Assalammualaikum.
Hari ni nak review 3 benda yang menjadi penyeri di hari majlis perkahwinan kite.
Handbouquet, Candy corner dan guest book.
Yang best nya ketiga tiga benda ni di sponsor oleh adik beradik yang budiman. Ha.Ha sponsor ke? Nak kena check semula dengan tuan badan.
We go with Handbouquet first.
Ikut kepada perancangan mahukan dua handbouquet. Satu fresh flower untuk majlis akad nikah dan satu lagi artificial flower untuk majlis rumah kite dan rumah hashben. Kite minta tolong jasa baik k.long untuk gubahkan kedua dua jenis bunga tu memandangkan tangan k.long memang ajaib.
Ini antara contoh yang kite berikan kepada k.long memudahkan k.long mendapat idea.
Bunga gubahan panjang macam ni kite prefer untuk digunakan pada majlis akad nikah. Kuantiti bunga yang diperlukan tak terlalu banyak. Very light.
source : Selphy Photography |
Ini pula contoh gubahan bunga untuk majlis rumah saya dan rumah hashben. Gubahan bunga ini bermain dengan beberapa jenis bunga dan warna yang berbeza. Hence menaikkan seri bunga dan secara tidak langsung menyerikan penampilan pengantin. Ceywah . . .
source: theleiora
Tak lama kemudian k.long datang rumah bawa hasil handbouquet yang beliau hasilkan. Teruja dan tergamam kerana hasil sentuhan dia lebih cantik dari yang kite angan angankan.
Suka sangat dengan kombinasi yang digunakan. Memang menaikkan seri wajah betul ni. Ha.Ha.
Bila dah tengok hasil yang outstanding ni terus cancel untuk fresh flower. Sebab rasa ini dah nampak macam fresh flower and why have to membazir? Ha.Ha.
Berminat? Bagi yang tinggal area Sungai Petani direct ke instagram my florist-er @lyees_mas untuk sebaran pertanyaan.
Second : Guest Book
Ini pula di hasilkan oleh k.cik sendiri. Simple dan sangat puas hati. K.cik cakap dalam buku tu ada banyak halaman muka surat. Dalam 40 lebih muka surat. Kite sangat la terkejut sebab kite rasa kawan kawan kite tak ramai pun akan datang. Nanti membazir banyak banyak kertas macam tu.
When two people are meant for each other,
No time is too long,
No distance is too far,
No one can tear them apart.
Rupanya sangkaan kite salah, bila habis majlis kite selak buku tu banyak juga guest yang bagi ucapan. Sangkaan kite hanyalah sepuluh orang aje, tapi tak. Orang yang kite tak kenali pun turut memberi ucapan serta doa kepada pengantin. Terima kasih.Yang tak percaya, ramainyaaaa kawan yang hadir sampai ema cakap dah macam mini reunion. Hi.Hi. Kawan kawan matrik datang, kawan kawan ukm datang dan kawan kawan dari serata tempat yang penah kite kenal.
Berminat? Bagi yang tinggal area Sungai Petani direct ke instagram my guest book designer @jatthajar untuk sebaran pertanyaan.
Ketiga: Candy booth
Candy booth ni di hasilkan oleh k.ila dengan dibantu sepenuhnya oleh anak sedara afreena. Section untuk candy booth ni tak besar mana pun. Gabungan candy booth dan guest book. Bersebelahan. Almaklumlah rumah tak besar mana pun so gunakan space se maksimum yang boleh.
Terima kasih la wahai adik beradik dan anak sedara sesungguhnya kalian banyak membantu. See~ tak besar mana kan space untuk candy booth dan guest book.
Antara candy candy yang dipertaruhkan untuk di sambar. Ha.Ha.
Gabungan antara guest book dan candy corner. Penggunaan papan rehal agak unik di situ. =)
Nak suggest orang yang lakukan candy corner ni rasa serba salah sebab beliau sedang preggy sekarang takut takmampu untuk memenuhi permintaan. =)
So, ini sahaja review untuk handbouquet, guest book serta candy corner untuk majlis perkahwinan kite. Sesungguhnya kite rindu akan suasana hari majlis. =.=''
-x0xo-
No comments:
Post a Comment