Assalammualaikum
Semalam pergi hospital Umra dekat Shah Alam, buat baby checkup gara gara kesalahan diri sendiri yang mencari masalah. Orang kata preggy women ni tak boleh buat kerja berat berat, tak boleh buat banyak kerja, tak boleh stress stress. Lumrah, yang di larang tu yang nak di turutkan. So sengaja la pergi mop rumah. Kite ni anak yang ikut perangai bapak sikit. Mop tu kena 3 kali cucian. cucian pertama menggunakan sabun lantai, cucian kedua bilasan air bersih dan cucian ketiga bilasan air bersih lagi. Bayangkan penat dia macam mana.
Dah habis mop dan siap siap untuk kemas perkakas semua, terasa hendak buang air kecil. Terus cangkung dan tetiba seperti cramp dari Miss V sehingga ke bahagian bawah perut sebelah kiri. Dari cangkung tadi terus berdiri. Sakit tersangat dan paling isau sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini. Usap perut sambil bagitahu baby "Please be strong inside there". "Allah lindungilah kandungan ini". Itu je yang mampu kite doakan. husband sudahla hari tu kursus dekat PutraJaya, memang jauhla.
Tapi Alhamdulillah sakit sangat tu hanya berlaku sekali sahaja, tapi dia berulang sesekali di bahagian bawah kiri dan tak sesakit yang tak tertahan tu. Just a mild contraction. Masih risau. Husband malamnya ajak pergi check di klinik, tapi kite refuse sebab tak sampai hati nak pergi check. Klinik jauh juga jaraknya dan memandangkan sakit pun makin kurang. Masuk hari kedua, bangun pagi terasa lagi sakitnya. Bila tengok perut di cermin, rasa kenapa perut seolah olah leper? Sudaaahhhhh . . . mulala datang negative thought. Fikir entah pape, dan terus WA husband nekad malam ni kita kena pergi check up.
So, semalamlah pergi checkupnya. Alhamdulillah everything sound's good. Scan tengok baby, tengok elok je kaki dia bersilang sampai merekuk merekuk badan. Tidur gamaknya. Doctor cakap, cramp tu adalah normal sebab ligamen kita hendak berkembang untuk support baby lagi lagi apabila kita melakukan kerja berat dengan tiba tiba. Lega rasanya.
Ok, hari ni masuk 15w1d of preggy. HA.HA.HA 2nd trimester ni a bit challenging dari 1st trimester. Masuk 2nd trimester, muka kite ni penuh dengan jerawat pasir. Berbintik bintik dan nasib baik kecil. Waktu jerawat naik bak cendawan tumbuh selepas hujan, kite tak berapa melatah sangat. Sebab pernah terbaca dari FB ada sorang kakak ni, dia pernah post status pasal jerawat pasir time pregnant. Ramai juga kawan kawan dia yang mengalami perkara yang sama. So kite assume hormone lah kot.
Jerawat tu satu hal, takpe boleh tutup dengan krim muka. Tempek tempek sikit bedak baby Johnson-settle.
Satu lagi masalah besar. TAK LALU MAKAN MASAKAN SENDIRI. Acaner? Masak hebat mana pun (ceh, paling hebat gulai ngan masak lemak cili padi je pun) tetap tidak lalu makan. Masakan orang lain juga yang sedap. Habis tu tak kan nak suruh jiran sebelah masakkan untuk engkauuuu~ MAsakan kedai tak termasuk sesedapnya tu, sebab masakan kedai dah cemuih.
Dulu waktu 1st trimester, tiap kali makan, mesti bertambah Sehari 3 4 kali makan. Kali ni ceduk nasi sekali, makan, tak habis, balance simpan untuk 2 jam berikutnya. Haa~ fesyen macam tu. 2,3 jam sekali mesti lapar. Macam mana berat badan nak naik. 40kg je sekarang. Macam mana nurse kat KK tak bising badan keping saje.
Nasi banyak tu. Tak habis simpan untuk 2 jam kemudian. Seolah olah nasi tu di bahagi dua bahagian. |
-x0xo-
1 comment:
seha.. today 12 weeks and 1 day la kalau ikut tarikh scan haritu.. untung lagi awak boleh makan.. kita nie memilih sgt makannya. tanak ayam langsung.. nak lauk lauk kampung, ikan, ulam, masak air.. jgnlah buat kerja2 berat. rehat je.. rumah kita pun tunggang langgang. husband je kemas time weekend. kita lipat2 kain saja. hehehe. rehat banyak2 tau..
Post a Comment