Ehem,
Orang lain cerita tentang 10 malam terakhir, tak pun cerita persiapan raya . . . Kite ni pula sibuk cerita tentang nak masuk rumah.
Ohoiii . . . mana cek tak seksaited. Impian setiap pasangan yang berkahwin nak ada rumah sendiri, nak ada privacy sendiri. Tapi duduk dengan mama abah still dan selamanya menggembirakan hati. Banyak benda yang masih dalam tanggungan mereka dan tak perlu pening kepala memikirkan tanggungjawab. Lagi lagi hidup pjj lepas kahwin, macam kite cakap lah tak terasa tanggungjawab sebagai isteri. Rasa seperti jumpa kekasih pada hari minggu.
Rumah yang kitaorang bakal masuk ni bukan rumah sendiri, tapi quarters di bawah TNB. Alhamdulillah, suami entitle untuk mendapat quaters, dan sewa pun tak sampai RM200. Ok la kan? Mana nak dapat rumah semurah tu di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kite harap rumah tu nanti selesa untuk kite dan hashben kite nanti.
Kite sendiri pun belum sampai lagi ke quaters tu, takde gambaran dalam kepala ni macam mana keadaan quaters tu. Cantik ke idok ke, baru ke lama ke.
Memandangkan plan lepas raya baru nak pindah masuk - it means around the corner! and im kinda excited uollss. Sekarang ni kalau pergi supermarket, tak sah kalau tak lalu Home Furnishing department. Baru lah tahu kenapa mama ambil masa berjam kalau lalu bahagian furnishing ni. Memang sangat melekakan. Walaupun tak beli tapi suka untuk tengok hiasan hiasan dalaman rumah.
Disebabkan terpengaruh dengan kecantikan yang di hias dalam department itu, ini satu satunya benda paling pertama kite beli untuk di bawa masuk ke dalam rumah kitaorang.
tak dapat menahan diri apabila melihat kecomelan gelas tersebut |
Balik tu, whatsapp hashben beritahu beli gelas ni. Hashben cakap kenapa perlu beli lagi sedangkan hadiah kawen banyak sangat pinggan mangkuk serta gelas. Kite cakap yang ni cite rasa kite, saje lah beli.
So, itu barang pertama ye yang kite beli. Sekarang tengah aim 2 tier Dish rack pula yang jenis besi. Tengok harga murah sangat! Sebab compare dengan mama punya RM 100 lebih. Mungkin kualiti mama punya lagi umph. Lagi kukuh.
Kalau nak beli antara dua ni kite prefer size besar, boleh simpan banyak pinggan berbanding size kecik. Tapi itulah, ada dua jenis warna sahaja. Kurang berminat dengan both warna, tapi if keadaan memaksa haruslah beli satu. Kalau yang jenis dish rack ini, kite buat untuk simpan pinggan pinggan yang telah kering selepas di basuh.
Kalau untuk dish rack selepas pinggan di basuh kite prefer yang ini. Tapi once again warnanya totally out. Kalau kite beli dish rach kering warna hijau, habis takkan dish rack basah warna purple. Warna warni pula haaa rumah kite. Dah macam colour of ranggoli pula. Nehi nehi.
Both dish rack kering dan basah ni dalam satu shopping complex, keesokkannya kite gi shopping complex lain pula. Kali ini ada banyak pilihan reka bentuk serta harga yang boleh di pilih. Tapi warna da dua, hitam dan putih. Warna selamat. Sebab boleh match dengan semua benda lagi lagi kalau putih akan membutakan rumah nampak bersih dan luas. Memang aim warna putih ataupun warna besi.
Seperti yang kite perkatakan tadi, harga banyak range. Dari semurah murah RM 19.90 sehingga semahal mahal RM 90.00. Dalaman kite belum tengok lagi macam mana. Hanya sekadar tengok dari luaran kotak. Tak berani nak buka sendiri, nak minta sale girl tolong bukakan segan if tak jadi beli. Tunggu hashben atau pergi dengan mama, baru yakin sedikit beli benda alah ni.
Setakat ini, baru terfikir nak beli dua benda ni. Barang electric seperti fridge, washing machine dan furniture tunggu isyarat dari hashben dulu. Pergi beli sama sama. Ehem . . ehem . . kite dah tak sabor nak meneroka alam membeli barang barang perhiasan rumah ni. Tunggu on your mark get set go aje. Ha.Ha.
By the way, Salam 25 Ramadhan. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan akan diterima dan di berkati hendakNya.
-x0xo-
1 comment:
Post a Comment