ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Monday, 17 February 2014

Hubungan Dengan Keluarga Bakal Suami


Semalam mama abah pergi rumah SA ada perkara yang diorang bincangkan. Mama tak berapa menggalakkan sangat kite pergi rumah SA sebab katanya anak dara kena ada sifat malu malu sedikit pergi rumah lelaki. Nanti dah kawen nak duduk sana tak balik balik pun tak mengapa. Hi.hi. Mama kata, belah diorang dah banyak preparation yang dah dilakukan. Bekas hantaran pun dah cantik di hias dan di susun kemas atas katil. Curtain di segenap  tempat pun turut diganti baru. Siap sempat pasang tile diruang tamu lagi. Gulrp!

Naik seram pula bila dengar. Sebab kite rasa banyak benda yang belum siap lagi. Tudung untuk persalinan sanding serta bertandang belum di cari lagi, kasut untuk majlis pun belum di beli. Fresh flower pula dari sehari ke sehari nak watsapp k.long minta tolong k.long untuk carik dan gubahkan. Baju untuk di pakai harian selepas berkahwin pun belum beli lagi. Mama dah bising  bertanyakan bilanya nak di beli baju basahan untuk di pakai di rumah serta baju yang sesuai untuk berjalan?
Nanti SA nak bawa kamu jumpa adik beradik sanak saudara dia nak pakai apa? Tak kan nak pakai baju berlapuk kamu? Nanti orang cakap “kata pengantin baru tapi kenapa kelihatan kusam”. Ha.ha mama. . .  mama. . . Nanti akak beli yer.

Sebenarnya tak nak cerita sangat pasal wedding preparation ni tapi lebih kepada persiapan dari segi mental dan fizikal selepas kawen.  Itu yang lebih merisaukan kite sebenarnya berbanding keterujaan berkahwin. Bagaimana penerimaan SA terhadap kite nanti, penerimaan kedua ibu bapa serta adik beradik SA terhadap kite.   

Bagaimana kite nak bawa diri kite bila berada di dalam keluarga SA? Boleh ke dengan sikap kite ni orang nak terima dan suka? Bagaimana caranya kite nak bergaul dengan mereka dan bahasa apakah yang perlu kite gunakan? Setiap pagi kuih apa yang perlu kite hidangkan untuk mereka? Tengok, pelbagai persoalan yang bermain di minda kite. Ini menunjukkan yang kite terlalu berfikir tentang ini.
Satu lagi masalah, kite ni kurang sikit bersosial lantas sifat keramahan memang berada di tahap yang rendah. Takut nanti tak tahu nak bersembang apa dengan keluarga SA. Penat la kalau asyik nak terperuk dalam bilik aja, kan?

Setiap orang di besarkan dengan cara yang berbeza oleh ibu bapa masing masing. SA dengan cara dia dan kite dengan cara kite tersendiri. Mampukah dengan perbezaan ini akan membahagiakan kitaorang sekaligus membahagiakan ahli keluarga yang lain?

Bak kata Prof Dr Muhaiya, kita perlu positif kan diri. Bila diri positif kelakuan juga akan positif dan menyebabkan orang sekeliling turut positif dengan kita.Kite harap kite dapat lakukan yang terbaik untuk semua orang dan berharap juga mereka berlapang dada untuk memberi tunjuk ajar mana yang perlu. Semoga ikatan kita sentiasa baik dan tiada jurang negatif antara kita semua.


-x0xo-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...