Allahuakhbar, Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa
Tak ada perkataan nak describe macam mana perasaan kite masa tu.Hanya Allah yang tahu.
Sepatutnya kite ada checkup di Umra pada 23 March 2016 kes katanya anak kite kecil. Berat 2.2kg at 35w3d. Ini Entry. Tapi kite tak pergi sebab ambil ringan memandangkan tak lari banyak pun dengan ideal berat yang sepatutnya.
Semalam pergi, daftar kat reception, receptionist tegur sepatutnya datang on 23rd dan berjumpa dengan Dr Niraj, tapi kenapa tak datang dan hari ni Dr Niraj tak ada. Dia tanya boleh ke nak jumpa dengan doctor mana mana dulu dan perlu datang semla untuk berjumpa juga dengan Dr. Niraj. Kite pelik la asal yang perlu sangat jumpa dengan Dr. Niraj. Kite pun cakap ok. Masa dalam bilik check berat badan dan BP pun, nurse tu bagitahu yang kite sepatutnya datang jumpa dengan Dr. Niraj kan. Kite cakap ya, dan masih terpinga pinga asal kena sangat jumpa dengan Dr. Niraj ni.
Settle ambil urine test, nurse bawa kite ke satu bilik dan katanya untuk tengok jantung. Dia pun pasangla tali tali seperti safety belt atas perut kite. Sudah,nampak macam menakutkan. Ni, nurse nak buat apa? Sakit ke tak tanya kite. Dia pun senyum senyum. Dia kata nak buat CTG utk lihat degupan jantung baby. Dia tanya tak pernah buat ke sebelum ni. Tak pernah ler, sebab tu felik. Nurse pun explain pada screen monitor supaya kite faham apa yang sedang berlaku. Bacaan heart beat baby masa awal tu adalah 138, nurse cakap baby kite sedang tidur dan dia minta kite kejutkan baby supaya bacaan naik menjadi 150. Masa yang di berikan adalah selama 20 minit- 30 minit. Dan setiap naik turun naik bacaan heart beat baby di record.
Punyalah kite dan husband kejut baby bagi skala tu naik dengan menekan perut kiri kanan, tukar posisi baring. 10 minit pertama tu graph tak berapa cantik sebab baby tak nak bagi kerjasama. Baby lebih sedap di buai mimpi dari terjaga. Dah lama lama kacau tu, akhirnya bangun juga dan cecah skala paling tinggi 158. Hihi, sorry sayang, nurse yang suruh kejutkan awak.
Habis sesi heart beat baby di ambil, nurse minta kite jumpa dengan doctor. Doctor ni, doctor locum. Nampak macam tegas sangat dan dia tegur sepatutnya datang 23 aribulan lepas tapi kite tak datang. Awak ada kes baby kecik dan sepatutnya kena refer dengan Dr. Niraj, so saya tak boleh nak decide pape untuk awak hari ni. Time tu dah mula cuak sangat. Tapi tak pe, dia minta kite baring untuk scan baby. Tapi sebelum tu, kite check laluan dulu samada dah ada bukaan atau tak. Perghhh~ tiba tiba nak check bukaan laluan. Memang rasa nak lari je dari hospital sebab takut. Kena tanggal seluar dan berbaring.Getar. Getar. Getar.
Doctor minta angkat dan bengkokkan kaki, sambil dia pakai glove dan picitkan gel atas jari dia. Doctor masukkan jari ke dalam lubang faraj, untuk check samada dah buka ke belum. Doctor suruh kite relaks dan buka kaki betul betul sebab kite kepit kepit kaki kite. Iyelah takut kot dan first time kena check sedalam tu. Nasib baik tak sakit sangat dan dah biasa husband buat urutan perinium kat rumah. Bagi ibu ibu yang mengandung, bolehla practise buat urutan perinium di rumah menggunakan vco. Selain dari melembutkan bahagian bawah tu, kite dah biasa bila doctor masukkan jari dia.
Habis sesi check laluan, doctor nak scan pula. Habis scan tu, dia kata anak awak memang kecik. 2.0kg sahaja. 2.0kg? 2.0kg? Kite rasa macam tak muhasabah. Sebab last week kandungan 36w, kite check di kk, doctor bagitahu berat baby 2.6kg. Doctor tu cakap, doctor kk is not a doctor pakar.
Doctor explain apa risiko sekiranya baby kecik dalam perut. Kemungkinan baby akan lemas dan pertumbuhan akan terbantut sekiranya di biarkan lebih lama. Kemungkinan baby awak akan di keluarkan dengan lebih awal. Tapi macam saya bagitahu awal tadi, saya tak ada kuasa nak decide, awak kena jumpa dengan Dr Ummul sebab dia bos Hospital Umra aka doctor pakar juga. Dr. Ummul pukul 7 malam baru ada, awak kena tunggu sejam lagi untuk berjumpa dengan dia.
Keluar dari bilik tu, lemah sangat kite rasa. Badan terus lembik. Mata dah berair. Husband tanya nak pergi kedai baby tak sementara tunggu lagi sejam. YaAllah, kite tak ada perasaan langsung dah nak pergi mana mana. Tawar sangat hati. Barang yang pegang di tangan semua jatuh. Husband cuba juga kawal emosi kite minta kite bersabar, advise kite biarlah 2.0kg pun asalkan sihat. "By...2.0kg is too small, entah entah sebesar 2 tapak tangan kita aje. Kesian baby kalau kena masuk incubator".
At this time, i really need my mama and abah. Only diorang know how to advise me, calm down me. First call mama, lepas sebut Assalammualaikum terus tak boleh bercakap. Sedu sedu menangis, mama dah gelabah tanya kenapa dan apa yang terjadi. Lepas kite ceritakan semua, mama minta kita bersabar. Kalau Allah dah decide macam tu, kita kena terima. Tak pe, berat kecik nanti dah keluar kita bela bagi susu bagi dia membesar. Mama pun kena induce dulu, sakit bersalin induce atau tak induce sama sahaja cumanya dari tak berasa sakit nak bersalin jadi sakit. Itu sahaja. Dah habis cakap dengan mama, rasa release sedikit. Lepas tu masuk pula message dari abah.
Lepas last whatsapp terima dari abah, terus dapat panggilan dari dia. Abah kalau cakap dengan dia, hati lagi rasa sayu. Lagi membuatkan nangis teresak esak sebab dia punya ayat lagi power dari mama, susunan ayat dia memang buatkan kite rasa tersentuh. Kite tahu, di hujung talian abah pun sebak dengar kite menangis. Anak perempuan seorang dia, mana boleh dia tak ada pape perasaan.
Alhamdulillah, dengar nasihat dari abah, kite pasrah dengan ketentuan Ilahi walaupun berat nak tanggung. Sementara nak menunggu Dr Ummul sampai, better kite pergi mana mana dari duduk dalam kereta habiskan minyak. Husband bawa kite ke karnival makanan apa ntah yang berlangsung di sekitar area hospital tu. Hati memang tak ada langsung kat tempat tu dan dalam berpuluh puluh stall makanan, tak rasa pun nak beli pape. Kite hanya ingat pada Allah, astaghfar banyak banyak dan berdoa semoga ada sinar di hujung nanti.
Habis ronda dalam pukul 7.15 malam, kitaorang ingat nak solat dulu kat masjid berhampiran sebelum kembali ke hospital. Tup tup dapat panggilan dari hospital kata Doctor Ummul dah sampai dan nak jumpa kitaorang. Teruslah bergegas ke sana. Sementara menunggu ada patient dalam bilik Doctor Ummul, tak habis habis kite berdoa. Sampai giliran kite, nurse panggil masuk dan dia mention katanya Doctor sebelum ni bagitahu anak awak kecik sangat which is 2.0kg. Tak pe, before awak baring untuk scan, saya nak tanya sedikit background history. Selesai, kite pun diminta baring. Scan punya scan, ukur punya ukur, Doctor bagitahu "Hurmmm~ i got 2.67kg, ok je berat baby". Hati kite release sangat. "Tak pe, i call my husband to double confirm". Suami dia nama Rafi. Dia pula nama Ummul. Um+Ra, hence the hospital named. UMRA. Mata kite dah berair dan menangis. Kite pun ceritalah Doctor yang attend kite tadi kata baby kecik sangat lah, apalah. Doctor Ummul cepat cepat suruh nurse bagi tisu sebab nampak kite menangis
Suami dia, Doctor Rafi pun datang. Scan punya scan, ukur punya ukur then he said i got 2.7kg. So, please abaikan 2.0kg. Doctor Ummul melawak dengan suami dia kata kite risau sangat tadi sampai menangis sebab anak terlalu kecil, and now when she knows her baby is ok, she can smile already. Doctor cakap maybe mesin bilik tadi ada ralat kot sebab tu beza banyak.
Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada dayaku melainkan kuasaMu sahaja ini akan berlaku, Ya Allah. Hanya miracle akan berlaku dengan kuasa Allah.
Doctor advice husband supaya bawa kite pergi jalan jalan Jusco yang baru buka kat Shah Alam supaya baby cepat keluar. Hi.hi.
-Terima kasih YaAllah.-
No comments:
Post a Comment