Assalammualaikum.
Raya dah nak menjelang tiba, persiapan semua boleh di katakan 80% dah settle.
Kuih dah buat, baju raya ada yang dah tempah dan ada yang beli ready made, bilik tidur pula dah kemas dan mop last week cuma tudung je belum cari lagi. Tudung untuk warna biru dan warna purple. *Shame on me* Baju raya boleh di katakan every year warna purple.
Tapi . . .
Ada satu masalah yang membelenggu diri sehingga ke hari ini.
Masalahnya satu iaitu muka kite menjadi gelap, kusam dan tak bermaya.
Rasa dah sebulan lebih dah perkara ini berlaku semenjak kite menukar krim fair and lovely. Mungkin kulit ni yang dah berusia tidak lagi sesuai untuk memakai Fair& Lovely. Tak seperti zaman remaja dulu memang krim ini membantu sedikit sebanyak dalam proses pencerahan kulit.
Sebelum pakai Fair&Lovely, kite guna Olay Total effects (anti ageing+fairness cream). Muka okay tak ada masalah, tapi tak tahulah kenapa yang tak puas hati sangat bertukar menggunakan Fair&lovely. Ouh hati tak pernah puas dengan satu satu benda.
So sekarang nak buat apa? Bila jadi sebegini, mulalah nak buat postmortem. Selain dari faktor penggunaan krim muka, ada dua tiga juga faktor lain yang menyumbang ke arah kekusaman kulit muka ni. Ini based on apa yang kite observe dari segi cara kite berkadar langsung dengan kulit muka kite.
Pertama, kurangnya berjogging yakni mengeluarkan peluh dan berjemur di bawah matahari ketika pagi. Sinaran matahari di sebelah pagi kan mengandungi vitamin D yang baik untuk badan kita. Kite perhati kalau kite buat gardening di pagi hari ataupun membasuh kereta di pagi hari sehingga mengeluarkan peluh, muka nanti akan jadi ceria dan kulit pun jadi sihat.
Selain daripada berjogging/melakukan xtvt di sebelah pagi, pengambilan air kosong juga sangat penting. Ini serius. Kite pernah lakukan sebab masa itu kite consume shaklee. Any shaklee vitamin memang menyarankan kita untuk sentiasa mengambil air kosong dalam 1 L - 2 L. Kesan pengambilan air ini akan membuatkan kulit kite berasa lembab. So, di sini ada dua faktor iaitu di sebabkan oleh pengambilan air dan juga pengambilan vitamin keperluan badan.
Faktor yang terakhir adalah kurang meminum jus buah buahan yang di buat sendiri. Kite kalau buat jus buah, setelah di tapis air jus tersebut, kulit buah yang tidak hancur tu kite jadikan scrub muka duntuk menanggalkan sel kulit muka yang mati. Kemudian biarkan ia kering lalu di bilas.
Disebabkan puasa, perkara perkara yang kite nyatakan di atas tak dapat dilakukan. Cara lain yang boleh kite lakukan adalah melalui amalan petua menggunakan bahanbahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur.
Tadi search google bagaimana mengatasi kulit wajah yang kusam dan suram.
So, ini petuanya.
-2 sudu oat
-2 sudu madu
-2 sudu yogurt asli
Campur biar sebati dan lumurkan pada wajah sehingga kering. Kemudian bilas. Memang tidak dinafikan madu memang bagus untuk kulit muka. Kite dapat melihatnya sekiranya penggunaan di lakukan kerap kali.
Harap harap lagi berapa hari baki yang ada ini sebelum tibanya Syawal tanda ingatan ku titip rindu buatmu kasih (ha.ha Lagu Arwahyarham Syarifah Aini), kulit wajah kite akan kembali elok seperti sebelum ini.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment