ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Monday, 28 October 2013

Kemahuan dan Kehendak


Assalammualaikum,

Pagi ni terbaca entry sorang B2B blogger berkisahkan tentang hantaran Diana Amir.
kite pun tak pasti sama ada betul atau tidak pelakon Diana Amir preference to NOT have hantaran from grom's side cukup senaskah al quran and sebentuk cincin. Refer HERE
Kalau betul that means okay lah dan dia mampu untuk menolak adat dan tradisi yang selama ini kita selalu ikuti.
Bagi kite, ini bukan pertama kali mendengar sesiapa yang enggan untuk mempunyai hantaran baik ketika pertunangan mahupun majlis perkahwinan sebabnya one of myteam sendiri ada juga melakukan perkara tersebut.

Bukan mudah untuk menolak persepsi masyarakat kita bila ia melibatkan adat dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.
Cekal hati si pengantin untuk tetap dengan pendirian mereka untuk tidak mempunyai hantaran sebabnya perlbagai bunyi akan kedengaran dari orang sekeliling.

Antaranya : "Kenapa menolak adat sedangkan adat membawa kebaikan", "Kedekut betul pengantin ini sehinggakan hantaran pun tak dibuat", "pemalas" dan lain lain lagi.

Kite sendiri pernah terdetik untuk tidak membuat hantaran selepas mendapat tahu one of myteam juga melakukannya.
Kerana kite fikir, hantaran salah satu kepada penyumbang kepada pembaziran sedangkan Islam itu sifatnya bersederhana.
Tapi seperti mana yang kite mention early, pasti ada bunyi bunyi yang menolak cadangan kite atas alasan memalukan pihak sendiri dan risau pihak lelaki beranggapan anak dara pemalas.

So, terpaksalah kite buat dan ingat kalau nak bagi pun dalam 3 bekas aje dan letak dalam paper bag (lagi sekali nak menolak adat), sekali pihak SA nak buat 5. Aiyooo 7 lah mama kata.

Bila memutuskan untuk berhantaran, dua benda harus difikirkan iaitu barang untuk diberikan dan kedua hiasan bagi dulang/bekas hantaran.
Sekarang barang bukan boleh dapat RM 10, lebih dari itu nak oii. Itu belum kira handbag, kasut, perfume dan lain lain. Kalau dah tujuh bekas dah berapa jadinya. Hiasan bekas hantaran kite pun nak cecah RM 150. Hiasan sahaja. So, total up untuk hantaran sahaja dah berapa? Sedekah pun tak sebanyak itu. =.='

InsyaAllah untuk nikah nanti kite cuba bawa berbincang dengan SA supaya hanya dua bekas hantaran sahaja sudah memadai iaitu sebentuk cincin dan senaskah Al-quran. Barang barang lain seperti handbag, kasut, perfume after kawin pun boleh beli lagi. Lepas kahwin lebih luas langkah kite dan lagi banyak choice in case kalau that time kite gi jalan jalan di Indonesia ke, Langkawi ke. Boleh dapat barang murah di sana. Contoh kite beli perfume di langkawi untuk SA, acknowledge itu sebagai hantaran.

Buat apa nak spend money yang banyak kita kumpul selama ini hanya untuk satu hari bagi memuaskan hati orang sekeliling? Kita masih banyak lagi masa dengan suami kita untuk memilih barang barang yang memuaskan hati kita. Bila ada duit, kita beli. Tak ada next month gaji pula. Ini, kita terkejar kejar beli hanya untuk 'hantaran' then kemudian tak puas hati dan dah menyesal. Kan rugi namanya.

Apa yang kite nak jelaskan sekarang, bukan tak boleh nak buat hantaran,
boleh ur welcome,
Lagi lagi orang orang berada, ur pleasant to have or not to have the hantaran
Cuma apa yang kite ingin ketengahkan adalah persepsi masyarakat tu. Tak perlu lah menghukum/mengata pada mereka yang berhasrat untuk tidak mempunyai hantaran sebabnya kite tak tahu duit orang dan kita tidak tahu perancangan mereka. Kalau mereka rasa tidak mampu mereka berhak dan anda please shyyyy keep quiet.
Kalau anda mengata sambil sponsor/bagi duit tak apa juga. Iye tak?


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...