ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 16 October 2013

Kasih sayang seorang MAMA dan ABAH


Assalammualaikum.
Selamat Menyambut Hari Raya Korban.
I missed my korban momment this morning. hu.hu.
Supposedly today i'm on leave according to state holiday, arghhh tidak berpuas hati.
Tahun ni, kali pertama join korban dengan mengeluarkan duit sendiri.
Selalunya join korban atas nama saja, mama abah yang bayarkan.
Sekarang abah kata semua dah besar panjang, dah ada pendapatan sendiri, so keluarkan sendiri duit.
Itu namanya pengorbanan yang sebenar, sebagaimana kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Tak terbanding besarnya pengorbanan beliaun berbanding berapa RM lah sangat yang kita keluarkan.
Kiranya satu tompok lembu tu di share secara berlima kami.

Kisah raya tak ada yang menarik mana pun berbanding raya Aidilfitri lepas.
Acey.cey. mentang mentang raya tahun lepas ada tetamu istimewa, kali ni tak.

Sehari sebelum raya, badan kurang sihat. Tak tahu nak kata berpunca dari apa.
Bangun pagi dah rasa memusing peningnya, rasa something nak keluar dari mulut- loya.
Tengah hari tu sehingga ke petang muntah dan cirit birit.
Bila flash back semula apa yang boleh direlatedkan dan kite rasa mungkin disebabkan malam sebelumnya dalam kul 11 malam tu kite siap cat pintu bilik. Then mandi bersihkan diri dan terus makan nasi lemak udang yang adik belikan.
Samada cat kayu tu sendiri iaitu bau yang kuat atau pun sisa sisa cat di tangan semasa makan atau nasi lemak tu yang dah basi. Tapi abah makan dua bungkus ok aje.

Seharian memusing kepala kite, sangat tidak seronok.
Nak bantu mama apa yang patut pun tak bermaya.
Asyik nak berbaring sahaja.

Bila dah sakit ni, baru kita tahu nikmat sihat. Masa sakit tu, semua benda jadi tak kena.
Nak makan tak lalu, nak keluar tak larat, nak berhias tak mampu, nak gembira tak tergembira.
Atlast kita akan jadi monyok dan muka pun tak ceria. Nampak sakitttt aje.
Sebab tu Prof Muhaiya pesan, jangan asyik minta kekayaan sahaja. Jangan asyik berkata "Kalau aku KAYA, aku nak beli rumah, nak bersedekah". Jangan dan Jangan.
Tetapi mintalah kesihatan dalam melakukan amal ibadat. Minta KESIHATAN supaya kita bisa untuk
berusaha menjadi kaya.
Tapi, jangan risau kalau sakit, sebab sakit itu sendiri penghapus dosa dosa kecil.

Bila dah jatuh sakit ni baru terasa kasih sayang seorang ibu. Bukan sebelum ni tak pernah rasa,
setiap hari rasa.
Tapi nak dekat ada kehidupan sendiri ni, terasa bahangnya segala effort mama abah.

Mama tak henti henti datang ke bilik pegang dahi, pegang leher. Takut anak perempuan dia sorang ni
dah tak ada gamaknya. Hi.Hi.
Macam mana perasaan mama agaknya ye kalau kite dah tak ada di dunia ni? Kesian mama,kan.
ok-sayu.
Sebak rasanya bila tengok mama ulang alik datang periksa kite. Bawakan air garam, bawakan air kosong, basahkan rambut guna lidah buaya, bawakan milo kosong.
Kesian tengok setiap langkah perjalanan mama. Mama luaran nampak muda, tapi sebenarnya dah 59 usia mama. Dah tak larat.
Kadang kadang rasa tak percaya mama dah tak sekuat dulu. Nak bangun pun tak kuat, nak memasak pun penat.
SEDIH.

Malam pula dia datang bilik untuk tidur sekali dengan kite. Bawa blanket dengan iphone dia.
*Mama sekarag dah ada group whatsapp Uitm dia, jangan memain . . . *
Dah tiga hari berturut turut tidur dengan kite.
Aiyooo lagi sebak tahu. Sepanjang malam tu, sekejap kejap tangan dia di leher. Check ok ke tidak.
Mungkin kes keracunan makanan meragut nyawa semasa kenduri kahwin yang masuk dalam berita, membuatkan dia terlebih risau.
Dah tiga malam dia tidur dengan kite dan setiap saat tu juga dia risau tak keruan.

Agaknya dah kawin nanti boleh ke suami kite se-care macam mama ye?
Setiap saat fikirkan kite?
Melayan orang yang sakit. Sehari bolehla tahan, masuk seminggu, sebulan macam mana nanti erk?

Itulah kasih sayang seorang IBU, tak ternilai harganya berbanding dengan kasih sayang manusia lain.
Dengan kesabaran mereka melayan kita.
Tak terbayang kalau mama abah dah tiada di bumi ni. Bagaimana perasaan masa tu, apa akan terjadi
ketika itu, dan apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Start from now kenala kurangkan merajuk dengan mama abah ye. Diorang tu jarang merajuk dengan
perangai kita yang macam nauzubillah ni. Kena jaga hati mereka sebagaimana mereka menjaga hati kita sentiasa.
Dengar tu?

So, cepat cepatla sembuh supaya muka anda kelihatan ceria dan segar bugar untuk bulan depan. OK?


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...