ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 8 August 2012

Congrats for becoming parents

 


seronok rasanya melihat sahabat-sahabat yang baru melahirkan anak
lagi-lagi kalau kawan itu sendiri dari kalangan kawan rapat sewaktu di sekolah
tipulah kalau kite kata kite tak ada sedikit pun perasaan cemburu atau iri hati
atau rasa apa-apa
walaupun sebegitu tiada niat ye mahu pergi jumpa bomoh-jampi serampah
apa semua tu. isk! tak mau..tak mau..tak mau.. tak baik, tak bau syurga nanti.

haruslah sedikit terasa sebabnya sudahla punyai suami kemudian dilengkapi pula 
dengan  kehadiran cahaya mata yang comel comel seperti mahu digigit gigit
kite ni?
haip! tak baik tak bersyukur. kite ada mama-abah-abangS-kakakS-adik
so tak lengkap ke namanya tu?
bukan tak lengkap, tapi dah lebih dari lengkap
lagipun memang fitrah manusia,kan hidup mestilah berpasang pasangan
lelaki haruslah bersama dengan perempuan dan perempuan haruslah 
bersama dengan lelaki (sama aje bunyinya). =.=''

tapi nak buat macam mana, sudah tertulis di Loh Mahfuz yang jodoh kite
lambat lagi nak sampai
tak kan nak hentak hentak kaki guling guling minta jodoh tu datang
bergolek secepat mungkin pl
lagipun Allah tu Maha Mengetahui akan hamba hambaNya.
Husnuzon seha husnuzon!
Allah tahu kelemahan diri kite samada kite dah bersedia atau belom untuk memikul
segala tanggungjawab sekiranya sudah berkahwin nanti
sedangkan sekarang yang keseorangan pun masih perlukan perhatian dari mama-abah.huk.huk.

tapi sapa ye bakal imam kite tu?
Dang!
teringin sangat nak tahu
kalaulah setiap org boleh nmpk siapa jodoh mereka masing-masing, best jg kan?
tapi kalau dah dapat tahu nak tukar dengan yang lain boleh tak, mcm tak best aje dia. . . .  
ha.ha.ha.ha -kidding-

Bakal imam kite tu nanti mcm mane ye orang nya . . . .
'macam mane' macam mane??
tak baiklah memilih nanti sampai ke tua tak kahwin then mcm mana nak dapat baby omel omel?
siapa kata tak boleh memilih, dalam islam pun di haruskan
next entry nanti karang 'ciri-ciri bakal imamku' pula
wah!
pengsan suda baaaa~

eh sebelum menutup tirai tahniah ye pada liyana, haniza dan kak cik. semoga
menjadi ibu mithali serta isteri solehah. may Allah bless ur family with love,
more happiness and prosperity from now and the hereafter.


-x0x0-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...