Assalammualaikum . . .
Jumaat datang lagi, seperti kebiasaan hari hari jumaat, kite tak sabar menunggu kepulangan hashben.
Tapi kali ni meriah sedikit sebabnya kepulangannya bersama adik beradiknya yang berada di KL.
Minggu ni, family in law plan untuk buat kenduri nazar serta sambutan hari jadi Luqman (hashben's nephew). Habis kenduri menginap di penginapan Kolam Air Panas, Legong. Kesemua xtvt first time bagi kite.
Kisah itu, kite cerita pada entry berikutnya. Entry kali ini khas tentang majlis bertandang.
Disebabkan rumah hashben kite hanyalah sekangkang kera (dalam banyak banyak benda, mengapa kera juga yang dipilih untuk dijadikan ayat peribahasa), maka kenduri bertandang adalah selang sehari dari majlis di rumah kite. Mudah bagi semua sanak saudara, tak perlu ambil cuti banyak hari. One shoot sahaja. Direct --- Akad nikah (21.03.2014). Bersanding (22.03.2014). Bertandang (23.03.2014).
Majlis kali ini, kite pakai baju kepunyaan kite sendiri, bukan sewa dari butik. Kiranya dalam ketiga tiga majlis tersebut 2 busana pengantin adalah dari koleksi kite sendiri dan satu busana adalah sewaan dari butik. Sejujurnya kite dari awal merancang mahukan ketiga tiga baju pengantin adalah dari koleksi peribadi, tapi di sebabkan risau tailor tidak dapat siapkan baju kite on time tak ke parah namanya. Sampai sekarang menyesal sebab baju bersanding (sewa dari butik) tidak cantik, tahu buat sendiri pun tak HAPA. ha.ha.
Disebabkan selepas majlis bertandang, hashben tidak tidur di rumah kite (majlis akad nikah pun dia terus balik rumah dia. Takut kite buli lettew), tengah hari tu hashben dan pak langnya datang menjemput pengantin perempuan. Seronoknya tak terkata boleh duduk belakang bersama suami. Ha.Ha first time noxx . . .
Sebelum sampai ke rumah hashben, kami semua di arah untuk berkumpul di Taman Jubli Perak dahulu sebab rombongan kami akan di iringi oleh moto moto berkuasa tinggi. Ikutkan rancangan pengantin lelaki dan perempuan akan menaiki sendiri moto besar, tapi di sebabkan moto yang sepatutnya kami naiki, lewat tiba makanya kami teruskan dengan menaiki kereta. Selesai kesemua moto besar batch awal berkumpul, kami pun bertolak ke rumah hashben. Dan first time lagi kite diiringi oleh moto moto besar. Mak berdebar noxx . . . Ha.Ha.
Ketibaan kereta pengantin
Family hashben ramai yang punyai moto berkuasa besar. Dari paksu dia, ke abang ngah dia, ke adik dia. Bukan itu sahaja, FIL pun jenis join konvoi motor motor besar ni. Ouh bapakku.
Sekarang hashben pun duk menyanyi nak beli motor besar juga. Pun nak jugekk. Hu.Hu. Kita yang perempuan nampak macam tak perlu bukan, tapi until u naik then u will know. Kite pernah naik bonceng bersama hashben, memang seronok dia tu tak sama dengan naik moto biasa. Time dia kata pengang kuat kuat tu, jangan main main. Memang berdesup lajunnya. Perasaan lepas naik tu rasa macam malam tu juga nak pergi beli jaket kulit dan boot. Ha.Ha
kompang di palu . . .
pengantin baru . . .
kpak kopak kopang kopang
my family side
my all time fav toddlers.
My family
Perhaps, u want this k.cik? Hi.Hi
Melawat kawasan. Kenduri di rumah hashben, diorang buat secara gotong royong. Memang adik beradik abah pandai memasak. Abah pun! Beruntung emak dapat suami pandai memasak.
Nampak, kepala kerbau di situ. Next weeknya balik kampung di Jeneri, diorang masak otak kerbau, masak lidah kerbau. Pergh, meremang juga bila dengar. biar benar makan otak dan lidah? Dalam duk tak percaya tu, kite la yang memotong lidah tu. Rasa masakan tu pun ckit ckit je, sebab tak penah dengar kan.
Sesi outdoor.
Akhir kalam, lengkaplah cerita bagi ketiga ketiga majlis. Alhamdulillah. Semoga dengan adanya blog ini, akan terpahat 1001 cerita di sebalik majlis. Dan semoga ikatan cinta, perkahwinan ini sentiasa di rahmati dan di sulami dengan cinta yang terus abadi kekal selamanya . Amin.
-x0xo-
1 comment:
jeneri??
kt mana..hehe
Post a Comment