ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 25 June 2014

My weekend getaway


Assalammualaikum
Rasa dah lama tak tengok Sungai Petani ni. Banyak benar yang dah berubahnya. Central Square pun nampaknya sedikit bersinar dari yang biasa. Ha.Ha ayat cliche bila away from Sungai Petani for a while.

Plan nak ke Kuala Lumpur dah lama, tapi hanya sekadar cakap cakap kosong. Tiada keseriusan di situ. Tapi hati berat nak ke ke sana sebelum bulan Ramadhan sebab nanti dah puasa letih nak berjalan jalan di KL.  Last minit 2 hari before nak ke sana baru submit leave form, nasib baik bos approve cuti. Kalau tak, memang meraung la jawabnya.

Kite apply cuti 2 hari. Jumaat half day, sabtu half day dan hari isnin. Kali kedua kite naik bus selepas kali pertama ketika waktu belajar di universiti dulu. Macam tak percaya kan? Tapi itulah realitinya.

Kite pergi sana dengan adik shauqi (adik kepada hashben), so rasa kuat lah sedikit semangat tu dari pergi berseorangan. Dari sini kitaorang menaiki bus persada pukul 3.30 petang. So estimated time to arrived dalam sekitar 8 lebih macam tu. Not too late lah. Sebab dah lama tak naik bus kan, mula mula nak sesuaikan diri tu susah sedikit. Dengan rasa kerusi tak selesa, bus pula berombak melompatnya. Serius ia mengundang kepeningan lalu membuatkan kite berasa seperti hendak muntah. All the way to Sungai Buloh, pening tak hilang hilang juga. Hu.hu.

Sampai sana, k.sha (kakak ipar) yang datang menjemput kitaorang. Hashben tidak dapat menjemput sebab dia banyak kerja yang perlu di siapkan di tempat kerjanya, dan itupun after kite sampai sg buloh baru dia bertolak dari klang. 

Malam itu, tiada aktiviti sangat memandangkan kitaorang pun masih letih so hanya aktiviti berehat rehat di rumah sambil menonton movie. Ouh, tak sangka kite mendapat sambutan hangat di  kalangan anak anak sedara hashben. Ha.ha mereka tersangat excited menunggu mak teh mereka untuk datang ke rumah. Masa kite di kedah lagi, dah dengar ketidaksabaran mereka menanti kedatangan mak teh ni.

Hari kedua berada di sana, kite and hashben plan mahu ke mid valley. On the way ke sana kite cancel sebab rasa kenapa harus pergi jauh sedangnya yang dekat ada. So kitaorang pun pusing heading ke OU.

Semua gambar stock zoom muka. Stress terlupa bawa monopod


Dari pukul 11 di situ, pukul 4 baru berjaya  keluar dari shopping complex. Ha.Ha. OU besar gila thats why memang awal awal tadi hashben refuse untuk ke OU sebab complex dia terlalu besar dan kitaorang banyak kali sesat. Asyik asyik jumpa kedai yang sama. Sehinggakan dah tak larat nak menapak. Barang yang beli bukan banyak mana pun. Sekadar baju Padini. Suami ambil 2 helai, kite ambil sehelai SAHAJA. Kite kan kedekut.

On the way balik, ngah call ajak pergi ke rumah cu sebab ada jamuan katanya along kawen. Pukul 4.30 kena berada di kedai. Hashben cakap memang tak sempat nak balik tukar baju, pakai apa yang ada. Then, ngah call balik dia bagi until 5.30 petang jumpa depan kedai sebab dia suruh pergi ziarah k.ngah dan anak anak sedara dulu.

Sampai rumah k.ngah, diorang memang big surprise nampak kite. Tak expect mak uda diorang nak datang. Ha.ha menjerit jerit bebudak tengok mokde.

Sebelum pulang dari rumah k.ngah kitaorang mandi, solat dan tukar baju yang baru beli tadi. Sebab kejap lagi nak pergi rumah cu kan . . .
Baju hasil kitaorang beli di Padini






































Sampai kedai ngah, kitaorang drop kereta di situ dan naik kereta bersama ngah dan k.ila. 6.30 ptg sampai di rumah cu terkejut sebab di depan rumah siap dengan kemah. Ngah kata sekadar makan makan anak beranak sahaja, dah tu bakper nak berkemah bagai. Adoiiiii . . . Lagi terkejut tengok uncle dengan berbaju melayu kain pelekat. Ah sudah kacau. Gua pakai jeans beb. Acaner . . .

Masuk rumah cu, bersalam salaman tanya iya ke Along nak bertunang? Along kata tak ah, ni kenduri arwah dan bacaan yassin serta solat berjemaah. Checked! Ngah memang suka kenakan akak! Nasib baik kemana mana kite memang bawa kain telekung. Tak de lah segan nak pinjam telekung orang. Cuma masalah di seluar lah, terkepit kepit bila berjalan.

Hari ketiga kite and hashben pergi sogo. Jalan jalan sekitarnya. Raaamainya manusia. Tak ada apa pun yang istimewa pun hari tersebut tapi memang jalan di situ tak pernah lekang dek orang. Ada sahaja manusia di merata tempat.

Sila jangan ketawa, melihat baju yanag sama di pakai di hari ketiga. Sebab rasa baju tu baru pakai sekejap je semalam.


































Disebabkan terlalu lapar, kite memilih untuk memakan nasi. Memusing mencari restorant yang menyediakan nasi di sekitar level tersebut. Seperti biasa, yang ada adalah KFC, McD, Chicken Rice shop. Rasa bosan makan benda yang sama. So Hashben kata let's try The Manhattan Fish Market.

Sedap! Both of us enjoy having our meal. Cuma makanan hashben banyak cheese, so agak muak bila makan. InsyaAllah tak akan serik, dan akan mencari restorant ini lagi selepas ini.

Hari keempat which is hari Isnin, is my last day in sungai Buloh. Sedih. Hashben pukul 7 dah keluar dari rumah untuk ke office. Sejam perjalanan menaiki motor. Salam dengan hushben, peluk then kasi good bye kiss, hushben pun pergi.

Tinggallah kite dan yang lain di dalam rumah. Tak tahu nak buat ape, k,sha suruh kite pergi tidur. Orang dah suruh tidur, lagi nak tolak? Ha.Ha. Tidur sampai pukul 9, K.Sha cakap dia nak keluar gi bank. Ada urgent urusan perlu settle. Pukul 11 katanya si Awliya balik dari sekolah, k.sha minta kite siap siapkan dia sebelum kita semua ke The store.

Pukul 6.30 Bus dari Duta ke Sungai Petani. Naik bus, dan kali ini bus sangat selesa. Bus Etika. Tempat duduk yang luas dan sedap serta perjalanan yang sangat lancar dan tidak rushing. Sampai di Sungai Petani dalam pukul 12 lebih, minta adik yang pick up dan hantar adik shauqi ke rumah mak mertua.

Jalan jalan ke Kuala Lumpur is checked! Next trip? Ha.Ha. InsyaAllah dalam bulan 8 pula


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...