ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 28 November 2013

Idea : Sewa Baju Vs Baju Sendiri


Assalammualaikum,

Cerita bab persalinan pengantin, kite punyai cita cita kite sendiri iaitu untuk tidak menyewa mana mana butik baju perkahwinan.
Makna kata ketiga tiga majlis bermula dengan nikah, sanding dan bertandang adalah baju hak milik sendirian berhad.
Tapi tidak bermakna cita cita harus terjadi sebab kite tak tahu apa rintangan rintangan yang harus kite hadapi kelak.
Same goes dengan kehidupan semua orang. Masa kecil cita citanya alalah doctor tapi di sebabkan faktor faktor tertentu maka cita cita tersebut telah beralih arah.

Apa yang setakat ini terhajat di hati adalah untuk mengenakan persalinan baju kurung modern bagi akad nikah, a dress untuk bersanding dan a peplum untuk bertandang.
Lakaran sudah ada, cuma material dan design yang masih samar samar.
Masih bergoyang ke kiri dan kanan mengikut tiupan angin sehinggakan susah untuk mencapai keputusan muktamad.

Cerewat?

Tak lah. Itu bukan cerewet namanya tapi lebih kepada cita rasa. Setiap manusia ada cita rasa yang berbeza dan memberikan kepuasan hati yang berbeza juga. Kalau cerewet semua benda tidak kena, Dapat hadiah orang kasi pun banyak complaint, nak makan pun ikut certain certain tempat.

Kite tak suka pakai tangkap muat apa yang ada. Hey..kawin itu hanya sekali okay dan angan angan untuk berkahwin telah terpupuk sejak kecil lagi ketika di bangku sekolah.
Haruslah mencari yang terbaik supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Kenapa tidak mahu sewa?

Sebab sekarang sewa dah beribu beribu ikut pakej yang di tawarkan butik. Daripada kite korbankan beribu ribu baik kite tempah untuk diri sendiri. Rasa puas dan baju tersebut kembali kepada kite semula. Baju tersebut boleh di pakai berulang ulang kali ke mana mana majlis keramaian yang  bersesuaian. Kalau sewa hanya sekali sahaja lah pakai kemudian GONE.

Contoh seperti baju tunang. I am sooo satisfied with the outcome. Even baju tersebut tidak se-grand baju anak anak perempuan dato di Malaysia but ya~ kite puas hati! Tiada cacat celanya. I did the details with my own with full of love and Alhamdulillah most of my friends gave impressed comments. They said it was soo cantik. Ada yang nak copycat dan ada yang minta kite beads their veil. What i'm really shocked was Ken Anwar pun turut pm me.





Masih lagi mempertimbangkan keputusan. Hujung minggu ini andai di izinkan nak ke Jalan Tar. Sekiranya ada yang menarik di mata dan menarik di purse, terus beli material untuk ketiga tiga majlis.
Semoga segalanya dipermudahkan dari segi persiapan sehingga ke jinjang pelamin and the most important thing is di berkati oleh Nya.


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...