Semalam 06.01.2015, kite ada monthly checkup di KK. Kali ni, tak pergi berseorangan ataupun pergi dengan husband. Kali ni pergi dengan Dila, wife kawan husband. Dia sekarang preggy 37w dah just tunggu masa je baby nak keluar. Seronok sangat.
Pukul 8 pagi kitaorang set keluar dari quaters menuju ke KK dan seperti biasa harapan supaya tak ramai patient di KK nanti. Setiba di sana, harapan tinggal harapan ajelah sebab tak semua orang tak sebijak engkau, Seha. Seawal pukul 7 lebih lagi diorang dah tercatoq depan pintu KK. Apalah sangat berbanding kite yang datang pukul 8 pagi ni. Ha.Ha.
Yang kite hangin sangat, datang dengan Dila sama sama dan letak buku dalam bakul atas bawah dengan dila pun sama sama macam mana Dila boleh dapat number 103 kite pula 305? Kejauhan kenomboran apakah itu?? Padahal kitaorang sama sama buat basic checkup, tapi dila jauh melangkah kehadapan. Segan kite dibuatnya sebab terpaksa membuatkan Dila tunggu sehingga kite habis checkup.
Tetiba hari tu, kite rasa segan pula datang KK. Orang lain datang kebanyakkan bawa perut boyot, kite je yang steady perut tak nampak nampak. Pasti orang ingat kite datang sebab nak temankan Dila. Ahaha. Pastu boleh pula cun cun duduk di kerusi sebelah kite kakak ni edd dia bulan 5, sebelah dia pula edd bulan 6. Kite pun cepat cepat tengok perut kite, aik... kite yang edd bulan 4 tak nampak pun perut. Akak yang edd bulan 5 dan 6 ni dah nampak dengan jelas lagi lagi akak yang edd bulan 6 tu. Memboyot perut dia.
Seperti biasa, result ambil darah dan Urine test adalah normal, Alhamdulillah. HB ada turun sedikit iaitu 11.1 dan nurse pun risau takut makin turun. Dia nasihatkan kite supaya makan hati ayam, buat jus jambu batu, pelbagaikan masak sayur sayuran hijau lagi lagi bayam, serta makan kerang. Berat badan pula naik dari 44.3kg last month kepada 45.4kg yakni memberikan jumlah berat terkumpul sepanjang preggy adalah sebanyak 4.7kg. Lega sangat berat badan tak melebihi had yang sepatutnya kalau tidak tunggulah nak kena buat ujian gula.Tekanan darah normal iaitu 110/64, ketinggian rahim pula 25cm serta jantung janin memberikan bacaan 145bpm.
So, semua ok tak ada yang pelik pelik result untuk hari tu. Cuma kite ada mention pada nurse yang kite ada buasir. Kecik sahaja buasir tu dan tak bleeding pun. Actually dari sebelum preggy lagi kite dah ada buasir, cuma makin meningkat usia kandungan, size buasir tu sedikit besar berbanding dari size sebelum preggy. Dari hasil bacaan kite, adalah kebiasaan ibu ibu mengandung yang mengalami buasir ni sebabnya anak dalam rahim mula menekan bahagian bawah dan menyebabkan buasir terkeluar. Lepas kite mention pasal buasir pada nurse, nurse minta kite refer pada doctor dan doctor pun berikan ubat pil untuk di masukkan ke dalam tempat keluar buasir sekiranya berlaku pendarahan ataupun sakit yang tak tertahan. Rasanya buat masa ni, tak pakai lagi kot sebab belum berdarah dan sakit lagi buasir kite.
Sebelum tu, kite ada tanya Dila kenapa kite belum terima suntikan kancing gigi? Dila pun terkejut kenapa kite lewat sangat masih belum terima suntikan. Lagi pula, nurse pun tak ada sebut pape pasal suntikan tu. Bila dapat berjumpa dengan nurse, kite persoalkan tentang suntikan tu. Jawapan nurse memandangkan kite dah boleh rasa pergerakan baby, eloklah hari ini kite terikan suntikan tu. Ceh, pergerakan baby ni dah 2 bulan yang lepas kite dah rasa. =.=''
Bagi kite suntikan kancing gigi tu agak sedikit sakit berbanding kite ambil darah semasa monthly checkup. Masa nurse suntik, memang kite pandang ke arah lain bagi mengelakkan kite ketakutkan dan kite terasa lengan kite sedikit tersentap gara gara terasa sakit tu. Kira tindak balas luar kawalan lah tu. hu.hu. Once jarum tu keluar, memang automatik terasa kekebasan di bahu. Semalaman kite tak dapat tidur dengan nyenyak sebab bisanya masih terasa. Tidur pun kena pastikan jangan himpit pada bahagian yang kena suntikan tu.
My 26w preggy. Tak nampak kan perut tu.
Tapi nak buat macam mana kan dah perut tak nampak. Allah bagi tak nampak perut, kita nak bagi nampak. Allah tak bagi morning sickness kite risau nape tak ada morning sickness. Semua serba tak kena. Kan dah kemudahan tu Allah bagi lagi mahu minta menyusahkan diri. Tak adalah membazir beli baju preggy banyak banyak. Hanya beli seluar sahaja sebab dah tak muat.
Sekarang ni doa supaya masa bersalin nanti pun Allah permudahkan jalan kita.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment