ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 30 May 2013

Perkahwinan Dan Solat tidak boleh Dipisahkan


Jom main tawen tawen nak?































tapi sebelum tawen, kita tunang dulu. mana boleh main lompat lompat terus tawen.
































fuiyoo~ awak, awak. nape awak dapat banyak sangat cincin? untung la awak dapat dua cincin sekaligus. cincin merisik dan cincin tunang. nanti kitew tunang titew nak lima cincin terus. cukup jari sebelah tangan. =.=''

tiga hari berturut turut selesai sudah majlis untuk dua orang ahli myteam.
sorang bertunang dan sorang lagi menikah dan walimah.
bagi yang dah lepas tu jangan pula dilupakan untuk yang belum lepas apa apa lagi ni.
Doa doakan lah untuk kami dua orang yang masih single mingle pringle. tak gitu? =.='

sebenarnya malas nak bercerita panjang lebar mengenail majlis ni. Bukan apa. Dah terlalu
common sangat cerita kawen ni. Yelah macam biasa proses perkahwinan dimulakan dengan merisik, kemudian bertunang, akad nikah dan akhir sekali majlis kenduri. Itu dah biasa dah. So nak cite apa lagi ye dop? Cerita benda yang sama sometime agak membosankan. Tak kan sepuluh orang myteam sepuluh orang kite nak bercerita? Hwaaa~ memey suhaiza la. eh, memey penat la!

Masa dalam perjalanan menghantar ana balik ke rumah, subjek yang best untuk dihighlight di sini adalah WAKTU SOLAT.

Ana cakap macam mana ye nanti bila kenduri kawen kita nak bersolat? Yelah makeup selalunya sebelum waktu azan zohor lagi. Faham faham lah perempuan kalau bukan hari big day pun dah make up santek santek apa lagi di hari penuh bermakna mereka. Make up berinici 40! Dengan baju berjela jela bagai. Sayang la dah make up mahal kemudian basuh muka untuk bersolat. Sedangkan majlis belum bermula lagi. Sebenarnya kan ana, perkara ni dah terlintas lama dah dalam fikiran kite cuma belum sempat berfikir. Almaklumlah belum ada perancangan untuk berkahwin.

Tapi tak kan sebab nak kahwin, kita terpaksa tinggal solat. Kita kan nak dapat keberkatan dariNya. Dua hari pula tu. Hari akad nikah dan hari walimah. Ouh, kisah ini tidak berkait atau bersangkut paut langsung dengan sesiapa ye. Ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri.

Semua sedia maklum, majlis kenduri bermula dari seawal pukul 12 tengah hari. So, pengantin perempuan dinasihat oleh mak andam untuk datang seawal pukul 10 atau 11 pagi bagi mengelak traffic di kalangan pengantin yang turut berkahwin pada hari yang sama. Secara kasar make up mengambil masa satu jam setengah. Dalam pukul 12 tengah hari pengantin perempuan siap bersolek dan dipakaikan baju pengantin.

Dah habis bersolek, akan cepat cepat bergegas ke rumah dalam persediaan untuk menantikan 'adam' mereka. Dah sampai bersalaman pula. Cium pipi kiri cium pipi kanan. Eh, tak de tak de.hi.hi.
Kemudian, terus ke tempat pelamin untu sesi merenjis renjis. Ini kalau ada pelamin, kalau tak da lain cerita. Lepas merenjis, makan beradap, lepas makan beradap jumpa tetamu yang datang. salam sana salam sini. Waktu dah masuk pukul tiga lebih. Kemudian sesi potong kek 80 tingkat pula. Lagi ambil masa. Kalau satu tingkat 5 minit potong, 80 tingkat? Dah 400 minit. Ok merapu.

Lepas tu sesi photoshoot outdoor pula. So, bila nak gi solatnya?? MasyaAllah. Berdosanya. Takut takut solat Asar pun kita tertinggal sebab leka dengan aktiviti yang perlu dilakukan. Please do not bear in mind kahwin hanya sekali. Jangan sesekali menggunakan alasan tersebut. Tampar kang. ha.ha.

So, the best way is what? Antara yang terlintas dalam fikiran kita hanya ada 3 langkah yang kita boleh laksanakan supaya semua perkara boleh dilakukan dan pada masa yang sama solat tidak ditinggalkan. Jap! kenapa ye, dalam banyak banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang majlis bersanding contoh seperti merenjis, makan beradab, potong kek dll tidak diselitkan juga solat suami isteri? i mean slot bersolat bersama. Kenapa ya, tidak dari dulu lagi masyarakat melayu iaitu islam menerapkan slot ini dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.Mungkin ada, tapi tidak ramai yang melakukan.

So, apa empat langkah yang engkau rasa hebat sangat tu seha? tak de lah hebat pun. sekadar idea, kalau rasa tidak tidak bernas, just abaikan.

First, merancang supaya hari kenduri nanti adalah hari kita datang period. Ada orang datang period punctual. Kalau lari pun sehari dua aje. Bagi yang hebat pilih tarikh, anda terselamat dari tidak bersolat dan tidak perlu gusar hati sekiranya tidak menunaikan solat. Tapi macam kite, period tak menentu. Sekejap awal dari tarikhnya sekejap delay seminggu. ho.ho. nasibla~

Second, ambil awal awal wudhuk kiranya sebelum makeup tu dah ada air wudhuk. Sampai aje rumah if dah masuk azan, sempurnakan terus solat. Kalau belum masuk, u have to always berjaga jaga supaya air wudhuk tidak terbatal. So agak lama juga la nak kena tahan tu. Dalam dua jam nak bertahan. tahan ape?? tahan kentutla. ha.ha.ha. sengal.Ouh, ya nanti sesi sambut suami, jangan pergi salam pula, terbatal nanti.

Third,tak perlu ke bridal untuk make up tebal. Just a light make up. Basic. Macam perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Hajar Husna (hajar husna ni kawan k.cik la) Husna. Rasanya Ustaz Don ada cakap isteri dia tidak makeup tebal sangat pun (ke tak make up langsung ntah). Tak de la nak rasa sayang bila muka dibasuh untuk mengambil wudhuk.

Lagi satu, jangan risau kalau muka nampak tak cantik bila sesi photoshoot. Sebab ini memang peranan penting photographer bagi memastikan gambar kelihatan cantik. Kita dah bayar mahal  mahal kan? So, mereka sepatutnya edit gambar pengantin bagi cantik biarpun tiada make up di muka. Ala, kita yang bukan photographer pun bila edit gambar fuh bukan main cantik lagi. Muka biasa pun boleh jadi muka model. tak gitu?

Kesimpulan, hidup kita di dunia ni nak mencari keredhaanNya untuk setiap perkara yang kita lakukan bukan? Allah dah menetapkan solat itu WAJIB dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebab tu kita ada pelbagai kaedah solat bila sesuatu perkara berlaku pada kita. Contoh kalau kita sakit kaki, kita dibenarkan untuk solat duduk. Kalau kita sakit tak dapat bangun, kita dibenarkan untuk solat berbaring. Ini menunjukkan solat itu penting dan wajib dilakukan.


























Menurut kata  Mr. google, mereka sedang melakukan solat sunat. Tengok, kalau solat sunat pun dilakukan bersama apa lagi solat wajib,kan?


-x0xo-

Saturday, 25 May 2013

Untung Badan Orang Terakhir



Paling tak best pergi kenduri kahwin rakan rakan bila tak de partner or click
Iyelah! habis kalau semua geng myteam dah kawen.
Diorang of course and for sure pergi dengan husband tak kan masih nak berfoya foya dengan kite lagi
ok, stress. STRESS.
Sikit lagi. sikit lagi. Yes sikit lagi dah nak rasa bakal keseorangan selepas ni.
bahang dah rasa sipi sipi
ho.ho.ho padan muka.


-x0xo-

English Blockbuster only at Tv2



Assalammualaikum.
Happy Sabturday Peeps.
Ouh setiap hari Sabtu adalah hari favorite sedunia kite.
Bukan sebab hari cuti weekend mahupun hari berbahagia.
Hemoih hemoih mentang mentang musim orang kahwin sekarang.

Kepada yang meraikan hari berbahagia mereka, ucapan tahniah buat kalian.
Semoga pernikahan kalian berkekalan bahagian selama lamanya.

So, bagi kite yang tidak meraikan apa apa ni kenapa seronok sangat bila tibanya hari sabtu?
Sebab. sebab. sebab. setiap ari Sabtu tv2 akan menyiarkan movie movie  block buster.
Satu di sebelah petang jam 2 dan satu lagi pada pukul 10 malam tapi kadang kadang 10.30 malam.
Sanggup tidur lewat malam sorang sorang melayan cerita ni.
Macam minggu lepas cerita Troy pukul 10 malam.

Di sebelah petang pun movie best best kalau dapat jalan cerita romantik, memang melekat lah
depan tv. Kite penah tengok movie bertajuk The Note. Tersangat romantik dan menyedihkan.
Satu lagi cerita Valentine. Best. Jalan cerita ala ala Titanic la mengorbankan sebuah cinta disebabkan
ruang, waktu, masa dan keadaan sekeliling.

Petang ni pun nampak gayanya cerita best yang mana heronya adalah brad pit. phew.phew.
So lets have a date in front of tv, ya
See u then!


-x0xo-

Thursday, 23 May 2013

Myteam is my inspiration


Assalammualaikum.
Kemarin kite, yati and ain pergi melawat on of our myteam member, fahida
Dia pun sama seperti aju, bersalin pada tahun yang sama dan dekat dekat pula tu
Anak mereka sebaya.
Dan lepas ni diikuti oleh lathifah dan aisyah. Dan yang menarik keempat empat mereka
dapat anak lelaki (kalau betul la scan oleh lathifah dan aisyah)

Everytime i meet them, i get inspired.
Dengar diorang bercerita mengenai kejayaan masing masing. bukan kejayaan tapi apa yang diorang
telah ada. ish kejayaan la tu.
Waaaa~ sangat teruja.

contohnya bila fahida cerita dia and husband dah beli rumah di KL dan sekarang tambah lagi
satu rumah dekat Bayan, Sungai Petani. Yang dekat Bayan ni double story corner lot.
Best kan at early young age dah mampu ada kereta dan 2 buah rumah. Subhanallah dan alhamdulillah
memang rezeki engkau fahida. kite tumpang gembira.

Semua itu memberikan suntikan kepada kite untuk terus kehadapan walaupun banyak kali nak ke hadapan tapi tak kehadapan jua. nak memperkukuhkan ekonomi.

Tapi yang tidak memberikan suntikan semangat kepada kita apabila dia bercerita mengenai proses
dia nak bersalin. =.='



























10 all us us (MYTEAM)
ika-married
fahida-married
aju-married
lathifah-married
aisyah-married
yati-tomorrow get married
ana-engaged
ema-two more days to get engaged
ain-single
kitela fasihah- single yeaayy~


-x0xo-

Tiada Tajuk


Assalammualaikum.

Kite percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Segala yang engkau doa supaya ia berlaku telah pun berlaku Seha
Dan kali ini ia kembali semula perasaan itu juga seperti yang di harapkan sebelumnya.
Semoga perasaan itu semakin hari semakin bercambah dan harum mewangi kekal abadi.
InsyaAllah.
Tetapkan hatiku dan imanku YaAllah.






YA ALLAH, andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, 
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

YA MUHAIMIN, andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

YA ALLAH, andai aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang semu.

YA RABBANA, andai aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.

YA RABBUL IZZATI, andai aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.

YA ALLAH, andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

YA ALLAH, andai aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

YA ALLAH, andai aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

YA ALLAH, andai kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

AMIN…
 
-x0xo-

Wednesday, 22 May 2013

Madinah Al Munawwarah Part II



Assalammualaikum.
Kita sambung cerita Madinah Al Munawwarah Part I
Selain daripada ulang alik ke Masjid Nabawi, para jemaah turut dibawa lawatan ke beberapa
tempat. Antaranya adalah kebun kurma. Kitaorang pergi secara berkumpulan mengikut kumpulan yang ditetapkan. MD 1 dan MD 2. kitaorang MD 1. MD 1, satu bus dan MD 2 another satu bus.




Itu pokok kurma, tahu. Mula mula tengok dah tahu pokok kurma walaupun saling tak tumpah
seperti pokok kelapa sawit di Jeniang. Sebabnya di Malaysia lagi mama dah cerita pokok kurma
tu macam pokok kelapa sawit. hu.hu.hu

Di kebun kurma ni macam macam jenis kurma ada. Dan katanya murah. Entahla kite pun tak sempat nak survey banding harga di tempat tempat lain. Kitaorang tak beli pun. Hanya beli buah apentah yang dipesan oleh jiran. Sebab ape tahu tak beli? Sebabnya u boleh makan seberapa banyak buah kurma di situ tapi kena mnta permission dulu la before makan. Kena cakap "halal?halal?" Kalau dia cakap
halal, baru u ambil makan. So mama banyak memainkan peranan. Kitaorang segan segan nak ambil
dan bertanya. Kite and adik banyak pusing then bila terserempak ngan mama, mama hulurkan kurma.
"Nah makan kurma". Pastu kitaorang pun gelak gelak.

Selepas kebun kurma, kitaorang di bawa ke Jabal Uhud. Jabal Uhud ni tempat di mana berlakunya perang Uhud di antara tentera islam dan tentera musyrikin. Peperangan ini telah mengorbankn seramai 70 org tentera islam. Sepanjang perjalanan ke tempat tersebut kitaorang semua di pertontonkan kisah kisah peperangan pada zaman Nabi Muhammad. Sangat sayu dan sedih mengenangkan perjuangan, pengorbanan serta kesabaran yang Nabi lalui. Bagaimana beliau dikecam, dihina, diugut nyawa sepanjang beliau menyebarkan ajaran Islam. 

Selama ini kite hanya mendengar, membaca kisah kisah Nabi melalui guru guru dan media cetak. Tapi kali ini kite sendiri barada di Tanah Nabi Muhammad di lahirkan, dibesarkan dan berjuang dalam memperkembangkan ajaran Islam. Terasa begitu dekat sangat dengan beliau.












Kami bertiga sahaja turun memandangkan abah sakit kepala. Hah, lupa spek yang adik pakai tu berjaya memukau pak Arab di sana sebabnya spek mata jenis warna warna macam tu mereka belum up to date lagi. Everytime berjalan, adik berjaya membuatkan orang keliling melihat kehebatannya. =.=''


So inilah peta (bukan perkataan peta yang paling baik digunakan) yang menunjukkan di mana perang berlaku.

Kemudian, kami semua di bawa ke kilang di mana Al-Quran dicetak. Muslimat tidak dibenarkan
untuk memasuki kilang ini bagi memelihara kesucian Al-Quran. Yelah, takut-takut perempuan
berada di dalam kekotoran. Setiap muslimin yang masuk dikehendaki membayar 10 riyal dan sebuah
Al-Quran di hadiahkan bagi setiap orang. Adik dan abah got it respectively.





Malam macam biasa aktiviti bebas. Selepas solat maghrib selalunya kami iktikaf di masjid kerana
jarak waktu antara Maghrib dan Isyak sekejap. Eh lupa nak nyatakan setiap ibadat yang kita lakukan
di dalam Masjid Nabawi adalah bersamaan dengan 50,000 pahala manakala di Masjidil Haram adalah 100,000. Sebabtu dalam masjid ramai yang bersedekah kepada cleaner, membaca Quran, solat sunat,
dan ada juga yang bawa botol besar berisi air zam zam dan gelas lalu berkata 'air. . air' tapi dalam
bahasa mereka untuk diberi minum kepada jemaah. Ada juga yang membawa makanan seperti coklat dan kurma dan mempelawa para jemaah untuk makan. 

Bila dipelawa kepada kite, serba salah nak ambil sebabnya sekejap lagi nak solat isyak. Takut ada sisa
sisa makanan di dalam mulut. Nak keluar untuk kumur, fuh belakang beratus ratus orang nak menghadap. Yang tunggu peluang untuk carik tempat kosong pun ada. Tapi bila dipelawa tu kite still 
la ambil, takut kecil hati mereka kemudian simpan dalam beg. Balik hotel baru makan.

Dekat Mekah, rasanya 7 pasang socks kite and mama dapat dari Mak cik Arab yang sama. Dia solat sebelah kitaorang. Then dah habis solat, dia kasi sorang sepasang sock. Kemudian keluar lagi sepasang bagi dekat mama, so mama dapat dua. Datang pula anak lelaki dia untuk ambil Mak cik Arab ni dan menyuruh mak dia bagi semua sock dalam beg tu pada kami. 7 pasang! =.=''

Abah, jangan ditoleh toleh belakang lagi. Tetapkan pendirian melangkah menuju kehadapan.

Lepas kitaorang selesai Isyak, melangkah balik ke hotel untuk makan malam. Sepanjang perjalanan,
berderet kedai menjual pelbagai barang. Nak pergi masjid cuci mata nak pulang pun cuci mata.

Makanan yang disajikan oleh agensi adalah makanan ala Indonesia. Dua tiga hari boleh la terima dan makan dengan lajunya. Masuk hari keempat rasa lain sikit. Dah tak lalu. Makan pun sikit aje. Tapi nasib baik adik ni selaluuuuu lah sangat pergi beli kebab beli burger beli nasi mandy so selamat la sikit. Eh bukan, selamat banyak.


Hari terakhir berada di Masjid Nabawi. Ucapkan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad saw. Syahdu sangat. Semoga kami semua para muslimin muslimat di dunia ini berpeluang untuk menziarahi makamMu wahai Nabi.


Tuesday, 21 May 2013

Understanding




We have to reconcile it
And we have to tally between us
So that we would minimize any variance rises
Yes, supposedly.


-x0xo-

Monday, 20 May 2013

It is a shoes topic




Im not a shoesholic or shoes lover
I rare buy a shoes unless it is already exhausted, cannot be used any longer
So this time, i present myself a shoes, a brogues type.
Semenjak my eye caught on yana's shoes, i asked her to buy one for me.
Jauh benau minta tolong belikan. Midvalley

I love the pattern of that shoes because it cover up my feet
I mean my sock dan secara langsung my aurat
All this time, kite rasa segan sangat if pakai shoes yang nampak sock
Rasa macam segan, hilang confident
That's why on and off wearing a sock

But since i at Mekah/Madinah I start feel confident when wearing a sock.
Bila gi masjid to perform solat, rasa pelik sangat bila ada certain muslimat yang solat tapi tidak
pakai stocking.
because of different mazhab
Even though, i tetap rasa sedikit kejanggalan apabila melihat mereka.
So terfikir dalam hati, dah alang alang solat, pakai tudung so why not i continuously covering my
feet. Bukankah sedikit janggal semua ditutup tetapi tidak di kaki?

So since then, i dah ok dengan sock ni
lagi2 ada kasut sebegini rupa
Lagiiiiiii i bertambah suka!

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu"




-x0xo-

Thursday, 16 May 2013

Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun







Rembau most wanted yaww,
Eh bukan bukan,
The place most wanted to go by me!
Ya, i miss every single sweet and bite memories through out of the years,
Miss the traffic schedule, the crazy people, the teachers, the environment, the activities held by, the surau where i love to study at, the PMC (pasar malam changlun) of course and the person who i love the most!
Hoping 'he' could bring me back to the place where my heart is belong to.


-x0xo-

Wednesday, 15 May 2013

Madinah Al Munawwarah Part I


Assalammualaikum,
Kali ni harus update, asyik menangguh aje kerjanya.
Bermula lah cerita dengan bulan lepas, YES bulan April bulan yang sangat bertuah bagi diri kite
sebabnya kite terpilih untuk menjadi tetamu Allah.
Allahurabbi. Besar betul peluang ini.
Mama abah had decide to choose once again Asari Murni sebagai our travel and tour packages
Mungkin dah selesa dengan agensi tersebut di mana sebelum ni pun ma abah dah pernah dapatkan
khidmat dari mereka thn lepas.
So, percutian yang sangat precious ni bermula dari 11 April sehingga 22 April.





here are two important man behind the curtains. Abang and Bencik. They pick us up from 
home and sent us above to Penang Air Port. A bunch of thanks and lovessszz.

Nas Air Lines that responsible to fly all the jemaah to the Jeddah Airport.  


Since it is free sitting inside, so your pleasure to choose where you want to have a sit. And we decided to take last seat that near to the toilet. For info, kapal terbang itu disewa sendiri oleh our agensi, Asari Murni. Patutlah mahal pakej awak, sedangkan agensi lain RM4+++.

The best thing apabila tidak ramai passenger untuk trip kali ini dan apabila u duduk di seat belakang. u know why? Sebabnya u boleh pilih mana mana 4 kerusi serangkai untuk di jadikan tempat u tidur seperti tidur di rumah! Seronok,kan berbanding tido secara duduk? Me, lucky got a bunch of seat then covered myself with blanket provided.

Makanan pula akan diberikan sejam selepas departure and sejam before landing. Alhamdulillah, kite
tiada masalah dengan makanan di dalam kapal terbang. Berselera aje menjamahnya. (Cis, cakap besar. Nanti dah smpi Madinan Mekah rasakan kau macam mana boleh hilang selera makan) 

ini makanan yang dipilih oleh adik. Nasi dengan daging. We can choose either nasi with daging or chicken. 

 And this one is mineee! white rice with chicken.

After 8 hours travelling, and now we were safely arrived at Jeddah Airport.Lupa, perbezaan masa 
antara negara Arab dan Malaysia adalah 5 jam. Arab 5 jam lewat dari Malaysia. Contoh waktu di Malaysia 8 pagi, tapi di Arab pukul masih 3 pagi.



 Yeaaay, tehtibe sampai di Afrika. engkau sorang aje tersesat. Orang lain menuju ke jalan yang lurus lagi benar.















Ini pemandangan di depan hotel tempat penginapan kami. Hotel yang ditempatkan adalah Hotel Elyas. Dekat sahaja dengan Masjid Nabawi. Cross this road and walk straight until u will find
Masjid Nabawi.
 
 
 
Salah satu hotel di sana. Cantik, bukan?


Everytime u planned to have an air at the outside, please and keep remind to always bring the ID card
together. This ID gonna be used in case u suddenly lost and u don't know where to return to, so this will help u so much. Pak Arab or who ever see u, they might refer the ID and guide u back to the hotel.



Masa kitaorang check in Hotel Elyas, waktu dah lepas Subuh. Kira tidak berkesempatan nak bersolat subuh di masjid. Dan dikesempatan itu boleh la nak ciwi ckit sebab baru sampai negara orang. Cuaca
di Madinah sejuk dan beringin. Nak mandi pagi tu kena fikir 2,3 kali. Ceh, memang tak mandi pun pagi pagi so tak payah nak fikir fikir sangat lah! Di sana subuh awal dalam pukul 4:30 pagi. Zuhur 12:21, Asar 3:49 Maghrib 6:40 dan Isyak 8:11. Bila Subuh seawal 4:30, kite kena bangun awal sebab 1 bilik share berempat tandas.


Untuk makluman, orang orang di sana pakai jubah hitam aje ketika datang masjid untuk bersolat. Hanya orang orang Malaysia, Indonesia dan Vietnam Islam aje yang pakai telekung.

Satu lagi! Di Madinah, nak Masuk Masjid Nabawi sangat strict. Akan ada perempuan perempuan Arab yang jaga di pintu. Mereka akan check apa yang ada di dalam beg kita. Handphone tidak dibenarkan. Memandangkan kite bawa Samsung Note, agak mengelabah juga. Everytime. So kena pandai pandai sorokkan. Kalau dia jumpa, dia akan marah marah dan tidak benarkan kita masuk.

Pakai baju putih tu abah! Adik hilang mana ntah.

Nampak tak payung bagi gambar di atas ketika waktu panas? Payung tersebut akan dibuka bila cuaca panas dan ditutup bila tibanya malam. Di sana 24 jam pencucian dilakukan. Setiap masa dimop, divakum, gelas gelang bekas minum air zam zam di pungut. Mereka yang bekerja sebagai pencuci
ada yang datang dari Indonesia dan orang Arab sendiri. Murah rezeki. Ada aje orang nak beri sedekah kepada mereka. Rasanya satu hari boleh dapat 100 riyal. ngeeee~ mengira duit orang pula.


-x0xo-

Friday, 10 May 2013

Cerita Kosong



Assalammualaikum,
Dah lama tak menaip
Will update soonest possible.


-x0xo-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...