ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Saturday, 26 October 2013

DIY : Hiasan Jar


Assalammualaikum.
Selamat pagi.

Pagi ni mak temah nak buat satu entry DIY untuk jar yang selalu sangat kebelakangan ini orang gunakan semasa kenduri kendara.
Ada sesetengah orang terasa nak deco jar mereka bagi lebih cantik dan ada yang tidak mahu deco, terpulang pada individu masing masing sebab pilihan di tangan setiap orang, kan? Ikut kemampuan sama, kalau rasa tak mampu nak hias hias bagai ignore saja masalah untuk hiasan itu.

Bagi kite sendiri, dah ada lebihan barang barang deco semasa zaman study dulu kenapa tidak menggunakannya daripada terperap di dalam almari. Setidak tidaknya kurang la sikit penyimpanan stor mak temah.

So ini hasil tangan mak temah sendiri yang tak seberapa.

 bawah lampu nampak ler cantik berkilau sikit

Ok, ini material pilihan kite menggunakan kain felt. Incase kalau tiada kain felt, boleh juga gunakan kertas doily. *google if tak tahu kertas doily tu apa*

If guna kain felt, pilihan warna haruslah bijak supaya gabungan kedua dua warna tersebut akan menaikkan seri jar kita sebab ada setengah kain felt warnanya nampak lusuh sedikit.

Here what we need for the deco : felt paper, glue (UHU), scissors and a pearl. 

Lukiskan kelopak bunga pada kain felt kemudian gunting kelopak tersebut dalam kuantiti yang diperlukan.



 a bundle of hasil guntingan


Setelah mendapatkan kelopak bunga ikut langkah seperti di bawah.


1- sediakan satu kelopak bunga
2- lipat dua kelopak bunga tersebut
3- lipat sekali lagi menjadi empat bahagian
4- buka kembali dan gam kan pada bahagian tengah, kemudian lipat semula menjadi empat bahagian.
5- ambil secebis kain felt untuk jadikan sebagai basis dan gluekan di bahagian tengah. Ambil keempat empat kelopak lalu gam kan ia di atas secebis kain felt tadi.
6- Gamkan pearl pada bahagian tengah untuk kelihatan lebih menarik *tidak letak pun tidak mengapa*

DONE!



 Hasil rupa jar kite setelah di hiaskan. Ada setengah orang bagi pendapat kata gabungan warna yang cantik dan ada setengah lagi kata kureng ok tentang gabungan warna. 
So terasa kerisauan di situ dalam membuat pilihan warna. Mungkin nanti akan dirombak semula warna warna untuk diguna pakai.


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...