ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.
Showing posts with label wedding story. Show all posts
Showing posts with label wedding story. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

Wedding Cake


Assalammualaikum.
Petang ni kite nak cerita pasal kek kahwin. Ok? Boleh?
Hi.Hi.


Kek ni kite order dari Fiza Cake House (FB). Bagi sesiapa terutama yang berada area Sungai Petani yang ingin menempah kek untuk any occasion, boleh lah merasa hasil dari kak Fiza ni. Sedap, serious tak menipu. Cakap betul ni. Tapi itulah kan tekak setiap orang lain lain, so rasa pun lain lain. Iye dok?

Masa gi jumpa kak fiza memang langsung tak ada idea nak hiasan/deco dan perasa macam mana. Yang tahu nak kek dua tingkat dan ada sedikit cup cake. Sebab apa dua tingkat? Sebab boleh dapat sorang sebiji - hashben sebiji, kite sebiji? Macam tu? Tak lah! Sebab pengantin lain pun majority dua tingkat, so kite pun nak juga dua tingkat. Hu.hu. Masa tu rasa macam nak makan semua, dengan hiasan hiasan bunga tu nak makan. Ha.Ha

Selepas sama sama berbincang dengan kak fiza, maka termeterailah perjanjian 2 biji kek dengan size 11' dan 9' beserta 16 cupcakes. Perisa pula satu red velvet dan satu lagi coklat kek. Balik dengan kepuasan hati.

Tibalah hari yang dinanti nantikan seisi keluarga bersama sama dengan sepasang kekasih yang telah 7 tahun bercinta untuk disambut serta dirai pada hari perkahwinan mereka. 

Sumpah tak terfikir pun ketika itu akan kek. Tak tahu sapa yang ambil atau hantar kek, pukul berapa kek berada di rumah. Dan yang lagi best tak sempat nak merasa kesedapan kek tersebut sehingga ke akhir majlis. Hanya sempat melakukan upacara menyuap kek ke mulut hashben untuk sesi photography tapi kite sendiri pun tak perasan, hashben sempat tak suap ke mulut kite. Ha.Ha.

Sekarang baru terasa betapa ruginya buat keputusan untuk mempunyai dua tingkat kek sedangkan pengantin sendiri tak sempat makan. Padahal, yang berkeinginan sangat adalah pengantin perempuan itu sendiri. Lebih sayang bila ada budak budak yang bermain potong potong pada kek tersebut hingga meyebabkan hancur. Sayang, bukan?

Tapi, masa buat keputusan dulu tak ada terfikir. Semua ikut kata hati, ikut nafsu.

Ini kek kahwin kawan matrik kite, Peyha. Kite rasa kek macam ni pun dah cukup ok. Just nice. Setingkat dan ada beberapa cupcake/pavlova/muffin sekelilingnya. 


Untuk bride to be di luar sana, sebenarnya banyak yang kita boleh cut cost IF and only kita tak ikut nafsu atau jejak jejak orang. Fikir wisely and deeply dan jangan menjulung julungkan slogan "Kahwin hanya sekali" dalam setiap aspek. Sayang sangat duit, sedangkan orang lain susah nak dapat duit untuk makan.

Kalau difikirkan sebenarnya, pendapat peribadi- fungsi kek tu bukan lah bertujuan si pengantin nak makan sangat kan? Tapi lebih kepada adat sesi memotong untuk bergambar.

Tahu, apa kesudahan kek kite tadi? Masuk ke dalam tong sampah lastly sebab tiada siapa nak makan kek yang hancur hancur macam tu. Sedih bukan?

Sebenarnya tak nak cerita benda yang sedih, nak review tentang di mana kek kahwin kite di buat. Itu aje. Selebihnya hanya coretan di sebalik cerita. 


-x0xo-

Saturday, 5 April 2014

Malam Berinai


Assalammualaikum.
Salam pagi Sabtu.
Hari ni hati tak ada pada nak buat kerja di office. Tak sabar nak pukul 1 nak jumpa hashben. Boleh dak nak putaq jarum jam sat? Bagi cepat. Paihtu bila dah bersama hashben nak gam jarum jam supaya tak bergerak.

Hari ni review tentang malam berinai. Hajat untuk memakai baju mama 35 tahn yang lalu pemberian abah sebagai hantaran tertunai juga akhirnya. Muat hakakkk . . . Tapi memang tak dinafikan mama waktu muda lagi slim dari kite sebab pinggang untuk bahagian kain rasa ketat bila dipakai dan baju pun just muat muat.

Condition baju 98%  masih tip top cuma sedikit kerosakan pada zip bahagian belakang baju. Zip jenis lama kurang ckit kukuhnya. Ha.Ha. Tapi kain memang best! Tak dapat nak dibandingkan dengan kain yang di jual zaman sekarang. Tebal lace kain tu memang menampakkan ke-exclusive-an padanya.

Atuk senah (Mak mama) bagitahu baju tu beliau yang beli dari Singapore (Mama dan keluarga mama memang dari Singapore). Wah Singapore. Aaron Aziz gitu. Ha.Ha. Sebagai hantaran dari abah kepada mama. Baju tu memang quite expensive katanya.





Inai yang di pakai malam tu hanya inai traditional sahaja. Tiada ukiran sebab tak tahu nak upah sapa datang ukir ke rumah. Lagipun tak bersungguh sungguh mencari sebab rasa tak nak buat ukir ukir bagai. Kite minta k.cik yang tolong pakaikan inai di tangan dan kaki. Terima kasih kakak kecik!

Macam biasa, lumrah ada anak anak sedara perempuan. Suka berinai inai ini. Macam kite kecik kecik dulu. Seronok tengok orang pakai dan kite pun sibuk nak pakai. So, masing masing dengan sabarnya menuunggu giliran untuk dipakaikan inai.



-x0xo-

Friday, 4 April 2014

My Handbouquet, Guest Book and Candy Corner Review.


Assalammualaikum.
Hari ni nak review 3 benda yang menjadi penyeri di hari majlis perkahwinan kite.
Handbouquet, Candy corner dan guest book.
Yang best nya ketiga tiga benda ni di sponsor oleh adik beradik yang budiman. Ha.Ha sponsor ke? Nak kena check semula dengan tuan badan.

We go with Handbouquet first.
Ikut kepada perancangan mahukan dua handbouquet. Satu fresh flower untuk majlis akad nikah dan satu lagi artificial flower untuk majlis rumah kite dan rumah hashben. Kite minta tolong jasa baik k.long untuk gubahkan kedua dua jenis bunga tu memandangkan tangan k.long memang ajaib.

Ini antara contoh yang kite berikan kepada k.long memudahkan k.long mendapat idea.

Bunga gubahan panjang macam ni kite prefer untuk digunakan pada majlis akad nikah. Kuantiti bunga yang diperlukan tak terlalu banyak. Very light.

 source : Selphy Photography


























Ini pula contoh gubahan bunga untuk majlis rumah saya dan rumah hashben. Gubahan bunga ini bermain dengan beberapa jenis bunga dan warna yang berbeza. Hence menaikkan seri bunga dan secara tidak langsung menyerikan penampilan pengantin. Ceywah . . .

source: theleiora

Tak lama kemudian k.long datang rumah bawa hasil handbouquet yang beliau hasilkan. Teruja dan tergamam kerana hasil sentuhan dia lebih cantik dari yang kite angan angankan.

Suka sangat dengan kombinasi yang digunakan. Memang menaikkan seri wajah betul ni. Ha.Ha.
Bila dah tengok hasil yang outstanding ni terus cancel untuk fresh flower. Sebab rasa ini dah nampak macam fresh flower and why have to membazir? Ha.Ha.

Berminat? Bagi yang tinggal area Sungai Petani direct ke instagram my florist-er @lyees_mas  untuk sebaran pertanyaan.

Second : Guest Book

Ini pula di hasilkan oleh k.cik sendiri. Simple dan sangat puas hati. K.cik cakap dalam buku tu ada banyak halaman muka surat. Dalam 40 lebih muka surat. Kite sangat la terkejut sebab kite rasa kawan kawan kite tak ramai pun akan datang. Nanti membazir banyak banyak kertas macam tu.

Every single sheet got this words. " When two heart beats as one"


The last sheet.
When two people are meant for each other,
No time is too long,
No distance is too far,
No one can tear them apart.




The front page. "The wedding of Fasihah & Saiful Adli"

Rupanya sangkaan kite salah, bila habis majlis kite selak buku tu banyak juga guest yang bagi ucapan. Sangkaan kite hanyalah sepuluh orang aje, tapi tak. Orang yang kite tak kenali pun turut memberi ucapan serta doa kepada pengantin. Terima kasih.Yang tak percaya, ramainyaaaa kawan yang hadir sampai ema cakap dah macam mini reunion. Hi.Hi. Kawan kawan matrik datang, kawan kawan ukm datang dan kawan kawan dari serata tempat yang penah kite kenal.

Berminat? Bagi yang tinggal area Sungai Petani direct ke instagram my guest book designer @jatthajar  untuk sebaran pertanyaan.

Ketiga: Candy booth

Candy booth ni di hasilkan oleh k.ila dengan dibantu sepenuhnya oleh anak sedara afreena. Section untuk candy booth ni tak besar mana pun. Gabungan candy booth dan guest book. Bersebelahan. Almaklumlah rumah tak besar mana pun so gunakan space se maksimum yang boleh.



Terima kasih la wahai adik beradik dan anak sedara sesungguhnya kalian banyak membantu. See~ tak besar mana kan space untuk candy booth dan guest book.

 Antara candy candy yang dipertaruhkan untuk di sambar. Ha.Ha.


























Gabungan antara guest book dan candy corner. Penggunaan papan rehal agak unik di situ. =)

Nak suggest orang yang lakukan candy corner ni rasa serba salah sebab beliau sedang preggy sekarang takut takmampu untuk memenuhi permintaan. =)

So, ini sahaja review untuk handbouquet, guest book serta candy corner untuk majlis perkahwinan kite. Sesungguhnya kite rindu akan suasana hari majlis. =.=''



-x0xo-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...