ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday, 8 November 2013

Review : My Engagement Day


Assalammualaikum
Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Kite doakan semoga seluruh kita, muslimin dan muslimat sentiasa di bawah rahmat-Nya.
Kite selalu doakan untuk korang muslimin dan muslimat, percaya tak? sebab apa ye kite buat begitu? sebabnya kite akan dapat pahala bagi setiap satu muslimin dan muslimat yang berada di seluruh dunia ini. Banyak,kan?

Alhamdulillah kite selamat menempuhi hari pertunangan kite iaitu pada 03.11.2013 bersamaan dengan 29 zulhijah 1434M hari Ahad. Satu hari selepas kaum India meraikan hari Deepavali.
Syukur segalanya sudah berjalan dengan lancar dan diharapkan sangat majlis tersebut di berkati di sisi Allah swt.

Tidak ramai pun yang tahu kite akan melangsungkan hari pertunangan, yang kite bagitahu hanya rakan rakan rapat seperti Myteam, Husna, Wani (Biotech), Wani (Caltex), Mina. Itu sahaja. Then bila ada yang baru dapat tahu kite bertunang selepas melihat gambar upload by Myteam, ramai yang eh Seha/Fasih ke itu? Ada yang direct pm terkejut. Ada yang terus call SA tanya engkau punya buah hati dah bertunang. Bertunang dengan sapa? Hi.hi sebab kitaorang memang berpakat tak nak khabar kan. Tapi kite yakin still ramai yang tidak tahu lagi, sebab kite sendiri pun tak upload gambar kite baik di IG mahupun FB. Nanti kite upload ye bagi yang pm minta tolong upload sebab nak tengok. Segan sebenarnya.

Majlis bermula dalam sekitar pukul 12 tengah hari walaupun pada asalnya SA maklumkan rombongan datang pukul 11. Tapi di sebabkan mereka terpaksa menunggu ahli yang lain, maka sedikit terlewat.

Pagi itu dalam pukul 8.30 kite dan jeera ke Butik Andaman Fitri dengan dipandu oleh Kak Ila. Awal kan? Tak pernah pernah berlaku pagi minggu kite bersiap secantik itu. Selalunya pukul 12 tengah hari baru mandi. Baha.ha. Sesi make up ni hanya ambil masa selama sejam sahaja.

First time kite tengok muka kite di make up sedemikian rupa serius kite tanjat. Dah napa muka aku di salut dengan tepung gomak ni? Memang seriusly kite rasa nak tonyoh je muka dengan tangan sebab malu muka setebal ini. Den tak gemar. Bukan tak cantik, cantik sebenarnya cuma tebal tu kite tak boleh terima. Semua comment ini baru tunang sayang, belum lagi kahwin. Ouh no!

Nak dekat sampai rumah, Mina message bagitahu dia nak datang buat shoot untuk kite sememangnya kite tersangat terkejut tak sangka dia jadi datang sebab katanya semalam dia cancel untuk shoot majlis kite. Yang serba salahnya service di free of charge. Hadiah untuk hari pertunangan kite. Terima kasih Mina! Alhamdulillah. Mari like reramai Jejari Lensa Photography .

Bila bilik penuh dengan ahli myteam, Jeera dan anak anak sedara maka sementara menunggu acara sarung cincin berlangsung kitaorang pun beraksi seperti model bertaraf antarabangsa. Miaha.ha. Uihhh . . . boleh tahan juga kite ni tak hengat dunia. Sedikit pun tak hirau kan apa perasaan sekejap lagi bila cincin akan di sarungkan pada jari.
























sampai tak perasan spek (prop) ada di atas kepala

 disebabkan ketibaan aju lewat maka gambar beliau tiada di dalam camera photographer. terpaksa la kitaorang snap using our own camera.

amoi opera terlepas buat persembahan di sini pulop. syuh. .syuh. .

oppa! kata lizzy dalam rancangan Running Man

Cukup 3 4 keping gambar untuk di upload sebelum sesi sarung cincin berlaku. Mari kite bercerita semasa acara sarung cincin pula. 

Kalau tak silap kite, kak cik yang datang bagi tahu mak SA bersedia untuk masuk bilik bagi sesi penyarungan cincin. Mula mula rasa relaks lagi dengan menyambut kedatangan mak SA sambil bersalaman dan cium pipi. Tidak semena mena semua kawan yang tadi rancaknya berposing keluar bilik meninggalkan kite. Uish time tu dah berdebar sebab ingat diorang berada di sisi kite. Nasib sempat grab tangan Jeera dan paksa dia jangan tinggalkan kite. Please. Please.

Bila nak hulur tangan, mak SA cakap tangan kanan. Hulur la tangan kanan. MENGGELETAR. menggeletar yang amat sampai mak dia pegang cakap ni baru tunang kakak . . .*mak dia lembut saja cakap*. Kali ni tukar pula tangan kiri, pun sama MENGGELETAR.
























tangan kanan memegang tangan kiri supaya jangan menggeletar sambil bergelak ketawa dengan mak SA. Cincin masih belum di sarungkan lagi.

Tetiba mama masuk, ok time ni lagi parah. Gua sebak der. Sebak yang tak tertahan. sebenarnya menangis tu bukan sebab takut nak sarung cincin tapi sebab ternampak mama. Terus jadi lemah.

Tak tertahan sedihnya, Mak SA tarik peluk kite. Ramai pakat pakat sebak masa itu. Mama? YES turut bergenang air mata beliau. Masa ini cincin masih juga belum di sarungkan.
























Alhamdulillah after waiting for soooo long, cincin putih bertahtahkan berlian berjaya juga di sarungkan pada jari manis sebelah kiri.

mummy dont cry. . . dont cry. im still ur baby. FOREVER.

 Gambar bersama dengan family SA.


SA datang ke tidak ceritanya sekarang? Hu.hu Suprise sangat bila tengok SA datang ke bilik kite. Serius tak sangka. Awalnya kitaorang agreed yang SA tak perlu la datang sebab ini hanya majlis pertunangan bukannya akad nikah perlukan kehadiran lelaki. Tetapi mak dia bagitahu kesian anak dara penat penat berhias si teruna tidak datang tengok. 

Abah cerita mak SA minta izin abah untuk bawa masuk SA ke dalam rumah supaya dapat bergambar dengan kite dan abah benarkan. Seterusnya kakak dia, Kak Syakirah yang memainkan peranan dengan tolak dia untuk ke bilik. Ikutkan SA dia lagi ler penyegan orangnya.

Tapi betul juga cara mak SA minta SA datang ke rumah kite. Bukan apa, sekarang manusia bukan boleh kira. Kata dah bertunang, tup tup bernikah dengan orang lain. Bila orang kata dia dah bertunang, dia refuse dan salah satunya mungkin tiada proven dari segi gambar. Bila ada gambar dengan SA, insyaAllah lagi kukuh.

Gambar ngan Saiful kite rasa biar kite refuse to disclose terlebih dahulu tak berani nak keluarkan. Nanti dah nak dekat nikah baru publish. Segan lah. =) 


Yes, i'm officially SA's fiancee! hoorayyy~

Alhamdulillah for a little string that tie the knot not only for this courtship but also to the family. May Allah swt bless this good thing. Amin. And may this string will become tighter by the day. Thanks to who gave the gifts. sponsor the kuih for jamuan. sponsor photography service. last but not least for your kind attendance. Such nothing could I ask more. -love-


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...