ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Monday 19 May 2014

Kolam Air Panas Dan Lata Bayu


Assalammualaikum

Beratnya rasa nak datang kerja hari ni. Rasa macam hari hari adalah hari cuti. Hu.Hu. Ini semua penangan weekend baru baru ni, betul betul di isi dengan xtvt keluarga.
Dan hari ini pun ambil cuti half day, pagi masuk kerja karang kul 12.30 baliklah. Sebab hashben cuti hari ini, memang tak boleh jadi kalau dibiarkan dia cuti sorang sorang. Naik angau kite kat office ni. Ha.Ha

Hari sabtu, family in law buat kenduri sempena abah bernazar dan juga sempena sambutan Luqman Haris (hashben's nephew) turn 2 this May. Sabtu tu, kite ambil cuti la sebab abang abang dan kakak kakak in law cakap tak kan kenduri pun nak kerja? Habis sape nak masakkan nasi kenduri. Saje, nak juga merasa air tangan kite ni ha. Memang nak tengok kenduri ni haru biru jadinya lettew. Ha.Ha.
Bila di fikirkan molek juga ambil cuti, bukan selalu dapat jumpa adik beradik memandangkan ada yang duduk merata tempat malah boleh merapatkan lagi tali silaturrahim antara kite dengan family in law.

Janji ngan kak farhana nak bantu dia, tapi bila hari kejadian tak sempat nak fully assist dia gara gara khidmat kite lebih diperlukan di bahagian dapur. Hak.Hak. Kak farhana ni anak datuk, so far Alhamdulillah tak de gap antara kite dengan beliau dan dia pun boleh mix well dengan kite dan adik beradik yang lain.


 Luqman is sooo Puteh. Mak pun panggil dia putehhh. Macam bawang merah bawang puteh punya cerita. Putehhh, kau ke mana nak? Ha.Ha. Even dia 2 tahun, tapi rangka badan dia seperti umur 3 tahun. Tinggi. Mana tidaknya, masa keluar dari perut pun dah 4kg lebih. Hu.Hu genetik emak beliau.



Le Hashben, orang yang sangat sibuk on the day. Berpeluh peluh buat kerja. Jenuh ceq nak ligan dia suruh pakai baju cantik cantik dan kemas. Suka sangat nak main ligan ligan eh baby?


With Luqman's mama.


De sisters

Family in law kalau buat kenduri, jenis gotong royong beramai dan abah lah lead-nya. Dan ini adalah first time bagi kite membantu kerja kerja memasak dari mula hingga sesi mengemas. Fuh! Penat memang tak terkata habiaq hang! Cakap dengan mak penat lah mak. Ha.Ha. Family den selalunya masak guna service catering. Penat pun cuma penat mengemas lah, itu pun tak teruk mana. Tapi tak pe, kite bisa tempuhi ini semua. Jangan risau. Ha.Ha.

Habis kenduri sekitar pukul 4 petang, kitaorang siap siap kemas rumah untuk bertolak ke Kolam Air Panas. Dah nama pun Kolam Air Panas, maka tidak di galakkan para pengunjung untuk berendam di hari pagi kerana suhu air mungkin akan menyebabkan kulit tidak tahan. Waktu malam memang ramai pengunjung yang datang dan Rm 6.00 dikenakan sekali masuk, Rm4.00 bagi warga emas dan kanak kanak tidak dikenakan charge.

Disana, kitaorang menginap di homestay. Homestay di kawasan ini, room basis. Bukan rumah yang ada kitchen, ada 3 4 bilik, ada dining hall. Harga? tak pasti sebab sampai sekarang tidak tahu sapa yang bayar. Hu.Hu.




Malam, sekitar pukul 10, kitaorang pun berjalan kaki menuju masuk ke kolam air panas. Tidak jauh sangat pun dari bilik. 5 minit dah sampai.

Pemandangan dari luar kolam air panas waktu pagi
Disebabkan risau keselamatan handphone bila berada di kolam air panas, maka terpaksa meninggalkan phone di dalam bilik. Sayang sebab tiada sekeping gambar berada di dalam kolam air panas dari phone nanti. Nasib baik abang syakir berani bawa, dan kak long la yang terpaksa bawa ke hulur ke hilir.



Ini kolamnya budak budak. Still panas tapi panasnya yang sesuai untuk budak budak.


Kolam ni ada banyak tahap kepanasan. Berapa tahap itu, kite tak pasti. Kite dan yang dewasa lain mandi di kolam tahap 3. First time cuba masukkan kaki dulu, sua aje terus angkat. Ha.Ha. automatik family members yang lain pun sebegitu. Berkat nasihat dari yang pernah pergi, diorang suruh masukkan juga kaki. Biarkan lelama sedikit kemudian turun sedikit demi sedikit badan. Memang terasa kepanasan di situ. Sampai ke sudah kite sorang saje yang tak berani nak menyelam sampai habis. Takut sakit muka. Ha.Ha gedik.

Kolam tahap 1 yang paling panas dan kolam tersebut terdapat palang besi di kelilingnya. Kolam tu dari jauh dah nampak tebal asap kepanasannya. Tak de sape pun berani nak berendam situ melainkan 4 sekawan ni. Hu.Hu. Abang long kawasan, abang yon, Adik shauqi dan bang teh a.k.a hashben. Hu.Hu. Itulah, suruh masuk real fear factor dalam tv tak nak, dekat sini jugek dia nak main real factor mereka. Lawan antara satu sama lain sapa berani masuk dalam tu, even sekejap pun jadilah. 

Risau tu memang lah, kalau boleh nak je panggil hashben tak payah la nak lawan lawan sape berani, kita mandi kolam tahap ke3 pun dah panas, nak. Ha.Ha. Tapi dah nama anak lelaki berjiwa berani, gasaklah. Asalkan jangan masak separuh daging tu sudahla. Tapi memang panas, tengok diorang masuk sambil pegang palang tu dan kemudian terus tarik naik secepat mungkin sebab tak tahan. Yang geli hati abang long syakir la. Sebab dia berisi sedikit, nak naik balik tarik palang tu memang ambil masa la menggelupur dalam kolam tu. Terpaksa adik adik laki yang lain tolong tarik naik. Ha.Ha. 

Diorang berendam sampai balik pukul 3 baru masuk bilik. Kite pukul 12 lebih dah surrender tak tahan mengantuk, so balik tanpa peneman hashben. =(

Esok pagi bangun, nampak makanan terhidang di luar bilik. Hidangan ini termasuk sekali dalam pakej penginapan. Tapi sayang, kite antara orang yang bangun awal, dan kite jual orang yang terawal melihat makanan terhidang. Tapi kite sabar menunggu ahli lain bangun semua. Atlast, kite tak sempat makan, sebab bila keluar dari bilik tengok diorang dah habis makan. Makan sneyap senyap. Waaa~



Habis breakfast dan berkemas, kitaorang menghala ke Lata bayu. Pusat Rekreasi air Terjun. Sampai sana terus hujan, tapi tak lebat.


Kite tak mandi pun, sebab malas nak berendam basah basah. sat lagi susah nak salin baju pula. 



My lovely MIL

Alhamdulillah, we had spent well our weekend with family members. Rasa semakin dekat dengan mereka dan boleh bergaul mesra. Itu matlamat kite join semua ni. Till we meet again guys, insyaAllah coming Hari Raya Aidilfitri.

Oklah, nak berkemas kemas balik rumah. I'm half day today. Daaaa~

-x0xo-






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...