Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini
dan masih lagi dapat melihat mama abah adik abang serta afeea tadi
Andai tadi memang ajal telah tiba, malaikat maut datang menjemput
tentu perkara yang akan dipersoalkan terlebih dahulu adalah solat asar
melambatkan solat asar dan mendahului perkara yang lain. =.='
nak di jadikan cerita, selepas azan berbunyi ana ralit bermain, ulang alik masuk
bilik mama sedangkan mama sudah selesai solat, dan sedang membaca Al-Quran
Minta pendapat mama sama ada tudung yang ana tunjukkan dalam internet cantik atau tidak
lepas guling guling atas katil sambil menggodek internet, ana terus keluar dari bilik mama
kacau abah yang sedang membaca Al Quran juga- this
kemudian terasa urat bahagian belakang lutut sakit, nak berdiri dengan betul pun terasa sakitnya
masuk semula ke bilik mama sambil mengurut kaki
ana rasa urat kaki yang ana urut berhubung dengan urat kepala, sebab tetiba
kepala ana rasa pening dan memusing. "Mama,pening la" itu yang ana last ingat dan terus baring.
Bila ana sedar mama dah menjerit jerit panggil ana. urut dari bahagian kepala sehingga ke kaki.
Abah renjis renjis air ke muka ana. masa tu ana berat sangat nak bangun dan seolah olah
ana berada di alam lain. mata ana masih terpejam. "Ya Allah dah mati, solat Asar pun tak sempat,
MasyaAllah" itu yang terlintas di hati.
Bila dah ditarik tarik, di angkat kepala oleh mama abah baru ana sedar di alam nyata. Mama tidak
habis habis membaca surah, Mama as usual memang cepat panik. minta abah message abang
nak bawa ke Metro. Lepas sedar mama tidak keruan jadinya, pergi buatkan air milo panas
bagi ana minum. salah ana juga tidak makan tengah hari hanya beralaskan rojak dan makan mangga.
dah tahu diri sendiri ada rekod gastrik. semua itu berkemungkinan sebab angin.
dah habis minum air, terus ambil air sembahyang dan solat. jadikan ikhtibar, segera
menunaikan solat ye, jangan di lengah lengahkan.
sebenarnya kejadian itu merupakan kali kedua ana pengsan dalam tahun ini.
sebelum ini pernah pengsan dalam bilik sendiri. tiada siapa yang tahu dan mama pun tidak panik.
30 minit ana pengsan, berdasarkan jam sebelum dan selepas ana sempat tengok.
bila sedar kepala sahaja dah di bawah katil. berat sangat kepala masa tu bila nak bangun.
tak tahulah, apa yang kurang dalam badan ana ni. abang suruh ana pergi BP untuk ambil sampel
darah check apa yang tidak kena.
adik yang baru balik dari kerja dan dengar cerita dari mama terus dapatkan ana. sempat lagi
membacakan ana ayat yassin. chhooiii la engkau, adik.
-Terima kasih Ya Allah. -