ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday 27 January 2016

Pregnancy Update Week 28: Detail Scan Di Umra, Miss Jezzlyn

Assalammualaikum

Sebenarnya sudah lama buat research tentang detail scan melalui pembacaan baik dari blogger mahupun dari page kehamilan di Facebook. Detail scan ni sebaik baiknya di lakukan dari week 22 - week 24 dan ada certain klinik yang bermula dari week 24 - week 29/week 30. Mengapa ada percanggahan minggu? Kite pun tak berapa pasti reason di sebalik tu, tapi dari segi pembacaan week 22- week 24 sesuai untuk detail scan sebabnya baby masih kecil. Setiap struktur badan luaran dan dalaman dapat di lihat dengan jelas berbanding kandungan bayi week 24 keatas. Makin besar baby, makin sukar untuk di ukur.

Apa itu detailed scan?

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Detail scan ini jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperi kecacatan muka seperti mengesan sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki & sebagainya. Namun, scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
 Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?
Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
  • Anencephaly ( tiada otak )
  • Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
  • Spina bifida- masalah saraf tunjang
  • Diaphragmatic hernia
  • Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
  • Masalah buah pinggang
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.
 Segala maklumat di ambil DI SINI

Masa kite pergi untuk detail scan, kandungan kite sudah 28w2d. Mula tu, 2 3 buah klinik juga kite survey.

Antaranya Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Search Klinik Ajwa dalam FB memang nampak menarik, dari segi suasana dalam klinik, feedback daripada patient serta klinik ini juga menawarkan latest kecanggihan iaitu scan 5D dengan harga yang berpatutan. Sangat WOW. Tapi sayangnya, sebelum kite pergi, kite ada call dulu Klinik Ajwa bertanyakan tentang detail scan. Nurse
cakap detail scan boleh buat sampai akhir week 27 sahaja. Lebih dari week tersebut tidak di terima. *Nangis laju laju*

    Nampak selesa bukan? Sementara bonda scan, papanda boleh berehat rehat senang lenang sambil menonton tv melihat gambar anak kita. Tak gitu? Ha.Ha

Klinik kedua kite survey adalah klinik Dr. Najwa di Bangi. Klinik Dr Najwa ni recommended by kawan kite. Kawan kite bagitahu Doct dari klinik ni sangat friendly, puas dengar penjelasannya dan detail scan bermula dari kandungan 24w-29w. Tapi itulah, jauh pula sampai ke Bangi dan tak sampai hati nak ajak husband menjelajah sehingga ke seberang sana.

Pilihan ketiga adalah Hospital yang selalu kite buat monthly checkup iaitu Hospital Umra. Hospital Umra Ok tu memang Ok tapi macam macam bermain di kepala. Kite kalau nak buat detail scan dah aim dah sorang Doct ni iaitu Dr. Wan Elly. Kite memang senang dengan dia. Dua hari sebelum tu, kite ada call Umra untuk buat appoinment detail scan dengan Dr. Wan Elly (kite siap mention nama Doct tu). Sehari sebelum appoinment husband minta kite call Umra untuk double check sama ada appoinment kite valid atau tidak. Call punya call, nurse cakap nama kite tak ada dan kalau nak buat detail scan tak payah buat appoinment, just walk in sahaja. Macam tu pula. Sebab dah dua kali kite confirmkan dengan Umra, if nak buat detail scan kena buat appoinment dulu takut ramai orang. Kalau macam tu chances nak berjumpa dengan Dr. Wan Elly pun tipis lah rasanya. Jadi tawar hati di situ.

Bila dah tawar hati, teringat kite penah baca entry tentang seorang famous sonographer menjadi sebutan di dalam blog. Miss Jezzlyn namanya. Dia bukan doctor ya, tapi sonographer dan tiada klinik kepunyaan dia. Miss Jezzlyn ni hanya menumpang mana mana klinik atau hospital bagi menggunakan peralatan peralatan scan sahaja.

Orang kata, Miss Jezzlyn ni, comel dan kecil orangnya, sangat peramah, pandai pujuk baby kalau baby sembunyi, even tak nampak juga Miss Jezzlyn minta patient untuk berehat sekejap di luar minum air atau makan supaya baby bangun dari tidur. Kira macam Miss Jezzlyn ni berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang kita bayar. Itulah yang kite nak! Ha.Ha

Kite pun cepat cepat message untuk bertanyakan lebih detail dengan Miss Jezzlyn ni. Darimana kite dapat number tu? Nah, korang boleh search FB 3D 4D Scan Malaysia. Banyak giler soalan kite tanya dan dia pun tak putus putus menjawab semua persoalan kite tu. Tak tahulah kite yang menjawab tu Miss Jezzlyn sendiri atau PA dia. Kite tanya dia, kenapa ada percanggahan dari segi kandungan week untuk detail scan ni. Dia bagitahu selalunya yang lebih daripada usia kandungan 22w - 24w, sukar untuk kira jari kaki dan jari tangan serta anggota angota yang lain. Accurancy result pun hanyalah 60%. Tapi kalau nak buat juga, terpulang pada individu cumanya ketepatan pembacaan adalah 60%.

Kite masih juga berkeras hati nak buat detail scan dan pasrah sahajalah walau ada certain part yang tak dapat di lihat. Nak buat appoinment dengan Miss Jezzlyn ni haruslah melalui online. Senang sangat jangan risau. Nanti kite kasi link untuk buat appoinment secara online di bahagian bawah entry. Dalam laman web tu, kita boleh pilih tempat terdekat kita nak menjalani detail scan, hari apa dan jam berapa. Tapi sebelum tu, kena tahu dulu schedule miss jezzlyn di di mana dan hari apa dia bertugas bagi memudahkan kita pick venue, dan tarikh.

Lepas kite dapat tahu schedule Miss Jezzlyn, kite terus pick untuk buat detail scan di Hospital Umra, hari Ahad pukul 3.40 petang.


Sampai di Umra, terus menuju reception dan bagitahu nurse yang kita ada detail scan appoinment dengan Miss Jezzlyn. Harus mention Miss Jezzlyn, sebab nanti nurse assume detail scan dengan doct dari Umra sendiri.

Tunggu sehingga number di panggil, baru dapat jumpa dengan Miss Jezzlyn. Memang kecik dan comel orangnya. Miss Jezzlyn ni bukan orang melayu macam kita, tapi chinese. Rupanya dia ingat lagi kite yang duk selalu message dia. Dia tanya still nak buat detail scan ke? Hi.Hi. TETAP!

Dia pun godek godek perut kite. Kira setiap ukuran anggota badan baby. Kire ukuran kepala, ukuran tangan, ukuran hidung. Lihat jantung ada berlubang atau tidak, lihat peparu di masuki oleh air atau tidak, kira jari tangan dan jari kaki cukup atau tidak, mulut sumbing atau tidak dan macam macam lagi. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik dan masih boleh nampak walapun baby dah berisi. Cuma kepanjangan baby tak dapat di ukur, sebab baby dah besar.

ukuran kepala di ambil






Berat baby kite bagi kandungan 28w adalah 1.055kg dan kata Miss Jezzlyn selalunya berat baby adalah sekitar  1.2kg macam tu. Tapi jangan risau, lepas 30w, kebiasaanya selera makan makin bertambah.

Ouh ya, masa detail scan tu juga, kite ada bertanyakan tentang kedudukan baby sama ada sudah pusing ke bawah atau masih lagi breech memandangkan sebelum ni 2 kali kite scan, 2 kali doctor bagitahu kedudukan baby kite breech. Tapi hari tu, syukur baby pusing ke bawah. Tapi tak boleh juga seronok sebabnya masih terlalu awal lagi dan posibility baby dan pusing menjadi breech semula adalah tinggi. Kena banyakkan berdoa.

Haaa~ ni gambar jelas setelah Miss Jezzlyn pujuk baby. Awalnya baby tutup muka dengan tangan, pujuk pun still malu. Miss Jezzlyn tepuk tepuk sikit perut kite baru baby lepaskan tangan dari muka. Hidung papanda ni nampaknya.

Mari kite share dengan korang harga pakej yang 3D 4D Scan Malaysia tawarkan. 

3D/4D Scan : RM 120 (termasuk CD & 1 4R Colour Printout)
* Scan ini akan memeriksa perkembangan bayi iaitu "baby growth scan" di mana berat bayi, pembesaran bayidan kadar degupan jantung di kira.
* Tetapi scan ini tidak termasuk mengesan kecacatan bayi di mana struktur kecacatan jantung, kedudukan uri, tahap air ketuban dan kedudukan bayi tidak dapat di kesan.
* Jantina bayi boleh diketahui melalui scan ini.

Detail Scan Dalam 2D : RM 150 (termasuk CD & Gambar print out)
* Scan ini memeriksa kecacatan bayi seperti fizikal muka termasuk mengesan sumbing, perkembangan otak, struktur kecacatan jantung, organ organ bayi termasuk buah pinggang, tulang belakang, kira jari dan sebagainya.
* Scan ini boleh mengesan 70-80 % struktur kecacatan fizikal bayi dan bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down
* Di cadang melakukan detail scan antara minggu 18 - minggu 24

Pakej 3D+4D Scan + Detail Scan dalam 2D : RM 220 (termasuk Cd & 4R Colour Printout)
* Pakej scan ini memeriksa perkembangan bayi  dan memeriksa kecacatan bayi dalam 2D.
*  Scan ini boleh mengesan 70-80 % struktur kecacatan fizikal bayi 
* Di cadang melakukan detail scan antara minggu 18 - minggu 24
 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Detail scan sudah. Apa lagi yang belum? Teringin juga nak buat 5D lepas ni. Hu.Hu. Lepas tu nak pergi antenatal class pula.




Bagi yang nak buat appoinment dengan Miss Jezzlyn, buka link di bawah ini ya.


facebook : https://www.facebook.com/3d.4d.scan.malaysia/
Laman Web : https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131


-x0xo-
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...