Kita mulakan mukadimah kita dengan Assalammualaikum semua.Semoga hidup kita sama sama diberkati hendaknya.
Hari ini hakak nak cepat cepat coretakan kisah di sekitar majlis resepsi yang berlangsung di rumah hakak. Rumah cik abang hakak hari hari kemudian dan itu pun bergantung kepada kelapangan masa hakak. Kalau tak lapang tak kose hakak nak menaip. Hak.Hak.
Resepsi di rumah hakak (haishh duk hakak hakak lagi. ketuk ketuk kepala sikit bagi waras semula) berlangsung pada hari sabtu iaitu 22.03.2014. Macam biasa getarannya seperti pengantin pengantin kebiasaan.
Secara jujur kite kurang berminat dengan hasil makeup serta persalinan pengantin yang kite pakai on that day. Entahla, rasa cara pemakaian tersebut tidak sesuai dengan diri kite. Salah kite juga sebab tidak menitik beratkan elemen elemen kesesuaian dan keselesaan semasa sesi fitting. Sepatutnya kite kena cuba pakai satu set dari kepala hingga ke kaki supaya nanti bila tak sesuai boleh buat sedikit pembaharuan atau perubahan unuk lebih keselesaan. Makeup pula kite rasa warna foundation yang di gunakan lebih gelap sedikit dari warna kulit kite. Dah sedia maklum yang kulit kite tan colour, janganlah guna foundation yang lebih gelap dari kulit, dah membuatkan hasilnya tidak kebabom.
Tapi tak pe benda dah berlaku, dan kite pun sudah lama reda dengan permasalahan tersebut. Permasalahan telah di gantikan dengan kehadira suami tersayang. checkmate!
Acap kali melihat gambar majlis resepsi, acap kali juga hilang mood. Memang bukan kalau boleh, cepat cepat click next untuk lihat next photo. Hakak tak berselara nakk . . .
Lemau kan bila tengok. So jangan tengok lelama. |
Balik dari bridal, dengan perasaan tidak puas hati, minta Husna tolong touch up kan apa yang tidak kena. Terima kasih sahabat kerana banyak membantu kawan anda yang banyak songeh ini. Make up dah rasa better sedikit walaupun bukan keseluruhan, satu lagi pula masalah dari segi tudung dan veil. Sangat annoying veil yang panjang mengurai dan mengerbang. Sepatutnya veil kalai nak panjang panjang boleh, tapi material harus berat supaya jatuh terletak. Ini material ringan, veil pun mula la nak mengerbang ngerbang macam hantu merayap mencari mangsa.
Touch yang terakhir dari k.long. Ini yang memang kite tunggu tunggu any kerja yang perlukan bantuan dari k.long. Tagline untuk k.long "Hasilnya tetap membanggakan". Ha.Ha.
Ini memang last minit punya kerja. Memang berani mati betul. Ha.Ha tak akan kite lupakan insyaAllah. Bayangkan lagi 10 minit pengantin lelaki nak sampai rumah, dah kitaorang berdua masih mampu untuk buat keputusan buang tudung, buang veil, buang crown dan kita gantikan dengan tudung bawal biasa. Bayangkan dengan tetamu dan kawan kawan keluar masuk bilik untuk greet kite, macam mana engkau nak handle ini semua. Gua memang cuak der!
Tapi k.long relaks. Sangat cool. Dia pergi cari tudung di ampaian kemudian ambil ironboard dari bilik dan ironkan tudung tu di ruang menonton tv di mana sedang orang lalu lalang keluar masuk rumah.
Gilak! Tak ada ayat lagi nak menggambarkan bagaimana perasaan kite ketika itu. Terpaksa di kesempatan itu, kite kunci pintu untuk beri ruang pada kite dan k.long buka satu demi satu jarum peniti yang ada atas kepala. bukan tiga tapi 10 hokeyyy! Perlahan lahan k.long buatkan dan akhir sekali dia tolong touch up muka kite mana yang patut.
Inila hasil sentuhan terakhir. Nampakla sedikit fresh disitu.
Nampak jelas kelihatan keresahan vs ketenangan di situ, bukan? |
Candy booth yang di usahakan oleh k.Ila bersama assistantnya-Afreena.
Guest book hasil usaha kak cik
My siblings.
my family members
Outdoor session.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment