selalunya bila ditimpa malapetaka, manusia sering kali
mengatakan hari tersebut adalah hari malang
bukan malangla. . . tapi kurang bernasib baik.
apa kata selepas ini kita sama sama tukar perkataan dari hari malang kepada hari
kasih sayang dari Allah. kan setiap ujian dari Nya menunjukkan Beliau tersangatlah
sayang kpd hambaNya ini.
pagi ini Allah menguji ana, melihat kesabaran ana mengawal situasi yang berlaku
ana dari rumah terus ke Bank Islam Lagenda Height. Tujuannya untuk bank in duit
kepada Mar sebab minta tolong dia belikan bunga. Masa berlaku sekitar pukul 8:10 pagi
dan ketika itu hanya ada 2,3 orang sahaja dalam bank ATM.
ana pun memasukkan duit ke dalam mesin deposit. agak lama juga ana tunggu mendengarkan
mesin tu berbunyi, kemudian dua keping duit tersepit keluar dari mesin sedangkan mesin
tidak terbuka.
ana pun tariklah keluar tapi tersangatlah ketat. keluar notis "Anda perlukan lebih masa?"
dan secara spontan terus tekan TIDAK. Mesin tu terus telan duit dan senyap begitu sahaja.
Resit pun tidak dikeluarkan. memang lapar sungguh mesin ini. =.=''
Alhamdulillah ana tidak begitu panik. ambil phone terus contact mama minta opinion.
mama cadangkan supaya tunggu pukul 9 atau 10 am baru buat aduan dengan orang bank.
staff bank minta ana datang dan isikan borang. Dalam masa seminggu hari bekerja,
InsyaAllah ana akan dapat semula duit tersebut. Harap harap macam tu lah.
begitulah kisah hari kasih sayang ana untuk hari ini.
Pengajaran bagi sesiapa yang nak bank in duit yang melibatkan ribuan ringgit,
alternatif terbaik terus berurusan dengan orang kaunter walaupun lambat sedikit
menunggu giliran.
Biar lambat asal . . . . ? pandai . . . . .
-x0xo-