ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Tuesday, 25 February 2014

Penghantaran Borang Nikah di Pejabat Agama Kuala Muda


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, ahad lepas (23.02.2014) telah selesai satu lagi bab procedure perkahwinan iaitu submission of borang nikah di Pejabat Agama. Allah. Mudah betul aturan Allah untuk kami berdua. Sekali sahaja pergi dan berbekalkan sejam semuanya selesai.

Selagi penghantaran borang belum dilakukan, selagi itu pelbagai persoalan berlegar di minda kerana ingatkan perkara ini adalah rumit. Macam macam kes yang kite dengar dari kawan kawan serta adik beradik, ada yang sampai 2 3 kali ulang alik ke pejabat agama atas alasan terlalu awal menghantar borang atau borang yang diperlukan tidak lengkap. Bagi yang ingin menghantar borang nikah, perlu di ingat bahawa penghantaran hanya boleh dilakukan dalam masa sebulan. If, penghantaran di lakukan terlebih awal dari sebulan, anda nanti akan dinasihatkan oleh staff pejabat untuk balik dan kemudian datang semula dalam masa sebulan sebelum kahwin. Contoh. Akad nikah jatuh pada 21.03.2014 (akad nikah kite lettew), borang hendaklah di hantar pada 21.02.2014 atau lebih lewat dari tarikh tersebut. Faham tak? Seminggu sebelum nikah pun masih boleh hantar.

Kemarin pergi ke pejabat agama berdua dengan SA. Mulanya fikir lebih baik kite seorang sahaja yang pergi tanpa kehadiran SA, sebab K.Ila pun masa penghantarn borang, dia dan ayah dia sahaja yang pergi tanpa kehadiran ngah. Kesian la nak menyusahkan SA balik Sg Petani, memenatkan badan sama. Untuk lebih kepastian, abah hubungi Pejabat Agama dan mereka memaklumkan wajib kedua pasangan untuk sama sama hadir ke pejabat untuk membaca Ikrar.

Ikutkan kite, seawal pukul 8 kite dah mahu berada di pejabat Agama. Kalau melibatkan benda formal memang prefer pergi awal awal. Seawal pintu pejabat di buka. Sebab tak suka bersesak dan tak suka menunggu. Tapi di sebabkan pergi berdua, alahai terpaksa mengalah dengan kehendak SA. Alasan dia, terlalu awal. =.=' Biasalah bukan mudah nak jumpa perkara yang sama dengan partner in crime ni. Dia cara dia, kita cari lain. Salah seorang kena mengalah.

Pukul 10.30 pagi sampai di pejabat, dan terus heading ke tingkat satu. Ramainya orang dan tempat pun sedikit sempit. Memula tu, terkial kial juga macam mana process perjalanan berlangsung. Nak ambil number giliran di mana? Mana screen number panggilan? Ok, sedikit gelabah. Nak ambil tempat duduk pun almost full. Cekalkan keberanian, terus menerpa stranger dan bertanya di mana boleh ambil number giliran. Rupanya beratur sahaja depan meja kaunter tu dan bila sampai giliran kita, staff akan minta borang dan diperiksa.

Setelah semua borang yang dikehendaki lengkap, pembayaran sebanyak rm12 seorang dilakukan dan kite serta SA diberikan borang ikrar untuk di lengkapkan. Borang Ikrar tersebut adalah dalam bahasa Jawi. Diharap sebelum ke pejabat agama polish terlebih dahulu skill mengeja jawi anda bagi mengelakkan segan di depan ustaz serta di depan bakal suami anda. Ha.Ha.

Selesai isi, kitaorang di minta tunggu sebentar sehingga ada petugas datang memanggil nama untuk masuk ke dalam bilik lain berjumpa dengan ustaz yang bertugas. Untuk apa? Untuk baca balik ikrar yang kita telah isi sebentar tadi. Kedua dua pasangan terlebih dahulu perlu memulakan dengan lafaz Bismillah dan terus membaca ikrar. Perasaan kite? Err rasanya tak de perasaan pun. Tak sedih, tak sebak, tak menangis. Entah, sebab ayat dia tak touching. Bagi kite la. Ini namanya jiwa kental. Ha.ha. *padahal time tu sibuk mengeja jawi supaya nampak hebat di depan bakal suami dengan bacaan sekali nafas. Ha.ha sengal*

Ustaz tu tak garang pun. Sangat soft spoken dan relax orangnya. Kitaorang sembang sembang biasa aje tak ada satu pun soalan susah. Padahal pagi pagi sibuk refresh rukun islam, rukun imam, nama nama najis, najis muqaffafah, najis mutawassitah dan lain lain. Siap bawa buku agama lagi simpan dalam kereta, konon konon nak buat review. Baha.ha

Dah selesai semua urusan terus balik dengan hati girang. Ouh ya, 17.03.2014 kena datang semula untuk ambil borang kebenaran.

yeayyy~ going to be Mrs Saiful in just 23 days more. Mixed feeling.


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...