ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 10 April 2014

Wedding Cake


Assalammualaikum.
Petang ni kite nak cerita pasal kek kahwin. Ok? Boleh?
Hi.Hi.


Kek ni kite order dari Fiza Cake House (FB). Bagi sesiapa terutama yang berada area Sungai Petani yang ingin menempah kek untuk any occasion, boleh lah merasa hasil dari kak Fiza ni. Sedap, serious tak menipu. Cakap betul ni. Tapi itulah kan tekak setiap orang lain lain, so rasa pun lain lain. Iye dok?

Masa gi jumpa kak fiza memang langsung tak ada idea nak hiasan/deco dan perasa macam mana. Yang tahu nak kek dua tingkat dan ada sedikit cup cake. Sebab apa dua tingkat? Sebab boleh dapat sorang sebiji - hashben sebiji, kite sebiji? Macam tu? Tak lah! Sebab pengantin lain pun majority dua tingkat, so kite pun nak juga dua tingkat. Hu.hu. Masa tu rasa macam nak makan semua, dengan hiasan hiasan bunga tu nak makan. Ha.Ha

Selepas sama sama berbincang dengan kak fiza, maka termeterailah perjanjian 2 biji kek dengan size 11' dan 9' beserta 16 cupcakes. Perisa pula satu red velvet dan satu lagi coklat kek. Balik dengan kepuasan hati.

Tibalah hari yang dinanti nantikan seisi keluarga bersama sama dengan sepasang kekasih yang telah 7 tahun bercinta untuk disambut serta dirai pada hari perkahwinan mereka. 

Sumpah tak terfikir pun ketika itu akan kek. Tak tahu sapa yang ambil atau hantar kek, pukul berapa kek berada di rumah. Dan yang lagi best tak sempat nak merasa kesedapan kek tersebut sehingga ke akhir majlis. Hanya sempat melakukan upacara menyuap kek ke mulut hashben untuk sesi photography tapi kite sendiri pun tak perasan, hashben sempat tak suap ke mulut kite. Ha.Ha.

Sekarang baru terasa betapa ruginya buat keputusan untuk mempunyai dua tingkat kek sedangkan pengantin sendiri tak sempat makan. Padahal, yang berkeinginan sangat adalah pengantin perempuan itu sendiri. Lebih sayang bila ada budak budak yang bermain potong potong pada kek tersebut hingga meyebabkan hancur. Sayang, bukan?

Tapi, masa buat keputusan dulu tak ada terfikir. Semua ikut kata hati, ikut nafsu.

Ini kek kahwin kawan matrik kite, Peyha. Kite rasa kek macam ni pun dah cukup ok. Just nice. Setingkat dan ada beberapa cupcake/pavlova/muffin sekelilingnya. 


Untuk bride to be di luar sana, sebenarnya banyak yang kita boleh cut cost IF and only kita tak ikut nafsu atau jejak jejak orang. Fikir wisely and deeply dan jangan menjulung julungkan slogan "Kahwin hanya sekali" dalam setiap aspek. Sayang sangat duit, sedangkan orang lain susah nak dapat duit untuk makan.

Kalau difikirkan sebenarnya, pendapat peribadi- fungsi kek tu bukan lah bertujuan si pengantin nak makan sangat kan? Tapi lebih kepada adat sesi memotong untuk bergambar.

Tahu, apa kesudahan kek kite tadi? Masuk ke dalam tong sampah lastly sebab tiada siapa nak makan kek yang hancur hancur macam tu. Sedih bukan?

Sebenarnya tak nak cerita benda yang sedih, nak review tentang di mana kek kahwin kite di buat. Itu aje. Selebihnya hanya coretan di sebalik cerita. 


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...