ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday, 22 January 2016

Majlis Resepsi Adik Tunggal

Assalammualaikum

Ikutkan adik kite ni dah akad nikah dari tahun lepas lagi, bulan 10 tapi majlis resepsi di sambut pada tahun ni sebabnya cuti diorang dah habis untuk tahun tersebut. Nak tak nak terpaksalah melambatkan sedikit majlis sambut pengantin.

Pilihan tarikh yang diorang buat jatuh pada 16.01.2016 dan 17.01.2016 iaitu hari Sabtu dan Ahad. Ahad adalah hari cuti keputeraan sultan Kedah, sesuailah kalau nak di buat majlis kahwin sebab budak budak dan mak pak pun cuti juga kan.

Memandangkan majlis adik kite ini adalah penutup segala kenduri kawen kami adik beradik, jadi kami sekeluarga bersepakat untuk memakai baju sedondon untuk hari tersebut. Selama ni, kenduri kenduri yang lepas selalu rancang aje nak pakai baju sedondon tapi end up dengan warna carca merba. Last minute mesti tak menjadi. So, ini kalilah kita semua pakat sedondon anak beranak bertemakan baju tradisional berwarna kelabu. Bagi kitaorang yang first time nak sedondon bagai ni, bukan senang nak tetapkan color dan corak kain. Ambil masa berbulan bulan bahkan sampai ber-pas pas pada sekejap orang ni incharge sekejap orang tu pula incharge pasal baju ni. Berkali kali jugalah rasa nak cancel je pakai baju sedondon ni di sebabkan beberapa faktor. Antaranya kekangan masa nak menapak setiap satu satu kedai mencari kain yang sesuai, faktor kedua pelbagai idea dari setiap setiap ahli keluarga. Ada yang nak warna ini, ada yang nak warna itu. Ada yang nak kain plain ada yang nak bercorak corak. Berkat kesabaran mama walaupun penyakit peningnya datang acap kali masuk ke pusat membeli belah akhirnya jumpa juga dengan kain yang dipersetujui oleh setiap ahli keluarga. Alhamdulillah.

Memandangkan seperti sebelum sebelum ini makanan di sediakan oleh catering, persiapan pun tak lah sesibuk mana. Malam kenduri tu just relaks lepak lepak di ruang tamu sahaja. Doorgift 2 3 hari awal kitaorang dah siapkan manakala barang hantaran pula tinggal nak letak sahaja atas dulang sebab adik sewa bekas hantaran dari butik. So, mudahlah kerja kami untuk bersenang lenang. Ha.Ha

Pagi kenduri tu di mulakan dengan bacaan Yassin oleh kaum wanita yang di hadiri oleh group kawan mama di masjid. Ingat sedikit je yang mama jemput, rupanya penuh hall rumah sampai bawa ke ruang televisyen. Habis aje bacaan Yassin di susuli pula dengan bacaan tahlil dari group kawan abah pula. Bacaan tahlil  dilakukan di bawah khemah bagi mengelakkan traffic antara kumpulan bacaan Yassin dan juga kumpulan bacaan Tahlil.


 Ini majlis sebelah pengantin perempuan. Haaa~ baju tu kite pakai semula lepas pakai sekali masa Majlis Pertunangan kite. Husband cakap over sangat kite pakai bju dan tudung macam tu. Ha.Ha

 Bersama dengan pengantin perempuan, yakni adik ipar kite.


   Bersama dengan pasangan pengantin. Dua dua adik kite ni tinggi tinggi belaka. Main galah panjang banyak snagat masa kecik kecik dulu. Ni ajelah satu satunya adik yang kite ada.

 My 3AF anak sedara. Afreena Farisya, Afeea Firzana dan Aish Fiqri. beserta dengan maktok juga!

 My cinta hati dunia akhirat ler.

  Kesemuanya adik beradik dengan trademark di tepi kebun bunga mama.

Cerita pasal kebun bunga mama ni, boleh buat satu entry. Sejak sejak kebun bunga dah di transform setiap orang mesti nak ada sekeping gambar di kebun bunga ni.

Rasanya ini sahajalah yang kite nak ceritakan pasal majlis resepsi adik tunggal kite ni. Apa yang kite harap dan doakan semoga rumah tangga yang di bina berkekalan sehingga akhir hayat dan berbahagia selamanya. Amin.


-x0xo-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...