ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday 29 August 2014

Part 1 : Trip to Sarawak


Assalamualaikum.

Seminggu away from office sebab bercuti dan lagi dua hari lagi tamat perkhidmatan dalam kerjaya sekarang. So nak rasa bermalas malasan ke nak rasa excited?

Bercerita mengenai family trip baru baru ini, kami berempat (fil,mil,adik in law dan kite) bertolak dari Sg Petani hari Khamis lepas (21.08.2014). Asalnya nak naik Myvi kite aje, tapi di fikirkan semula boot myvi tak luas nak letak barang and some more nak muatkan satu family kak sha lagi supaya bagi jadi satu sahaja kereta untuk pergi ke airport. So last decision guna unser abah. Bertolak pukul 12.30 tengah hari lebih kurang tapi sampai nya di rumah kakak pukul 9. What does it took too longggg? Ha.ha.

Inila jadinya. Kereta unser breakdown di tengah jalan. Dekat dengan slim river (if i'm not mistaken). 2 3 jam juga la habis masa di situ. Tapi tak apa, semua orang cool sebab benda nak jadi kan. Kalau tak jadi, tak de la cerita untuk di ceritakan pada saudara dan tak adalah kite boleh update dalam blog. Iye tak? cuma kesian dekat abah la, belum sempat lagi sampai Sarawak, dah habis RM 300 hanya semata tukar barang kereta.

Minta tolong orang PLUS datang tarik kereta kami

Kereta di tarik keluar dari highway bagi memudahkan kereta di baiki


Selepas semuanya selesai, perjalanan di teruskan ke sg buloh - rumah kak sha. Seperti yang kite perkatakan tadi la, sampai sana jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Alhamdulillah setelah 9 jam berada di atas jalan raya. Sampai sana, sempat juga kami berehat sementara menunggu family kak habis packing. Dah settle, kitaorang teruskan lagi perjalanan ke kajang - rumah paksu. Masa tu, kite rasa kepelikan sebab tengok diorang masih segar lagi nak teruskan travelling. Kalau kite dengan family kite, memang takat pukul 10 malam ajelah travel. Penat badan. Tapi diorang seolah olah pukul 11 malam tu masih lagi awal. Itulah bestnya bila dapat chance berjalan dengan keluarga sebelah suami, baru kita tahu cara diorang macam mana. Setidaknya berkembanglah sedikit cara hidup kita.

Agenda hendak ke rumah paksu, nak minta tolong paksu hantarkan kami semua ke aiport. Kalau tanpa pertolongan paksu, terpaksa meletakkan kereta di airport dan kemungkinan mahal pula harga parking yang akan di charge nanti.

That is the purpose we plan to use kereta unser so that everyone can fit in the car. 8 Adult and 2 kids. Boarding time kitaorang awal dalam pukul 6.30 pagi. So kalau dari Kajang ke KLIA 2 tu kena bangun seawal 4 pagi la untuk ke sana. Masa sampai rumah paksu, hashben belum tiba lagi. Sebab hashben straight away from quaters dia. Dan dia pun belum lagi renew pasport. Memang malam tu dia agak terkejar sedikit lah dengan baru balik dari office, kemudian solat apa semua terus heading ke UTC untuk renew pasport. Sampai rumah paksu around pukul 12 tengah malam. Kesian kan? Tapi my hashben still gagah, sangat relaks.



Selfie dengan kakak Awliya semasa di dalam flight

Penerbangan dari Sarawak mengambil masa selama 2 jam. Dan di sebabkan flight yang kitaorang naiki adalah AirAsia, so no foods are provided unless u pay for it. Harga tiket AirAsia dari KLIA ke Sarawak RM 220 lebih untuk two ways. Ini rate waktu promosi. So, di sarankan lah kalau kalau rasa nak melancong tu, kena la rajin rajin kan diri mencari tiket promosi. Sebab untung which is u can save the badget.

Setibanya di Airport Bintulu



























Sampai di Airport Bintulu, kami semua di jemput oleh paksu (adik kepada ayah). Paksu dan keluarga memang menetap di Sarawak atas sebab Pak Su bekerja di situ. That's why lah kami merancang untuk bercuti di Sarawak kerana mempunyai saudara di sana. Alang alang paksu masih berada di Sarawak, bolehla paksu jadi tourist guide kami, malah paksu juga bisa membawa kami masuk ke Brunei. Thanks Paksu =.=

Sesampainya kami di perkarangan taman rumah paksu, kite terkejut melihat besarnya rumah paksu. Kira tak adalah nanti bila kami semua menginap rumah paksu membuatkan rumah menjadi sempit. Tak adalah kite rasa bersalah pula sebab menambahkan beban tuan rumah. Kite kan orang luar. =.=''


Terpesona dengan kemeriahan bunga kembang pagi

Selama berada di Sarawak, isu makanan tidak langsung memberikan masalah pada kite dan ahli keluarga yang lain. Kami tidak perlu sentiasa membeli lauk lauk di kedai makan kerana mak su dan abah adalah main chef. Abah memang tidak dapat di sangkal lagi kehebatan dalam bidang memasaknya. Untung mak dan anak anak abah. Eh, kite pun untung dapat mama dan abah kite. Masing masing mempunyai kehebatan tersendiri.

Maksu hidangkan kami semua dengan lobster untuk makan tengah hari sebelum para lelaki pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. Waktu di Sarawak masih sama dengan waktu di semenanjung cumanya terbit matahari di Sarawak lebih awal 1 jam dari semenanjung. Kiranya kalau di semenanjung pukul 6 masih lagi gelap, tapi di Sarawak dah terang bederang. Waktu solat juga terdapat perubahan sedikit dan menyebabkan sedikit kekeliruan. Zohor di Sarawak sekitar pukul 12.30 tengah hari.


First time makan lobster dan dengarnya harga sekilo lobster adalah RM 8.00. Murahla! Tak tahu lah paksu beli berapa kilo, sebab terlalu banyak sangat sampai tak termakan. Harga seafood di sana memang murah dan heaven! Sapa yang penggemar makanan sea food di syorkan beli dan masak sendiri. Harga sotong pula di Sarawak RM 7- Rm 8 sekilo. Di Semenanjung kata abah dalam RM 15. Dua kali ganda kan?

Selepas selesai para lelaki menunaikan solat Jumaat, kami semua di bawa oleh keluarga paksu ke pantai yang berdekatan dengan rumah paksu. Tak ingatlah pantai tu nama apa. Kite kalau bab bab nama ni memang susah ckit nak melekat masuk ke kepala.

Kite memang tak boleh  tahan lah tengok si paling kenit tu. Memang betul betul mencairkan hati guer




Ma family

What a so lovely couple

Gambar kitaorang takde sebab angin fus fus ckit. Ha. Ha. small matter and we already fix it. =)


So ini lah aktiviti kitaorang hari pertama jejak kaki di Sarawak. Malamnya kitaorang just stay at home simpan energy secukupnya. Sebab esok pagi lagi besar aktiviti menanti kitaorang dari pagi hingga ke malam untuk travelling.

Next cerita will be update in next entry, okay?

Ouh ya, esok 30.08.2014 will be my last day working in current company. Because I resign and follow my husband to Klang. =)


-x0xo-

Wednesday 20 August 2014

My Exciting Day


Assalammualaikum dan selamat pagi

Hari ini hari terakhir menghadap komputer sebelum cuti panjang bermula. Baju semalam dah masuk fasa pertama packing, dan akan di kemas kini lagi baju baju yang betul betul perlu di bawa dan baju yang perlu di keluarkan semula dari bag. Jadi perempuan ni, memang macam ni eh? Ke kite sorang je yang mempunyai perangai yang semua benda kat rumah ni nak di bawa. Iyelah nama pun holiday, lepas tu pula 5 hari perjalanan dan di tempat tempat yang berbeza. Kalau duduk menetap di satu tempat kuranglah risau nya if bawa baju sikit sebab boleh masuk washing machine. Tapi kalau dah pergi KL sedikit, kemudian pergi Sarawak sedikit then pergi Brunei sedikit so agak susah nak mencuci ni. Takut tak sempat nak kering. So better bawa banyak banyak helai, senang. If that the case, memang kena bawa 2 luggage lah jawabnya. Hu.Hu

Kemarin sempat renew pasport di Jabatan Imigresen Sungai Petani. Kite tak tahu pula rupanya kalau kita nak melancong ke luar negara, pastikan yang kita telah renew pasport kita 6 bulan sebelum tarikh pasport tamat. Contohnyakan, tarikh tamat pasport kite Jan 2015, so start from August 2014 ke Jan 2015 tu ada dalam 6 bulan kan? So kena RENEW.

Disebabkan prasaan nak bercuti tu menggunung tinggi, maka semangat untuk bekerja hari ini pudar sedikit. Layankan cerita Rindu Awak 200%. Episode semalam (ep 21) romantik betul, tersenyum sipul aku sendirian fefeling konon konon aku la heroin nya tu manakala hashben pula hero nya. Muha.ha.

Bila tengok karakter lelaki ni, ada juga banyak persamaan dengan hashben. Dari segi kesabaran melayan isteri, dari segi mengawal kemarahan, dari segi membuat keputusan, dari segi tak sampai hati nak marah lama lama. Ouh everytime tengok cara Faez tu berlakon, teringat hashben nun jauh di sana. Tambah pula sekarang hashben bersungguh sungguh mencuci rumah yang bakal kitaorang duduk.Kite dah bagitahu, tak payah la nak cuci sangat sangat, tunggu la kite pergi sana boleh cuci sama sama. Tapi dah dia kata dia still ok, tak kan kite nak halang. Malam pula gi kedai tikar, cari tikar sebab rumah kitaorang tu just tandas dan kitchen je yang ada tile. Tangkap gambar tikar, then whatsapp tanya pendapat ok ke tak dengan tikar tu. Dia tahu yang isteri dia ni memang fussy. Tikar tak nak yang warna warna, tak nak yang berbunga or printed, just nak warna silver or whitish dan plain. Yang look a like a tile. Sebab nak bagi effect rumah nampak bersih dan luas. Tapi semalam dia kata dia aa jumpa tikar plain warna pudar purple nak ke kelabu. *will consider* Terima kasih hashben atas kesungguhan mu itu. I really appreciate it and thanks to Allah for granted me a man just like u.

Esok kita jumpa erk, baby. InsyaAllah. Hi.Hi







-x0xo-

Tuesday 19 August 2014

Inner Silang Ariana Rose


Assalammualaikum.
Seperti yang di janji, kite akan upload inner silang Ariana Rose yang kite perkatakan bagi post sebelum ini. HERE






















Ada 24 jenis warna kesemuanya dan boleh dikatakan semuanya cantik cantik belaka.

Macam kite katakan sebelum ini, material dan design inner adalah superb, usah diperagui.

So here we go through every single colour.

 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .


 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .

 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .

 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .

 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .

 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .

 Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .

Inner Silang Ariana Rose

Material : Cotton spadex (mermeri)
1) Tidak panas
2) cantik melekat di kepala
3) Tidak perlu iron
4) Terletak kemas dan tidak perlu asyik melihat cermin untuk membetulkan tudung anda.

Price : Rm 16 *exclude postage

Buy 4 will get free postage.

To purchase: screenshoot the picture and whatsapp to 019.402.3213

Please wait 24hrs for our confirmation of the product's availability. Thank you

We only welcome serious buyers .


 Sesetengah orang kalau tengok patung yang jadi model, mesti ada perasaan kurang tertarik pada product yang nak di jual kan, sebab kadang kadang kite sendiri pun ada juga perasaan seperti itu bila tengok online shop yang menggunakan model untuk memperagakan product diorang. Tapi, percayalah yang inner ni serius sedap dan cantik.Kite sendiri dah ada 3 koleksi inner ni. Hitam, purple dan royal blue. InsyaAllah sekali beli akan tidak berasa ragu ragu untuk repeat order.



 -x0xo-


Saturday 16 August 2014

My Resignation Letter


Assalammualaikum dan pepagi sekalian alam,

Minggu ni hashben tak balik, maka hormon hormon keceriaan serta keriangan kurang di rembeskan berbanding hari bila hashben balik.

Mulala nak bersendirian, mengarang puisi puisi duka dan sedih lagi pehit. Pehit kehidupan ini.
Kulari ke hutan kemudian teriakku,
Ke lari ke pantai, kemudian menyanyiku
Sepi . . . , sepi , sendiri, aku benci *sila baca puisi mengikut ton Dian Sastrowardoyo dalam filem AADP* Cukup, cukup sudah.

OK! Terima hakikat yang suami tak balik minggu ni, macam mana pun life must go on.

Tak lama mana dah pun seha nak kena tinggal berjauhan as weekend husband wife macam ni lagi. Surat resign dah hantar kan hujang bulan lepas, so tunggu je lah habis bulan ni.



Berapa hari sahaja lagi. Kalau nak counting pun dah boleh counting dah dari sekarang. Sekarang pun dah 16 haribulan so another 15 days left. Next week kan honeymoon dengan hashben, then the other week dah habis bulan dah boleh jumpa dan ikut hashben pergi klang. So this is the last week la nak spend masa di Kedah. Alah kau ni Seha, sekarang memang tergedik gedik nak follow hashbend, kang dah di sana, kau mengira ngira hari pula nak balik rumah kedah. Rindu mama abah la, rindu anak sedara lah, rindu keluargalah, home sick lah, apalah. Macam ku tak tahu kau macam mana seha. Serba tak kena kau ni. Duk sini rindu yang sana, duduk di sana rindu di sini pula. *kasi elbow baru tahu* Ha.Ha

Sebenarnya next week bukan lah honeymoon mana pun, it is family trip. Tapi as long as I am with my hashben, i called it honeymoon. Yelah kitaorang kan jarang jarang dapat bersama, so bila dapat bersama it is really a honeymoon to me. Minggu depan tu just fly fly dalam Malaysia aje, tak jauh pun merentasi luar Malaysia. Ikutkan memang teringin nak gi oversea ngan hashben as per early hashben's plan kalau di izinkan tuhan dia nak bawa kite melancong jauh ckit.

Tapi lately ni semenjak tragedi 5 buah kapal terbang terhempas+hilang rasa seram pula nak naik kapal terbang. Even yang nak pergi next week ni pun rasa takut takut. Iyeee~ kite tahu berulang ulang kali hashben bilang kalau dah ajal lari lubang mana pun mati itu tetap pasti. Tapi . . . kalau boleh janganlah mati dalam keadaan menghayat hati seperti terhempas dalam kapal terbang. Cuba kita bayangkan kita adalah salah satu mangsa kejadian, bayangkan detik detik menghadapi saat badan kita ni akan tercampak ke atas tanah. Nauzubillahuminzalik.

Itulah, bila terbayang perkara perkara macam tu, rasa tak pelah baby kita pusing pusing dalam Malaysia dulu lah. Lagipun banyak lagi tempat yang belum kita terokai. Cameron highland, Grand Lexis PD (Hu.Hu), dan lain lain lagi.

Moga moga percutian kita beramai next week ni pun sentiasa di bawah lundungan Nya. Amin Ya Rob.

Ouh ya, lepas berhenti  kerja duduk dengan hashben nanti plannak buat apa kat rumah? Hurmm sebenarnya, hati kite memang melonjak lonjak sementara waktu ni, biarlah kite sepuasnya duduk di rumah. Menjadi sebenar benarnya jawatan housewife. Sebab selama ini kite mana pernah masak apa apa untuk suami *eh ada, bubur sup ayam, waktu hashben demam* Maksudnya, kite belum ada kesempatan nak secara fully memberi khidmat sebagai isteri lagi.

Sebab tu rasa, nak gunakan peluang ini untuk menjadi fully housewife. Cerita bab kerja pula, tak ada niat pun terlintas tak mahu kerja dah. Nak juga cari kerja lain sebagai income tetap dan at the same time still nak run my own bisness. Ouh ya, dalam fikiran ni ada macam macam product nak di keluarkan. Tapi itulah masalah dari segi photographer dan model la pula. Menyesal pula biarkan adik jual camera nikon besar gedabak u.

Semoga penghijrahan kite mengikut suami adalah perkara yang terbaik di susun oleh Allah dan moga kite juga di permudahkan dalam mencari rezeki kite sendiri. Amin . . Amin.


-x0xo-
 

Friday 15 August 2014

Tudung Ariana Rose


Assalammualaikum dan hye!

Siapa dia sini peminat cerita Ariana Rose lakonan Nur Fathia? Haaa ~ mesti perasan kan tudung tudung yang ariana pakai semua cantik cantik belaka. Kite sendiri pun minat dengan tudung yang dia pakai even sedar yang muka kite ni bukanlah dilahirkan dengan bujur sireh jauh sekali runcing seperti pelakon Thailand. Tetapi wanita yang memiliki wajah bulat lagi tembam ini tetap teguh untuk suatu hari nanti akan juga memiliki tudung seperti yang Ariana Rose pakai. *naik kening*

Dipendekkan cerita terjumpalah kite dengan inner seperti yang ariana rose pakai. Ia di design sesuai untuk muka yang bulat lagi tembam ini. If muka bulat dah sesuai di pakai apa lah lagi dengan yang memiliki wajah bujur sireh. Lagi nau nau sesuainya. Hi.Hi.

Tercapai juga cita cita untuk memakai tudung seperti Ariana Rose. Muka Jahat *tapi nape pula hashben yang muka jahat?*

Suka sangat dengan material inner ni which is it is made of cotton spandex. Ouh inner ini cover sekali dengan leher so usah risau, 1001 gaya boleh dipergayakan kalau memakai inner jenis cover neck ni. Yang kite paling suka dengan inner ni selain daripada material, design inner ini dapat memberi kesan kepada wajah si pemakai. Inner ni akan membuatkan wajah si pemakai kelihatan bujur bila memakainya. Sebabnya inner ni boleh tutup rahang pipi kite.

Macam mana erk nak terang sebab ada tau sesetengah inner yang mana design inner tu tak dapat nak cover rahang pipi terus membuatkan wajah pemakai nampak bulat. Faham tak ape yang nak kite sampaikan. Bagi yang berwajah bulat mungkin faham ape yang kite cuba sampaikan sebab mungkin kita mengalami krisis yang sama. *high 5*

Disebabkan terlalu terlalu suka, kite pun nak share dengan orang luar semua tentang inner ni. Benda baik haruslah di kongsikan bersama. Insyaallah dalam sedikit masa nanti kite akan jual inner seperti Ariana Rose tu pakai dengan didatangi sebanyak 24 jenis warna. Harga? Still cheapest in town! *suke-suke* so stay tuned tau, tau.


-x0xo-


Thursday 14 August 2014

Menu Esp Shaklee


Assalammualaikum

Sebenarnya dah lama teringin nak beli ESP shaklee dan Vitamin C dari shaklee ni. Tapi di sebabkan mahal, maka terkubur sekejap niat untuk membeli. Sebenarnya bukan tiada peruntukan duit untuk Shaklee ni, tapi macam biasalah perangai kedekut atau sayangkan duit tu lebih kuat dari untuk lihat badan sihat dan cergas dengan kuasa Allah.

Tapi 2 minggu lepas, paksa juga diri untuk keluarkan sedikit duit belanja membeli supliment dari shaklee. Terasa usia semakin tua ni, badan seperti perlukan suppliment bagi membantu kekuatan diri. Sekarang mudah betul jatuh sakit berbanding zaman belajar dulu. Ingat lagi dalam setahun belum tentu sakit demam nak datang. Tapi sekarang boleh kata maksimum 5 kali dalam setahun. Tu baru demam belum lagi sakit sakit badan. Keserian muka pun makin pudar. Dah tak ceria umpama shine bright like a diamond. Ha.Ha.

Setelah melakukan sedikit study ke atas product product shaklee, maka kite decide untuk ambil ESP dan vit C. Esp untuk memberi tenaga kepada badan serta mempertingkatkan imune manakala vit C pula untuk kulit.



Haaa . . . sekali sampai kat rumah baru terkejut punyalah besar bekas ESP shaklee dan Vit C shaklee pula ada 180 biji. Boleh tahan 6 bulan tu. So berapalah sangat harga vit C shaklee ni kalau di bandingkan dengan berapa bulan ia bertahan. Memang untung dan berbaloi beli Vit C shaklee.
 





















































Vit C shaklee memang tidak menjadi masalah unuk telan, sebab ia dalam bentuk kapsul. Yang sedikit bermasalah untuk telan adalah esp Shaklee. Sebab it is soy based. Sekali dua kali minum bolehla tahan loya tu, tapi kalau dah tiap tiap hari kena minum mahunya berhenti terus selepas seminggu. Hi.Hi. So alternatifnya, campurkan apa apa flavour yang kita suka bagi mengurangkan loya soya tersebut. Kite penah try awal awal peminuman dengan mencampurkan dua sudu oren sunquick dengan satu sudu besar ESP shaklee ke dalam shaker. Kemudian shake. Sedap !

Tapi baru baru ni kite pernah bancuh esp shaklee + dutch lady strawberry. Memang terbaik setakat ini. Kurang banyak lah rasa loya esp shaklee tu. Sebenarnya banyak lagi flavour yang kita boleh mix dengan esp shaklee ni even nak buat smoothie pun boleh.



Harap dengan izin Allah, akan memberi sedikit kebaikan dan perubahan positif dalam metabolism badan kite hendaknya.

Ouh ya, sebelum kite tutup post kite ni jangan ada pula yang email awatu whatsapp kite bertanyakan yang lebih detail tentang product shaklee ni. Sebab kite bukan distributor dan tiada kaitan dengan penjualan product shaklee. Kite hanya insan biasa yang menggunakan product shaklee ni. Kalau setakat whatsapp tanya perubahan yang kite alami setelah meminum/mengambil vit c dan esp, bolehla kite share share mana yang patut.



-x0xo-


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalammualaikum.

Masih belum terlambat kan kite nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga dalam kita bergembira menyambut raya, hendaklah kita sentiasa bersederhana. Bukan  apa, mengenangkan nasib orang yang susah. Setiap orang nasib lain lain kan. Tambah lagi terkenang kan saudara saudara kita di Palestin terutamanya. Kita di Malaysia malam raya je di banjiri dengan dentuman mercun tapi di sana di banjiri dengan butir butir peluru. Kalau setakat mercun kecik kecik tak apalah kalau nak main tapi ini sampai berdentum gegar bumbung bumbung rumah.

Tahun ni, ada kelainan sedikit dalam menyambut Aidilfitri berbanding 25 tahun yang lepas. Al maklumlah tahun pertama beraya bersama hashben dan family in law. Serius kite cakap kite cuak. Sebulan sebelum raya tiba lagi kite dah fikir macam mana ye kite nak handle keadaan beraya nanti. Sebabnya, family in law ni ramai sangat sedara berbanding dengan kite. Kite ni mak ayah masing masing ada 3 orang adik beradik aje. Pak Long, Pak Ngah dan Paksu. Itu aje panggilan yang ada. Tapi sebelah in law mak abah ada 6 orang adik beradik, so panggilan pun pelbagai. Kadang kadang confius, dan muka pun lebih kurang.

Raya ni, rasa terlebih la sayu tu, sebab sebelum ni kalau sayu bersalaman pun setakat sayu dengan mama abah dan adik beradik. Kali ni extra sayu dengan suami. Iyolah den kan banyak sangat merajuk dengan suami.

Mungkin tidak menjadi masalah bagi suami isteri yang mempunyai kampung halaman yang berdekatan. Yang tak sampai setengah jam dah sampai kampung halaman masing masing. So tak adalah isu balik rumah sapa dahulu. Macam tahun ni, rumah mama abah raya pertama abang dan bencik balik rumah mertua. Dan wajib yang ada adik sebab dia belum kawen. Ngah, dia punya perancangan masih lagi samar samar samada balik rumah mama abah atau balik in law dia sebab dia suka buat surprise. Rancang dengan hashben raya pertama di kampung hashben, tetapi di sebabkan kakitangan di rumah mama abah tak ramai untuk prepare juadah raya, maka kite decide malam raya tu kite balik sekejap tolong mama. Habis lengkap semua, balik semula ke bakar kapor. Tapi hashben cakap, tak pelah kita beraya ajelah rumah mama abah dulu. Petang sikit kita balik rumah bakar kapor.


Disebabkan tahun ini, tak ramai family members yang berkumpul bersama, makanya tak banyak sangat gambar yang dapat di tangkap. Tangkap gambar sendiri sendiri sahaja.


Ini pula gambar ketika dalam perjalanan balik ke Bakar Kapor. Nak juga tangkap gambar berdua sebab tahu nanti di kampung hashben, hashben malu ckit nak bergambar berdua duaan. Malu orang tengok. Hu.Hu

Bersyukur saya dapat awak sebagai suami.



































Gambar pertama kali bergambar bersama seluruh ahli keluarga belah suami.


























Keluarga di sebelah hashben saling tak tumpah sama dengan keluarga kite. Dari segi bilangan adik beradik sama, jantina 4 lelaki 1 perempuan pun sama, bilangan anak sedara pun sama malah umur antara adik beradik hashben dengan adik beradik kite pun ada yang sama. Senang kata serasi bersamalah dengan hashben ni.

Selepas sesi bergambar, ini amalan yang first time kite buat selepas berkahwin. Amalan menziarahi dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sebab tak biasa kan ziarah ziarah ni so terasa sedikit malu tak tahu nak bawa diri macam mana.

Ini baru kat kawasan jiran, belum masuk lagi menziarahi sanak saudara diorang. Ha.Ha gua memang kecut perut der. Tapi ape ape pun kite dah bagi sebaik mungkin cara kite melayan saudara. Kalau ada yang terkurang maaflah sebab kite ni bukan jenis keluarga besar, memang tak reti nak bergaul dengan orang ramai.

Itu sahajalah mengenai cerita raya pertama kite. Kesimpulannya, kite bersyukur Allah masih lagi panjangkan usia kite untuk memberi peluang kite merasai suasana beraya bersama suami dana keluarganya. Merasai kali pertama menyediakan baju raya suami, butang songkok serta iron baju suami dan paling syahdu dapat bersalam salaman memohon maaf dengan suami. Alhamdulillah.

Harap tahun dengan ada pengalaman yang lebih manis pula, mungkin beraya bertiga. Hi.Hi. Kalau ada rezeki.



-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...