Assalammualaikum dan pepagi sekalian alam,
Minggu ni hashben tak balik, maka hormon hormon keceriaan serta keriangan kurang di rembeskan berbanding hari bila hashben balik.
Mulala nak bersendirian, mengarang puisi puisi duka dan sedih lagi pehit. Pehit kehidupan ini.
Kulari ke hutan kemudian teriakku,
Ke lari ke pantai, kemudian menyanyiku
Sepi . . . , sepi , sendiri, aku benci *sila baca puisi mengikut ton Dian Sastrowardoyo dalam filem AADP* Cukup, cukup sudah.
OK! Terima hakikat yang suami tak balik minggu ni, macam mana pun life must go on.
Tak lama mana dah pun seha nak kena tinggal berjauhan as weekend husband wife macam ni lagi. Surat resign dah hantar kan hujang bulan lepas, so tunggu je lah habis bulan ni.
Berapa hari sahaja lagi. Kalau nak counting pun dah boleh counting dah dari sekarang. Sekarang pun dah 16 haribulan so another 15 days left. Next week kan honeymoon dengan hashben, then the other week dah habis bulan dah boleh jumpa dan ikut hashben pergi klang. So this is the last week la nak spend masa di Kedah. Alah kau ni Seha, sekarang memang tergedik gedik nak follow hashbend, kang dah di sana, kau mengira ngira hari pula nak balik rumah kedah. Rindu mama abah la, rindu anak sedara lah, rindu keluargalah, home sick lah, apalah. Macam ku tak tahu kau macam mana seha. Serba tak kena kau ni. Duk sini rindu yang sana, duduk di sana rindu di sini pula. *kasi elbow baru tahu* Ha.Ha
Sebenarnya next week bukan lah honeymoon mana pun, it is family trip. Tapi as long as I am with my hashben, i called it honeymoon. Yelah kitaorang kan jarang jarang dapat bersama, so bila dapat bersama it is really a honeymoon to me. Minggu depan tu just fly fly dalam Malaysia aje, tak jauh pun merentasi luar Malaysia. Ikutkan memang teringin nak gi oversea ngan hashben as per early hashben's plan kalau di izinkan tuhan dia nak bawa kite melancong jauh ckit.
Tapi lately ni semenjak tragedi 5 buah kapal terbang terhempas+hilang rasa seram pula nak naik kapal terbang. Even yang nak pergi next week ni pun rasa takut takut. Iyeee~ kite tahu berulang ulang kali hashben bilang kalau dah ajal lari lubang mana pun mati itu tetap pasti. Tapi . . . kalau boleh janganlah mati dalam keadaan menghayat hati seperti terhempas dalam kapal terbang. Cuba kita bayangkan kita adalah salah satu mangsa kejadian, bayangkan detik detik menghadapi saat badan kita ni akan tercampak ke atas tanah. Nauzubillahuminzalik.
Itulah, bila terbayang perkara perkara macam tu, rasa tak pelah baby kita pusing pusing dalam Malaysia dulu lah. Lagipun banyak lagi tempat yang belum kita terokai. Cameron highland, Grand Lexis PD (Hu.Hu), dan lain lain lagi.
Moga moga percutian kita beramai next week ni pun sentiasa di bawah lundungan Nya. Amin Ya Rob.
Ouh ya, lepas berhenti kerja duduk dengan hashben nanti plannak buat apa kat rumah? Hurmm sebenarnya, hati kite memang melonjak lonjak sementara waktu ni, biarlah kite sepuasnya duduk di rumah. Menjadi sebenar benarnya jawatan housewife. Sebab selama ini kite mana pernah masak apa apa untuk suami *eh ada, bubur sup ayam, waktu hashben demam* Maksudnya, kite belum ada kesempatan nak secara fully memberi khidmat sebagai isteri lagi.
Sebab tu rasa, nak gunakan peluang ini untuk menjadi fully housewife. Cerita bab kerja pula, tak ada niat pun terlintas tak mahu kerja dah. Nak juga cari kerja lain sebagai income tetap dan at the same time still nak run my own bisness. Ouh ya, dalam fikiran ni ada macam macam product nak di keluarkan. Tapi itulah masalah dari segi photographer dan model la pula. Menyesal pula biarkan adik jual camera nikon besar gedabak u.
Semoga penghijrahan kite mengikut suami adalah perkara yang terbaik di susun oleh Allah dan moga kite juga di permudahkan dalam mencari rezeki kite sendiri. Amin . . Amin.
-x0xo-
1 comment:
InshaAllah seha, lepas dah pindah sana guna alamat sana utk resume snang dpt kerja. Kalau guna alamat kedah susah la nak dpt kerja dkat sana. Rezeki ada je. yg penting percaya. hehe. Masa first2 kita pindah johor buat sales tp xkena dgn jiwa. kita resign, alhamdulillah lepas dah resign baru ada interview. tp sempatlah jadi housewife dua minggu. seronok dapat prepare breakfirst and dinner utk husband tp siang hari tu boring lah menghadap tv sorang2. hehehe. BTW, good luck jd org klang!! jgn lupa usha barang rumah dkat IKEA jugak. rambang mata! oh, i miss KL. T___T wuuu
Post a Comment