ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 30 May 2013

Perkahwinan Dan Solat tidak boleh Dipisahkan


Jom main tawen tawen nak?































tapi sebelum tawen, kita tunang dulu. mana boleh main lompat lompat terus tawen.
































fuiyoo~ awak, awak. nape awak dapat banyak sangat cincin? untung la awak dapat dua cincin sekaligus. cincin merisik dan cincin tunang. nanti kitew tunang titew nak lima cincin terus. cukup jari sebelah tangan. =.=''

tiga hari berturut turut selesai sudah majlis untuk dua orang ahli myteam.
sorang bertunang dan sorang lagi menikah dan walimah.
bagi yang dah lepas tu jangan pula dilupakan untuk yang belum lepas apa apa lagi ni.
Doa doakan lah untuk kami dua orang yang masih single mingle pringle. tak gitu? =.='

sebenarnya malas nak bercerita panjang lebar mengenail majlis ni. Bukan apa. Dah terlalu
common sangat cerita kawen ni. Yelah macam biasa proses perkahwinan dimulakan dengan merisik, kemudian bertunang, akad nikah dan akhir sekali majlis kenduri. Itu dah biasa dah. So nak cite apa lagi ye dop? Cerita benda yang sama sometime agak membosankan. Tak kan sepuluh orang myteam sepuluh orang kite nak bercerita? Hwaaa~ memey suhaiza la. eh, memey penat la!

Masa dalam perjalanan menghantar ana balik ke rumah, subjek yang best untuk dihighlight di sini adalah WAKTU SOLAT.

Ana cakap macam mana ye nanti bila kenduri kawen kita nak bersolat? Yelah makeup selalunya sebelum waktu azan zohor lagi. Faham faham lah perempuan kalau bukan hari big day pun dah make up santek santek apa lagi di hari penuh bermakna mereka. Make up berinici 40! Dengan baju berjela jela bagai. Sayang la dah make up mahal kemudian basuh muka untuk bersolat. Sedangkan majlis belum bermula lagi. Sebenarnya kan ana, perkara ni dah terlintas lama dah dalam fikiran kite cuma belum sempat berfikir. Almaklumlah belum ada perancangan untuk berkahwin.

Tapi tak kan sebab nak kahwin, kita terpaksa tinggal solat. Kita kan nak dapat keberkatan dariNya. Dua hari pula tu. Hari akad nikah dan hari walimah. Ouh, kisah ini tidak berkait atau bersangkut paut langsung dengan sesiapa ye. Ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri.

Semua sedia maklum, majlis kenduri bermula dari seawal pukul 12 tengah hari. So, pengantin perempuan dinasihat oleh mak andam untuk datang seawal pukul 10 atau 11 pagi bagi mengelak traffic di kalangan pengantin yang turut berkahwin pada hari yang sama. Secara kasar make up mengambil masa satu jam setengah. Dalam pukul 12 tengah hari pengantin perempuan siap bersolek dan dipakaikan baju pengantin.

Dah habis bersolek, akan cepat cepat bergegas ke rumah dalam persediaan untuk menantikan 'adam' mereka. Dah sampai bersalaman pula. Cium pipi kiri cium pipi kanan. Eh, tak de tak de.hi.hi.
Kemudian, terus ke tempat pelamin untu sesi merenjis renjis. Ini kalau ada pelamin, kalau tak da lain cerita. Lepas merenjis, makan beradap, lepas makan beradap jumpa tetamu yang datang. salam sana salam sini. Waktu dah masuk pukul tiga lebih. Kemudian sesi potong kek 80 tingkat pula. Lagi ambil masa. Kalau satu tingkat 5 minit potong, 80 tingkat? Dah 400 minit. Ok merapu.

Lepas tu sesi photoshoot outdoor pula. So, bila nak gi solatnya?? MasyaAllah. Berdosanya. Takut takut solat Asar pun kita tertinggal sebab leka dengan aktiviti yang perlu dilakukan. Please do not bear in mind kahwin hanya sekali. Jangan sesekali menggunakan alasan tersebut. Tampar kang. ha.ha.

So, the best way is what? Antara yang terlintas dalam fikiran kita hanya ada 3 langkah yang kita boleh laksanakan supaya semua perkara boleh dilakukan dan pada masa yang sama solat tidak ditinggalkan. Jap! kenapa ye, dalam banyak banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang majlis bersanding contoh seperti merenjis, makan beradab, potong kek dll tidak diselitkan juga solat suami isteri? i mean slot bersolat bersama. Kenapa ya, tidak dari dulu lagi masyarakat melayu iaitu islam menerapkan slot ini dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.Mungkin ada, tapi tidak ramai yang melakukan.

So, apa empat langkah yang engkau rasa hebat sangat tu seha? tak de lah hebat pun. sekadar idea, kalau rasa tidak tidak bernas, just abaikan.

First, merancang supaya hari kenduri nanti adalah hari kita datang period. Ada orang datang period punctual. Kalau lari pun sehari dua aje. Bagi yang hebat pilih tarikh, anda terselamat dari tidak bersolat dan tidak perlu gusar hati sekiranya tidak menunaikan solat. Tapi macam kite, period tak menentu. Sekejap awal dari tarikhnya sekejap delay seminggu. ho.ho. nasibla~

Second, ambil awal awal wudhuk kiranya sebelum makeup tu dah ada air wudhuk. Sampai aje rumah if dah masuk azan, sempurnakan terus solat. Kalau belum masuk, u have to always berjaga jaga supaya air wudhuk tidak terbatal. So agak lama juga la nak kena tahan tu. Dalam dua jam nak bertahan. tahan ape?? tahan kentutla. ha.ha.ha. sengal.Ouh, ya nanti sesi sambut suami, jangan pergi salam pula, terbatal nanti.

Third,tak perlu ke bridal untuk make up tebal. Just a light make up. Basic. Macam perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Hajar Husna (hajar husna ni kawan k.cik la) Husna. Rasanya Ustaz Don ada cakap isteri dia tidak makeup tebal sangat pun (ke tak make up langsung ntah). Tak de la nak rasa sayang bila muka dibasuh untuk mengambil wudhuk.

Lagi satu, jangan risau kalau muka nampak tak cantik bila sesi photoshoot. Sebab ini memang peranan penting photographer bagi memastikan gambar kelihatan cantik. Kita dah bayar mahal  mahal kan? So, mereka sepatutnya edit gambar pengantin bagi cantik biarpun tiada make up di muka. Ala, kita yang bukan photographer pun bila edit gambar fuh bukan main cantik lagi. Muka biasa pun boleh jadi muka model. tak gitu?

Kesimpulan, hidup kita di dunia ni nak mencari keredhaanNya untuk setiap perkara yang kita lakukan bukan? Allah dah menetapkan solat itu WAJIB dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebab tu kita ada pelbagai kaedah solat bila sesuatu perkara berlaku pada kita. Contoh kalau kita sakit kaki, kita dibenarkan untuk solat duduk. Kalau kita sakit tak dapat bangun, kita dibenarkan untuk solat berbaring. Ini menunjukkan solat itu penting dan wajib dilakukan.


























Menurut kata  Mr. google, mereka sedang melakukan solat sunat. Tengok, kalau solat sunat pun dilakukan bersama apa lagi solat wajib,kan?


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...