ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Monday, 5 November 2012

|Lathifah & Sham| Solemnization





























selesai sudah majlis akad nikah Lathifah hari Sabtu bersamaan dengan 3 November 2012 lepas.

orang bertunang kite pergi, orang akad nikah kite pergi, orang bersanding lagi la kite pergi.
ape lagi yang tak pergi? Orang bersalin pun kite pergi tengok dan anak kawan sambut hari jadi
pun kite masih hadirkan diri. arghhh~  =.=" ni kalau kenduri sndiri kawan kawan tak datang juga
tak tahu lah nak cakap ape. hi.hi.hi.

ouch. paling tak suka kalau masa kenduri dia, bukan main berjanji bagai yang dia akan datang
setiap majlis kita dari tunang sehingga ke persandingan bila tiba masanya. tapi bila dah
kawin, dah ada family sendiri kenduri kawan kawan mulalah bagi macam macam excuse.
Yelah, turn dia dah lepaskan, dah meriah dengan kehadiran kawan kawan so dia tak perlu ambil peduli lagi majlis orang lain.
tak mau la macam tu . . . kata kawan. apa salahnya ajak suami datang, ada anak bawa anak
datang sekali memeriahkan majlis kawan macam mana dia pernah memeriahkan majlis anda dulu.

lepas habis office hour 1 pm, terus bergegas balik ke rumah mengenangkan pukul 2.30 perlu
ambil ana terlebih dahulu diikuti dengan pengantin perempuan untuk sama sama ke butik
pengantin. Tipah dah janji dengan owner butik pukul 3 berada di sana. agak kelam kabut
mana nak iron baju, nak mandi, nak solat dan nak makan. badan dah menggigil kelaparan.
sambil bersiap pakai baju dan tudung, mama terchintha suapkan nasi. mama takut kite pengsan
nanti. ouh ouh mummy love u!

dalam kul 3.15 sampai butik pengantin. Butik tu berhadapan dengan INTAN, tak jauh mana
pun dari rumah Tipah. So macam biasa masuk butik, terus sama sama dengan Ana belek baju
baju kawen. Ini kali kedua kite datang sini so perasaaan tidak se-excited seperti Ana yang
pertama kali datang. First datang tu, masa akad nikah Aju.

Masa belek belek tu tak ada baju yang betul betul menarik perhatian sehingga sampai di
sudut hujung baru jumpa this dusty pink dress. menjerit jerit dengan ana, ana pun minat baju
yang sama. masa kali pertama datang butik ni, pun minat dress ni juga tapi warna aje berlainan.
yang dulu warna putih. memang jodoh dengan dress pattern ni kot.

tapi sayangnya, owner butik ini lelaki. errr~ pondan. kalau betul betul nak hasil tangan dia
in future, kite memang perlu lebih berjaga jaga untuk menutup mana yang perlu. memangla 
cara dia tak ubah macam perempuan, tapi asal jantina dia tu. . . .

lepas Tipah siap dimake up dan mengenakan bajunya, kitaorang pun berangkat ke rumah 
sebelum ke Masjid Sultan Abdul Halim. Akad nikah berlangsung selepas solat Asar. Imam 
masjid ini tak garang pun, oleh yang demikian tak de la takut sangat si pengantin lelaki nak 
lafazkan akad. Masa imam dan wali datang ke belakang jumpa pengantin perempuan untuk
mendapatkan tanda tangan, imam suruh Tipah meminta kebenaran dari ayah untuk berkahwin.

Ok, part ni sungguh touching. first time dengar kena buat macam ni. Tipah dah mula sebak,
tak terkeluar suara untuk dilafazkan di depan ayah dia. dalam 4 minit juga semua orang 
menunggu sebak Tipah berkurangan. Kalau kite pun dalam situasi macam ni, rasa rasanya 
pak imam akan cakap "Dahla, tak payahla awak teruskan. Dah 10 minit berlalu tak keluar
keluar juga suaranya"  ||.|| 

Lafaz akad nikah rasanya sekali saje kot sebabnya tak dengar ape ape pun dari pengantin lelaki. tengok tengok orang lelaki dah baca doa. Alhamdulillah, kawan kite dah selamat di ijab kabulkan.
Tapikan. . . lepas akad nikah tu, Imam panggil Tipah minta duduk sebelah suami, kemudian Imam
terangkan tugas tugas suami isteri. rasanya nak dekat sejam Imam tu ceramah pasal rumah tangga
ni depan si suami isteri. ha.ha.ha ini pun first time juga dua jam duduk dalam masjid menikahkan
orang.

Dah habis semua tu, kite terus balik ke rumah tak pergi lagi ke rumah Tipah dah even ada makan
makan sebabnya dah nak dekat pukul 7 dah pun. 

Tahniah Puan Lathifah dan Encik Sham.



-panjangnya entry-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...