Assalammualaikum
Hari ni dah masuk minggu 27w1d kehamilan kite. Sekejap aje masa berlalu kemudian dah 30 week. Ouh ya, kiranya 27w ni kite dah memasuki fasa 3rd trimester lah kan. Alhamdulillah. Semoga kandungan ini dapat bertahan sehingga minggu ke 38 atau minggu ke 39 then baby will gonna pop out. Emak awak kalau boleh tak nak overdue, takut kena induce. Padahal sakit induce dan sakit deliver secara normal sama aje kesakitan dan contractionnya. Cumanya induce ni kita diberikan ubat paksa untuk bersalin. Dari tak trasa nak beranak jadi nak beranak.
sudah masuk 4 hari sebenarnya kite di Kedah, untuk meraikan hari berbahagia adik tunggal kite. Kenduri di sebelah perempuan berlangsung pada hari Sabtu manakala kenduri belah kitaorg iaitu lelaki berlangsung pada hari Ahad. Ahad Kedah cuti bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Kite sahaja yang balik awal beberapa hari, husband terpaksa tunggu hingga hari jumaat baru dapat balik sini. Itupun after tengah hari baru bertolak balik sebabnya pagi husband kena masuk office. Bapak awak tu memang tak boleh kata apa dah, busy dengan kerja. Kadang weekend pun terpaksa masuk office.
Kandungan makin membesar ni macam macam dugaan mendatang, bukan mengeluh cuma terasa perubahan ketara sebelum berbadan dua dan semasa berbadan dua. Dulu tidur tak ingat dunia, bahagian katil suami pun kita monopoli sampai suami bangun minta kite injak ke sana sikit. Kalau kite tak bergerak juga, pandai pandai la suami tolak kite. Hahaha. Sekarang tidur dah tak seindah dulu. Tidur pun tak selesa asyik bertukar posisi tidur. Eh, posisi tidur semasa hamil pun ada caranya juga tau. Bukan main taram je tidur. Silap posisi tidur boleh membahayakan pada si ibu mahupun si anak. Sebaik baiknya posisi tidur adalah mengiring ke kiri. Tidak di galakkan tidur secara menelentang walaupun bagi kite sendiri menelentang adalah posisi yang paling selesa sebab dapat meluruskan urat urat serta tulang belakang.
Yang kite perasan, bila kite tidur secara menelentang, baby busy kicking kite tapi bila mengiring kurang terasa pergerakannya. So tak tahu hipotesis apa yang boleh dikaitkan antara posisi tidur dan pergerakan bayi. Adakah baby suka kalau kite baring secara menelentang atau bayi tak selesa kalau kite baring secara menelentang. Cara kite nak bagi sedikit keselesaan semasa tidur adalah dengan meletakkan bantal di celahan kaki semasa mengiring tu dan ada satu lagi bantal yang support belakang kite. Kadang kadang, kalau suami perasan kite tend to sleep secara menelentang, dia akan slowly tolak badan kite supaya mengiring.
Ouh ya, nak bangun dari katil pun ada caranya juga sekarang. Tak boleh terus melompat je dari katil. Kena kesot ke tepi katil dan turun sepenuhnya kaki, ambil sedikit masa baru bangun naik sambil pegang perut. Kalau tak akan terasa beban di perut if naik dengan tiba tiba.
Itu bab tidur, bab kencing pula rasa tak lawas. Sekejap sekejap nak ke tandas. Ada tu dah g tandas, baru je keluar rasa nak masuk semula. Padahal kencingnya secoit saja tapi rasa nak kencing tu macam banyak sangat dan tak tertahan. Kesudahannya, kite pakai kain mudah nak berulang alik ke tandas.
Lately ni, terasa ngilu di bahagian ari ari. Tak tahu kenapa. Last week ada pergi scan, doctor cakap sikit je uri uri yang ada di bahagian bawah dan tak perlu risau sebab masih ada banyak masa lagi untuk uri tu naik ke atas semula. So tak tahulah sama ada sakit di ari tu ada kaitan dengan uri atau tidak. Wallahualam.
Haaaa.... Bab panas pula. Mungkin ibu ibu hamil di luar sana dah terasa kepanasan sejak berbadan dua ni dari second trimester lagi,kan. Sampaikan terpaksa minta suami pasangkan aircond di rumah. Alah, cuaca sekarang memang, even tak berbadan dua pun panas masih terasa inikan yang bawa anak dalam perut. Mungkin juga ada yang langsung tak terasa panas. Macam kite sendiri, dah mula terasa seminggu dua ni. Dulu paling tinggi volume kipas pun hanya 3, tu pun setelah bergaduh dengan husband. Dia nak pasang 4, tapi kite rasa sejuk sangat sampai boleh terbang sebab laju. Haha. Sekarang ni, 5 tahap kelajuan kite guna dan kalau tak tahan sangat pandai pandaila pakai baju yang tak cukup kain. Hahaha. Duduk rumah sendiri kan, who care?
Nak pasang aircond tu, belum lagi keperluan rasanya. Satu sebabnya, nak berjimat elektrik. Kalau boleh tiap tiap bulan nak free aje sama juga macam bil air. Well, selangorkan...kedua, badan kite tak kuat sangat tahan dengan kesejukan yang lama lama. Nanti mudah di serang demam dan sakit sakit urat. Dengan anak pun kalu boleh kite tak nak biasakan. Kalau boleh, tak tahu lagi apa akan berlaku ke hadapan.
Itu sahajalah perubahan perubahan yang berlaku dalam 3rd trimester ni. Harap sangat kehamilan kite serta rakan rakan yang lain turut dipermudahkan. Amin.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment