi. Faham faham lah perempuan kalau bukan hari big day pun dah make up santek santek apa lagi di hari penuh bermakna mereka. Make up berinici 40! Dengan baju berjela jela bagai. Sayang la dah make up mahal kemudian basuh muka untuk bersolat. Sedangkan majlis belum bermula lagi. Sebenarnya kan ana, perkara ni dah terlintas lama dah dalam fikiran kite cuma belum sempat berfikir. Almaklumlah belum ada perancangan untuk berkahwin.

Tapi tak kan sebab nak kahwin, kita terpaksa tinggal solat. Kita kan nak dapat keberkatan dariNya. Dua hari pula tu. Hari akad nikah dan hari walimah. Ouh, kisah ini tidak berkait atau bersangkut paut langsung dengan sesiapa ye. Ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri.

Semua sedia maklum, majlis kenduri bermula dari seawal pukul 12 tengah hari. So, pengantin perempuan dinasihat oleh mak andam untuk datang seawal pukul 10 atau 11 pagi bagi mengelak traffic di kalangan pengantin yang turut berkahwin pada hari yang sama. Secara kasar make up mengambil masa satu jam setengah. Dalam pukul 12 tengah hari pengantin perempuan siap bersolek dan dipakaikan baju pengantin.

Dah habis bersolek, akan cepat cepat bergegas ke rumah dalam persediaan untuk menantikan 'adam' mereka. Dah sampai bersalaman pula. Cium pipi kiri cium pipi kanan. Eh, tak de tak de.hi.hi.
Kemudian, terus ke tempat pelamin untu sesi merenjis renjis. Ini kalau ada pelamin, kalau tak da lain cerita. Lepas merenjis, makan beradap, lepas makan beradap jumpa tetamu yang datang. salam sana salam sini. Waktu dah masuk pukul tiga lebih. Kemudian sesi potong kek 80 tingkat pula. Lagi ambil masa. Kalau satu tingkat 5 minit potong, 80 tingkat? Dah 400 minit. Ok merapu.

Lepas tu sesi photoshoot outdoor pula. So, bila nak gi solatnya?? MasyaAllah. Berdosanya. Takut takut solat Asar pun kita tertinggal sebab leka dengan aktiviti yang perlu dilakukan. Please do not bear in mind kahwin hanya sekali. Jangan sesekali menggunakan alasan tersebut. Tampar kang. ha.ha.

So, the best way is what? Antara yang terlintas dalam fikiran kita hanya ada 3 langkah yang kita boleh laksanakan supaya semua perkara boleh dilakukan dan pada masa yang sama solat tidak ditinggalkan. Jap! kenapa ye, dalam banyak banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang majlis bersanding contoh seperti merenjis, makan beradab, potong kek dll tidak diselitkan juga solat suami isteri? i mean slot bersolat bersama. Kenapa ya, tidak dari dulu lagi masyarakat melayu iaitu islam menerapkan slot ini dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.Mungkin ada, tapi tidak ramai yang melakukan.

So, apa empat langkah yang engkau rasa hebat sangat tu seha? tak de lah hebat pun. sekadar idea, kalau rasa tidak tidak bernas, just abaikan.

First, merancang supaya hari kenduri nanti adalah hari kita datang period. Ada orang datang period punctual. Kalau lari pun sehari dua aje. Bagi yang hebat pilih tarikh, anda terselamat dari tidak bersolat dan tidak perlu gusar hati sekiranya tidak menunaikan solat. Tapi macam kite, period tak menentu. Sekejap awal dari tarikhnya sekejap delay seminggu. ho.ho. nasibla~

Second, ambil awal awal wudhuk kiranya sebelum makeup tu dah ada air wudhuk. Sampai aje rumah if dah masuk azan, sempurnakan terus solat. Kalau belum masuk, u have to always berjaga jaga supaya air wudhuk tidak terbatal. So agak lama juga la nak kena tahan tu. Dalam dua jam nak bertahan. tahan ape?? tahan kentutla. ha.ha.ha. sengal.Ouh, ya nanti sesi sambut suami, jangan pergi salam pula, terbatal nanti.

Third,tak perlu ke bridal untuk make up tebal. Just a light make up. Basic. Macam perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Hajar Husna (hajar husna ni kawan k.cik la) Husna. Rasanya Ustaz Don ada cakap isteri dia tidak makeup tebal sangat pun (ke tak make up langsung ntah). Tak de la nak rasa sayang bila muka dibasuh untuk mengambil wudhuk.

Lagi satu, jangan risau kalau muka nampak tak cantik bila sesi photoshoot. Sebab ini memang peranan penting photographer bagi memastikan gambar kelihatan cantik. Kita dah bayar mahal  mahal kan? So, mereka sepatutnya edit gambar pengantin bagi cantik biarpun tiada make up di muka. Ala, kita yang bukan photographer pun bila edit gambar fuh bukan main cantik lagi. Muka biasa pun boleh jadi muka model. tak gitu?

Kesimpulan, hidup kita di dunia ni nak mencari keredhaanNya untuk setiap perkara yang kita lakukan bukan? Allah dah menetapkan solat itu WAJIB dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebab tu kita ada pelbagai kaedah solat bila sesuatu perkara berlaku pada kita. Contoh kalau kita sakit kaki, kita dibenarkan untuk solat duduk. Kalau kita sakit tak dapat bangun, kita dibenarkan untuk solat berbaring. Ini menunjukkan solat itu penting dan wajib dilakukan.


























Menurut kata  Mr. google, mereka sedang melakukan solat sunat. Tengok, kalau solat sunat pun dilakukan bersama apa lagi solat wajib,kan?


-x0xo-

Saturday, 5 January 2013

Pakej Komunikasi Belia



Selamat pagi, salam hujung minggu diary.

Pakej Komunikasi Belia??
W.H.A.T   I.S  T.H.A.T
ha . . . ni Pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Bajet 2013.
Ingat tak? ke tak tahu?

Keistimewaan Pakej ini adalah ia menawarkan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon mudah alih tanpa mempunyai had limit bagi harga telefon bimbit tersebut. *screaming!!*

Pada dasarnyanya kerajaan telah menetapkan had harga telefon iaitu sehingga RM500 sahaja Tetapi setelah dirombak semula, kerajaan baru baru ini sudah membatalkan had limit tersebut. *screaming lagi*. Ouh prihatinnya kerajaan terhadap mereka mereka yang ingin mendapatkan I-phone 5, Samsung Galaxy, Blackberry dan sebagainya.



Siapa je yang layak untuk menerima Pakej Komunikasi Belia ni eh?
Ha . . .  dah nama pun Belia haruslah mereka yang berumur muda belia. Syarat kelayakan adalah  :-
1) pemohon yang berumur 21-30 tahun,
2) berpendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah,
3) dan telah melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyelia perkhidmatan
 telekomunikasi yang terlibat ( Maxis, Celcom, Digi, U-mobile, YTL, Tune-talk, Clisxter)


So, apa lagi? daftar ramai ramai untuk berpeluang menikmati rebat yang hanya ditawarkan sekali
sekala ni. Rugi kalau tidak berbuat demikian. Tapi itulah nak access ke laman web tu agak susah
juga. Maybe jam disebabkan beribu ribu pemohonan sedang dilakukan. Dari tadi kite cuba submit tapi tidak berjaya. Stuck di sini. =.='


Kena cuba lagi, lagi dan lagi. Jangan berhenti berusaha. Kan usaha tangga kejayaan.

For more info:

Wednesday, 2 January 2013

WELCOME 2013


It's been 2013 already.
Gong Xi, Gong Xi everyone!
Mulakan tahun baru dengan Bismillah akhiri tahun lepas dengan Alhamdulillah
Hopefully this new year will bring us luck, happiness, prosperity and brighten up our daily
life.
Not to forget, hopping the government would always playing their role to meet the rakyat's expectation.

Pastinya bila sudah masuk tahun baru, setiap antara kita mempunyai azam tersendiri.
Kenapa perlunya azam ni? Bagi kite, bila seseorang dah berazam tentunya dia akan sentiasa berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai dan mendapatkan target yang diimpikan. Dapat atau
tidak, hanya bertawakal. Sebab itu rezeki daripadaNya asalkan usaha telah dilakukan.
Setidak tidaknya kehidupan kita didunia ini sentiasa ada matlamat, sentiasa struggling menuju
ke hadapan.

tahun 2013 ni, selain daripada pertambahan umur, banyak lagi yang perlu dipertambahkan
dalam diri ini.
So, mari kita mempunyai azam untuk 2013 ni? mahu?

Azam 2013

1) Be a good servant to Allah
The top priority in my wish list because that is the goal we are here,rite? Try my best to always
be close to Allah, obey every single of His perintah especially in covering my aurat, my behavior,
and so on. Alhamdulillah tudung sekarang dah selesa labuh di hadapan, cuma pemakaian sock tu
on and off.

2) Be a good daughter to family
Obey mama and abah's arahan, say no to NO. As being in the family of  boys, every kerja dapur, kerja halaman rumah are under Mama. So this time around, i HAVE to take over it.

3) Register Master in any IPTA
Yes, kite cukup cukup understand jobs now days are hard to find. People keep sighing here
and there for no to further study anymore because at the end there is still no job to avail. such no point. I was thinking like that once, but try to motivate myself. Biar kita belajar sebanyak mana
pun, kerana ilmu tak akan pernah berkurangan. And please bear in mind that belajar bukan untuk pangkat dan kekayaan. Sangat tidak disukai oleh Nya tetapi belajar kerana ingin menuntut
ilmunya. After surveying USM, UKM, Uitm, UMK, still Uitm be my first choice. Why? i notice
the strengthen of Uitm is at its language. English. As my English is so poor, so this might be a best decision after all.

4) Always step forward
Jadikan hari hari mendatang dipenuhi dengan ilmu ilmu baru. Terfikir untuk melakukan sesuatu
seperti pergi kelas Mandarin. Sambung semula half way pembelajaran semasa di UKM. Baru first level belajar Mandarin. Terfikir untuk buat bisness. Secara tidak langsung dapat memperbaiki soft skill dan PR and as a side income too. Terfikir untuk mencari tailor Cina yang boleh mengajar cara cara menjahit baju. Well, kite kan suka baju skirt pallazo dress maxi cardi peplum bagai ni. ha.ha.ha.

4) Less on Facebook
Ini perlu disiplin. yes! Bila dah kerja ni, peratus tengok FB is getting rose. To me, penggunaan
FB ni bnyk yang elok dari tidak. Gambar tu tidak kisah sangat diorang nak upload apa pun, tapi
dekat status tu yang tak boleh behave sikit. terlebih caring sangat kite ni. tak nak tak nak. so kurangkan FB, IG tak pe. Sebab gambar aje. *winkwink*

See, that's the only azam i wish to full fill. Hope it might come true by the end. InsyaAllah.

Below is picture of the first day in 2013. Came to abang's house just to see Kakak Afreena and
Kakak Afeea get to their scholl. Unfortunately we missed to catch Kakak Afreena as she get out
from house as early 7.05am. So we manage to send out Kakak Afeea only. I was pleased by
Kakak Afeea self confident. She is 5 and this is the first time she steps into school. No worry face,
no cry face. So 1200% confident.



 



-x0xo-

Sunday, 16 December 2012

Cinta Kanak kanak Cinta Remaja Cinta Dewasa



Hello, Selamat malam diary . . .
Kali ni tajuk lebih kepada hati, iaitu mengenai C.I.N.T.A
Rasanya tak perlu kot nak terangkan cinta itu apa, semua orang dah tahu.
Sedangkan budak kecik pun dah tahu apa itu cinta. sangat advance =.='
Cinta ni bagi kite ia datang dan pergi. Bergantung bagaimana cara seseorang itu mempertahankan
cintanya agar ia terus kekal bertahan selamanya.

Bila diimbas semula masa lampau, bagi kite sendiri, perasaan suka terhadap seseorang wujud waktu
di sekolah rendah lagi. Tapi ia lebih diklasifikasikan sebagai suka sahaja, bukan ke arah cinta.
Kite rasa masa tu kalau jumpa je lelaki yang comel atau handsome sikit mula la cair. Kalau ada yang
terlebih baik tu kita dah minat. Kita lebih tertarik pada luaran sahaja tanpa memandang faktor dalaman. Padahal taste kita masa tu bila dikenang semula tak adalah comel mane pun. Comot adala dengan baju
dan kasut kotor sana sini. Hingus pun alahai masih ada lagi. Tapi time tu kita tak realize semua tu sebab kita sendiri pun comot macam tu juga, cumanya kita rasa kita dah paling cantik dan kemas.

Kemudian, bila umur beralih ke usia remaja, perasaan sama macam zaman kanak kanak juga.
Cumanya kali ini kita tend to tertarik dengan lelaki selain dari handsome dan comel tetapi budak lelaki
ini mesti mempunyai pengaruh yang besar dalam sekolah. Kira lelaki ni lebih shining dari budak budak lelaki yang lain la. Contohnya lelaki yang kita minat tu, dia antara pemain dalam mana mana sukan,
ataupun lelaki ini pengawas sekolah, kalau tak juga lelaki ini konon konon otai sekolah la.

Itu Cinta alaf kanak kanak. Bila usia dah menjangkau baligh, dah matured, taste atau cita rasa
semakin hari semakin berubah. Dulu masa zaman remaja dan kanak kanak, mata lebih tertumpu
kepada luaran sahaja, dalaman tak pernah ambil kira. Tak pernah peduli samada lelaki ini cukup ke
solat 5 waktu, lelaki ini betul betul ikhlas ke dalam percintaan, lelaki ini serius atau tidak  dan
macam macam lagi. So, bila dah masuk universiti, pilihan yang ada bertambah luas dan kita juga sudah
mula berfikir lebih jauh iaitu ke alam perkahwinan . Kalau setakat muka aje handsome tapi perangai
tak sehandsome mana, macam mana kita hendak hidup lama dengan dia. Muka handsome is no
any longer top priority at this time. Kita tengok perangai dulu. Kalau rasa dia boleh bertanggung jawab,
ok yes we stick together. Kalau muka kacak lagi bergaya, yuppy! added bonus for you.

Bila dah grad, its the time to get a job. Bila masuk dunia bekerjaya pula, citarasa pun mula berubah.
Lebih berminat kepada lelaki yang berprofesional. Always in smart casual attire. Lebih pandang pada
lelaki lelaki yang berpakaian office dari lelaki yang berpakaian santai even lelaki yang wearing smart
casual tu bukan lah handsome mana berbanding dengan yang berpakaian santai tu. Sebab ape? Sebabnya
kita dah yakin yang lelaki tersebut sudah stabil kerana sudah mempunyai pekerjaan dan income
sendiri. Waktu zaman inilah, lelaki yang rupa yang biasa biasa aje, baru nak laku asalkan dah
punyai job yang enak.

So konklusinya, citarasa berubah seiring dengan usia. ngak gitu? Kite sendiri mendoakan agar
Allah memberikan jodoh yang baik baik untuk kite. Semoga kite dipertemukan cinta tersebut. Tapikan,
sampai sekarang, mata kite ni lebih suke lelaki yang muka kebudak-budakan tapi perangai matured. tak tahu kenapa. Cuba bayangkan muka kebudak-budakkan, perangai urmph dan berpakaian office attire.
Agama tip top pula tu. Itulah ciri ciri yang dicari. =.='


-x0xo-

Wednesday, 5 December 2012

Should boss shows some sensitivity?


Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, berkesempatan mendengar radio frekuensi 104.4,
Lite Fm. Kite seronok dengar Lite fm sebabnya di waktu pagi akan ada seorang doktor
mengupaskan tajuk megenai penyakit yang sangat common dihidapi oleh rakyat Malaysia.
Tapi bagi waktu waktu tertentulah. Red fm pun best juga tau, sebabnya ada Sarimah Ibrahim. Dia punya english pronunciation sangat sedap didengar even kadang kadang tak sempat nak faham sebab terlalu laju sangat. Mana nak fokus dia cakap, nak fokus driving lagi.

Kalau bukan hari doktor tu bersiaran, DJ akan membincangkan current topik seperti
isu isu kekeluargaan, isu lelaki dan perempuan dan macam macam. Atleast otak ni dapat
digunakan sedikit untuk berfikir daripada kita lalai dengar lawak bodoh DJ di siang hari. seminggu
sekali tak pe, ni setiap hari lawak entah apa apa, ketawa sampai nak pecah radio. Sangat
tidak sopan. Radio mana biarlah ia rahsia.

Pagi tadi tajuk best! "Should bos shows some sensitivity??"
Sensitivity pada siapa? tak kisah pada siapa pun samada pada pekerja, pada peminta sedekah,
ataupun pada aunty/uncle cleaner. Tapi dalam topik ini lebih kepada employee. Sebab employee
orang yang terdekat dengan bos.

Setuju ke bos wajar menunjukkan sedikit sensitivity ni? kalau soalan ini ditujukan pada bos berkemungkinan segelintir majikan akan menjawab wajar, dan selebihnya mengatakan tidak. Comfirm kalau ditanya pada pekerja, jawapannya adalah WAJIB.

Sensitif macam mana. ok DJ tu bagi contoh which really had happen to a friend of her.
her friend planned to celebrate with all her family members in conjunction with her mum birthday
party turned to 60. So she decide to get the permission from her boss to go back one hour early
just to avoid traffic jam. Only one hour early. She so confident that her boss might allow her to do
so as she doesn't often do it before. And she was really shocked upon received feedback from the boss. The boss strictly said "NO. Go and finish what you should need to finish, and wait for the time".

Tergamam dia mendengar jawapan dari bos dia, dan merasakan bos dia langsung tidak
mempunyai belas kasihan. Padahal hanya sejam lebih awal dari waktu biasa dan ia merupakan hari yang cukup bermakna untuk seorang ibu yang sudah berusia. Kite yakin pada ketika itu, segala jenis
urusan kerja telah habis dia laksanakan.

Banyak juga pengalaman pengalaman yang dikongsikan oleh callers dan kebanyakkannya
memberitahu bos mereka tidak menunjukkan sikap belas kasihan terhadap pekerja. Ada satu tu
dia sendiri sakit dan perlukan cuti selama seminggu untuk sembuh. Bila sedang berehat
di rumah, boleh bos dia ni call dan tanya bila pekerja ini boleh datang bekerja semula dan minta
dia tunjukkan mc bila sudah masuk pejabat nanti. Hello~ u call dia semata mata nak cakap tu ke?
sepatutnya u call tanyala samada dia makin sembuh atau tidak. Dari elok elok dia nak sembuh, bertambah sakit dibuatnya makan hati dengan sikap bos seperti u.

Dalam ribuan bos, terselit juga seorang bos yang bersikap berhati mulia and down to earth. Bila
dia mendengar masalah seorang pekerjanya yang memerlukan cuti beberapa hari semata mata
untuk menjaga ibunya yang sakit tua, bos ini dengan belas kasihan membenarkan. Dia menzahirkan
rasa kasihan dan faham peranan seorang anak kerana dia juga mempunyai ibu dan juga mempunyai
anak yang mana anaknya nanti akan menghadapi perkara yang sama untuk menjaga dia. Seorang
bos yang sangat memahami.

 Personally, Alhamdulillah i still don't have that kind of situation so far, facing a sengal boss like that.
Coming onwards, i'm not sure. Pesanan saya kepada bos bos dan bakal bos diluar sana, usahla
berlagak sombong, Jangan terlalu  mendongak ke atas sebab kehipunan kehidupan kita ini tidak jauh
seperti sebuah sebiji tayar. Sematkan dalam hati belas kasihan akan pekerja pekerja anda kerana kami bukan mesin buat anda yang boleh di arah sesuka hati dan di herdik di depan khalayak.



-x0xo-

Thursday, 8 November 2012

Forum Bayi-Ibu



ehem.ehem!
Indian officemate kite yang baru berkahwin bulan lepas bagi entry
Indian Friend's Wedding Of Mine  sudah mengandung. Masuk 6 minggu kandungannya.
Tahniah, Thana. Walaupun anda muda dari saya tapi anda sudah menjadi isteri dan kemudian
akan menjadi ibu tidak lama lagi.

Memandangkan kerja dekat office ni tak berapa banyak, so tangan terasa gatal nak search
about kehamilan. saje nak gain about pregnancy knowledge and at the same time refreshing
things i had learn before. dulu dekat Matrik betul betul hafal tentang peringkat pembahagian
dari egg ke zigot ke morula ke blastosis dan seterusnya.

so this is the web that i finally found. BAYI-IBU.COM
Pelbagai informasi yang dapat di ambil dan di pelajari buat bakal bakal ibu.
Bagi kite, kite lebih tertarik untuk membaca setiap perkembangan Bayi dalam kandungan
bermula dari Minggu Pertama sehingga kelahiran. At the bottom, there is a column which
divided into three trimester.

And there are also a short video about every development of your infant. I am so excited
watching it, because it is amazing! Subhanallah.

 watch a short video to make u more understand. That is how women egg look and the sperm too.
















beside, it also provide u a few tips on how to get your dream baby, boy or a girl. But women, 
please be noted that beside kekuasaan Allah, the sex of your infant is mainly depent on your
husband not the wife.
Sebabnya lelaki mempunyai dua krosom iaitu kromosom X (menentukan bayi adalah perempuan) dan kromosom Y (menentukan bayi adalah lelaki). Perempuan satu satunya mempunyai 
kromosom X.Bila bergaduh, sila terangkan konsep ini kepada suami anda.

i have been through until week 5. fast me isn't it? =p















Masuk minggu ke-5, bayi dah mula membentuk termasuk pembentukan awal otak dan tulang
belakang. Malah denyutan jantung turut terbentuk dan mula berdenyut. so the baby already life!

Attention to mom to be out there, for more information or any tips related please take a 
look at this web and InsyaAllah by doing so, u can learn the progression of your baby, 
bagaimana ia terbentuk dan terhasil hanya dengan percantuman satu telur dan sperma yang
sangat kecil. sungguh menakjubkan.   



-x0xo-

Wednesday, 10 October 2012

Spa Muslimah - Hair Saloon



hari ahad lepas went to spa muslimah untuk cuci rambut
this was my first time had a hair treatment after last
time i did it about 3 years ago
and it quite surprising me because i can stand any longer having a long hair
with this Malaysia weather
i used to cut my hair whenever it reaches my shoulder.
so this gonna be my first time ever lah!

i thought to trim my hair initially, make it more layers
but mama resist and ask me letting the hair growth even more longer
until it reaches butt.ha ha ha  mama is too excited than me!

once i step into the saloon, my all imaginations about the saloon
is going to bin. rubbish.
lets have another entry about that later, ya? (i type it already but it's too long!)
but there still have all the equipments for hair cut, hair wash, hair dryer etc

after have a seat, the saloon girl started to put some liquid on my hair before she
sprays a little bit water and become bubbles.
she massage my head, pulling my hair, make a fingertips movement on my
forehead and i blackout. ha ha ha . ouh it was good, so relaxing and sleepy.

then she rinsed my hair, and blow it up.
the girl said my hair too thick and she wondering to know either i wash my hair
daily or nop. and i must say nop. ha ha ha.

after done it all, the result was superb even just wash it
here is the outcome


my hair had become a bit smoother maybe because she puts some oils
so right after this no more tudung lah cover my hair, rugi kot buat cantik cantik
then pakai tudung. lepas ni nak highlight sikit rambut, buat curl bla bla. . .

Nauzubillah engkau gileerr seha? dah cukup besar ke nak melawan perintah Allah?
tahu tak seringan ringan azab Allah di neraka adalah batu kecil yang panas
menggelegak di letakkan atas kaki. itu paling ringan, tahu?! so gambar di atas adalah daripada instagram SAHAJA.

those who concern about your aurat, searching for hair saloon in area Sungai Petani
this is highly recommended for you. SPA MUSLIMAH atas Restorant Nashmir Lagenda Height.
i been informed there are another saloon in housing area Taman Peruda but i never been there yet. will let u know upon reached.

-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...