ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Sunday, 16 December 2012

Cinta Kanak kanak Cinta Remaja Cinta Dewasa



Hello, Selamat malam diary . . .
Kali ni tajuk lebih kepada hati, iaitu mengenai C.I.N.T.A
Rasanya tak perlu kot nak terangkan cinta itu apa, semua orang dah tahu.
Sedangkan budak kecik pun dah tahu apa itu cinta. sangat advance =.='
Cinta ni bagi kite ia datang dan pergi. Bergantung bagaimana cara seseorang itu mempertahankan
cintanya agar ia terus kekal bertahan selamanya.

Bila diimbas semula masa lampau, bagi kite sendiri, perasaan suka terhadap seseorang wujud waktu
di sekolah rendah lagi. Tapi ia lebih diklasifikasikan sebagai suka sahaja, bukan ke arah cinta.
Kite rasa masa tu kalau jumpa je lelaki yang comel atau handsome sikit mula la cair. Kalau ada yang
terlebih baik tu kita dah minat. Kita lebih tertarik pada luaran sahaja tanpa memandang faktor dalaman. Padahal taste kita masa tu bila dikenang semula tak adalah comel mane pun. Comot adala dengan baju
dan kasut kotor sana sini. Hingus pun alahai masih ada lagi. Tapi time tu kita tak realize semua tu sebab kita sendiri pun comot macam tu juga, cumanya kita rasa kita dah paling cantik dan kemas.

Kemudian, bila umur beralih ke usia remaja, perasaan sama macam zaman kanak kanak juga.
Cumanya kali ini kita tend to tertarik dengan lelaki selain dari handsome dan comel tetapi budak lelaki
ini mesti mempunyai pengaruh yang besar dalam sekolah. Kira lelaki ni lebih shining dari budak budak lelaki yang lain la. Contohnya lelaki yang kita minat tu, dia antara pemain dalam mana mana sukan,
ataupun lelaki ini pengawas sekolah, kalau tak juga lelaki ini konon konon otai sekolah la.

Itu Cinta alaf kanak kanak. Bila usia dah menjangkau baligh, dah matured, taste atau cita rasa
semakin hari semakin berubah. Dulu masa zaman remaja dan kanak kanak, mata lebih tertumpu
kepada luaran sahaja, dalaman tak pernah ambil kira. Tak pernah peduli samada lelaki ini cukup ke
solat 5 waktu, lelaki ini betul betul ikhlas ke dalam percintaan, lelaki ini serius atau tidak  dan
macam macam lagi. So, bila dah masuk universiti, pilihan yang ada bertambah luas dan kita juga sudah
mula berfikir lebih jauh iaitu ke alam perkahwinan . Kalau setakat muka aje handsome tapi perangai
tak sehandsome mana, macam mana kita hendak hidup lama dengan dia. Muka handsome is no
any longer top priority at this time. Kita tengok perangai dulu. Kalau rasa dia boleh bertanggung jawab,
ok yes we stick together. Kalau muka kacak lagi bergaya, yuppy! added bonus for you.

Bila dah grad, its the time to get a job. Bila masuk dunia bekerjaya pula, citarasa pun mula berubah.
Lebih berminat kepada lelaki yang berprofesional. Always in smart casual attire. Lebih pandang pada
lelaki lelaki yang berpakaian office dari lelaki yang berpakaian santai even lelaki yang wearing smart
casual tu bukan lah handsome mana berbanding dengan yang berpakaian santai tu. Sebab ape? Sebabnya
kita dah yakin yang lelaki tersebut sudah stabil kerana sudah mempunyai pekerjaan dan income
sendiri. Waktu zaman inilah, lelaki yang rupa yang biasa biasa aje, baru nak laku asalkan dah
punyai job yang enak.

So konklusinya, citarasa berubah seiring dengan usia. ngak gitu? Kite sendiri mendoakan agar
Allah memberikan jodoh yang baik baik untuk kite. Semoga kite dipertemukan cinta tersebut. Tapikan,
sampai sekarang, mata kite ni lebih suke lelaki yang muka kebudak-budakan tapi perangai matured. tak tahu kenapa. Cuba bayangkan muka kebudak-budakkan, perangai urmph dan berpakaian office attire.
Agama tip top pula tu. Itulah ciri ciri yang dicari. =.='


-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...