ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday 12 February 2014

HIV Test- Pra Perkahwinan


Assalammualaikum . . .

Bagi bakal bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan, ujian saringan HIV harus dilakukan terlebih dahulu kerana ia merupakan salah satu daripada procedure perkahwinan. WAJIB. bukan sunat ye. Baik pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. Tak buat maka tak dapat kahwin.



Hasil ujian ini nanti akan di isikan ke dalam borang nikah. So jangan nak verangan vangan untuk skip ujian ini. Ujian ni penting sangat untuk mengetahui seseorang itu bebas daripada penyakit HIV ataupun seorang itu pembawa HIV. Apa itu HIV? Secara kasarnya HIV adalah satu penyakit virus yang disebabkan oleh kehidupan yang bebas melakukan hubungan kelamin dengan bertukar tukar pasangan. Kurang penjagaan alat kelamin tersebut dapat membawa kepada penularan penyakit.

Bagaimana penyakit ini boleh menular? Ada 3 cara. Pertama melalui persetubuhan, kedua melalui persentuhan antara darah dan ketiga melalui kelahiran.

Teringat lagi waktu menghadiri kursus kahwin, penceramah bertanyakan setiap orang apakah tindakan yang dilakukukan andai pasangan anda adalah pembawa HIV? Pelbagai jenis jawapan yang dengar. Ada yang kata cari pasangan lain, ada yang kata kekal setia dan ada yang tak terkata.

Terpulang jawapan bagi setiap individu sebab ini melibatkan masa hadapan mereka, kesihatan mereka dan anak yang bakal dikandungkan nanti.

Berbalik kepada ujian HIV, ahad baru baru ini kite ke Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk membuat saringan ujian. Rupanya ujian HIV untuk pra perkahwinan ini hanya boleh dilakukan di klinik/hospital kerajaan sahaja. Sebabnya sehari sebelum itu kite ada call klinik swasta untuk bertanyakan ujian ini dan staff menjelaskan hanya pihak kerajaan sahaja yang boleh melakukan ujian HIV.

Baiklah. baiklah. baiklah kite gi kerajaan aje . . .  *baru nak mengelak dari bersesak dalam klinik kerajaan.* hu.hu.

Pergi berseorangan tanpa pasangan pun tidak mengapa. Tiada kekurangan. Takut nanti ada yang risau, pasangan perlu hadir bersama.

Ouh ya. HIV test di Klinik Kesihatan Bakar Arang hanya terdapat pada sesi petang sahaja iaitu dari pukul 2.00petang sehingga pukul 4.00petang. Kite pergi awal, sekitar pukul 1.30petang sudah berada di sana konon konon mahu menjadi first patient. Sekali sampai ha.ha ramai lagi yang lebih bijak dari kite. Mula mula cemas juga betul ke aku perlu berada di sini sebab rata rata orang yang hadir kebanyakan membawa buku merah, yang membawa anak kecil dan yang sedang mengandung.

Tapi cekalkan hati beratur juga di kaunter pendaftaran dan nasib baik staff klinik tidak berkata apa apa bila kite beritahu hendak melakukan ujuan HIV. Dia hanya minta ic dan berikan number giliran. So, betul dah la tu kehadiran kite di sini. Jangan nak gelabah lebih gelabah lagi. =.='

Ouh, disarankan membawa pen ketika melakukan ujian HIV kerana banyak butiran peribadi perlu di isi di dalam borang yang diberikan. Memang tidak di nafikan ujian ini meruntun kesabaran yang tinggi selain perlu menunggu giliran malah terdapat empat tiga session yang perlu kita hadap. Pertama tunggu giliran untuk berjumpa dengan Doctor dan kemudian doctor tersebut akan kaan memberikan penerangan apa itu HIV, bagaimana boleh menghidap HIV, cara jangkitan serta bagaimana untuk menghindarinya.

Ingatkan dah habis penerangan, doctor akan ambil darah dan terus dapatkan hasilnya. Rupanya selepas itu, doctor minta kite kena keluar dari bilik dan pergi session lain untuk mendapatkan bacaan blood pressure, berat badan, tinggi serta BMI.

Habis itu semua, kite diarahkan untuk ke session darah di mana darah kite akan di ambil sebagai spesimen ujian. Mind set kite mati mati ingatkan darah diambil pada hujung jari sahaja, sekali dia selak lengan baju dan ambil pada lengan kite. Memang cuak la derr... ingat benda lain tapi benda lain yang terjadi. Memang tak prepare mental dan emosi langsunglah. Waaaa~ Nak tak nak haruslah juga dan berbekalkan dengan bacaan surah surah Al-quran settle sudah masalah ambil darah.

Kemudian, staff minta kite bawa tiup darah tu ke makmal. Weh, kite sudah la luka luka dan berdarah- ni sesuka hati aje suruh kite sendiri bawa sampel. Tolong lerr . . .

Dah ke session makmal pula kite. Tunggu sebentar untuk mendapatkan hasil ujian tersebut. Dalam 10 minit kite dah dapat hasil tersebut dan terus ke kaunter untuk memberitahu staff yang kite sudah berjaya mendapatkan hasil di makmal. Staff minta kite berjumpa dengan Doctor lagi sekali sebagai session terakhir. Alhamdulillah doctor bagitahu kite negative HIV. "So Doctor, I dah boleh kawen la ni kan?" Ha.ha. Doctor said. 'Yes, u are. Congratulation.

Lupa nak beritahu, klinik charge RM1 sahaja untuk ujian HIV ni. Sediakan duit kecil secukupnya bagi menghindari kesukaran staff atau anda untuk pecah duit tersebut.

Balik dengan hati yang gumbira kerana banyak procedure yang telah selesai dan sekarang sedang menghampiri garisan penamat bagi setiap preparation yang di perlukan dalam borang nikah. Syukur kepada mu Ya Allah kerana membantu meringankan setiap ujian ujian yang diberikan.


-x0xo-

7 comments:

Hana said...

Tumpang tanya klinik bakar arang tu buka hari jumaat ptg x utk hiv test

Unknown said...

sorry hana...late reply. klinik tu xbuka jumaat sebab klinik kerajaan kedah kan...ikut hari ahad hingga khamis sahaja.

Hana said...

Tq.ari ahad ni hana p.kku di kedah untk prosedur nikah.wajib x sijil pra perkahwinan.hana trtinggal kat runah sewa di kuching.huhu

Anonymous said...

kalau x kawin boleh ker buat ujian hiv tu

Anonymous said...

kalau x kawin boleh check ker

Anonymous said...

Klau xkawin xbleh..

Anonymous said...

nak tanya, boleh ke buat hiv test before g kusus kawen?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...