ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Tuesday, 25 February 2014

A Happy Mrs. Saiful To Be


Assalammualaikum.

Selesai saje urusan penghantaran borang nikah ahad lepas, kite and SA menuju ke Nasi Kandar Hussien memandangkan dah lama kite tak makan ayam killer Hussien iaitu ayam masak madu bernasikan Nasi Kandar. Fuh.fuh.fuh. Memang terus tido la balik nanti. Ha.Ha.

Habis lunch pukul dua tu terus balik rumah masing masing sebab dah tak ada idea nak ke mana tambah tambah lagi dengan cuaca panas sekarang ini. Lagi menambahkan denyutan sakit kepala kite.

Bila dah balik, masing masing terasa sekejap sangat masa berjumpa tadi. Itupun atas urusan rasmi formal. Decided untuk keluar semula selepas perform solat Asar. Memandangkan bus SA bertolak malam pukul 10. So sempat la nak jumpa sejam dua lagi sebelum di tinggalkan untuk beberapa minggu lagi.

Tahu tak bertapa gembiranya saya tengok awak. Masih lagi sanggup tinggalkan kite setiap minggu after married?

So here we go. Bersantai di Lagenda Height Garden. Bagitahu SA kite nak ke tempat yang boleh makan makan sambil berjalan jalan. "Eh, awak ni nak makan atau nak berjalan?" tanya SA.
Maksud kite keadaan macam ni lah awak. Sambil duduk boleh bersembang, sambil boleh tengok orang berjogging, sambil boleh tengok pemandangan rumah banglo orang orang kaya, sambil makan buah rojak.

-x0xo-

Penghantaran Borang Nikah di Pejabat Agama Kuala Muda


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, ahad lepas (23.02.2014) telah selesai satu lagi bab procedure perkahwinan iaitu submission of borang nikah di Pejabat Agama. Allah. Mudah betul aturan Allah untuk kami berdua. Sekali sahaja pergi dan berbekalkan sejam semuanya selesai.

Selagi penghantaran borang belum dilakukan, selagi itu pelbagai persoalan berlegar di minda kerana ingatkan perkara ini adalah rumit. Macam macam kes yang kite dengar dari kawan kawan serta adik beradik, ada yang sampai 2 3 kali ulang alik ke pejabat agama atas alasan terlalu awal menghantar borang atau borang yang diperlukan tidak lengkap. Bagi yang ingin menghantar borang nikah, perlu di ingat bahawa penghantaran hanya boleh dilakukan dalam masa sebulan. If, penghantaran di lakukan terlebih awal dari sebulan, anda nanti akan dinasihatkan oleh staff pejabat untuk balik dan kemudian datang semula dalam masa sebulan sebelum kahwin. Contoh. Akad nikah jatuh pada 21.03.2014 (akad nikah kite lettew), borang hendaklah di hantar pada 21.02.2014 atau lebih lewat dari tarikh tersebut. Faham tak? Seminggu sebelum nikah pun masih boleh hantar.

Kemarin pergi ke pejabat agama berdua dengan SA. Mulanya fikir lebih baik kite seorang sahaja yang pergi tanpa kehadiran SA, sebab K.Ila pun masa penghantarn borang, dia dan ayah dia sahaja yang pergi tanpa kehadiran ngah. Kesian la nak menyusahkan SA balik Sg Petani, memenatkan badan sama. Untuk lebih kepastian, abah hubungi Pejabat Agama dan mereka memaklumkan wajib kedua pasangan untuk sama sama hadir ke pejabat untuk membaca Ikrar.

Ikutkan kite, seawal pukul 8 kite dah mahu berada di pejabat Agama. Kalau melibatkan benda formal memang prefer pergi awal awal. Seawal pintu pejabat di buka. Sebab tak suka bersesak dan tak suka menunggu. Tapi di sebabkan pergi berdua, alahai terpaksa mengalah dengan kehendak SA. Alasan dia, terlalu awal. =.=' Biasalah bukan mudah nak jumpa perkara yang sama dengan partner in crime ni. Dia cara dia, kita cari lain. Salah seorang kena mengalah.

Pukul 10.30 pagi sampai di pejabat, dan terus heading ke tingkat satu. Ramainya orang dan tempat pun sedikit sempit. Memula tu, terkial kial juga macam mana process perjalanan berlangsung. Nak ambil number giliran di mana? Mana screen number panggilan? Ok, sedikit gelabah. Nak ambil tempat duduk pun almost full. Cekalkan keberanian, terus menerpa stranger dan bertanya di mana boleh ambil number giliran. Rupanya beratur sahaja depan meja kaunter tu dan bila sampai giliran kita, staff akan minta borang dan diperiksa.

Setelah semua borang yang dikehendaki lengkap, pembayaran sebanyak rm12 seorang dilakukan dan kite serta SA diberikan borang ikrar untuk di lengkapkan. Borang Ikrar tersebut adalah dalam bahasa Jawi. Diharap sebelum ke pejabat agama polish terlebih dahulu skill mengeja jawi anda bagi mengelakkan segan di depan ustaz serta di depan bakal suami anda. Ha.Ha.

Selesai isi, kitaorang di minta tunggu sebentar sehingga ada petugas datang memanggil nama untuk masuk ke dalam bilik lain berjumpa dengan ustaz yang bertugas. Untuk apa? Untuk baca balik ikrar yang kita telah isi sebentar tadi. Kedua dua pasangan terlebih dahulu perlu memulakan dengan lafaz Bismillah dan terus membaca ikrar. Perasaan kite? Err rasanya tak de perasaan pun. Tak sedih, tak sebak, tak menangis. Entah, sebab ayat dia tak touching. Bagi kite la. Ini namanya jiwa kental. Ha.ha. *padahal time tu sibuk mengeja jawi supaya nampak hebat di depan bakal suami dengan bacaan sekali nafas. Ha.ha sengal*

Ustaz tu tak garang pun. Sangat soft spoken dan relax orangnya. Kitaorang sembang sembang biasa aje tak ada satu pun soalan susah. Padahal pagi pagi sibuk refresh rukun islam, rukun imam, nama nama najis, najis muqaffafah, najis mutawassitah dan lain lain. Siap bawa buku agama lagi simpan dalam kereta, konon konon nak buat review. Baha.ha

Dah selesai semua urusan terus balik dengan hati girang. Ouh ya, 17.03.2014 kena datang semula untuk ambil borang kebenaran.

yeayyy~ going to be Mrs Saiful in just 23 days more. Mixed feeling.


-x0xo-

Monday, 17 February 2014

Hubungan Dengan Keluarga Bakal Suami


Semalam mama abah pergi rumah SA ada perkara yang diorang bincangkan. Mama tak berapa menggalakkan sangat kite pergi rumah SA sebab katanya anak dara kena ada sifat malu malu sedikit pergi rumah lelaki. Nanti dah kawen nak duduk sana tak balik balik pun tak mengapa. Hi.hi. Mama kata, belah diorang dah banyak preparation yang dah dilakukan. Bekas hantaran pun dah cantik di hias dan di susun kemas atas katil. Curtain di segenap  tempat pun turut diganti baru. Siap sempat pasang tile diruang tamu lagi. Gulrp!

Naik seram pula bila dengar. Sebab kite rasa banyak benda yang belum siap lagi. Tudung untuk persalinan sanding serta bertandang belum di cari lagi, kasut untuk majlis pun belum di beli. Fresh flower pula dari sehari ke sehari nak watsapp k.long minta tolong k.long untuk carik dan gubahkan. Baju untuk di pakai harian selepas berkahwin pun belum beli lagi. Mama dah bising  bertanyakan bilanya nak di beli baju basahan untuk di pakai di rumah serta baju yang sesuai untuk berjalan?
Nanti SA nak bawa kamu jumpa adik beradik sanak saudara dia nak pakai apa? Tak kan nak pakai baju berlapuk kamu? Nanti orang cakap “kata pengantin baru tapi kenapa kelihatan kusam”. Ha.ha mama. . .  mama. . . Nanti akak beli yer.

Sebenarnya tak nak cerita sangat pasal wedding preparation ni tapi lebih kepada persiapan dari segi mental dan fizikal selepas kawen.  Itu yang lebih merisaukan kite sebenarnya berbanding keterujaan berkahwin. Bagaimana penerimaan SA terhadap kite nanti, penerimaan kedua ibu bapa serta adik beradik SA terhadap kite.   

Bagaimana kite nak bawa diri kite bila berada di dalam keluarga SA? Boleh ke dengan sikap kite ni orang nak terima dan suka? Bagaimana caranya kite nak bergaul dengan mereka dan bahasa apakah yang perlu kite gunakan? Setiap pagi kuih apa yang perlu kite hidangkan untuk mereka? Tengok, pelbagai persoalan yang bermain di minda kite. Ini menunjukkan yang kite terlalu berfikir tentang ini.
Satu lagi masalah, kite ni kurang sikit bersosial lantas sifat keramahan memang berada di tahap yang rendah. Takut nanti tak tahu nak bersembang apa dengan keluarga SA. Penat la kalau asyik nak terperuk dalam bilik aja, kan?

Setiap orang di besarkan dengan cara yang berbeza oleh ibu bapa masing masing. SA dengan cara dia dan kite dengan cara kite tersendiri. Mampukah dengan perbezaan ini akan membahagiakan kitaorang sekaligus membahagiakan ahli keluarga yang lain?

Bak kata Prof Dr Muhaiya, kita perlu positif kan diri. Bila diri positif kelakuan juga akan positif dan menyebabkan orang sekeliling turut positif dengan kita.Kite harap kite dapat lakukan yang terbaik untuk semua orang dan berharap juga mereka berlapang dada untuk memberi tunjuk ajar mana yang perlu. Semoga ikatan kita sentiasa baik dan tiada jurang negatif antara kita semua.


-x0xo-


Wednesday, 12 February 2014

HIV Test- Pra Perkahwinan


Assalammualaikum . . .

Bagi bakal bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan, ujian saringan HIV harus dilakukan terlebih dahulu kerana ia merupakan salah satu daripada procedure perkahwinan. WAJIB. bukan sunat ye. Baik pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. Tak buat maka tak dapat kahwin.



Hasil ujian ini nanti akan di isikan ke dalam borang nikah. So jangan nak verangan vangan untuk skip ujian ini. Ujian ni penting sangat untuk mengetahui seseorang itu bebas daripada penyakit HIV ataupun seorang itu pembawa HIV. Apa itu HIV? Secara kasarnya HIV adalah satu penyakit virus yang disebabkan oleh kehidupan yang bebas melakukan hubungan kelamin dengan bertukar tukar pasangan. Kurang penjagaan alat kelamin tersebut dapat membawa kepada penularan penyakit.

Bagaimana penyakit ini boleh menular? Ada 3 cara. Pertama melalui persetubuhan, kedua melalui persentuhan antara darah dan ketiga melalui kelahiran.

Teringat lagi waktu menghadiri kursus kahwin, penceramah bertanyakan setiap orang apakah tindakan yang dilakukukan andai pasangan anda adalah pembawa HIV? Pelbagai jenis jawapan yang dengar. Ada yang kata cari pasangan lain, ada yang kata kekal setia dan ada yang tak terkata.

Terpulang jawapan bagi setiap individu sebab ini melibatkan masa hadapan mereka, kesihatan mereka dan anak yang bakal dikandungkan nanti.

Berbalik kepada ujian HIV, ahad baru baru ini kite ke Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk membuat saringan ujian. Rupanya ujian HIV untuk pra perkahwinan ini hanya boleh dilakukan di klinik/hospital kerajaan sahaja. Sebabnya sehari sebelum itu kite ada call klinik swasta untuk bertanyakan ujian ini dan staff menjelaskan hanya pihak kerajaan sahaja yang boleh melakukan ujian HIV.

Baiklah. baiklah. baiklah kite gi kerajaan aje . . .  *baru nak mengelak dari bersesak dalam klinik kerajaan.* hu.hu.

Pergi berseorangan tanpa pasangan pun tidak mengapa. Tiada kekurangan. Takut nanti ada yang risau, pasangan perlu hadir bersama.

Ouh ya. HIV test di Klinik Kesihatan Bakar Arang hanya terdapat pada sesi petang sahaja iaitu dari pukul 2.00petang sehingga pukul 4.00petang. Kite pergi awal, sekitar pukul 1.30petang sudah berada di sana konon konon mahu menjadi first patient. Sekali sampai ha.ha ramai lagi yang lebih bijak dari kite. Mula mula cemas juga betul ke aku perlu berada di sini sebab rata rata orang yang hadir kebanyakan membawa buku merah, yang membawa anak kecil dan yang sedang mengandung.

Tapi cekalkan hati beratur juga di kaunter pendaftaran dan nasib baik staff klinik tidak berkata apa apa bila kite beritahu hendak melakukan ujuan HIV. Dia hanya minta ic dan berikan number giliran. So, betul dah la tu kehadiran kite di sini. Jangan nak gelabah lebih gelabah lagi. =.='

Ouh, disarankan membawa pen ketika melakukan ujian HIV kerana banyak butiran peribadi perlu di isi di dalam borang yang diberikan. Memang tidak di nafikan ujian ini meruntun kesabaran yang tinggi selain perlu menunggu giliran malah terdapat empat tiga session yang perlu kita hadap. Pertama tunggu giliran untuk berjumpa dengan Doctor dan kemudian doctor tersebut akan kaan memberikan penerangan apa itu HIV, bagaimana boleh menghidap HIV, cara jangkitan serta bagaimana untuk menghindarinya.

Ingatkan dah habis penerangan, doctor akan ambil darah dan terus dapatkan hasilnya. Rupanya selepas itu, doctor minta kite kena keluar dari bilik dan pergi session lain untuk mendapatkan bacaan blood pressure, berat badan, tinggi serta BMI.

Habis itu semua, kite diarahkan untuk ke session darah di mana darah kite akan di ambil sebagai spesimen ujian. Mind set kite mati mati ingatkan darah diambil pada hujung jari sahaja, sekali dia selak lengan baju dan ambil pada lengan kite. Memang cuak la derr... ingat benda lain tapi benda lain yang terjadi. Memang tak prepare mental dan emosi langsunglah. Waaaa~ Nak tak nak haruslah juga dan berbekalkan dengan bacaan surah surah Al-quran settle sudah masalah ambil darah.

Kemudian, staff minta kite bawa tiup darah tu ke makmal. Weh, kite sudah la luka luka dan berdarah- ni sesuka hati aje suruh kite sendiri bawa sampel. Tolong lerr . . .

Dah ke session makmal pula kite. Tunggu sebentar untuk mendapatkan hasil ujian tersebut. Dalam 10 minit kite dah dapat hasil tersebut dan terus ke kaunter untuk memberitahu staff yang kite sudah berjaya mendapatkan hasil di makmal. Staff minta kite berjumpa dengan Doctor lagi sekali sebagai session terakhir. Alhamdulillah doctor bagitahu kite negative HIV. "So Doctor, I dah boleh kawen la ni kan?" Ha.ha. Doctor said. 'Yes, u are. Congratulation.

Lupa nak beritahu, klinik charge RM1 sahaja untuk ujian HIV ni. Sediakan duit kecil secukupnya bagi menghindari kesukaran staff atau anda untuk pecah duit tersebut.

Balik dengan hati yang gumbira kerana banyak procedure yang telah selesai dan sekarang sedang menghampiri garisan penamat bagi setiap preparation yang di perlukan dalam borang nikah. Syukur kepada mu Ya Allah kerana membantu meringankan setiap ujian ujian yang diberikan.


-x0xo-

Thursday, 6 February 2014

Guest Book Corner


Assalammualaikum
Sebenarnya tak de idea pun nak menaip, tapi tak tahu kenapa terlalu mahu sangat untuk bercerita. Sekejap buka blog skejap tutup blog sudah jadi tidak tentu arah.

Perah punya perah idea baru la keluar sedikit. Pasal Guest Book Corner (GBC)
Pagi tadi watsapp ngan k.cik cakap teringin sangat nak ada guest book corner. Padahal sebelum ni tak terasa pun nak ada that corner tu untuk wedding sendiri. Sebabnya nak sesimple yang boleh. Asal cukup ada yang wajib sudah mencukupi.

And luckily,  k.cik volunteer to lend her hand to set up the GBC. Semangat la sedikit bila orang nak assist kan? mencurah curah idea nak bagi tapi memandangkan k.cik sorang je nak buat so bertekad tidak mahu too fussy. Apa yang k.cik mampu dan cantik dari kaca mata k.cik just proceed with it and i am so overwhelming.

Masa dalam keterujaan tu sempat juga mencari idea dari exB2B. Semuanya cantik cantik dan sangat comel. GBC sebenarnya tidak memerlukan prope yang terlalu banyak. A pen, and a book. As simple as that. Cuma kalau punyai kreativiti yang lebih tak salah untuk deco sana sini.

Dulu masa zaman uni, pernah berangan angan untuk ada GBC menggunakan ranting kayu. Setiap wishes yang di tulis akan di gantung pada ranting pokok. Cantik!
Seperti ini:


Tapi sekarang terpaksa mematikan impian tersebut sebabnya greeting card tu nanti nak di simpan bagaimana? Kalau setakat 10 keping boleh la dipertimbangkan, kalau dah banyak? Hanya menambahkan lagi koleksi khazanah dalam rumah. Semak dibuatnya. Angan angan yang tak praktikal- objection!

So difikirkan semula lebih baik di buat dalam bentuk yang lebih proper iaitu dalam buku. Setiap ucapan, doa dan harapan oleh tetamu yang hadir akan nanti disematkan di dalam buku yang satu.


So simplicity.


Kalau extra rajin, boleh bentangkan flag seperti di atas berlabelkan GUESTBOOK. Nak lebih unik cari frame dan ikat tali di antara frame tersebut dan kepilkan gambar manis korang bersama pada tali tersebut. Malas nak buat tapi nak juga frame macam tu? Nah boleh follow intashop ni: @cintafascia . Order, masukkan duit yang secukupnya dalam acc diorang then tunggu beberapa hari bekerja kemudian sampaila korang punya frame tu nanti.
intashop: cintafascia

Nak lagi cantik lagi? Boleh . . .
Custome made guest book supaya nampak lebih cantik dan tertarik. Tidak menjadi masalah as long as awak ada peruntukan untuk semua itu.

Macam ni? cantik, bukan? Pergi like page Malin Art & Design pelbagai pilihan yang lebih menarik untuk dipilih.

Kite sendiri, tak banyak peruntukkan yang saya kite khususkan untuk benda ini. Kite sayangkan duit. Betul. Awal awal lagi sudah bilang sama k.cik, kite hanya mampu sekadar economi badget sahaja. Kindly spend as minimum or as lowest as u can. Guna buku scrap or watercolor book pun simply enough for me. As i said, i'm not to be too fussy time time but another time i'll be. Ahakzz . . .

Bawah ni candy booth yang kitaorg DIY masa kenduri ngah tahun lepas. Sayangnya it was raining menyebabkan paper laterns and other things turut basah. So that was one of the ricks if u plan to have any booth outside than your porch.


-x0xo-


Tuesday, 4 February 2014

#46 Days To Go Before My Wedding


Assalammualaikum...
How's your recent holiday? Isn't it beautiful or it was so so days as u spend whole day by staying all the time in your home? Ada certain orang bila holiday diorg tend to have their awesome trip and certain people love to duduk bermalasan in their nest. hi.hi.

Myself macam tu la. Suka bermalasan dalam rumah sebab bukan senang nak dapat cuti lama lama. Masa ini la nak memperbetulkan urat yang tidak berada dalam posisi yang sepatutnya. Yang mana yang cekang di kendurkan, yang mana terlebih kendur di ikat dan diperketatkan. Ha.ha.

Hanya tinggal 46 hari lagi sebelum tibanya hari yang terbesar penah berlaku dalam hidup.
Dan selama 46 hari ini juga minda dan fizikal diuji bagi merialisaikan impian. Pergh impian la sangat kan. Rasanya memang tak termampu kalau nak ikut apa yang di impikan sejak dari bangku sekolah. Ingat mudah nak kawen lagaknya seperti bidadari kayangan? Hanya anak kepada seseorang sahaja mampu untuk di arak sebegitu sambil di pasangkan lagu fairy tail seperti yang kita lihat dalam you-tube.

Syukur, kedua dua baju telah selamat siap di tempah yakni baju nikah dan baju sanding. Risau juga fikirkan andai tak sempat di jahit sebabnya perincian baju baju tersebut kite sendiri yang akan lakukan. DIY by myself. Mana yang mampu kite buat sendiri, kenapa perlu habiskan duit tempah pada orang lain melainkan out of our kemampuan then baru u can hire anyone to assist u.

Bukan apa, hasil kita xakan sama dengan hasil orang. Cantik itu subjective. Hasil yang kita buat penuh dengan kasih sayang dan cinta terhadap baju yang akan kita sarungkan pada hari yang cukup bermakna dalam hidup. Acehhh...cliche punya ayat.


Baju nikah kite. Still dalam pembikinan embellishments. Nak setanding hasil dengan pereka terkenal JM, Mimpi kita, Nurita narith memang tak lah. Diorang major in fashion designer kite ni pokok pokok je. Tapi sekarang dah beralih bidang. Miaha.ha.ha.

Banyak juga nak kena hias baju ni. nak add on ribbon lah..nak letak juntaian lah..macam macam nak cantik punya pasal. Haishhh la nafsu nafsi ni.

Kite harapkan semoga tuhan limpahkan rahmat ke atas majlis kite itu nanti dan dipercantikkan kesemuanya dari segi pakaian, kesihatan, tetamu, cuaca, makanan serta kelancaran majlis.


-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...