sudah 2 hari berturut turut ulang alik ke GH - Hospital Sultan Abdul Halim
kebiasaanya bila melangkah masuk terasa sedikit gusar di hati
mungkin disebabkan mengikut darah mama yang cepat gemuruh melihat
keadaan orang yang sakit, luka di sana sini dan ditambah lagi dengan bau ubat ubatan
tetapi memandangkan sudah dua kali ke sana, Alhamdulillah darah gemuruh dapat dikawal
sekarang hospital Sungai Petani dah besar, bersih dan cantik
walaupun tidak setanding hospital private
tetapi sekiranya dibandingkan dengan hospital lama Sungai Petani,walaupun lebih dari 2,3 kali
berulang alik rasanya darah gemuruh masih memuncak.
hurm, awak. . .
saya tahu ape yang awak rasa tidak sama dengan rasa kasihan saya kepada awak
saya tahu beban yang awak pikul sekarang belum tentu dapat digalas oleh saya
saya tahu awak antara insan yang terpilih dari hamba hambanya yang lain utk
menjalani ujian ini
apa yang saya dan
sumbangan serta doa dipanjatkan agar awak sentiasa
tabah, kuat, serta sentiasa sabar mengharungi ujian ini.
semoga luka yang awak alami cepat sembuh dan awak dapat kembali bekerja
seperti dulu kala
-salam kesemubuhan dari kami sepejabat-