ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday, 18 April 2014

Akad Nikah 21.03.2014


Assalammualaikum
Salam penghulu segala hari, Jumaat.
Moga kita sentiasa di bawah naungan rahmatNya.

One more sleep seha untuk awak dapat jumpa hashben awak esok, bertabahlah.

Gambar dari photographer sudah di terima dengan selamat dua hari lepas.
Terima kasih Wan dari Lovelight Photography.

Bila dah ada gambar ni baru la best ckit nak bercerita, iye dok? Cerita tanpa gambar saling tak tumpah seperti menjirus air pada daun keladi. Ha.Ha. #tiada kaitan

Baiklah, Entry kali ini mengisahkan hari di mana kite bertukar status dari hidup berseorangan kepada hidup berpasangan. Hari Ijab Qabul.

Jumaat, 21.03.2014 pada pukul 3.00 petang kite di nikahkan di Masjid Pengkalan Lebai Man dimana jurunikahnya adalah Imam Masjid Taman Keladi merangkap pekerja abah semasa bertugas di MARA manakala yang meng-akad-nya adalah abah kite sendiri.

ketibaan keluarga dari belah lelaki beserta dengan bakal suami.
































SA (belum hashben lagi time ni) melakukan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu.

Sahabat sahabat beserta adik beradik mula mengambil tempat masing masing dalam masjid bagi menyaksikan detik hari kite di nikahkan dengan lelaki pilihan hati.

Ketika ini kedudukan pengantin perempuan beserta dengan yang lain agak kebelakang dari tempat pengantin lelaki berada. Kemudian kami diminta ke hadapan sedikit bagi mendekatkan sedikit jarak yang terpisah. Ouh ya, teman Myteam yang hadir ketika itu adalah Ana, Aju dan anaknya,Umarfaiq serta Ema. Manakala teman UKM yang datang jauh dari Kelantan dan Ampang, Husna dan Wani. Serius sangat terharu dengan kehadiran serta kesanggupan mereka untuk turun meraikan majlis kite. Sebak yang teramat bila dapat peluk mereka.  
























Seketika, kite didatangi oleh tok Imam serta abah lalu bertanyakan persetujuan kite untuk berkahwin dengan Saiful Adli Mohd Ezmi. "I do". Ha.Ha. Kemudian, tok imam meminta kad pengenalan kite dan mengarahkan kite untuk menurunkan tandatangan.

Kontrak seumur hidup yang paling mahal kite pernah tandatangan sepanjang usia kite 26 untuk tahun ini. Fuh. berdebar rasanya nak sign pada buku yang di berikan dan terfikir fikir signature macam mana nak kite turunkan.
























Mari kita liihat reaksi SA ketika itu. Abang sayang, jangan suka sangat nanti menggigil masa akad nikah nanti. hi.hi























Ini pula dari rombongan lelaki. Bakal mak mertua kite yang memakai tudung biru-turquoise.

 Sesi soal jawab. Cool baby . . . cool.























Setelah selesai sesi soal jawab, sampailah detik kemuncak.

bencik menanggalkan microfon yang di selit pada baju SA untuk di pegang.




























Sebelum tu lagi kite sudah risau sapa yang akan akadkan kite. Abah sendiri atau tok imam. Sebab sebelum ni bila tanya mama, mama kata tak pasti abah nak atau tak. Kata mama abah tak mampu nak lafazkan akad tu. Sebak katanya.

Tapi alhamdulillah, walaupun abah kelu pada awal untuk lafaz akhirnya akad berjaya dilakukan oleh ayah sendiri.


It's your turn baby. GO!























Alhamdulillah, praise all to Allah. Dengan sekali lafaz, terikat sudah ikatan suami isteri antara kite dan SA. Semoga tuhan menjaga ikatan ini sehingga ke sana.























Syukur ke hadrat mu Ya Rabbi. Ini yang terbaik, ku yakin.
























Mari lihat reaksi orang sekeliling terutama sekali abah setelah selesai akad. Ini kebahagiaan abah mungkin, untuk melihat anak perempuan tunggalnya bernikah. Mungkin di sudut hatinya sedikit terasa kerana segala tanggungjawabnya ke atas diriku kini telah bertukar milik.


Ini Abang saya. Oh tak. My baby. Tapi hashben tak nak kite panggil dia baby sebab segan and ask me to call him hubby. But i'm refuse. Okla. . .okla my hubby is my baby. Ok baby?














































Sesi pembatalan air sembahyang dilakukan di rumah dan tidak di masjid. Sebab setelah perbincangan dilakukan, dan dari pengalaman rakan rakan tahun lepas ada baiknya pembatalan air sembahyang di lakukan di rumah. Bukan apa, bila buat di masjid nanti ada bisik bisikan dari orang ramai minta di cium, minta di pegang itu pegang ini. Dalam masjid kan, tempat suci. Kurang etika la sopan nak buat itu semua.

 Baby, what song are you trying to sing? Hi.hi semangat berdirinya.


 Senyum baby. . . i try to make you not too serius, okay?


Cukup la ckit ckit gambar dengan hashben, simpan privacy sama.

Ni pula adegan dengan adik beradik. Ouh ini sangat lawak kalau ada ngah. Pose yang dia minta mesti menggelikan hati. Tapi ikutkan sahaja sebab kalau berdiri tegak biasa aje membosankan juga. Hu.Hu. Permintaan gaya yang paling banyak adalah scrum (macam rugby) dan tangan di dada.


Ha.Ha tak tahulah apa yang kelakar sangat sampai dapat moment gambar macam ni. Sendiri nak ketawa everytime berulang kali tengok gambar ini.




 Gambar bersama rakan rakan.


 Cukuplah dulu entry untuk majlis akad nikah. Nanti kite sambung buat entry bersanding pula.



-x0xo-

1 comment:

Ct DJa said...

Bestnya da ada gmbar. kita yg da lama nie pun xdpt lagi gmbar. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...