ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Tuesday 21 January 2014

Border Lace di Jakel


Assalammualaikum. Selamat pagi.
Kemarin pergi jakel, survey border lace untuk di patch kan pada baju.
Dah banyak tempat kite survey samada offline mahupun online tapi banyak yang terpaksa di letakkan ketepi hasrat untuk membeli di atas sebab harga dan juga size.

Bab harga tu kite make a comparison between purchasing through online and offline. Harga lebih kurang sama tapi itulah extra charge on the postage. Then hal kedua is a bit ricky sebabnya kita tak dapat nak melihat how the lace and the baju are match to each other. Takut nanti dalam gambar nampak cantik then dah beli lace kurang match pula dengan baju dari segi warna dan juga size. Lace ni pula ada variety of length size. Ada yang 5 inch, 7 inch and so on.

Di jakel harga yang diberikan antara rm50-rm60 semeter. since the border lace have 2 layers automatically kita akan dapat 2 meters.

Yang kite beli ni off white border lace RM50. Prefer ni than RM60 sebabnya jahitan lace tersebut timbul dan sekali gus memberikan effect yang lebih cantik berbanding border RM60.

Lace yang telah di potong di bahagian tengah


Ha.ha lepas ni sebuk la ke mana sahaja dengan gunting di tangan. Nak potong liku liku lace ni memang menguji kesabaran yang tinggi.

Dah nak berDIY macam para para ex-B2B sangat haruslah tempuhi onak dan cabaran.


-x0xo-

Thursday 16 January 2014

Esok Thaipusam



Tak sabar nak balik tahu tak.
Iye, tahun pertama kedah dapat cuti Thaipusam tahun ini setelah di announce oleh menteri besar kedah.
Walaupun hanya sehari tapi lately ni setiap kali public holiday jatuh pada hari weekdays, perasaan itu sangat teruja seolah olah dapat cuti sekolah selama seminggu.
Begitu teruk perasaannya.

Hari ini beli stock roti untuk esok seharian sebab plan nak stay dalam rumah aja.
Nak menjahit beads sebanyak mungkin yang boleh.

Sifat kite sama dengan mama. Once dah start menjahit dah tak boleh berhenti.
Asyik nak menghadap jahitan selagi tak siap.

Ok, its near 5 pm so i better pack my belonging then chao.


-x0xo-


Wednesday 15 January 2014

Nothing can beats conventional gadget


Salam maulidur rasul 1435H. Bersama kita menyambut ulangtahun hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya.



Since salah satu baju kahwin dah siap, so sekarang dah start busy beading pula. Prefer to bead by my own because firstly cut cost. As i survey out there mostly they do charge around rm200-rm500 depends on design. So dari kite menghabiskan duit beri pada orang dan tangan pun mampu untuk menjahit even sedikit keras but it worth it when turn out. Cuma kena rajin buat research tentang design lace and manik dari baju baju orang kahwin barulah tercetus idea yang menarik.

Lace belum jumpa lagi yang menarik di hati dan jiwa maka terpaksa lagi merajinkan diri untuk dig a little bit more through offline or online shop.

Second reasons why i do beads by myself is because of satisfaction. Hasil orang dengan hasil kita tak sama lagi lagi kalau dari kaca mata kita nampak caca marba. Melainkan kita upah orang profesional untuk merialisasikan impian kita yes hasilnya so stunning. cuma u sanggup untuk berhabis habisan lah membayar hasil kerjanya. Experience dari kawan kite sendiri, pergi upah jahit beads dan hasilnya dapat membuatkan dia nangis dan terpaksa upah orang lain pula untuk tetas kesemua yang telah di jahit dan design semula manik dan lace. Seram kan dengar. hu.hu.

Itu namanya liku liku sepanjang preparation. Jangan risaulah sebab tak benda di dunia ini tak ada jalan penyelesaian melainkan mati. Jalan A tak boleh kita go to jalan B.

Ok, itu bab lace, manik dan jahit. Letak ke tepi.

Bab gadget pula. SA baru beli phone. Yelah selama ini dia hanya menggunakan handphone yang tak membolehkan dia bersosial. Hanya sekadar buat panggilan, terima panggilan, hantar/terima msg serta membuat calculation. Selebihnya tidak. Last dia beli phone adalah sekitar umur belasan tahun.

I asked him why dont u reward urself with a new phone which u can have a whatsapp, u can only touch your screen while typing and etc that the fancy phone does. So all this while kitaorang bergantung pada sms serta call sahaja.

DAN tabiat kitaorang pula kalau top up sekadar RM10 atau kurang. If dah habis tunggula next top up which is seminggu pula selagi tiada urgent or important things need us to topup. Kitaorang jenis sayang kan duit bab top up top up handphone. Kalau sekadar nak topup tanya awak buat apa itu memang tidok lah.

Bila dah seminggu tak keep in touch, tak tanya khabar memang rasa seminggu itu setahun. Lama gila.

Sekarang bila dah ada whatsapp, kite pula rasa macam tak best. sebab setiap hari ber'keep in touch'. Tak ada perasaan seperti dulu yang payahnya nak berhubung dan perasaan rindu itu menebal di dada.
Bila dah hari hari bersembang takut dah jemu, takut nanti dah kawen tak tahu nak sembang apa lagi.

Tapi yang pastinya sekarang kite akui whatsapp and other social media ini tak seseronok dulu. Dulu nak kena tunggu seminggu after credit habis baru boleh top up dan bersembang. Ternanti nanti bila la SA nak call kite ni sebab dah lama sangat tak dengar suara. Kalau lama sangat tak tertanggung rasa, kite surrender topup dan call dia. Tapi sekarang bila bila masa dah boleh sembang. =.=''

Itu belum lagi bagitahu dia yang whatsapp ni selain boleh hantar msg, kita juga boleh calling caling secara free malah boleh bervideo. Unless he finds it by himself. Takut hilang kemanisan kalau dah hari hari tengok muka hari hari duk whatsapp sebelum berkahwin. Itu anggapan kite je . . . 

Cepatlah bulan March supaya kami mampu menjaga tata susila kami.


-x0xo-


Wednesday 8 January 2014

My Two Weeks Life


Assalammualaikum.
Salam tahun baru

Last 2 weeks attend kursus perkahwinan di Hasani Sungai Petani. Dua hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Mengharapkan sepanjang perjalanan kursus tersebut mata tidak kuyu dan ceramah ceramah yang di sampaikan tidak membosankan.

tapi, apakan daya terkandas di tengah jalan.


walaubagaimanapun banyak juga ilmu yang dapat diserap dalam kursus tersebut. Baik dari segi rohani mahupun jasmani. Pergi dengan ema so tidaklah kelihatan jakun dalam ratusan orang yang menghadiri kursus tersebut.


antara ilmu yang diserap ketika kursus :-

1- normal is boring. Ha.ha apa itu? Menggunakan benda yang normal atau sering di guna pakai oleh orang lain adalah membosankan.

2- Tidak jatuh hukum haram ke atas isteri yang memberikan susu badan kepada suaminya. Tapi lebih dari 3x susuan bukankah sudah menjadi anak susuan? Ya untuk menjadi anak susuan memang 3x susuan tapi salah satu syarat yang lain adalah umur mestilah kurang dari 2 tahun. Takkan suami kita berumur 2 tahun ke bawah pula. =.='

3. Bersanding serta adat merenjis hukumnya adalah haram. Sebab ia menyerupai adat dari bangsa lain iaitu india. Terfikir juga nak ada pelamin tapi just pelamin akad nikah. Untuk bergambar bersama dengan family terdekat sahaja. Alaa.. konon konon macam photobooth la. Nak duduk untuk di kipas kipas dan di renjis renjis tak kot.

4. 3 benda di atas aja ingat yang lain dah tak ingat apa yang dipelajari. HA.HA.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Last week ari Jumaat pergi Spa muslimah iaitu Swasana Spa depan INTAN. Hajat nak potong rambut sebab rimas pula rambut dah panjang di tambah lagi asyik keguguran sahaja. Dengar orang kata kalau rambut panjang potensi untuk keguguran rambut memang tinggi. So, memutuskan untuk berambut pendek sahaja.

Owner spa Kah Zah sangat ramah orangnya sehingga rasa kite dah lama berkenalan dengan k.zah. cerita punya cerita punya cerita keluarlah kisah kite dah nak kawen bulan march ni. Memang sedang elok sebab dia pun sedang run a promosi for certain treatment. Dia pun suggest kite untuk buat hair treatment, body scrub+milk bath setiap bulan sehingga sampai majlis nanti. Nasib baik ler just dua bulan lagi until my Wedding day. Kalau dibuatnya lagi 6 bulan kopak juga la every month nak spend for the treatment. Untuk facial kite belom berani lagi nak buat sebab takut nak pakai cream diorang. Takut nanti tak serasi dengan muka jadi terbakar ke, berjerawat ke, merah merah ke. Dari tak de masalah jadi masalah- masalah juga tu nanti. Nasib baik k.zah pun bukan jenis promote dan faham customer dia.


Service k.zah ni bagus sebab dia tak segan silu sental di setiap pelosok bahagian kita. Kita pula yang naik malu. Armpit kite pun dia angkat untuk di tonyoh. Kesannya sangat baik sebab selain dapat melembutkan kulit ia juga dapat membuatkan kulit kite bersih lagi mencerahkan. Iyelah daki daki yang meleket pada kulit telah ditanggalkan dengan berjayanya. So thingking of having a facial treatment untuk mengembalikan keceriaan wajah yang dull selama ini.


-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...