Assalammualaikum
Salam petang
Hari ini nak bercerita tentang washi tape.
Apa itu washi tape?
Kite pun baru tahu semalam tentang perkataan washi tape ni.
Yang kite tahu masking tape sahaja.
Nak di mulakan cerita, almaklumlah quaters rumah kite pun dah berkurun lama so banyak barang yang dah season pun termasuk setiap suiz di seluruh rumah. Selain daripada kesan tangan orang orang yang duduk sebelum ini, suiz itu juga telah kuning kekuningan.
Almaklumlah tangan kite ni kan alergic benda benda geli macam ni, nak tekan pun hujung2 kuku aje (GEDIK). Banyak juga benda yang kite geli nak pegang dan suami pun tolong untuk tukar yang baru. Contoh seperti paip air sinki, tombol pintu dan lain lain. So yang suiz ini pula memang hashben berhajat nak tukar tapi itu lah nak nak nak sampai tak sempat nak buat. Fikir banyak kali sayang pula duit nak tukar kesemua suiz sebab satu aje dah RM5, kalau 10 tak ke RM50?
Kalau rumah sendiri tak hapeeee la jugek~
Dalam keadaan macam ni terbitlah idea yang bernas untuk menggunakan masking tape. Sekarang kan masking tape yang cantik cantik terdapat di pasaran. So kite beli dua masking tape dan lekat pada setiap suiz.
Tapi sebelum tu, kite lap dulu suiz kite menggunakan kain dan clorok bagi hilang warna kuning tu. Kalau tak bersihkan nanti nampak tak cantik. Warna tape tu jadi kuning bila dah lekat pada suiz.
Kali pertama tampal, kurang memuaskan hati, nampak kurang kemas dan cantik. Peel off semula dan buat sekali lagi. Kali ketiga percubaan baru puas hati.
Nak buat benda ni kena menggunakan pisau belit sebab kita nak potong celah celah suiz tu. Kalau guna gunting kurang menjadi.
Setelah satu suiz terhasil, jadi 'gila' nak tape suiz lain pula. Semua suiz nak buat. Jadi cantik dan unik.
Kite ada post kat page deco di FB, ramai yang bagi postive feedback dan ada yang nak copy cat. Hi.Hi sila sila.
Rupanya masking tape famous di kalangan mat salleh dalam you tube. Diorang guna istilah washi tape. Macam macam yang diorang buat menggunakan washi tape ni. Ada yang buat cover untuk handphone, ada yang buat frame di gantung pada dinding, ada yang buat greeting card dan macam macam lagi. Seronok!
So ini pattern washi tape kite. Lepas ni nak cari warna pink pula sebab nak lekat pada suiz di dapur. Sebenarnya ada hajat nak jadikan dapur kite serba PINK! ha.ha. Angan angan aje.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment