ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday, 8 April 2016

Pregnancy Update 39w : Seminggu sebelum Bersalin, Induce

Assalammualaikum

Salam Jumaat.

Kalau ikutkan mata ni dah berat sebenarnya, nak tido aje kalau boleh.
Tapi sebelum tido, sebelum mood mengarang ni hilang di bawa angin molek benarlah kite cepat cepat siapkan entry ni.
 Hari ni dah masuk 8/4/2016, dan kalau ikutkan edd dari kk adapada 14/4/2016 manakala edd dari hospital umra pula 16/4/2016. So, tinggal lagi seminggu aje lagi tempoh di berikan untuk baby keluar melihat dunia.

Semalam kite ada checkup di Hospital Umra, berat baby at 39w adalah 2.89kg. Doctor cakap baby awak dalam 2.6kg - 2.8kg, memang kecik sikit tapi tak pe sebab melepasi border. Jangan risau katanya. Doctor cakap di sebabkan perut kite kecik, baby pun padat dalam perut. Air ketuban pun just ngam ngam aje iaitu di paras 10. Doctor bagitahu, next appoinment will be on 14/6/2016. Dan sekiranya masih tiada tanda tanda baby nak keluar, doctor akan induce on 16/4/2016.

Bila dengar induce tu yang jadi gerun. Seminggu yang ada ni nak kena workout habis habisan bagi baby nak keluar dengan sendirinya tanpa ada paksaan dan bagi cepat laluan bukaan terbuka. Selain daripada berdoa, usaha sahaja yang kite ada.

Semoga sebelum sampai 16 aribulan, baby akan keluar tanpa di induce. Amin.

-x0xo- 

Monday, 28 March 2016

Pregnancy Update 37w4d: Checkup Umra, Broken Heart, Baby Too Small, Baby Lemas

Assalammualaikum

Allahuakhbar, Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa

Tak ada perkataan nak describe macam mana perasaan kite masa tu.Hanya Allah yang tahu.

Sepatutnya kite ada checkup di Umra pada 23 March 2016 kes katanya anak kite kecil. Berat 2.2kg at 35w3d. Ini Entry. Tapi kite tak pergi sebab ambil ringan memandangkan tak lari banyak pun dengan ideal berat yang sepatutnya.

Semalam pergi, daftar kat reception, receptionist tegur sepatutnya datang on 23rd dan berjumpa dengan Dr Niraj, tapi kenapa tak datang dan hari ni Dr Niraj tak ada. Dia tanya boleh ke nak jumpa dengan doctor mana mana dulu dan perlu datang semla untuk berjumpa juga dengan Dr. Niraj. Kite pelik la asal yang perlu sangat jumpa dengan Dr. Niraj. Kite pun cakap ok. Masa dalam bilik check berat badan dan BP pun, nurse tu bagitahu yang kite sepatutnya datang jumpa dengan Dr. Niraj kan. Kite cakap ya, dan masih terpinga pinga asal kena sangat jumpa dengan Dr. Niraj ni.

Settle ambil urine test, nurse bawa kite ke satu bilik dan katanya untuk tengok jantung. Dia pun pasangla tali tali seperti safety belt atas perut kite. Sudah,nampak macam menakutkan. Ni, nurse nak buat apa? Sakit ke tak tanya kite. Dia pun senyum senyum. Dia kata nak buat CTG utk lihat degupan jantung baby. Dia tanya tak pernah buat ke sebelum ni. Tak pernah ler, sebab tu felik. Nurse pun explain pada screen monitor supaya kite faham apa yang sedang berlaku. Bacaan heart beat baby masa awal tu adalah 138, nurse cakap baby kite sedang tidur dan dia minta kite kejutkan baby supaya bacaan naik menjadi 150. Masa yang di berikan adalah selama 20 minit- 30 minit. Dan setiap naik turun naik bacaan heart beat baby di record.

Punyalah kite dan husband kejut baby bagi skala tu naik dengan menekan perut kiri kanan, tukar posisi baring. 10 minit pertama tu graph tak berapa cantik sebab baby tak nak bagi kerjasama. Baby lebih sedap di buai mimpi dari terjaga. Dah lama lama kacau tu, akhirnya bangun juga dan cecah skala paling tinggi 158. Hihi, sorry sayang, nurse yang suruh kejutkan awak.

Habis sesi heart beat baby di ambil, nurse minta kite jumpa dengan doctor. Doctor ni, doctor locum. Nampak macam tegas sangat dan dia tegur sepatutnya datang 23 aribulan lepas tapi kite tak datang. Awak ada kes baby kecik dan sepatutnya kena refer dengan Dr. Niraj, so saya tak boleh nak decide pape untuk awak hari ni. Time tu dah mula cuak sangat. Tapi tak pe, dia minta kite baring untuk scan baby. Tapi sebelum tu, kite check laluan dulu samada dah ada bukaan atau tak. Perghhh~ tiba tiba nak check bukaan laluan. Memang rasa nak lari je dari hospital sebab takut. Kena tanggal seluar dan berbaring.Getar. Getar. Getar.

Doctor minta angkat dan bengkokkan kaki, sambil dia pakai glove dan picitkan gel atas jari dia. Doctor masukkan jari ke dalam lubang faraj, untuk check samada dah buka ke belum. Doctor suruh kite relaks dan buka kaki betul betul sebab kite kepit kepit kaki kite. Iyelah takut kot dan first time kena check sedalam tu. Nasib baik tak sakit sangat dan dah biasa husband buat urutan perinium kat rumah. Bagi ibu ibu yang mengandung, bolehla practise buat urutan perinium di rumah menggunakan vco. Selain dari melembutkan bahagian bawah tu, kite dah biasa bila doctor masukkan jari dia.

Habis sesi check laluan, doctor nak scan pula. Habis scan tu, dia kata anak awak memang kecik. 2.0kg sahaja. 2.0kg? 2.0kg? Kite rasa macam tak muhasabah. Sebab last week kandungan 36w, kite check di kk, doctor bagitahu berat baby 2.6kg. Doctor tu cakap, doctor kk is not a doctor pakar.

Doctor explain apa risiko sekiranya baby kecik dalam perut. Kemungkinan baby akan lemas dan pertumbuhan akan terbantut sekiranya di biarkan lebih lama. Kemungkinan baby awak akan di keluarkan dengan lebih awal. Tapi macam saya bagitahu awal tadi, saya tak ada kuasa nak decide, awak kena jumpa dengan Dr Ummul sebab dia bos Hospital Umra aka doctor pakar juga. Dr. Ummul pukul 7 malam baru ada, awak kena tunggu sejam lagi untuk berjumpa dengan dia.

Keluar dari bilik tu, lemah sangat kite rasa. Badan terus lembik. Mata dah berair. Husband tanya nak pergi kedai baby tak sementara tunggu lagi sejam. YaAllah, kite tak ada perasaan langsung dah nak pergi mana mana. Tawar sangat hati. Barang yang pegang di tangan semua jatuh. Husband cuba juga kawal emosi kite minta kite bersabar, advise kite biarlah 2.0kg pun asalkan sihat. "By...2.0kg is too small, entah entah sebesar 2 tapak tangan kita aje. Kesian baby kalau kena masuk incubator".

 At this time, i really need my mama and abah. Only diorang know how to advise me, calm down me. First call mama, lepas sebut Assalammualaikum terus tak boleh bercakap. Sedu sedu menangis, mama dah gelabah tanya kenapa dan apa yang terjadi. Lepas kite ceritakan semua, mama minta kita bersabar. Kalau Allah dah decide macam tu, kita kena terima. Tak pe, berat kecik nanti dah keluar kita bela bagi susu bagi dia membesar. Mama pun kena induce dulu, sakit bersalin induce atau tak induce sama sahaja cumanya dari tak berasa sakit nak bersalin jadi sakit. Itu sahaja. Dah habis cakap dengan mama, rasa release sedikit. Lepas tu masuk pula message dari abah.



 Lepas last whatsapp terima dari abah, terus dapat panggilan dari dia. Abah kalau cakap dengan dia, hati lagi rasa sayu. Lagi membuatkan nangis teresak esak sebab dia punya ayat lagi power dari mama, susunan ayat dia memang buatkan kite rasa tersentuh. Kite tahu, di hujung talian abah pun sebak dengar kite menangis. Anak perempuan seorang dia, mana boleh dia tak ada pape perasaan.

Alhamdulillah, dengar nasihat dari abah, kite pasrah dengan ketentuan Ilahi walaupun berat nak tanggung. Sementara nak menunggu Dr Ummul sampai, better kite pergi mana mana dari duduk dalam kereta habiskan minyak. Husband bawa kite ke karnival makanan apa ntah yang berlangsung di sekitar area hospital tu. Hati memang tak ada langsung kat tempat tu dan dalam berpuluh puluh stall makanan, tak rasa pun nak beli pape. Kite hanya ingat pada Allah, astaghfar banyak banyak dan berdoa semoga ada sinar di hujung nanti.


 Habis ronda dalam pukul 7.15 malam, kitaorang ingat nak solat dulu kat masjid berhampiran sebelum kembali ke hospital. Tup tup dapat panggilan dari hospital kata Doctor Ummul dah sampai dan nak jumpa kitaorang. Teruslah bergegas ke sana. Sementara menunggu ada patient dalam bilik Doctor Ummul, tak habis habis kite berdoa. Sampai giliran kite, nurse panggil masuk dan dia mention katanya Doctor sebelum ni bagitahu anak awak kecik sangat which is 2.0kg. Tak pe, before awak baring untuk scan, saya nak tanya sedikit background history. Selesai, kite pun diminta baring. Scan punya scan, ukur punya ukur, Doctor bagitahu "Hurmmm~ i got 2.67kg, ok je berat baby". Hati kite release sangat. "Tak pe, i call my husband to double confirm".  Suami dia nama Rafi. Dia pula nama Ummul. Um+Ra, hence the hospital named. UMRA. Mata kite dah berair dan menangis. Kite pun ceritalah Doctor yang attend kite tadi kata  baby kecik sangat lah, apalah. Doctor Ummul cepat cepat suruh nurse bagi tisu sebab nampak kite menangis

Suami dia, Doctor Rafi pun datang. Scan punya scan, ukur punya ukur then he said i got 2.7kg. So, please abaikan 2.0kg. Doctor Ummul melawak dengan suami dia kata kite risau sangat tadi sampai menangis sebab anak terlalu kecil, and now when she knows her baby is ok, she can smile already. Doctor cakap maybe mesin bilik tadi ada ralat kot sebab tu beza banyak.

Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada dayaku melainkan kuasaMu sahaja ini akan berlaku, Ya Allah. Hanya miracle akan berlaku dengan kuasa Allah.

Doctor advice husband supaya bawa kite pergi jalan jalan Jusco yang baru buka kat Shah Alam supaya baby cepat keluar. Hi.hi.



-Terima kasih YaAllah.-


Wednesday, 23 March 2016

New Arrival By Velvetseha

Assalammualaikum



















Pilihan A

Pilihan B


Agak agak korang antara Pilihan A dan Pilihan B mana satu yang terpikat oleh mata? Tajuk pun Something Beautiful haruslah Pilihan B di pilih. Ada la keserian sedikit di situ dengan diselitkan bunga. Ini kosong aje, tak selari dengan tajuk langsung.

Biasalah, mula mula nak design idea belum keluar lagi. Masih formal dan kaku. Makin di asah makin keluar idea idea yang bernas lagi muhasabah. Miahaha.

Poster ni untuk apa sebenarnya? Ouh ya, memandangkan kite pun dah bergiat aktif semula dalam bisnes secara online, InsyaAllah new arrival will be hujung bulan March 2016 ni. So the name is Something Beautiful. Coming product ni apa pula? Baju ke, Seluar ke, atau Skirt again?

Haaa~ haruslah follow Velvetseha untuk dapatkan lebih detail information. Kite akan sentiasa update time to time about my new product. Semoga berjalan dengan lancar. Risau juga duk menungu 31 March untuk release product, tehtiba ada pula yang pop-out at that time. Hi.hi.

So, sekali lagi kite rendah diri menjemput kalian untuk beramai ramai singgah ke FB page kite atau Instashop kite, walaupun tidak membeli sekadar cuci mata sudah mencukupi. Then spread it to your friends, itu pun sudah cukup gembira. 

Terima kasih sudi membaca. Bye, jumpa lagi.


-x0xo- 


Friday, 18 March 2016

Hello March

Assalammualaikum





Tiba tiba Hello March,kan?
Padahal sebelum ni selumber je post macam macam, baru hari ni nak bagi mukadimah Hello March. Dah tengah bulan dah pun. So, what is the real point, actually?

Ha.ha.
Takde point besar pun. Cumanya nak kembali aktif as admin for Velvetseha Collection. Dah lama rasanya meninggalkan alam bisness online. Dah lama tak upload product product baru dari Velvetseha.
Jadi, apa salahnya bagi greeting sikit pada semua orang dalam alam maya. Tak gitu? Takdelah orang pakat terkezuuut.



Cerita pasal nak start semula bisnes dah lama dah, masa kerja ngan abang kite lagi. Apply one month unpaid leave pun gara gara nak sungguh sungguh buat bisnes lah kononnya. Sekali tengok, preggy la pula. Dari bersungguh sungguh nak buat bisnes, jadi lemau semangat. Tapi material dah start beli sikit sikit. Setiap kali tengok stock barang rasa nak termuntah, tak tahu kenapa. Suami lah penguat semangat dan tulang belakang dalam bisnes kite ni. Dia la yang bawa ke sana bawa ke sini cari supplier kain, cari tailor, suruh masuk kelas itu, seminar ini dan lain lain lagi. Terima kasih.

Kite rancang nak settlekan semua ni sebelum kite deliver. Kiranya nak launching new product within this month, InsyaAllah. Semoga kehadiran anak, membuka pintu rezeki untuk kita semua. Amin.

Semangat!


-x0xo-


Thursday, 17 March 2016

Pregnancy Update 36w : 9 month Pregnancy, Hb naik

Assalammuailaikum

Aduh aduh sayang,
Cukup hari ni masuk 9 bulan kehamilan. Wink.Wink

Hari ni check up di kk untuk 36w dan last scan dari doctor kk.
Appointment hari ni awal, pukul 8 pagi. Tiba - tiba suami kata dia nak temankan kite ke kk.Hurmm~ dah lama sebenarnya husband tak teman ke kk melainkan ke Umra je sebelum ni sebab kite sendiri yang tak berapa suggest. Lama nak menunggu, kang lambat pula masuk kerja. Mungkin husband rasa due makin dekat, dan dah lama sangat dia tak temankan kite ke kk so hari ni dia ambil peluang tuk temankan kite. Terima kasihla ye, jasamu di kenang, namamu di sanjung. Erk!

Sampai kk, dalam pukul 8.30 pagi. Mak tuan, ramainya orang menunggu. Habislah, kesian suamiku nak menunggu seramai ini. Memang mengundang serba salah yang teramat dalam hati kite.

Procedure macam biasa kena buat. Ambil darah, urine test, timbang berat, nurse check perut dan jumpa doctor.

Alhamdulillah, lepas dapat result urine test tu, cepat cepat tengok bacaan HB. HB ada naik sikit dari previous 10.5 naik ke 11. Paras normal. Lega. Kalau turun lagi, tak tahulah ubat apa lagi nak di tambah untuk makan. Yang satu obimin tu pun bercinta dan bergaduh ngan husband kalau tak makan. Hu.Hu.

Kenaikan HB tu tak tahu nak kaitkan dengan ubat Ferus yang doctor bagi atau tips yang kite amalkan dari kawan kite. Ni tips yang kawan kite bagi. LINK Memang sepanjang dua minggu kite amalkan tips tu selain dari pengambilan ubat kk. Tapi itulah, tiap kita metabolisme badan tak sama. Ada orang makan bayam, HB naik mencacak, ada orang boleh makan kerang, ada orang makan buah jambu HB cantik. Tapi kite makan bayam pun, HB makin makin menurun. Kenalah cari alternatif yang lain.

Jumpa doctor untuk scan, dia a bit puji la sebab HB naik balik, tapi dia pesan jangan sebab pujian ni awak ada reason untuk skip continue ambil ubat pula. InsyaAllah, doctor doa doakanlah saya tak skip skip lagi ye. Hi.Hi

Doctor minta kite tuk baring, nak scan perut. Dia pun scan habis semua dan tunjukkan kite anggota anggota badan baby.




Alhamdulillah semuanya ok. Syukur. Berat baby dalam 2.6kg dan doctor pun cakap baby sedikit kecil sebagaimana doctor di Umra pun kata baby kite kecik. Kite tanya berat sepatutnya untuk baby 36w berapa. Dia kata dalam 2.6kg atas atas sikit. Berat baby kite macam cukup cukup 2.6kg. Tak pelah doctor, saya aim berat baby saya 2.7-2.9kg je keluar nanti. Ada lagi 4w untuk cukup 40w. Itupun kalau baby keluar lewatlah. Kalau baby keluar awal, memang kecik sikit lah anak saya tu nanti. Takpe, janji sihat semuanya.

Habis semua procedure di kk adalah pada pukul 11.45 tengah hari. Dari pukul 8.30 pagi. Lama tak?? Apa perasaan kau? Rasa bersyukurlah sebab husband teman. Kalau dia tak de memang naik darah kite tunggu. Penuh dengan ujian sepanjang checkup tu. Grrrrr~


-x0xo-



Monday, 14 March 2016

Pregnancy Update 35w3d : Berat baby kecik, Urutan Prenium VCO

Assalammualaikum

Wah, dah 35w dah. Lagi berapa hari lagi nak masuk 36w which is 9month of pregnancy and any time boleh deliver. Seronoknya, tak sabar nak jumpa anak. InsyaAllah. moga moga Allah permudahkan dan panjangkan umur untuk lihat anak dan menjaganya. Doa ku juga semoga kawan kawan seperjuangan yang lain turut di permudahkan. Amin.

Cumanya pagi ni terkejut sedikit dengar cerita bini kepada kawan husband kite meninggal selepas lebih dari sebulan koma. Dalam seminggu tak salah lepas dia bersalinkan anak yang pertama, dia jatuh dalam tandas dan terus tak sedarkan diri. Kesian sangat. Anak baru berapa hari lihat ibu dia, dah di uji sebegitu hebat. Allahu.Pernah sekali nampak arwah time sama sama checkup di KK. Muda lagi orangnya. Lingkungan 20-an macam kite juga. Tapi nak buat macam mana, qada dan qadar, dah termaktup usianya sehingga itu sahaja. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan syurga di hadiahkan untuk beliau. InsyaAllah.

Semalam checkup di Umra. Doctor scan baby. Tapi yang tak bestnya doctor kata baby kite kecik ckit. Berat baby 2.2kg and it should be 2.5kg which is ideal for 36w. Memandangkan kite belum masuk lagi 36w, so dia minta lagi seminggu datang hospital untuk check baby sekali lagi.Dalam seminggu tu cepat ke nak naik mendadak sebanyak 0.3kg/300g? Kadang kadang malas nak risau lebih lebih sebab scan ni bukan accurate sangat pun. Baby yang expected gender laki masa scan pun boleh bertukar jadi baby girl bila dah delivered. Apantah lagi berat berat ni semua. As long as baby bergerak, sihat dah cukup Alhamdulillah. Lari 200-300g ni jangan nak risau sangatlah. hi.hi.


Ni baju k.cik masa dia preggy. Dia kasi kite pinjam. nak masuk 9 bulan baru boleh pakai sebab sebelum ni asyik longgar aje. Ni pun bukannya fit sangat. Longgar juga sedikit dan kena pakai pin untuk ketatkan di bahagian pinggang.

Cerita mengenai urutan prenium pula, dah seminggu kite amalkan urutan ni.Tapi idakla setiap malam. Bila sempat dan teringat aje buat urutan ni. Urutan ni pun bukan kite yang buat, husband yang tolongkan. Alhamdulillah, dia bab bab jadi doctor ni dia suka sangat. Masa masukkan ubat gatal melalui bawah selama 3 hari berturut turut pun dia yang lakukan."Cepat, g ambil ubat, nak masukkan". Masa pinjam stethoscope dari kawan dia pun tiap kali balik keja, petang tu mesti buka box dan ambil alat tu. Terus pakai dan dengar. "Meh nak dengar, bunyi jantung baby". Ha.ha beriya semangat padahal bukan clear pun dengar. 

Sama juga dengan urutan prenium ni. Kite guna VCO selain untuk urutan, minum juga kite amalkan. Tapi biasalah nama punya minyak kelapa dara. "Minyak" . Nak minum tu memang meloyakan lah. Kadang kadang tu kalau layan sangat keloyaan dia boleh terbatuk nak muntah. Tapi cepat2 kawal diri, rugi kalau muntah sebab kena minum semula. Selalunya kalau nak elak dari termuntah ni kite standby tepi air manis. Samada air jus kotak atau kite sendiri buat air oren sunquick. Once minum minyak tu, cepat cepat sedut air oren. Bagi masam masam lidah tu. Hi.Hi.

Itu antara usaha kite sebagai preparation untuk bersalin. Bukanlah 100% bergantung pada petua petua mahupun tips ni. Kalau dah di takdirkan lambat bukaan dan ada komplikasi nak buat macam mana kan. Itu semua kehendak dariNya. Kita hanya mampu usaha, doa dan tawakal. 

Itu sahaja yang nak kite update tentang pregnancy life kite. Nak gerak dulu, teringat sayur tak beli lagi untuk masak lunch karang. Kalau dah tak makan, dah tu macam mana baby nak membesar dengan jayanya?



-x0xo-


Thursday, 3 March 2016

Pregnancy Update Week 33 : Low HB

Assalammualaikum

Sekejap je masa berlalu, dah masuk week ke 33. Dulu masa di awal pregnancy, terasa lama sangat dari satu week ke satu week. Week ke 8, week ke 9, week ke 12. Bila nak masuk week ke 30 an ni? Sekarang dah masuk week ke 30 baru terasa nak menggelupur sebab rasa tak ready lagi.

Semalam pergi checkup di KK. Dah masuk week ke 30 an ni, checkup yang dulunya sebulan sekali dah jadi dua minggu sekali. Ikutkan memang malas nak pergi KK, husband pun suruh stop je gi kk tapi kite rasa sayang sebab tinggal lagi berapa minggu je lagi nak bersalin. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tak gitu peribahasanya? Ha.Ha.

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Pertama kali pergi patient tak ramai pun. Ada dalam 4 atau 5 orang. Letak je buku dalam bakul, terus nama di panggil. Mana pergi semua patient yang ramai selama ini? U all dah bersalin tinggal kite 3 4 kerat ni aje ke? Rasanya dalam sejam kite dah siap semua procedure dari ambil darah, urine test, timbang berat, consultation dengan nurse dan lastly pergi pharmacy ambil ubat.

Daripada checkup semalam, semuanya ok Alhamdulillah cumanya HB aje dari buka buku merah sampai ke semalam HB makin menurun. Tapi kali ni HB dah mencecah skala 10.5. Sebelum ni di antara 11 aje.Nurse siap guna pen merah lagi untuk HB 10.5 tu. Nurse tambahkan satu lagi ubat Ferrus bertujuan untuk menambahkan darah merah. Kira lepas ni setiap hari kena makan ubat Obimin dan ubat Ferrus bagi menjamin kesihatan yang optimum. Miahahaha. Semoga lebih tabah untuk menghadam 2 biji ubat.

Balik dari KK tu, kite teringat ada kawan kite penah post di IG yang dia hari hari makan buah oren dan katanya HB dia maintan 12 ke atas. Apa lagi terus heading ke econsave cari buah sunkis dengan harapan HB kite pun 12 ke atas. Bukan tak penah cuba makan bayam seperti yang di war warkan oleh orang sebelum ni, tapi kite rasa bayam didnt work well on my body. So, perlukan satu alternatif lain yang perlu di ambil bagi mengelakkan paras HB terus terusan menjunam ke bawah. Chewah~

 Nyummy nyummy. Sebenarnya kite jarang sangat sangat makan buah oren kecuali masa attend kenduri kawen. Bila makan sebiji ni rasa sedap pula. Baby pun memusing musing badan gamaknya sebab masam dan manis kot.


-x0xo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...