Assalammualaikum.
Hari ini review tentang dekorasi bilik yang mana telah di gunakan sebagai bilik untuk penyarungan cincin ketika hari pertunangan.
Sebelum hari pertunangan lagi perasaan untuk dekorasi sendiri bilik lebih membuak buak berbanding merancang untuk menyewa dais.
Sebab ketika itu kite berpegang kepada prinsip kite sendiri "Why pay everything but u get nothing".
Faham tak?
Kenapa kita bayar semua sedangkan at last kita tidak dapat pape. Pape tu maksud kite bukan tak dapat langsung moment/ kenangan di sebalik majlis tersebut sekiranya sewa pelamin tapi maksud kite barang yang kite beli tu. Setidak tidaknya bila kite spent RM300 RM400 semua barang adalah milik sendirian berhad.
Jangan ler pula ada yang cakap habis napa engkau makan sedangkan kejap lagi engkau poo poo. =.='' Itu lain!
Sebab bagi kite bertunang ni more to bersantai. Just datang lepak lepak sambil sarung cincin. Cool and relax. Tapi tak salah pun bagi yang inginkan pelamin, duit masing masing pilihan di tangan sendiri. Duit ekau bertingket tingket, duit den kureng tingket.
Untuk dekorasi bilik, kite suka konsep seperti dalam hotel. Bila masuk sahaja nampak bersih dan sweet. Kite tak suka yang jenis nampak ada event yang sedang berlangsung dengan ada bunga gantung sana gantung sini, ada kelambu bagai. Suka yang bila tengok ia sedia terletak. Faham kan?
ini gambar sebelum bilik di dekorasi kan. meja console tu sebenarnya dari guest hall.
Sedikit demi sedikit perhiasan mula di masukkan ke dalam bilik. Sesi try and error. Mana yang nampak kurang sesuai cuba di gantikan dengan yang lain. Seperti gambar di bawah, pada asalnya cuba suai padan dengan cermin berbingkai coklat cerah dan di sangkut secara melintang. Tetapi nampak seperti kurang sesuai.
percubaan meletakkan cermin bingkai coklat cerah pada awalnya
Kemudian di gantikan pula dengan cermin berkayu coklat gelap dan di sangkut secara menegak. Kite rasa ini lebih sesuai dan nampak tidak semak. Kemas. Tie up the flower vases with hot pink ribbon to revive my decoration.
Susunan cermin pilihan hati
Terima kasih yati and k.ila untuk LOVE wooden bought from Typo (Setia City Mall) . Terima kasih Kak Tina pinjamkan bunga hiasan (except bunga orchid- owned by my mum). Frame bought from IKEA. I place the centerpieces next to both vases.
ouh dont forget to add bunga rampai too untuk dapatkan bau yang sangat lovely. I put the bunga rampai in the oval vase.
Centerpieces tu kite DIY je using aromatic candle and a glass. put some lavender inside the glass.the other small glasses put a little syrup color to give better effect.
DONE for side table decoration then move to hiasan katil. Gambar bawah adalah bed sheet yang digunakan pada hari hari biasa. Manakala picture wall perlu di lakukan sesuatu since it look dull after many years been hanging up.
Tema warna untuk bilik, kite pilih sweet pink sebabnya baju kite warna kakhi dan tudung pula pink belacan. Kiranya lebih baik kite pilih warna pink untuk mendapatkan warna yang seangkatan dengan nya.
Perasan tak frame wall dah bertukar imej? Aceywah. Kite beli wrapper then gunting bentuk segi empat dan tampal pada gambar tengah asalnya. So nampak la ceria sedikit bilik den.
Perasan tak frame wall dah bertukar imej? Aceywah. Kite beli wrapper then gunting bentuk segi empat dan tampal pada gambar tengah asalnya. So nampak la ceria sedikit bilik den.
Kak cik's touch. She puts a roses petal imitate a heart. Thanks!
Gambar di bawah adalah suasana malam bila floor lamp di buka. Ouh sangat romantik dan nyaman. What a lovely environment. I wish someone that i love could be there.
So this is all the touches during the event.
Hephep hoorayyy~
Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat khususnya my family, myteam, husna, wani (caltex), wani (biotech) yang directly and indirectly bersusah payah dan tidak putus putus memberi idea membantu dalam penghasilan dekorasi bilik ini terutama sekali my beloved mum yang selama ini menjadi orang kuat. U are my wedding planner mama! Sesungguhnya daku memang cerewet. Miaha.ha.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment