Andai engkau memberi 10, akan ku tambahkan lagi kepada mu 100
itu janji Allah kepada hamba hambanya yang mengeluarkan harta ke jalanNya.
Yakin akan apa yang dijanjikan oleh Allah kerana Dia sesekali tidak pernah mendustakannya
seperti janji manusia.
Didiklah diri kita untuk sentiasa bersedekah, sesungguhnya duit yang disedekah itu
sudah pasti milik kita dan akan membantu kita di alam sana nanti.
Jangan sesekali risau akan kehabisan duit andai kita bersedekah, kerana ingatlah janji Allah itu.
Mari kita lihat beberapa sahabat Nabi yang cara hidupnya serba susah walaupun beliau seorang
hartawan. Kerana kebanyakkan hartanya telah disedekahkan ke jalan Allah. Marilah kita sama
sama sedekah walau sekecil zarah sekalipun.
Alhamdulillah, bagi permulaan tahun baru, 2013 banyak rezeki menyebelahi kite.
Ada sahaja yang tuhan bagi.
Semoga sepanjang tahun ini akan sentiasa menyinari hidup kite dengan perkara perkara yang
lebih baik.
Amin.
-x0xo-