Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi di dalam jurusan
Bioteknologi Tumbuhan. 3 tahun bergelar pelajar UKM, setahun
sebagai pekerja dan 24 tahun sebagai hambaNya
Cepat sungguh masa berlalu, B.E.G.I.T.U pantas ia berlari dan ana memang
tak sempat nak mengejar masa, sayangnya.
kali ini musim konvo datang kembali menyambut dan meraikan kawan kawan
ana yang lain yang berjaya menamatkan pengajian khususnya mereka yang
mengambilan jurusan Engineering, Perguruan, Ekonomi dan sekitarnya.
Seronok sebenarnya menyambut hari convocation ini, mana tidaknya semua ahli
keluarga datang semata mata untuk melihat kita menerima segulung ijazah di atas
pentas. Belum cukup ahli keluarga yang terdekat, ada juga jiran jiran yang turut serta
untuk memeriahkan hari tersebut.
time ana konvo, berbeza ketika kali pertama ana melangkah masuk mendaftar
diri. Masa itu, kesemua adik beradik ana hadir, yang sedang mengandung 8 bulan
pun ikut juga.
tapi . . . kali ini tidak, yang hadir cuma abah, mama dan adik. mulanya rasa terkilan
sebab kami adik beradik selalu bersama. tapi ana faham, setiap orang mempunyai
situasi yang berbeza,kan kan kan?
Majlis konvo ana berlaku pada sidang petang. Bila dah sampai pintu utama UKM,
perasaan ketika itu bercampur aduk tambah tambah dengan kehadiran ribuan orang.
Sebenarnya ana malas nak kenangkan lagi peristiwa konvo ni sebabnya ia seolah olah
sensitif bagi kami berempat yang menghadirinya. mama abah sedaya upaya tidak
membuka kisah konvo ana mulai hari itu. ini pun adik yang menceritakan perkara
yang berlaku.
tapi ana rasa, biarlah ana pahatkan kenangan ini dalam diari ana, sebagai kenangan
dan memori masa akan datang nanti. mana tahu, masa akan datang ana lupa kisah
disebalik konvo, boleh refresh bila membacanya.
ingat lagi, disebabkan sidang berlaku petang, kitaorang memang belum sempat
untuk mengambil lunch. Bila kereta sudah parked, kitaorang heading to
Dewan Tun Abdul Razak, just to make sure either our turn started or not yet.
abah suggest ana stay there sementara mereka keluar mencari makanan.
ana memang dah faham sikap abah macam mana, so ana mengia kan sahaja
sebabnya bila dah masuk dewan nanti sah sah 4,5 jam dan bukan mudah nak keluar
masuk sesuka hati. Memandangkan setiap pelajar hanya layak mendapat 2 keping pas
masuk, ana cuba sedaya upaya untuk mendapatkan extra pas untuk adik.
Alhamdulillah dapat jua.
Bila saat diumumkan Ijazah Sarjana Muda dibenarkan memasuki dewan,
ana rasa seram, sejuk, gembira kerana setiap langkahan kaki akan diperhatikan
oleh mama abah dan adik dari dalam. tak sabar nak mencari dalam ribuan ramai orang dan
melambaikan tangan pada mereka. dan ana yakin andai ana tidak dapat mencari
kelibat mereka, mereka akan call untuk mencari kedudukan ana.
tapi . . .
benda itu tidak berlaku pun. satu jam berlalu, kelibat tiada, panggilan pun tidak
diterima. tak pe, pasti ada di celahan celahan ribuan orang. dua jam berlalu pun
masih tiada sehinggalah ana berjaya naik ke pentas. waktu tu ana dah ada jawapannya.
selang berapa minit, baru ana mendapat panggilan dari mama. Dengar suara mama,
air mata ana dah bertakung. Mama cakap mama gembira nampak kakak berjalan ambil scroll.
Bila tanya mama dekat bahagian mana, mama kata sebelah kiri kakak. padahal itu pintu.
So dah tahu jawapannya. waaaa~ menangis.
adik cerita, diorang keluar dari UKM pergi restoran Yus dan solat jamak. Ingatkan masih
sempat, tapi bila sudah sampai pintu masuk dewan, pengawal tidak benarkan masuk lagi.
Mama abah kelam kabut pusing satu dewan ikhtiar mencari pintu masuk lain. Mama begging
sambil menangis cakap "anak saya di dalam". sedih,bukan? but that is still the rule. got no
option, they had to watch it from a mini tv provided. abah tak sudah sudah melepaskan
keluhan pada adik. bagi menebus kesalahan, abah sanggup beli kali kedua a bouquet of
roses which the most precious and expensive flower i ever get.
bila keluar dari dewan, diorang dah berlari dapatkan ana. masa tu memang tak terkata tragisnya
perasaan. peluk erat erat mama, peluk erat erat abah. i love them A LOT and my love for
them still growing every day.
one of the flower bouquets i do received
dan kepada sahabat sahabat Selamat Hari Graduasi dan juga kepada awak!
semoga korang gembira menyambut setiap detik dan jangan lupa untuk mengambil
gambar di setiap celahan Universiti masing masing, dengan gaya oppa gangnam style, tau.the he he
awak, semoga hadiah kite selamat sampai di tangan awak.
-x0xo-